Jumaat, 14 Oktober 2011

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


ACT pengukur efektif

Posted:

ACT pengukur efektif

ACT pengukur efektif

Oleh ALIF ABU BAKAR

SITI SARAH ABDUL MUJIB, 31, memang dilahirkan dengan penyakit asma yang diwarisi daripada keluarganya.

Sejak kecil dia bergantung hidup dengan ubat-ubatan dan sering ke hospital setiap kali penyakit itu menyerang.

Memasuki alam persekolahan, asma yang dihidapinya semakin pulih dan menginjak usia 26 tahun, Sarah merasakan dirinya telah sihat sepenuhnya tanpa perlu mengambil sebarang ubat.

Namun, pada satu malam sewaktu wanita itu hamil anak kedua, secara tiba-tiba dia merasakan dadanya sempit dan mengalami kesukaran untuk bernafas, kunjungannya ke hospital mengesahkan Sarah kembali diserang asma.

"Ketika itu asma saya masih tidak serius, saya hanya mengambil ubat berbentuk tablet yang diberikan hospital. Tetapi selepas bersalin ia semakin teruk, kahak saya mengeluarkan warna kekuningan pekat dan hal itu memaksa pihak hospital mengarahkan saya merujuk kepada Institut Perubatan Respiratori (IPR).

"Saya menjalani beberapa sesi perubatan di IPR dan mereka mengesyorkan saya menggunakan ubat sedut (inhaler) jenis inhaled corticosteroids (ICS) yang menggunakan steroid sebagai pelega jangka panjang," jelas Sarah.

Bagi memastikan asma yang dihidap Sarah terkawal, doktor turut meminta Sarah menggunakan inhaler jenis short acting beta antagonist (SABA) apabila diserang asma secara tiba-tiba kerana dapat meredakan penyakit itu dengan cepat.

Ujian ACT tiga bulan sekali


ABDUL RAZAK menyarakan pesakit asma menjalankan ujian ACT setiap tiga bulan sekali.


Dalam pada itu, Sarah turut menjalani Ujian Kawalan Penyakit Asma (ACT) setiap tiga bulan sekali bagi mengetahui tahap kawalan penyakit asma yang dimilikinya.

Dengan menjawab lima soalan mudah, Sarah dapat mengetahui keberkesanan kawalan asmanya berdasarkan markah yang diperoleh daripada jawapan yang diberikan.

Tiga tahap disenaraikan dalam ACT iaitu terkawal sepenuhnya, terkawal dengan baik dan tidak terkawal membolehkan pesakit mengenal pasti tahap asma mereka sepanjang tiga bulan itu dan memudahkan mereka mengambil inisiatif bagi memperbaiki keputusan yang diperoleh.

"ACT meningkatkan motivasi diri saya untuk mencapai tahap kawalan asma lebih baik. Apabila keputusan ACT saya kurang memberangsangkan, saya akan mengenal pasti punca kelemahan.

"Pada awalnya saya mendapat keputusan tidak terkawal namun, lama-kelamaan ia semakin baik dan kini saya berada dalam kumpulan terkawal dengan baik," ujar Sarah.

ACT doktor terbaik

Pengarah IPR, Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif memberitahu, ACT memudahkan pesakit dan doktor membincangkan bagaimana pesakit dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih teratur untuk tempoh tiga bulan berikutnya.


PENGGUNAAN inhailer adalah pelega terbaik untuk pesakit asma.


"Menerusi ACT, kita dapat melihat kekerapan serangan asma dan berdasarkan rekod itu pesakit dapat menilai kembali punca masalah serangan asma.

"Ia mungkin disebabkan aktiviti harian yang terlalu padat ataupun pengambilan inhaler yang tidak teratur, jadi ACT dapat mengesan kekuatan dan kelemahan kawalan asma pesakit.

"Jika pesakit itu memperoleh keputusan ACT memberangsangkan, doktor akan mengurangkan dos ubat yang perlu diambil dan begitu juga sebaliknya.

"Jadi ACT merupakan doktor terbaik buat pesakit kerana segala jawapan bagi penyakit mereka terletak kepada pengetahuan mereka terhadap tahap kawalan diri," jelas Abdul Razak ketika sesi pengenalan ACT dalam bahasa Melayu di Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Mula diperkenalkan pada tahun 2005, ACT merupakan soal selidik merangkumi soalan-soalan berkenaan simptom asma, kesan asma dalam fungsi seharian, penggunaan inhaler dan kawalan asma berkaitan diri sendiri.

Selain ACT, Inisiatif Global untuk Asma (GINA) juga menjadi kayu ukur kepada kawalan asma penduduk di 12 negara Asia di bawah kaji selidik Asthma Insights and Reality in Asia-Pacific Phase 2 (AIRIAP 2).

Rawat ikut kawalan


GAMBAR RAJAH menunjukkan antara punca yang menyebabkan serangan asma di persekitaran kita.


Fasa kedua AIRIAP yang dibiayai GlaxoSmithKline (GSK) itu mula dijalankan pada tahun 2006 bagi menentukan tahap kawalan asma terkini negara-negara terlibat dengan menjadikan indeks kawalan simptom berasaskan GINA sebagai pengukur utama dan ACT sebagai pengukur sekunder.

Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr. Zainudin Md. Zin berkata, terbitan kaji selidik AIRIAP 2 itu juga berfungsi sebagai sokongan kepada keperluan rawatan asma berdasarkan kawalan dan bukan mengikut tahap keterukan.

"Kini, seramai 300 juta orang menderita akibat penyakit asma di seluruh dunia dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 400 juta orang menjelang 2025.

"Satu daripada 250 kematian disebabkan asma kebanyakannya boleh dicegah tetapi, kerana kelemahan kawalan, nyawa mereka melayang.

"Negara Asia mencatatkan tahap asma tidak terkawal lebih tinggi berbanding Eropah dan ia mungkin berpunca daripada faktor-faktor seperti kecenderungan pengambilan ubat berbentuk pil," ujar Zainudin.

Difahamkan, inhaler ICS yang perlu diambil pesakit asma setiap hari masih belum diguna pakai secara meluas berikutan ketakutan orang ramai terhadap penggunaan steroid dalam pelega jangka panjang itu.

Kebanyakan pesakit asma di Malaysia pula lebih selesa menggunakan SABA kerana ia mampu memberi kelegaan segera tetapi, tempoh itu tidak bertahan lama.

Selain itu, pemilihan ubat berbentuk pil atau tablet juga dikatakan menjadi antara punca mengapa kawalan asma pesakit terganggu kerana tablet tidak bertindak terus ke paru-paru dan hanya pergi ke perut.

"Pesakit yang mengambil tablet untuk asma akan mengalami jantung berdebar dan menggigil. Hal ini berbeza dengan inhaler yang mampu memberi rawatan lebih efektif. Memandangkan kos membeli tablet lebih murah, ramai orang memilih ubat itu dan kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi menyediakan ubat berbentuk tablet.

"Pesakit perlu tahu bahawa dengan mengeluarkan wang lebih membeli inhaler adalah lebih baik bagi mengawal asma, malah mereka sebenarnya akan dapat menjimatkan kos perubatan untuk tempoh masa yang panjang," tambah Abdul Razak lagi.

Abdul Razak pula turut mendedahkan bahawa majoriti pesakit asma hanya mengambil ubat pelega apabila simptom muncul dan kesannya mengakibatkan serangan asma lebih kerap.

Full content generated by Get Full RSS.

TUGAS TENTERA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

Posted:

TUGAS TENTERA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

TUGAS TENTERA SEBAGAI TENAGA PENGAJAR

Oleh MAZLAN SAMION


ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia berkawal di jeti Pulau Berhala untuk mengawal keselamatan pulau itu dari dicerobohi oleh pengganas dan pendatang haram.


PELUANG berkunjung ke Pulau Berhala kira-kira dua batu nautika dari Sandakan, Sabah baru-baru ini mengubah persepsi penulis terhadap tugas anggota tentera terutama dari perspektif kemanusiaan.

Selama ini penulis beranggapan tugas mereka terbatas kepada kawalan keselamatan dan menjaga ketenteraman awam.

Bagaimanapun, semuanya berubah apabila penulis mengiringi rombongan Platun Media Rejimen 515 Askar Wataniah diketuai Leftenan Kolonel Richard Santhanasamy dan Mejar Khairuddin Ismail.

Rombongan ini singgah di Pulau Berhala yang menempatkan markas taktikal Regimen Askar Melayu Diraja dengan 200 anggota di bawah Ops Pasir iaitu operasi keselamatan untuk menangani ancaman kumpulan bersenjata di perairan Sabah.

Ops Pasir yang membabitkan pelbagai divisyen agensi penguat kuasa dilancarkan selepas insiden penculikan sekumpulan pelancong dari Pulau Sipadan pada tahun 2000 oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari selatan Filipina.


ADA antara anak-anak Bajau ini mampu membaca dan fasih berbahasa Malaysia hasil daripada program Jiwa Murni.


