Isnin, 18 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tujuh cedera akibat serangan Israel di Gaza

Posted:

[unable to retrieve full-text content]BANDAR GAZA - Tujuh orang cedera di Gaza semalam apabila Israel melancarkan satu serangan udara, kata sumber-sumber perubatan Palestin.

China berang Obama temui Dalai Lama

Posted:

[unable to retrieve full-text content]WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin tidak mematuhi amaran dari China dengan mengalu-alukan ketibaan pemimpin Tibet dalam buangan, Dalai Lama ke White House.

Beckham dedah gambar anak perempuan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LOS ANGELES - Gambar anak perempuan bintang bola sepak England, David Beckham disiarkan di laman Facebook dan Twitter, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Standard Gula Gula

Posted:

Standard Gula Gula

Standard Gula Gula


KUMPULAN GULA GULA menafikan mereka cuba meniru trend pasaran muzik Korea menerusi genre K Pop, sebaliknya memberitahu mereka membawa aliran muzik yang tersendiri.


MENCIPTA nama melalui kontroversi dan gosip murahan bukan dampak yang dinantikan gadis-gadis yang menganggotai kumpulan yang diberi nama Gula Gula.

Kumpulan yang dianggotai oleh enam orang ahli berusia antara 21 hingga 23 tahun itu sebaliknya mendambakan gelombang positif sebagai isyarat menyambut baik kehadiran mereka.

Mereka, Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, Erwina Lenny Niusan (Erwina), 23, Joyce Antonius (Joy), 21, Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei), 21, Rozalia Siteo (Achie), 21, dan Nooraishah Ibrahim (ChaCha), 22 mahu menolak tohmahan yang dilemparkan berserta tamparan hebat pelbagai cacian bahawa mereka tidak punyai identiti sendiri.

"Kontroversi yang telah membuka mata orang ramai untuk mengenali kami walau dari sudut yang negatif, tapi kami anggap itu semua cabaran buat kami menapak dalam industri seni ini," ujar salah seorang anggota kumpulan itu yang mesra dipanggil Rara.

Begitu pun, mereka sentiasa perlu peka dan bersedia dengan jawapan kepada tanda tanya bahawa mereka menciplak atau cuba meniru konsep kumpulan remaja dari negara Korea atau K-Pop terutama Wonder Girls.

"K-Pop sekadar satu istilah dan bukannya satu trend, jadi tiada sebarang perkaitan antara konsep album, lagu dan imej kami," getus gadis berusia 22 tahun itu lagi.

Tambahnya, fenomena K-Pop yang membadai industri seni dan fesyen tempatan ini saling tak tumpah sepertimana muzik Hip Hop suatu ketika dulu.

"Lama kelamaan K-Pop akan menjadi satu istilah biasa dan semua yang dikaitkan dengannya akan menjadi neutral, jadi ingin kami tegaskan sekali lagi Gula Gula bukan meniru budaya K-Pop," jelasnya penuh hormat.

Uji bakat


GULA GULA turut menafikan meniru fesyen dari Korea.


Enam bulan merupakan usia yang masih mentah untuk bergelar penghibur, masih jauh langkah yang perlu disusun dan diatur dengan penuh teliti untuk bergelar profesional.

Namun, kumpulan yang tertubuh hasil daripada uji bakat syarikat rakaman baharu Eight Tones Communication itu miliki keupayaan tersendiri.

Menurut komposer syarikat rakaman itu, Hadi Hassan, setiap ahli kumpulan Gula Gula mempunyai kualiti suara masing-masing.

"Maka, tidak susah untuk mengendalikan vokal kumpulan ini supaya sentiasa harmoni," bicara adik kepada penyanyi terkenal Salamiah Hassan itu.

Pemilihan setiap anggota kumpulan Gula Gula juga bukan semberono. Terdapat sesi uji bakat dijalankan terlebih dahulu sebelum menubuhkan kumpulan itu.

"Pemilihan dibuat pada hujung tahun 2010 dan aspek yang diambil kira adalah daripada segi kualiti ton suara, inisiatif dan perilaku sebagai sebuah kumpulan yang sentiasa perlukan kerjasama sesama ahli.

"Seramai lapan orang terpilih untuk menganggotai kumpulan Gula Gula tapi hanya enam orang antara mereka yang akan membuat persembahan dan selebihnya akan bersedia jika ada kemungkinan di luar jangka," ceritanya yang menatang setiap ahli Gula Gula bagai minyak yang penuh.