Walauapapun, sumbangan anggota tentera di pulau itu melampaui tugas hakiki mereka. Mereka bukan sahaja mengawal keselamatan pulau berkenaan malah melaksanakan tanggungjawab sosial melalui program Jiwa Murni bagi penduduk pulau.

Program ini telah memanfaatkan kira-kira 1,000 penduduk Muslimin yang rata-ratanya dari suku kaum Bajau dan Sulu.

Program Jiwa Murni bermula sejak tahun 2006 apabila sekumpulan anggota tentera yang bertugas di pulau itu mendapati kebanyakan kanak-kanak di situ tidak berpeluang untuk bersekolah.

Pendidikan formal tidak dapat disediakan oleh pihak berkuasa bagi penduduk pulau kerana mereka tidak mempunyai dokumen untuk mengesahkan kewarganegaraan. Ia bertambah sukar kerana penduduk di Pulau Berhala dibelenggu kemiskinan dan tidak berpeluang meneruskan pendidikan.

Tenaga pengajar


SESI pembelajaran kendalian Korperal Abdul Rahman Hamdan (tengah) ternyata disenangi oleh sekumpulan pelajar remaja.


Bertitik-tolak daripada keadaan itulah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan inisiatif sendiri telah menyediakan anggotanya untuk menjadi tenaga pengajar tanpa sukatan khas bagi mengajar 50 pelajar.

Pelajar-pelajar tersebut mengikuti pendidikan asas seperti membaca, menulis dan mengira (3M).

Koperal Abdul Rahman Hamdan, 30, seorang anggota tentera yang juga berperanan sebagai guru sekolah berkata, penduduk Pulau Berhala berhijrah dari Filipina sejak lebih 100 tahun lalu.

"Taraf pendidikan penduduk di Pulau Berhala rata-ratanya masih rendah malah sehingga kini tidak ramai yang berupaya bertutur dalam bahasa Melayu.

"Sehubungan itu, anggota tentera yang ditempatkan di Pulau Berhala bukan sekadar mengawal keselamatan pulau yang berkeluasan lima hektar ini, tetapi kami juga menjadi guru kepada 60 kanak-kanak dan remaja di pulau ini.


PREBET Amran Jaafar (kanan) mengajar remaja dengan penuh dedikasi.


"Sistem pelajaran 3M menjadikan anak-anak ini celik huruf," kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman yang dibantu oleh rakannya, Prebet Amran Jaafar mengajar dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Isnin hingga Jumaat di Dewan 3M, pulau itu.

Beliau mengajar kanak-kanak berkenaan tanpa jemu dan mereka sentiasa berusaha belajar walaupun sesetengahnya kelihatan agak malu-malu.

Seorang pelajar, Masniza Salafuddin, 16, dengan raut wajah yang disalut bedak sejuk, begitu teruja apabila disuruh oleh gurunya membaca.

Dengan lancar beliau membaca ayat-ayat bahasa Inggeris yang ditulis di papan hitam di hadapannya.

"Kalau diberi peluang suatu hari nanti saya mahu jadi askar. Kerja sebagai askar dapat tolong kawan-kawan yang tidak tahu membaca," katanya sambil menoleh kepada rakan-rakannya yang bermain di padang bersebelahan Dewan 3M.

Masniza mengimpikan suku kaumnya itu akan lebih maju pada masa akan datang dan beliau memandang tinggi kerjaya sebagai askar.

Subjek asas

Pembelajaran 3M terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi pertama melibatkan murid berumur antara empat hingga tujuh tahun, sesi kedua lapan dan 11 tahun manakala sesi ketiga untuk pelajar berumur 13 dan 17 tahun.


DEMI keselamatan negara, anggota tentera dengan penuh komited dan dedikasi mengawal perairan negara daripada dicerobohi pengganas.


Menerusi kaedah ini, setiap pelajar diajar asas subjek bahasa Inggeris, bahasa Melayu, Matematik dan tulisan Jawi serta Sejarah.

Penduduk tempatan, Bensun Ismail, 52, yang juga pengendali feri dari Pulau Berhala ke Sandakan berkata, sebelum ini penduduk pulau rata-rata buta huruf dan bekerja sebagai nelayan tradisional.

"Kami memang buta huruf. Tetapi apabila ada sekolah 3M ini, anak-anak kami gembira kerana dapat belajar.

"Dengan adanya program kemasyarakatan daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, anak-anak kami semakin teruja untuk belajar dan mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan lebih baik," katanya yang membayangkan kehidupan anak-anak di pulau itu akan lebih terjamin pada masa akan datang.

Selain menjadi nelayan, ekonomi penduduk Pulau Berhala turut bergantung kepada aktiviti penternakan dan perniagaan runcit. Sungguhpun serba sederhana, kehidupan mereka jauh lebih baik pada masa kini.

"Sebelum ini, kami sering berdepan dengan ancaman pencerobohan nelayan asing, penculikan dan rompakan yang dilakukan oleh penjenayah dari negara jiran.

"Saya mewakili seluruh penduduk di sini berharap agar usaha murni angkatan tentera ini dapat mendidik anak kami dan menjaga keselamatan kami.

"Kini, hidup kami semakin baik dan kami harap usaha murni pihak tentera menerusi Ops Pasir akan berterusan," katanya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Meneladani simbolik kisah Pesta Cahaya

Posted:

Meneladani simbolik kisah Pesta Cahaya

Meneladani simbolik kisah Pesta Cahaya

Oleh Suzana Ghazali
Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie


DEEPAVALI disambut penuh meriah setiap tahun oleh penganut Hindu berdasarkan kisah legenda Raja Naragasura.


DEEPAVALI atau Diwali sinonim dengan Pesta Cahaya dan bagi tahun 2011 akan disambut pada 26 Oktober ini. Deepavali disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil iaitu antara bulan Oktober dan November.

Menurut legendanya, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan.

Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan mengelakkan daripada berbuat jahat sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.

Berdasarkan kisah tersirat di sebalik perayaan Deepavali, seharusnya seluruh masyarakat di Malaysia mengambil iktibar daripada perayaan ini.

1. Kebaikan akan sentiasa berjaya

Meneladani cerita Maha Krishnan yang berjaya menumpaskan Raja Naragasura, kita difahamkan bahawa kebaikan akan tetap menang dan berjaya juga akhirnya walau mungkin mengambil masa. Kebenaran dan kebaikan adalah perkara yang sepatutnya diamalkan dalam hidup kita seharian biar berdepan dengan apa juga rintangan dan cabaran.

Diakui bahawa sukar melaksanakan kebaikan dan kebenaran malah, kerap kali kebenaran dan kebaikan menemui jalan kepayahan atau buntu. Namun, jika terus bertahan dan kekal melaksanakan kebenaran dan kebaikan tersebut, penghujungnya adalah kejayaan dan kemenangan yang sebenarnya malah lebih bermakna. Seperti luahan kata Napoleon Bonaparte: Kejayaan di hujung seribu kegagalan itu adalah lebih bermakna.


MASYARAKAT India memasang pelita sebagai lambang kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.


2. Kejahatan tidak akan kekal

lama.

Kekalahan Raja Naragasura di tangan Maha Krishnan membuktikan kejahatan tidak akan bertahan. Sampai masa dan ketikanya kejahatan akan ditewaskan dan dibinasakan.

Seperti lincahnya si tupai bermain di dahan kayu, satu ketika tetap akan mendarat di atas tanah juga. Keadaan ini menjadi janji yang pasti, jangan sesekali mendewakan kejahatan kerana kejahatan tetap akan dimusnahkan. Anda tidak akan mudah berjaya dengan kejahatan.

Jika ada pun kejayaan, ia hanya sebentar malah, kejayaan yang dihasilkan melalui sikap yang buruk dan jahat tidak akan memberikan ketenangan. Kita lihat saja kisah para penjenayah contohnya perompak. Mereka mungkin berjaya merompak jutaan ringgit tetapi, dalam masa yang sama mereka bermasalah untuk keluar ke tengah masyarakat, sentiasa hidup dalam ketakutan dan tidak bahagia.

3. Fitrah manusia adalah sama

Seorang manusia, tidak kira apa agama anutannya, apa juga kaum dan bangsanya malah tidak kira lelaki atau perempuan, mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia iaitu difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai.

Andai seseorang individu itu melaksanakan pekara kebaikan dan meninggalkan perkara kejahatan, sudah pastilah individu itu akan difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai.

Sebaliknya, jika seseorang itu bertindak melaksanakan kejahatan, tidak menghormati hak individu lain, percayalah, anda tidak mungkin difahami, tidak akan diterima atau dihormati, sukar disayangi malah berkemungkinan ahli keluarga sendiri akan turut membenci.


RAKYAT Malaysia pelbagai agama harus mencontohi kisah di sebalik perayaan Deepavali betapa kebaikan akan mengatasi kejahatan.


4. Kebaikan tuntutan semua kaum dan agama

Jika difahami berdasarkan legenda Deepavali seperti yang dijelaskan pada permulaan perbincangan ini, jelas bahawa masyarakat India juga dituntut untuk melaksanakan kebaikan dan menjauhkan kejahatan. Hakikatnya, arahan melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan adalah tuntutan dan arahan yang wujud dalam setiap agama, setiap kaum dan bangsa malah, dicetuskan tuntutan tersebut melalui perayaan.

Semua agama melarang penganutnya minum arak, perzinaan atau seks sebelum nikah, pergaulan bebas, rasuah, menzalimi orang lain.

Larangan itu sebenarnya bukan semata-mata tuntutan agama tetapi menepati tuntutan moral manusia iaitu setiap individu berhak diberi peluang untuk hidup aman dan selesa. Tidak mungkin wujud keamanan dan keselesaan jika anda meneguk arak atau berjudi atau berzina dan lain-lain lagi malah, perbuatan tersebut akan menyebabkan berlakunya perbuatan jahat yang lain.

Lantas, biarpun Deepavali disambut sepenuhnya oleh masyarakat India, apalah salahnya kita sebagai masyarakat 1 Malaysia turut mengambil tahu mengenai Pesta Cahaya dan turut mengunjungi rakan-rakan yang merayakannya.

Selamat Hari Deepavali untuk semua!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kumpul peminat di China

Posted:

Kumpul peminat di China

Kumpul peminat di China

ONE BUCK SHORT teruja semasa menyertai Rockaway 2011 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERBEKAL keupayaan melantunkan genre pop punk bersama linguistik bahasa Inggeris, One Buck Short ternyata mempunyai ideologi tersendiri dalam merencanakan perjalanan seni mereka.

Walau sudah lebih lapan tahun menjadi anak seni, Mooky atau nama sebenarnya, Mundzir Abdul Latif, 29, Rahul atau Rahul Kukreja, 28, dan Imran atau Imran Fadzil Ishak, 27, kini lebih kebal bersama percubaan baharu bersama karya yang senafas lebih segar berbanding dahulu.

Cuba untuk lari menyusup ke dalam aliran adrenalin pendengar berbangsa Melayu pula, rempah-ratus yang dibikin mereka selama ini harus ditukar.

Seolah-olah satu ketenangan dan lebih dekat dengan telinga pendengar Melayu khususnya, lirik dan melodi dalam album terbaharu mereka keseluruhannya mencerminkan jiwa tempatan.

"Ini album pertama yang kami hasilkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu, memang tepat jika andaian semua kami ingin memancing pendengar Melayu pula berbanding album sebelum ini yang hanya memuatkan tiga buah lagu berbahasa Melayu," bicara Mooky.

Kampong Glam, itulah judul album terbaharu One Buck Short. Dengar sahaja judul album itu, pendengar sudah boleh mengagak ia 100 peratus album Melayu.

"Kami memilih judul itu kerana ia melambangkan pemodenan yang sedang kita alami sekarang, walau seseorang merantau jauh ke tengah-tengah bandar hakikatnya di kampung kita sendiri pun sudah cukup terkenal dan glamor sebenarnya," tambah vokalis One Buck Short itu lagi.

Album penuh kedua yang dihasilkan One Buck Short itu memuatkan enam buah lagu yang lirik dan komposisi muziknya adalah ciptaan penuh anggota kumpulan itu.

Antara lagu yang termuat dalam album itu adalah Hitung Segala Rasa, Semangat, Ditiup Kata Rindu, Pok Pok Bujang Lapok serta Sekelip Mata dan single pertama yang diangkat menerusi album Kampong Glam iaitu Carilah Duit kini sudah siap pembikinan muzik videonya.

"Album ini menonjolkan kematangan kumpulan kami, dari segi susunan muzik, lirik dan melodi yang banyak mencirikan elemen tradisi dan asli masyarakat Malaysia," katanya yang turut menekankan unsur-unsur keseimbangan dan ketenangan dalam album Kampong Glam.

Kampong Glam juga sudah berjaya dilancarkan ketika malam konsert sempena Festival Rockaway yang berlangsung di Medan Parkir A, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, ditanya juga perkembangan terkini One Buck Short, katanya mereka kini sedang dalam proses menyiapkan album Inggeris kedua yang kemungkinan diedarkan pada tahun depan.

"Material semua sudah ada, kini hanya tunggu masa untuk latihan dan rakaman, tapi konsepnya album itu akan memuatkan semua lagu berbahasa Inggeris," ujar Mooky yang juga masih belum memilih nama untuk album ketiga One Buck Short.

Peminat di China


Kami berhasrat untuk masuk ke dalam pasaran negara China memandangkan populariti One Buck Short di sana cukup meluas - MOOKY


Menuntut ilmu biar sampai ke negara China, bidalan itu bukan saja menjadi pedoman buat One Buck Short tapi juga menyuntik inspirasi untuk 'melarikan diri' ke sana.

"Sangat mengejutkan kerana di sana juga One Buck Short ada peminat tersendiri dan sangat ramai, perkara ini terbukti sewaktu konsert kami di sana dua tahun lepas ketika mempromosikan album pertama Halal & Loving It," katanya yang turut mempromosikan album itu di Singapura, Australia, Filipina, Hong Kong, Macau dan China.

Album pertama One Buck Short, Halal & Loving It memuatkan 12 buat lagu dengan tiga daripadanya berbahasa Melayu.

Jelas Mooky lagi, ribuan peminat fanatik One Buck Short hadir membanjiri Festival Rock Nanjin ketika mereka dijemput untuk beraksi ketika itu.

"Menerusi album terbaharu ini juga, kami berhasrat untuk masuk ke dalam pasaran negara China memandangkan poulariti One Buck Short di sana cukup meluas dan kami juga sedang dalam proses belajar bahasa Mandarin agar lebih memudahkan berkomunikasi.

"Peminat di China dihubungkan melalui laman sosial Douban dan segala perkembangan terkini One Buck Short mereka sendiri akan maklumkan melalui rangkaian itu," terang Mooky akan visi One Buck Short.

Duet Hero Malaya

Diusik juga seandainya diberikan pilihan untuk berduet dengan mana-mana artis tempatan, One Buck Short lekas membariskan beberapa nama di hadapan penulis.

Kata mereka,: "Mestilah kami memilih hero-hero Malaya yang cukup disegani seperti Zainal Abidin dan Ramli Sarip. Tapi terfikir juga kadang-kadang untuk cuba berduet dengan Stacy atau Sharifah Aini dalam beberapa buah lagu."

Walau bagaimanapun, mereka sedikit terkilan disebabkan protokol sesetengah pihak sebelum berkolaborasi dengan beberapa penyanyi berbakat tanah air.

"Kalau berjaya kolaborasi yang kami inginkan ini, hasilnya sudah tentu akan meletup!," pintasnya mengakhir bualan.

Full content generated by Get Full RSS.

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Posted:

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Maharaja Lawak Mega saingan tiga negara

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NIZAM (berdiri tujuh dari kanan) bersama calon peserta Maharaja Lawak Mega yang menawarkan ganjaran wang tunai RM350,000 buat juara.


SEBAGAI sebuah program komedi yang diminati ramai, rancangan Raja Lawak dan Maharaja Lawak sememangnya telah mencetuskan fenomena di kalangan penonton sehingga mengangkat bidang lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi.

Dengan kemunculan kedua-dua rancangan tersebut, ia dilihat sudah mencungkil begitu ramai pelapis pelawak tempatan sedia ada yang telah mewarnai lagi industri hiburan tanah air.

Melihat kepada kejayaan yang dikecapi itu, maka pihak Astro telah membuat satu lagi kejutan apabila bakal menghasilkan sebuah lagi rancangan komedi menarik yang dikenali sebagai Maharaja Lawak Mega.

Apa yang menariknya tentang rancangan ini, ia bakal membabitkan para peserta di kalangan pelawak yang lebih berpengalaman dalam bidang komedi dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan komedi terbaharu Astro itu menggunakan format dan konsep yang hampir serupa dengan Raja Lawak dan Maharaja Lawak.

"Jika kedua-dua rancangan sebelum ini membabitkan peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman, kali ini kami bawakan pula para peserta yang boleh digelar sebagai otai lawak dan sudah lama dalam bidang komedi.


ACONG (kiri) dan Joey mencuba nasib menerusi kumpulan yang ditubuhkan mereka yang diberi nama Anje.


"Idea untuk menerbitkan rancangan ini timbul atas permintaan beberapa pelawak tempatan sendiri yang mahukan sebuah pertandingan yang khusus untuk pelawak yang sudah berpengalaman luas," jelasnya.

Ditanya mengenai penyertaan dari Singapura dan Indonesia pula, Nizam menjelaskan tujuan pihaknya mengundang peserta dari kedua-dua negara tersebut adalah sebagai platform kepada pelawak tempatan untuk dikenali di kedua-dua negara tersebut.

Ujarnya lagi, untuk pemilihan peserta dari luar pula dibuat adalah melalui perbincangan dan cadangan yang telah diberikan oleh rakan stesen televisyen di negara berkenaan.

"Apabila mereka memberi nama beberapa buah kumpulan lawak di negara masing-masing, kami terus menghantarkan jemputan untuk menyertai rancangan ini. Namun begitu, ada beberapa buah kumpulan yang terpaksa tolak kerana jadual yang tidak sesuai," ujarnya.