Buktinya, kumpulan itu lebih selesa mengadakan persembahan berpandukan kebolehan vokal masing-masing sama ada secara acapella ataupun akustik sambil memainkan instrumen muzik mengikut kehandalan tersendiri.

Tutur Mei Mei yang berkemampuan memetik gitar dengan cemerlang, kelainan yang ditampilkan Gula Gula bukan saja mampu menyanyi dan menari malah jua bermain alat muzik.

"Itu sebenarnya bukti kuasa wanita, serba boleh dan tahan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak jelas," bicara anak kelahiran Sabah itu.

Imej, Koreografi dan Konsep


TAHU masih mentah, Gula Gula berharap kehadiran mereka diterima peminat.


Bercerita mengenai imej Gula Gula yang dikatakan banyak meniru fesyen dari negara ginseng, Korea, dengan tenang mereka menolak anggapan itu.

"Inspirasi Gula Gula asalnya didorong oleh perkembangan semasa dunia fesyen terutama stail jalanan (Street Style) dan kenyataan bahawa kami meniru gaya kumpulan penyanyi dari negara Korea tidak tepat.

"Kami mengikuti perkembangan semasa termasuk muzik dan fesyen, jadi apa yang dipakai kami mengikut trend terkini dan diserasikan dengan budaya masyarakat timur kita," ulas salah seorang anggota Gula Gula, Achie yang juga berasal dari Sabah.

Enam kepala pasti susah dijaga, apatah lagi untuk berkumpul serentak dan berlatih. Namun, hanya kata muafakat dan antusias untuk mara dalam dunia seni menjadi penyatu mereka.

"Walau masing-masing sibuk dengan belajar dan kerjaya, kami cuba mencuri masa yang terluang termasuk pada waktu malam dan hujung minggu untuk berlatih menari dan vokal," ujar Erwina yang memiliki vokal paling lantang.

Daripada segi koreografi pula, biasanya sesebuah lagu akan dipecahkan kepada beberapa segmen untuk dikoreograf oleh ahli kumpulan yang majoritinya berasal dari Sabah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Posted:

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Gafim dapat hak anjur FFM 24

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


TENAGA kerja Gafim untuk FFM 24 bergambar bersama sebahagian para penaja bagi merealisasikan festival tahunan tersebut.


FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) merupakan acara anugerah yang cukup berprestij bagi memartabatkan dan memberi pengiktirafan kepada seluruh warga karyawan filem di negara ini.

Bagaimanapun, pada kali ini acara anugerah tersebut bakal menyaksikan sedikit perubahan memandangkan ia tidak lagi dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Jika pada tahun-tahun sebelumnya Finas diberi tanggungjawab melaksanakannya, kini Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah memberi mandat kepada Gabungan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) untuk menganjurkan FFM 24.

Pengerusi Publisti dan Promosi FFM 24, Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London berkata, sekarang sudah tiba masanya hak penganjuran acara berkenaan diberikan kepada pihak persatuan.

"Apa yang menariknya, hanya Malaysia satu-satunya negara yang menganjurkan festival filem oleh pihak kerajaan menerusi Finas, sedangkan pengajuran festival sebegini di luar negara dilaksanakan oleh pihak luar.

"Biarpun tanggungjawab ini telah diberikan kepada Gafim, namun Finas masih turut memainkan peranan penting terutamanya peruntukan dana sebanyak RM1 juta dan khidmat nasihat," ujarnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Menurut Mat London, menjelang acara kemuncak yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 November ini, beberapa program telah diaturkan sebagai langkah untuk mempromosikan lagi anugerah tersebut.

Ujarnya, antara program yang dianjurkan dalam tempoh empat bulan ini seperti majlis prapelancaran FFM 24, majlis berbuka puasa, siri jelajah ke beberapa buah negeri dan majlis makan malam publisiti dan promosi.

"Untuk majlis prapelancaran nanti, ia akan dilangsungkan di Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur pada 25 Julai ini dan kami akan mengundang seluruh karyawan filem di negara ini untuk hadir," jelasnya.

Ditanya mengenai peruntukkan sebanyak RM1 juta yang diberikan kepada mereka untuk menganjurkan FFM 24, Ahmad mengakui jumlah tersebut sebenarnya tidak cukup untuk menganjurkan sebuah acara yang besar.

Jelasnya lagi, ketika ini Gafim sekadar mempunyai RM650,000 sahaja untuk perbelanjaan pengurusan memandangkan RM350,000 telah diperuntukkan untuk trofi dan hadiah wang kemenangan kepada setiap pemenang.