Berkenaan dengan sistem pemarkahan dan juri pula, Nizam memberitahu bahawa peratusan markah sebanyak 70 peratus akan diberikan oleh juri tetap, manakala 30 peratus lagi adalah menerusi undian penonton.

Untuk juri tetap pula, seramai tiga orang juri tetap yang akan dipilih serta seorang juri jemputan yang akan diundang dari kedua-dua negara tersebut pada setiap minggu.

Bagi pemilihan juri pula, kami telah menetapkan bahawa kesemua juri yang akan dipilih nanti terdiri daripada selebriti yang bukan berlatarbelakangkan pelawak atau pelakon komedi.

"Setiap peserta yang bertanding nanti tidak akan dinilai dari sudut teknikal memandangkan kesemuanya sudah berpengalaman luas. Sebaliknya, penilaian yang diberikan adalah berdasarkan kepada kelucuan dan elemen lawak jenaka yang menghiburkan," jelasnya.


KUMPULAN Syok (dari kiri), Sudin, Suhaimi dan Ifa.


Bakal bersiaran secara langsung bermula 28 Oktober ini pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna 132, pertandingan tersebut akan disertai oleh 17 peserta yang akan merebut gelaran juara.

Antara peserta yang bakal bersaing seperti kumpulan Pimai (dianggotai Sathiya, Imuda dan Yassin Sulaiman), Hiro (Hamdan, Ilya dan Ropie), Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Anje (Achong & Joey), Osbon (Mr. Os dan Abon), Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), Rap (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama), Comel (Radhi Khalid dan Bell Ngasri), Lanun (Jegan, Elyas dan Salman), 3G (Yassin, Didie Alias dan Enot) serta dua peserta solo iaitu Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid.

Peserta Singapura pula diwakili oleh kumpulan Gebu (Hani dan Azian), gabungan peserta Malaysia dan Singapura iaitu kumpulan Syok (Ifa Raziah, Suhaimi dan Arif Sudin). Indonesia pula tampil dengan tiga kumpulan iaitu Bawel (Dodon, Amin dan Dadang), Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) serta Caer (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

Dijadualkan berlangsung selama 10 minggu, selain gelaran Maharaja Lawak Mega, para peserta yang akan muncul juara nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai yang cukup lumayan iaitu RM350,000!

Mencabar

Dengan menggabungkan para peserta yang terdiri daripada pelawak dan pelakon komedi yang sudah berpengalaman luas ternyata memberikan cabaran yang tersendiri dalam usaha untuk bergelar juara sulung.

Salah satu kumpulan iaitu Anje yang terdiri daripada Acong dan Joey ketika ditemui mengakui adalah sesuatu yang cukup mencabar apabila bakal bersaing dengan peserta yang hebat.

Menurut Acong, biarpun menyedari peluang untuk muncul juara agak sukar, namun matlamat utama mereka untuk turut serta dalam rancangan tersebut adalah mahu menghiburkan orang ramai.

"Kami akui kalau dari segi populariti memang kami akan tewas. Bagaimanapun, itu bukan bermakna kami berputus asa kerana apa yang lebih penting adalah kreativiti ketika membuat persembahan nanti," ujarnya.

Sementara Ifa Raziah yang mewakili kumpulan Syok pula menyifatkan penggabungannya dengan peserta dari Singapura adalah satu langkah yang tepat dan yakin mereka mampu tampil sebagai sebuah kumpulan yang akan memberi cabaran sengit nanti.

Menurutnya, dia sendiri pada mulanya tidak menyangka apabila pihak Astro memberikan peluang untuk mereka bergabung sebagai sebuah kumpulan dan tiada masalah untuk bergandingan dengan pelawak lelaki.

"Sebelum ini saya memang sudah selalu bekerjasama dengan Suhaimi memandangkan saya memang sering tampil dalam rancangan televisyen di Singapura dan ini kali pertama bergandingan dengan Arif.

"Sebagai sebuah kumpulan kami tidak merasakan yang kami ini peserta dari Malaysia atau Singapura kerana bergerak di atas nama kumpulan Syok. Malah, kami berharap agar mendapat sokongan yang padu dari kedua-dua negara," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Posted:

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Tuah 'Engkau' pada Idayu

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


NOR IDAYU IDRIS pernah gagal kali pertama, namun kejayaannya meraih ganjaran wang tunai RM12,000 ini hasil percubaan kali keduanya.


DENGAN hanya meneka perkataan 'Engkau', akhirnya Nor Idayu Idris telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 dalam kempen Perkataan Pertama Kembali di Sinar FM yang dianjurkan oleh stesen radio popular tersebut.

Menerusi kempen yang diadakan pada bulan September lalu, Idayu menjadi peserta yang merangkul hadiah paling lumayan apabila memberi jawapan tersebut yang juga perkataan pertama untuk lagu berjudul Sekuntum Bunga Sakura di Gurun Sahara nyanyian kumpulan Mega.

"Sebenarnya sebelum ini saya pernah menyertai kempen yang sama pada bulan Mac yang lalu, tetapi gagal menjawab dengan tepat. Pada kali kedua ini barulah saya berjaya dan gembira kerana memenangi wang yang cukup lumayan.

"Kalau dalam percubaan pertama dahulu saya agak gugup, pengalaman lalu telah mengajar saya untuk lebih bersedia dan sentiasa menantikan peluang menghubungi konti Sinar FM untuk memberi jawapan yang tepat," ujarnya pada majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang baru-baru ini.

Menurutnya lagi, ketika berjaya menembusi panggilan pada 11 September yang lalu, dia beruntung kerana turut dibantu oleh abangnya yang merupakan seorang peminat lagu-lagu yang popular pada era 90-an.

"Saya sangat bertuah kerana saya dan abang mengetahui lirik lagu yang diputarkan oleh penyampai Zaidi Zainal ketika itu. Walaupun masa yang diberikan agak singkat, namun saya berasa sangat lega kerana dapat menjawab dengan tepat," ujarnya.


SAMBUTAN hangat. Kempen Perkataan Pertama Kembali menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM70,000 untuk dimenangi pendengar Sinar FM.


Mengenai hadiah wang tunai lumayan yang telah dimenangi itu, Idayu menjelaskan setakat ini dia mahu berkongsi dengan ahli keluarganya dan mengagihkan sedikit kepada abangnya.

Kempen Perkataan Pertama Kembali di Sinar FM merupakan sebuah kuiz yang memerlukan para pendengar setia radio tersebut meneka dengan tepat perkataan pertama untuk sesebuah lagu yang diputarkan oleh penyampai dalam tempoh 10 saat.

Sejak ia berlangsung sepanjang bulan September, seramai 22 orang pendengar yang berjaya meneka dengan tepat dan memenangi hadiah wang tunai di antara RM300 sehingga RM12,000.

Sementara itu, Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said yang ditemui berkata, sambutan yang diterima ternyata sangat menggalakkan berbanding ketika ia diadakan buat kali yang pertama sebelum ini. Sebanyak RM70,000 diperuntukan untuk diberikan kepada pemenang.

Ditanya sama ada kempen tersebut akan diteruskan lagi pada masa hadapan, Rostam menjelaskan, pihaknya masih belum mempunyai sebarang perancangan buat masa ini biarpun mendapat permintaan yang ramai daripada pendengar.

"Kalau boleh kami mahu terus menganjurkan kempen-kempen yang menarik kepada pendengar dan kalau ada pun mungkin menerusi konsep yang berbeza. Namun, itu semua masih belum dapat ditentukan lagi," jelasnya yang mengepalai radio paling popular di Malaysia dengan jumlah pendengar seramai 4.1 juta orang itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Khamis, 13 Oktober 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Empangan punca Thailand ditenggelami air

Posted:

Empangan punca Thailand ditenggelami air

Empangan punca Thailand ditenggelami air

Susunan AMMAR JAZLAN MAD LELA

AYUTTHAYA merupakan bekas ibu negara Thailand, pernah ditawan askar Burma dalam peperangan yang berlaku pada tahun 1767.

Kali ini bandar raya yang terletak kira-kira 67 kilometer dari Bangkok itu sekali lagi ditawan, namun bukan disebabkan peperangan tetapi air.

Sejak seminggu lalu, keseluruhan bandar di wilayah itu kini ditenggelami air berikutan Sungai Chao Phraya yang mengelilinginya melimpah, melepasi benteng penghadang banjir yang dibina.

Situasi itu menyebabkan pelbagai khazanah berharga di Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu kini dalam bahaya.

Seorang penduduk tempatan, Somchit Nawangmuang memberitahu, dia telah kehilangan segala-galanya dalam kejadian itu.

"Banjir telah merampas segala-gala yang saya ada," kata bapa kepada enam orang anak itu yang rumahnya terletak di tebing Sungai Chao Phraya.

Dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan kediaman mereka pagi Ahad lalu selepas paras air sungai melimpah, menenggelamkan rumah dan memaksa mereka tinggal dalam keadaan sehelai sepinggang.

"Paras air meningkat sehingga lima meter mencecah siling rumah kami," katanya. Dia bersama ratusan pelarian kini ditempatkan di pusat-pusat pemindahan mangsa banjir di bandar itu yang menyediakan kemudahan penginapan sementara dan makanan.

Kilang ditutup


TENGGELAM. Banjir menyebabkan tapak warisan dunia, Kuil Chaiwatthanaram di Ayutthaya ini hampir hilang dari pandangan.


Timbalan Gabenor Ayutthaya, Thawi Naritsirikun berkata, sebanyak 1,200 hektar kawasan perindustrian di wilayah itu termasuk 200 kilang terpaksa ditutup akibat banjir. Antaranya beberapa syarikat gergasi, Honda Motor Co, Toyota Motor, Canon Inc. dan Nikon Corp.

Musim monsun pada tahun ini yang lazimnya bermula antara bulan Ogos hingga Oktober berlaku agak panjang dan menghasilkan hujan lebat yang luar biasa di sekitar Asia Tenggara. Situasi yang sama turut dirasai oleh beberapa negara jirannya seperti Vietnam, Kemboja dan Laos. Lebih menyedihkan, banjir tersebut telah menelan ratusan korban dan menyebabkan kerugian berbilion-bilon dolar.

Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Thailand melaporkan seramai 270 penduduk telah disahkan terbunuh manakala lebih 2.4 juta penduduk turut terjejas ekoran banjir yang disifatkan terburuk dalam tempoh 50 tahun.


MASYARAKAT Islam Kemboja yang menunaikan solat di masjid Kampung Doung terpaksa menaiki sampan apabila negara mereka terkena tempias banjir yang melanda Thailand.


Dianggarkan sebanyak 58 daripada 77 wilayah dilaporkan terjejas, manakala 27 daripadanya telah ditenggelami air.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertanian menganggarkan kira-kira 1.4 juta hektar kawasan pertanian di negara itu kini ditenggelami air iaitu menyamai 13 kali ganda keluasan negara Hong Kong.

Secara keseluruhan, kerajaan mengganggarkan banjir yang bermula sejak bulan Julai lalu telah mengakibatkan kerugian antara AS$1.91 bilion hingga AS$2.61 bilion (RM5.9 bilion hingga RM8 bilion).

Selain Ayutthaya, beberapa wilayah lain yang terjejas ialah Nakhon Sawan, Uthai Thani, Chai Nat, Sing Buri, Angthong, Lop Buri, Pathum Thani, Nonthaburi dan Chacheongsao.

Seorang penduduk di Pathum Thani, Wanpen Suanmakam memberitahu, hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari menyebabkan paras air sungai berhampiran rumahnya meningkat sehingga dua meter.

Fenomena luar biasa


MANGSA banjir di wilayah Ayutthaya dipindahkan ke tempat yang selamat.


"Saya tidak pernah menjangkakan banjir pada tahun ini begitu buruk. Air naik dengan begitu pantas, kami tidak sempat berbuat apa-apa.

"Rumah saya kini ditenggelami air, begitu juga sawah padi yang diusahakan. Saya kini tidak mempunyai apa-apa lagi, semuanya telah musnah akibat banjir," kata lelaki berusia 62 tahun itu ketika ditemui di sebuah pusat pemindahan banjir di wilayah itu.

Fenomena luar biasa kali ini turut dikaitkan dengan faktor manusia. Ramai yang menyalahkan kelemahan pengurusan air di negara itu terutama di beberapa empangan besar seperti Bhumibol dan Sirikit di utara yang mengairi Chao Phraya.

"Mereka menyimpan terlalu banyak air di empangan pada awal musim monsun, oleh itu ia tidak dapat menampung jumlah hujan yang berterusan ketika ini," kata Ketua Yayasan Amaran Bencana Alam, Smith Dharmasaroja.


BEG-BEG pasir yang disusun menjadi benteng antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Thailand untuk membendung banjir.


"Saya rasa lebih 80 peratus punca banjir ini disebabkan oleh kelemahan sistem yang digunakan," katanya yang juga merupakan seorang ahli kaji cuaca.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak berkuasa telah dipaksa untuk melepaskan air dari takungan empangan Bhumibol dan Sirikit, yang berada dalam kapasiti penuh. Situasi itu sekali gus menyebabkan aliran Chao Phraya meningkat dan seterusnya mengalir ke ibu negara itu, Bangkok.

Penganalisis sebelum ini berpendapat, Bangkok yang kini beransur-ansur tenggelam berikutan peningkatan paras air di delta Chao Phraya dan terletak hanya dua meter di atas paras laut akan lumpuh sekiranya berlaku banjir.

Amaran banjir turut menimbulkan suasana panik bagi lebih 12 juta penduduk di bandar raya itu yang berebut-rebut menyimpan bekalan makanan dan air bersih.

Kebanyakan pasar raya sesak sejak Sabtu lalu, apabila orang ramai menyerbu dan membeli bekalan masing-masing untuk keperluan dan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir.

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra kini dilihat berdepan tugas getir dalam menyelesaikan krisis pertamanya selepas dilantik menjawat jawatan itu kira-kira dua bulan lalu.

Tangani krisis


PEMANDANGAN dari atas yang menunjukkan air Sungai Chao Phraya dipenuhi air dan melimpah keluar ke darat.


"Kami mengaku banjir yang berlaku kali ini lebih buruk berbanding sebelumnya," kata Yingluck dalam ucapan yang disiarkan dalam siaran televisyen di negara itu pada 7 Oktober lalu.

"Kerajaan hari ini baru berusia beberapa bulan dan adalah sukar untuk berhadapan dengan situasi ini memandangkan hujan lebat kali ini agak luar biasa."

Kesungguhan Yingluck dalam menangani krisis yang berlaku menyebabkan beliau membatalkan lawatan rasmi ke Singapura dan Malaysia yang dijadualkan pada minggu ini.

Dalam satu telepersidangan dengan gabenor wilayah-wilayah yang terlibat sebelum ini, beliau menganggarkan sebanyak AS$1.2 bilion (RM3.75 bilion) akan digunakan untuk membina sistem penghalang banjir di seluruh negara itu pada masa hadapan.

Pada masa yang sama semasa pertemuan di Pusat Operasi Bantuan Banjir baru-baru ini, Yingluck turut mengarahkan agensi-agensi kerajaan bersedia untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Mengikut perjanjian itu, tentera akan mengambil alih melindungi penduduk dan beberapa wilayah yang terjejas teruk seperti Ayutthaya, Lop Buri dan Nakhon Sawan.

Sementara itu, pada Isnin lalu, Yingluck telah mengarahkan melaksanakan kerja-kerja mengorek terusan dan pengukuhan benteng pencegahan banjir di utara dan barat Bangkok bertujuan mengurangkan impak banjir yang melanda.

Setakat ini, tiga benteng penahan banjir baharu telah dibina di dua lokasi iaitu di Rangsit Khlong 5 dan Taling Chan.

Sementara itu, jurucakap agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kirten Mildren berkata, kerajaan kini giat melakukan pelbagai usaha bagi menghalang banjir daripada menenggelamkan bandar raya itu.

"Kami tahu banyak aliran air dari utara yang turun ke selatan," katanya.

"Kerajaaan kini sedang membina terusan di sekeliling bandar raya. Terdapat timbunan beg-beg pasir di merata-rata tempat. Mereka sedang melakukan apa saja untuk menghalang banjir, biarpun ia semakin hampir setiap hari."

Full content generated by Get Full RSS.

Memulih rumah terbengkalai

Posted:

Memulih rumah terbengkalai

Memulih rumah terbengkalai


PEMBELI rumah di Taman Prima Hijau di Rawang menderita selama sedekad kerana rumah mereka terbengkalai.


BAGI Yee Poo Yoon, 40, 26 September 2011 adalah tarikh yang sukar dilupakan dalam hidupnya. Selepas penat lelah selama dua tahun berusaha menghidupkan kembali projek Taman Prima Hijau yang terbengkalai akhirnya projek itu dapat dipulihkan dan menerima Sijil Layak Menduduki (CFO).

"Saya mula bertindak sebagai wakil penduduk taman itu pada bulan Mei 2009 dan tidak dinafikan pada mulanya saya menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan bantuan.

"Ada juga pembeli yang tidak percaya dengan kemampuan saya untuk membantu agar projek ini diteruskan," katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Taman Prima Hijau, Rawang, Selangor baru-baru ini.


PARA pembeli rumah terpaksa berjuang untuk mendapatkan hak mereka.


Kisah Poo Yoon adalah antara kejayaan Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai Jabatan Perumahan Negara menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai di negara ini.

Poo Yoon merupakan antara 33,000 pembeli rumah yang kecewa apabila projek perumahan yang terlibat menghadapi masalah dan terbengkalai.

Pengarah Bahagian Pemulihan jabatan itu, M.Jana Santhiran berkata, pihaknya komited untuk menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai di negara ini.

Namun proses pemulihan projek perumahan swasta yang terbengkalai biasanya memakan masa yang agak lama disebabkan oleh kekangan yang dihadapi oleh jabatan itu.

"Antara kesukaran yang dihadapi ialah mendapatkan butiran projek seperti Kelulusan Projek dan Pelan Bangunan serta lukisan teknikal yang berkaitan," katanya.