Filem bukan Melayu

Mat London turut memberitahui, sekurang-kurangnya sebanyak RM2.5 juta diperlukan termasuk kos promosi dan ketika ini mereka masih lagi berusaha keras untuk mencari penaja agar FFM 24 nanti akan dapat berlangsung dengan lancar.

Jika sebelum ini penganjuran FFM dilihat lebih mengangkat filem-filem Melayu, namun pada kali ini Gafim turut mengharapkan agar lebih banyak penyertaan diterima daripada filem-filem bukan Melayu.

Ujar Ahmad, penyertaan filem bukan Melayu perlu ada bagi menyemarakkan lagi sambutan FFM 24 dalam mempelbagaikan karya filem keluaran tempatan termasuklah filem bahasa Cina dan Tamil agar bersesuaian dengan tema pada kali ini iaitu Gemilang Filem Malaysia.

"Kami telah sepakat untuk mewujudkan kategori Filem Bukan Melayu yang pernah digugurkan sebelum ini memandangkan pihak kami yakin akan menerima lebih banyak penyertaan untuk kategori tersebut.

"Pada acara sebelum ini kategori berkenaan terpaksa digugurkan memandangkan hanya dua filem bukan Melayu yang menghantar penyertaan, namun kali ini kami jangka akan ada enam buah filem yang turut serta," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Media dan Acara FFM 24, Wani Wendy Wong dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkata, pihaknya meminta semua penerbit filem dapat mempercepatkan penghantaran karya masing-masing.

Jelasnya, semua filem yang dihasilkan dan ditayangkan dalam tempoh 24 Oktober 2010 sehingga 1 Oktober 2011 layak untuk dipertandingkan dan dianggarkan ada 29 buah filem yang layak.

"Tarikh tutup penghantaran pencalonan pula adalah pada 15 Ogos 2011 dan mana-mana penerbit yang gagal berbuat demikian selepas tarikh tersebut menyebabkan filem mereka tidak layak untuk dipertandingkan," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Severus Snape paling digemari

Posted:

Severus Snape paling digemari

Severus Snape paling digemari


ALAN RICKMAN


DARI sekian banyak karakter yang ada dalam novel mahupun filem Harry Potter, setiap peminat pasti mempunyai satu karakter kegemaran mereka. Namun, siapa sangka kalau sosok antagonis yang dimainkan oleh Alan Rickman iaitu Severus Snape menjadi sosok paling digemari oleh pengikut setia filem yang kini sudah tamat menerusi saga terakhirnya, Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2.

Watak guru 'pembunuh' Severus Snape itu dipilih sebagai paling digemari menerusi satu undian yang dibuat oleh majalah Empire.

Lebih menarik, menerusi undian yang sama, watak Harry Potter yang dimainkan oleh Daniel Radcliffe sendiri hanya mampu berada di posisi ketiga, duduk di bawah watak temannya, Ron yang dimainkan oleh Rupert Grint.

Menurut editor majalah itu, karakter Snape menjadi kegemaran kerana kesukaran dan ia agak kompleks atau berat untuk dimainkan.

"Snape adalah karakter yang benar-benar hebat, berlapis-lapis, rumit dan sangat mengejutkan di sebalik sosok khasnya dengan rambut panjang hitamnya. Dia tampil sangat bagus dalam filem itu kerana cara Alan Rickman yang memasukkan sifat yang mengancam dan patut dibenci. Sementara Harry, Ron, dan Hermione terasa lebih hero. Snape benar-benar karakter JK Rowling yang paling penting dan kompleks," ujar jurucakap majalah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Ahad, 17 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Posted:

Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Pendekatan berbeza didik anak disleksia

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



RELAKAH anda mendengar suara-suara masyarakat mengatakan anak anda tidak cerdik atau tidak normal seperti kanak-kanak lain?

Lebih menyedihkan, guru di Taman Didik Kanak-Kanak (Tadika) dan sekolah menegur tentang kebolehan membaca serta menulis anak-anak itu yang agak ketinggalan berbanding pelajar lain sehingga membuatkan para pengajar hilang sabar.

Disebabkan kekurangan yang dihadapi kelompok kanak-kanak itu maka persepsi malas, terus melekat terhadap mereka gara-gara keengganan untuk mencuba menulis serta membaca dengan betul.

Nasihat kepada guru-guru di luar sana, jangan berharap mereka untuk mampu menulis dan membaca dengan cemerlang jika anda mengajar mereka dengan teknik sama seperti pelajar-pelajar normal lain.

Jika berdepan situasi tersebut, harus anda ketahui bahawa anda sedang berdepan dengan golongan disleksia iaitu kumpulan individu yang mengalami kesukaran membaca, menulis dan mengeja.