Rekod pembeli


FLAT Prima Hijau kini boleh diduduki selepas hampir sedekad terbengkalai.


Jana Santhiran berkata, ketiadaan rekod pembeli turut menyukarkan pihak jabatan mempercepatkan proses pemulihan rumah terbengkalai.

"Jika ada pun rekod pembeli, ia tidak lengkap dan masih sukar untuk jabatan menghubungi pembeli sesuatu projek terbabit," katanya.

Jana Santhiran menambah, kadangkala jabatan turut menghadapi masalah dengan tuan tanah yang enggan ataupun gagal memberikan kerjasama.

"Kesannya, pembeli ataupun pemiutang terpaksa membawa kes berkaitan ke mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian yang berkaitan dengan tuan tanah," katanya.

Jana Santhiran berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau secara talian kira-kira 3,000 projek perumahan di seluruh negara.

"Pihak pemaju diwajib menghantar laporan kemajuan projek masing-masing setiap tiga bulan," katanya.

Dengan kesedaran yang amat tinggi dalam kalangan pembeli akan hak mereka, pembeli sedia bekerjasama dengan jabatan itu dalam menghidupkan semula projek selain pihak bank memantau perjalanan projek perumahan yang mereka beli.


MENTERI Perumahan dan Kerajaan tempatan, Datuk Wira Chor Chee Hueng melihat kawasan sekitar dari tingkat lapan rumah Flat Taman Prima Hijau selepas majlis penyerahan kunci.


Sehingga ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengenal pasti 167 projek rumah terbengkalai di seluruh negara, membabitkan 50,605 buah rumah dan 32,848 pembeli.

Sehingga 31 Ogos 2011, kementerian dengan kerjasama semua pihak dapat memulihkan 82 projek perumahan terbengkalai.

Ini melibatkan 9,231 pembeli yang mendapat manfaat daripada usaha pemulihan ini, manakala sebanyak 54 projek lagi sedang dipulihkan dan berada di pelbagai peringkat kemajuan.

Deposit lesen

Beliau berkata, baki 31 projek lagi dalam perancangan untuk dipulihkan.

Pelbagai usaha sedang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani gejala projek perumahan terbengkalai.

Antaranya, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) mengesyorkan supaya deposit lesen pemaju perumahan dinaikkan selain pemaju menerima pakai konsep bina dan jual.

Pemudah juga mahu Tribunal Pembeli Rumah diberi lebih banyak kuasa untuk menangani masalah yang berkaitan antara pembeli dan pemaju.

Sementara pada pihak pemaju pula, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) telah meminta pindaan kepada Akta Pembangunan Perumahan untuk membantu pemaju memastikan projek perumahan tidak terbengkalai.

Antara pindaan yang disyorkan adalah deposit yang lebih tinggi dikenakan mengikut kemampuan pemaju untuk mendapatkan lesen pemaju berbanding RM200,000 pada masa kini. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


7,113 pohon 560 rumah PR1MA

Posted:

7,113 pohon 560 rumah PR1MA

7,113 pohon 560 rumah PR1MA

PENGARAH Eksekutif Penasihat Audit Dalaman KPMG, Mohd. Khaidzir Shahari memasukkan nombor cabutan pemohon rumah PR1MA ke dalam peti undi di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Semua 7,113 borang permohonan bagi Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan menjalani proses ketat untuk memastikan pemohon yang berjaya adalah mereka yang benar-benar layak, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias.

Katanya, unit itu akan memproses semua permohonan dengan dipantau oleh perunding juruaudit bertauliah iaitu KPMG Business Advisory Sdn. Bhd. (KPMG).

"Ia bagi memastikan tiada sikap pilih kasih, pemilihan adil dan telus dijalankan supaya mereka yang layak sahaja dipertimbangkan untuk memiliki rumah tersebut," katanya pada satu taklimat khas untuk media berhubung perkembangan terkini mengenai proses permohonan tersebut.

Dalam taklimat itu, pihak media menyaksikan bagaimana semua nombor pemohon diletakkan di dalam peti khas yang kemudian dikunci sebelum diletakkan di bilik kebal.

Katanya, peti tersebut hanya akan dibuka pada majlis pengundian pada Sabtu ini yang akan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Kompleks Kejiranan, Presint 11 di sini.

Abdul Mutalib memberitahu, semua nombor permohonan akan disemak dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu warna biru untuk pemohon yang belum mempunyai rumah dan ia berjumlah 5,943 orang manakala warna merah jambu bagi pemohon yang sudah memiliki sebuah rumah iaitu berjumlah 1,170 orang.

Program fasa pertama PR1MA ini memperuntukkan 560 unit rumah.

"Undian akan dibuat sebanyak dua kali iaitu (untuk menentukan) 560 permohonan yang akan diletakkan di bawah senarai pertama dan (untuk menentukan) 560 lagi di bawah senarai simpanan.

"Sekiranya dalam proses tapisan didapati ada maklumat-maklumat yang diberikan tidak benar maka permohonan dianggap tidak berjaya dan akan digantikan dengan pemohon yang berada dalam senarai simpanan," jelasnya.

Rumah mampu milik di bawah program itu berharga antara RM120,000 hingga RM150,000 dan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. di Presint 11 di sini.

Pendaftaran permohonan dibuat dalam talian di www.pmo.gov.my serta di beberapa lokasi di Putrajaya, permohonan dibuka pada 30 September lepas dan ditutup pada tengah malam semalam.

Syarat kelayakan warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, bekerja atau bermastautin di Putrajaya, pengundi berdaftar di Parlimen Putrajaya dan pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan (suami dan isteri). - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

'Harta ibu bernilai jutaan ringgit'

Posted:

'Harta ibu bernilai jutaan ringgit'

'Harta ibu bernilai jutaan ringgit'

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


KHAIRUL ANAM menunjukkan surat tuntutan harta sepencarian ke atas bapa mereka di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seramai 11 orang anak kepada seorang jutawan syarikat bas ekspres terkemuka di sini menuntut daripada bapa mereka harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka yang telah meninggal dunia pada 2008.

Kesemua mereka memfailkan tuntutan ke atas Che Ibrahim Che Ismail, 56, yang merupakan pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 2 Oktober lalu.

Mereka ialah Khalilullah, 31; Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Anam, 26; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11 dan Nurul Aufa, 13.

Ibu mereka, Paizah Mohd. Yusoff meninggal dunia pada tahun 2008 ketika berusia 49 tahun setelah koma selama empat tahun berikutan kemalangan jalan raya pada tahun 2004.

Mereka selaku plaintif menuntut harta sepencarian arwah ibu mereka bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Kesemua plaintif turut mengemukakan notis permohonan untuk mendapatkan perintah interim secara ex-parte di mahkamah yang sama bagi menghalang defendan daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian milik ibu mereka yang jumlahnya akan ditentukan kemudian.

Menurut penyata tuntutan harta sepencarian itu, arwah telah berkorban sepenuh jiwa dan raga mengharungi suka duka hidup berumah tangga bersama defendan sebagai teman yang membantu dan memberi dorongan sehinggalah defendan memperoleh kesenangan dalam hidup.

Sementara itu, anak sulung Che Ibrahim, Khalilullah ketika ditemui di sini semalam berkata, harta sepencarian ibu mereka itu bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata, harta tersebut meliputi kawasan tanah di sekitar Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Lumpur, beberapa rumah banglo dan bangunan serta syer di dalam Ekspres Mutiara yang didaftarkan atas nama Mutiara Pahim Sdn. Bhd.

"Tuntutan harta sepencarian ini dibuat bagi membolehkan ayah mengagihkan harta itu secara adil kepada kami semua kerana ia adalah harta arwah ibu yang menjadi hak kami adik-beradik dalam mewarisi pusaka tinggalan arwah," katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Khalilullah lagi, bapanya telah berkahwin dengan seorang wanita lain selepas empat bulan ibunya koma akibat kemalangan pada tahun 2004.

"Selepas ibu meninggal dunia kami telah bertanya perkara ini kepada ayah beberapa kali tetapi tidak diendahkan.

"Kami juga telah berusaha dengan pelbagai cara, antaranya dengan meminta bantuan bapa saudara ayah saya, tapi tidak berjaya.

"Setelah tiga tahun berusaha, kami tidak ada jalan lain dan inilah jalan yang terbaik," ujarnya.

Khalilullah juga berharap, bapanya yang juga penerima anugerah Jaksa Pendamai perlu menunaikan tanggungjawabnya terhadap anak-anak meskipun lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain.

Full content generated by Get Full RSS.

Galakan terbit buku ilmiah bahasa Melayu

Posted:

Galakan terbit buku ilmiah bahasa Melayu

Galakan terbit buku ilmiah bahasa Melayu

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


MUHYIDDIN melakukan gimik perasmian Bulan Bahasa 2011 Peringkat Kebangsaan sambil diperhatikan Rais (kiri) dan Mohamed Khaled (dua dari kiri) di UTeM, Melaka semalam.