"Kurangnya pendedahan dan kesedaran dalam kalangan guru serta ibu bapa terhadap disleksia menyebabkan kekeliruan terhadap masalah yang dihadapi golongan disleksia. Secara kasar ia mungkin dilihat sebagai individu buta huruf yang perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas tetapi, sebenarnya mereka memerlukan pendekatan pembelajaran berbeza," jelas Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM), Sariah Amin.

Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi penggunaan deria-deria utama seperti sentuhan, bunyi serta penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang bersarang dalam fikiran mereka.

Jelas Sariah, golongan disleksia kebiasaannya berdepan masalah membezakan huruf a, d dan g disebabkan bentuknya yang serupa walaupun cara membunyikannya berbeza.

Sembilan pusat PDM

Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok huruf tersebut akan diletakkan di hadapan mereka dan mereka akan diberi penjelasan tentang perbezaan huruf tersebut.

"Contohnya, huruf d akan dikenali mereka sebagai huruf a yang mempunyai tangkai di atas sementara huruf g mempunyai ekor di bawah.


PUSAT pembelajaran disleksia ditubuhkan khas untuk memberikan pendidikan yang lebih fokus kepada pelajarnya tanpa tekanan dan saingan dengan pelajar normal.


"Penjelasan itu juga perlu didatangkan secara visual dan sentuhan agar mereka benar-benar memahami perbezaan huruf-huruf tersebut," kata Sariah lagi.

Sejak penubuhan PDM pada 1999, persatuan tersebut terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak disleksia dengan mewujudkan sembilan buah pusat pembelajaran di seluruh Malaysia.

Menerusi program pembelajaran tiga bulan di pusat pembelajaran tersebut, golongan disleksia akan diberi bimbingan serta perhatian khusus bagi mengatasi masalah mereka.

Seperti yang diketahui, golongan disleksia memerlukan tumpuan khusus, jadi setiap kelas di pusat PDM hanya memuatkan lima pelajar secara maksimum dengan seorang guru mengajar tiga subjek teras.

Subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Matematik diajar oleh guru yang sama untuk setiap kelas bagi mewujudkan kemesraan dan keselesaan dalam kalangan mereka.

Intan Nur Jannah Mat Nawi, guru di pusat PDM Ampang memberitahu, mengajar kanak-kanak disleksia sangat menguji kesabaran serta memerlukan kemahiran tinggi.

"Mereka sangat jujur dan kadang-kadang kata-kata mereka boleh membuatkan kita rasa hendak marah dan putus asa untuk mengajar mereka.

"Ada juga di antara mereka yang pemalu dan tidak mahu bercakap apabila bertemu orang baharu, tetapi disebabkan sifat mudah mesra tidak sukar bagi mereka menyesuaikan diri," ujar Jannah yang mula berkhidmat sejak 2005 lagi.

Pembelajaran di pusat PDM difokuskan kepada auditori, sentuhan dan sebutan di mana setiap pendekatan digabungkan agar impak yang diterima mereka lebih berkesan.

Jelas Jannah, perkataan-perkataan yang diajar perlu dieja mengikut bunyi perkataan itu disebut dan susunan perkataan dalam ayat juga perlu senada agar mereka tidak mengalami kekeliruan.

Tambah guru yang berumur 24 tahun itu lagi, proses mengajar kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara berperingkat serta tidak terlalu mendadak.


SEORANG guru menggunakan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat pelajar disleksia.


Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan permainan seperti permainan blok dan tanah liat juga penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka.

Sariah memberitahu bahawa pelajar-pelajar disleksia di pusat PDM akan diberi masa selama 30 minit untuk bermain kedua-dua permainan tersebut sebelum kelas bermula.

Ujar Sariah, mereka yang berada pada tahap disleksia serius kebiasaannya mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis.

Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang dialami mereka.

Jiwa sensitif

Jika di sekolah-sekolah biasa, mungkin kanak-kanak disleksia akan ditegur dengan agak keras sekiranya mereka gagal menangkap apa yang diajar guru.

Bagaimanapun di pusat PDM, guru-guru terlatih tersebut tidak perlu menegur mereka menerusi kata-kata kerana ia akan mengundang kepada permasalahan lain.

"Kanak-kanak disleksia amat sensitif, jika dimarah mereka akan menunjukkan sikap negatif dan menjadi nakal.

"Oleh sebab itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya memanggil mereka bodoh atau apa jua gelaran yang boleh membuatkan mereka berasa rendah diri.

"Jika