MELAKA - Dana berjumlah RM2 juta bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi dalam bahasa Melayu akan diwujudkan mulai tahun hadapan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penulis yang menghasilkan buku seumpama itu dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bakal menerima ganjaran RM20,000 selain bayaran royalti yang biasanya diterima.

"Pihak DBP akan menentukan karya-karya yang layak diterbitkan berdasarkan manuskrip yang dihantar," katanya ketika merasmikan pelancaran Bulan Bahasa 2011 Peringkat Kebangsaan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini semalam.

Turut hadir Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Muhyiddin berkata, penubuhan dana tersebut merupakan antara beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.

Katanya, jumlah buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu pada masa ini amat sedikit iaitu kira-kira 3,900 judul buku berbanding hampir 75,000 judul yang diterbitkan di negara ini.

"Kita memahami bahawa penerbitan dalam bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa tetapi ini tidak bermakna kita harus meminggirkan karya-karya penerbitan dalam bahasa Melayu," katanya

Dalam pada itu, menurutnya, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi khususnya dalam pentadbiran dan urusan rasmi kerajaan juga akan dimantapkan berikutan persetujuan Kabinet supaya semua penjawat awam diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi.

"Untuk memastikan arahan itu dipatuhi, pekeliling perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bengkel untuk tampil cantik

Posted:

Bengkel untuk tampil cantik

Bengkel untuk tampil cantik


DARI kiri Shawn Tutler, Nancy Yeoh dan Chelsia Ng memberikan gaya istimewa selepas mengendalikan bengkel kecantikan untuk wanita.


BAYANGKAN diri anda sebagai seorang wanita yang bergaya, berkarisma dan dikagumi dalam sebuah majlis sosial.

Anda melangkah masuk ke dalam bilik dan menawan hati hadirin lain dengan gaya anda penuh keyakinan serta penampilan diri yang menarik.

Bayangkan juga anda mengetahui rahsia temu duga untuk mendapatkan jawatan atau kenaikan pangkat yang telah lama anda idam-idamkan.

Anda kelihatan cantik, yakin dan berjaya mengambil hati penemuduga.

Dalam situasi semasa yang semakin kompetitif, adalah kritikal bagi seseorang itu untuk kelihatan profesional. Anda memerlukan kelebihan ini.

Hakikatnya, hanya segelintir individu yang dilahirkan bergaya dan anggun, walaupun dalam kalangan mereka yang menjadi terkenal.

"Jika anda fikir semua selebriti adalah sempurna, anda salah. Selebriti terkenal seperti Charlize Theron, Angelina Jolie dan Halle Berry mempunyai penasihat profesional yang mengajar mereka tentang cara-cara mekap, postur tubuh dan etika sosial.

"Secara peribadi, saya percaya bahawa tidak ada istilah tidak cantik, cuma ada segelintir orang yang tidak tahu cara untuk menyerlahkan kecantikan diri mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Stylo International, Datuk Nancy Yeoh.

Tambahnya, kebanyakan daripada kita tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana sibuk dengan karier dan keluarga sehingga kecantikan diri sendiri terabai.

Memahami masalah tersebut, Head & Shoulders menyerlahkan kecantikan dalaman dan keyakinan diri wanita dengan menganjurkan sebuah bengkel media bersama Nancy dan pelakon, Chelsia Ng di Stylo Academy, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Objektif utama penganjuran bengkel tersebut adalah untuk memberi tip dan nasihat yang berguna kepada rakyat Malaysia agar menggunakan sepenuhnya personaliti unik yang dimiliki mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

"Head & Shoulders bukan hanya membantu pengguna melawan kelemumur, kerosakan kulit kepala dan rambut gugur malah, turut membantu pengguna untuk menyerlahkan keyakinan diri dan karisma mereka setiap hari," kata Pengurus Perhubungan Luar Procter & Gamble (P&G) Malaysia, Goh Seng Jone.

Selain tip penjagaan rambut, peserta diberi kursus selama dua jam tentang solekan dan pembangunan sahsiah diri.

Penampilan istimewa

Topik-topik yang dibentangkan berkisar mengenai cara-cara mengenal bentuk tubuh sehingga etika menghadiri majlis perkahwinan dan majlis sosial kebudayaan yang disampaikan oleh Nancy.

Penampilan istimewa personaliti televisyen yang ceria, Chelsia mengujakan hadirin tatkala dirinya berkongsi rahsia sentiasa kelihatan cantik, bertenaga dan yakin setiap hari.

Chelsia bersama pendandan rambut terkenal, Shawn Tutler berkongsi pendapat yang sama mengenai penjagaan kecantikan dan kebersihan rambut perlu dititikberatkan tidak tidak kira lelaki atau wanita.

Head & Shoulders Anti-hair Fall Collection telah terbukti dapat menghilangkan kelemumur sehingga 100 peratus dan mengurangkan rambut gugur sebanyak 95 peratus.

Syampu antikelemumur yang spesifik untuk golongan lelaki dan wanita itu dirumus dengan teknologi HydraZinc yang terbukti sangat efektif untuk melawan kelemumur daripada basuhan pertama dan penggunaan yang berterusan.

Full content generated by Get Full RSS.

Cungkil bakat saintis muda

Posted:

Cungkil bakat saintis muda

Cungkil bakat saintis muda

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


PELAJAR SRK Sri Petaling melakukan beberapa uji kaji kimia sambil dibantu fasilitator BASF.


TANPA disedari bahan kimia banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita daripada makanan, bangunan yang kita huni sehinggalah produk kosmetik.

Bahkan, lampin bayi yang mampu menampung bahan buangan si comel dan perekat luka turut menggunakan teknologi kimia dalam melancarkan penggunaan produk berkenaan.

Dalam memberi pendedahan mengenai kepentingan bahan kimia terhadap kehidupan seharian, peneraju syarikat kimia dunia, BASF bakal menganjurkan BASF Kids' Lab bermula dari 9 hingga 13 November ini di pusat beli-belah 1 Utama, Damansara, Petaling Jaya.

Program BASF Kids' Lab mula dianjurkan sejak tahun 2006 lagi disasarkan kepada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman mengenai penggunaan asas kimia dalam kehidupan seharian.

Pengarah Urusan BASF Malaysia, Daniel Loh berkata, program berkenaan diadakan untuk menarik minat dan mencungkil bakat kanak-kanak terhadap kimia apabila mereka dapat merasai sendiri pengalaman menjalankan uji kaji makmal.

"Melalui program Kids' Lab ini, para peserta dapat melakukan eksperimen ringkas berkaitan kehidupan seharian melalui empat stesen yang disediakan mengikut tema tertentu sambil dibantu oleh fasiliator terlatih BASF.

"Pada peringkat umur ini, peserta mampu menyerap pelbagai maklumat dan sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu. Ia sekali gus dapat mendidik dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai kimia," katanya selepas melancarkan Bengkel Keajaiban Kimia BASF Kids' Lab di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tahun Kimia Antarabangsa

Dalam majlis berkenaan seramai 20 pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sri Petaling, Petaling Jaya, Selangor turut merasai pengalaman menjalankan uji kaji kimia bersama fasiliator terlatih BASF.

Selaras sambutan Tahun Kimia Antarabangsa, Daniel menambah, penganjuran Kids' Lab pada tahun ini lebih istimewa berbanding tahun sebelumnya apabila ia bakal diadakan di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, sebanyak tiga sesi akan diadakan setiap hari sepanjang program berkenaan berlangsung kelak dan penyertaan adalah berdasarkan konsep siapa cepat akan dapat menyertai eksperimen berkenaan.

"Sejak sembilan tahun lalu, lebih 200,000 kanak-kanak sudah menyertai program tersebut di peringkat Asia Pasifik. Kita menerima maklum balas positif daripada peserta dan ibu bapa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Pusat Perkhidmatan BASF Asia Pasifik Sdn. Bhd., Lau Kin Pong, memberitahu program berkenaan diadakan setiap tahun dan merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) BASF.

"Kids' Lab bakal menjadi landasan menguji kreativiti kanak-kanak ini walaupun pada peringkat ini mereka belum berpeluang membuat eksperimen kimia. Saya percaya dengan pendedahan awal melalui teknik pendidikan interaktif yang diterapkan dalam program ini ia dapat menyumbang dalam mencungkil bakat industri kimia," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar, Izzah Sakina Yaacob, 12, berkata, dia sangat seronok apabila dapat melakukan tiga eksperimen yang melibatkan penggunaan bahan kimia.

"Saya pernah melihat salah satu daripada eksperimen yang dilakukan ini di kaca televisyen. Ia amat membantu saya dalam memahami eksperimen berkenaan apabila dapat melakukannya sendiri langkah demi langkah," ujarnya.

Bagi Phang Kin Weng, 12, pula, dengan melakukan eksperimen itu dia memahami kegunaan bahan kimia dalam kehidupan harian.

"Melalui eksperimen ini, saya dapat mengetahui kepentingan bahan kimia dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, lampin bayi turut menggunakan penyerap super untuk menyerap air yang banyak," katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan boleh melayari laman sosial Facebook, www.facebook.com/BASFMalaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


SEDIA Gempur

Posted:

SEDIA Gempur

SEDIA Gempur

mustapa@kosmo.com.my

PANTAI Timur pasti bergelora malam ini. Dua gergasi, Kelantan dan Terengganu bertembung bagi mencari slot ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2011. Tanpa ada perasaan gentar, kesebelasan utama Terengganu kini sudah bersedia untuk memecahkan tembok kebal Kota Bharu dalam misi melenyapkan impian Kelantan untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini.

Atas kertas, anak-anak buah Irfan Bakti memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Namun, beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV bukan satu tugas mudah, apatah lagi perlu berdepan gelombang penyokong The Red Warriors.

Justeru, Irfan hanya mengharapkan doa daripada ribuan penyokong Terengganu sambil berpegang teguh kepada prinsip berjuang habis-habisan.

"Kami sangat menghormati Kelantan tetapi itu tidak bermakna kami takut. Malah, saya sendiri tidak gentar untuk berdepan mereka.

"Saya sangat percaya kepada kemampuan pemain-pemain Terengganu dan kami hanya perlu mengekalkan fokus sambil meningkat semangat apabila beraksi di Kota Bharu," kata Irfan kepada Kosmo!.

Baik Terengganu mahupun Kelantan, Irfan mengakui kedua-dua pasukan sebenarnya berdepan dilema yang sama apabila kehilangan beberapa tonggak utama.

Namun katanya, Kelantan masih memiliki kelebihan apabila beraksi selaku tuan rumah pada ketika anak-anak buahnya perlu mempertahankan dua gol yang diperoleh di Kuala Terengganu.

"Kelebihan Kelantan mungkin kepada penyokongnya tetapi itu tidak bermakna kami akan akur dengan sorakan mereka.

"Pemain saya cukup kental dan memiliki semangat juang yang tinggi seperti mana yang mereka buktikan pada final Piala FA Jun lalu.

"Jadi, kami perlu fokus kepada permainan tanpa memikirkan langsung mengenai sorakan penyokong lawan," jelasnya.

Mengenai percaturan malam ini, Irfan menjelaskan taktik menyerang akan dipraktikkan anak-anak buahnya dalam misi memberi tekanan kepada pasukan lawan.

"Saya mempunyai ramai pemain berbakat seperti Joseph Kalang Tie, Ashaari Shamsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Marzuki Yusof.

"Jadi, saya tidak perlu risau mengenai perlawanan malam ini kerana hanya pasukan terbaik yang akan mara ke separuh akhir," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Gergasi Merah tak rela dilanyak

Posted:

Gergasi Merah tak rela dilanyak

Gergasi Merah tak rela dilanyak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

TIDAK mustahil malam ini akan menjadi malam yang paling panjang buat Selangor apabila kembali membuat perhitungan dengan Perak pada aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2011 di Stadium Perak, Ipoh.

Mahu tidak mahu, anak-anak buah P. Maniam seharusnya lebih berwaspada dengan asakan Seladang yang sudah tentu berjuang bermati-matian lantaran tuan rumah kini ketinggalan secara agre- gat 1-3 selepas tewas pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu.

Defisit gol tempat lawan yang berjaya dijaringkan oleh penyerang pinjaman Perak, Mohd. Failee Ghazli tempoh hari juga berupaya menjadi 'duri dalam daging' buat pasu- kan Gergasi Merah sekiranya gagal mencuri satu gol di Ipoh malam ini.

Apa yang pasti, kematangan benteng pertahanan Gergasi Merah yang diterajui oleh Asraruddin Putra Omar, P. Gunalan, Razman Roslan dan Nasriq Baharom benar-benar ditagih Maniam bagi mengelak dinafikan slot ke separuh akhir.

Khabar gembira seperti mana yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai venue final yang akan diadakan di gelanggang keramat, Stadium Shah Alam pada 29 Okto- ber ini juga harus dijadikan azimat buat pemain Selangor mempamerkan sesuatu yang istimewa malam ini.

"Saya yakin, kematangan benteng pertahanan saya mampu menyerap asakan bertubi-tubi Perak yang sudah semestinya garang di tempat sendiri.

"Justeru, selain usaha memburu gol awal bagi memberi tekanan kepada Perak, saya juga menasihat- kan pemain pertahanan supaya tidak mudah leka daripada merantai jentera serangan pasukan lawan sepanjang 90 minit permainan," kata Maniam.

Malam ini, Maniam dijangka menggunakan khidmat sama ada Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Fazli Shaari bagi menampung kekosongan di bahagian tengah ekoran ketiadaan Bunyamin Omar yang dibuang padang pada suku akhir pertama lalu.

Sentuhan arkitek berbakat, Safiq Rahim bersama kapten, Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal juga di- jangka ditagih Maniam bagi merobek pertahanan Perak yang dilihat agak goyah apabila 'bocor' se- banyak lapan kali sepanjang edisi Piala Malaysia kali ini.

Sementara itu, pengendali Perak, Noorizan Bakar sudah tentu mengharapkan sentuhan beberapa tonggak seperti Akmal Rizal Rakhli dan Shahrulnizam Mustafa yang kembali memperkuatkan pasukan itu setelah digantung perlawanan sebelum ini.

Tambahan pula, jentera serangan Seladang dilihat agak tumpul lantaran sekadar mengharapkan gandingan Mohd. Failee dan Mohd. Shafiq Jamal semata-mata sebelum ini yang ternyata gagal mempamer- kan aksi yang diharapkan dalam pertemuan kedua-dua pasukan pada suku akhir pertama sebelum ini.

Mana-mana pasukan yang menang malam ini akan membuat perhitungan dengan Terengganu ataupun Kelantan pada separuh akhir nanti, yang mana kelebihan dilihat lebih memihak kepada Sang Penyu yang mendahului secara agregat 3-1 selepas perlawanan kontroversi yang dicemari dengan insiden lima kad merah di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Full content generated by Get Full RSS.

Safiq tidak tumpu kasut emas

Posted:

Safiq tidak tumpu kasut emas

Safiq tidak tumpu kasut emas


SAFIQ (kanan) hanya mahu memberi tumpuan membantu Selangor layak ke separuh akhir Piala Malaysia.


DUA gol cantik hasil sepakan percuma arkitek berbakat Selangor, Safiq Rahim ketika membenam cabaran Perak 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, Isnin lalu masih segar dalam ingatan peminat fanatik sku- ad Gergasi Merah itu.

Bagaikan 'Cristiano Ronaldo Malaysia', Safiq juga berjaya menghasilkan gol yang lebih kurang sama bersama pasukan kebangsaan ketika aksi persahabatan menentang Liverpool dalam Pra-Jelajah Asia sebelum ini.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya bekas kapten Harimau Malaya itu dijangka tetap menjadi pilihan utama jurulatih Selangor, P. Maniam dalam usaha memastikan Seladang berputih mata di gelanggang sendiri malam ini.

Berjaya mengumpul koleksi peri- badi sebanyak tiga gol dalam edisi Piala Malaysia setakat ini juga meletakkan Safiq di landasan tepat memburu 'kasut emas' edisi Piala Malaysia lantaran penyerang Kedah, Kyril Mhymeen Zambri dilihat terpaksa berpuas hati dengan enam gol sahaja setelah pasukannya ditunjukkan jalan keluar di peringkat kumpulan sebelum ini.

Kredibiliti penyerang 'import' Perak, Mohd. Failee Ghazli yang telah pun menjaringkan lima gol setakat ini juga harus dijadikan pembakar semangat buat Safiq bagi membuktikan dia masih antara 'permata' terbaik skuad Harimau Malaya meskipun 'tercicir' pada aksi persaha- batan menentang Australia baru-baru ini.

Begitupun, Safiq enggan memikirkan misi peribadi muncul penjaring terbanyak Gergasi Merah, sebaliknya merasakan ia adalah hasil kerjasama kesemua pemain Selangor yang bermain sebagai satu pasukan.

"Saya tetap Safiq Rahim seperti mana yang semua orang kenal (bukannya Cristiano Ronaldo).

"Sesiapa pun boleh menjaringkan gol, tambahan Selangor memiliki ramai pemain yang berupaya bertindak sedemikian, cuma mungkin rezeki lebih memihak kepada saya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Apa yang pasti, kelibat Safiq bersama gandingan Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal pastinya akan dirantai habis-habisan oleh benteng pertahanan Perak malam ini.

Sudah tentu benteng pertahanan Perak juga tidak begitu mudah mahu 'menghadiahkan' sepakan percuma berhampiran kotak penalti kepada Gergasi Merah jika tidak mahu menanggung 'azab' sepakan percuma Safiq.

"Anugerah 'kasut emas' edisi Piala Malaysia juga tidak saya fikirkan sangat, asalkan dapat membantu Selangor menjulang piala buat kali ke-33 pun saya sudah puas hati.

"Malah, saya juga tidak kisah jika dikawal ketat esok (malam ini) kerana ia boleh memberi peluang kepada rakan sepasukan lain untuk menjaringkan gol awal, sekali gus memberikan tekanan kepada Perak," katanya yang bertolak ke Ipoh bersama rakan-rakan sepasukan petang semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved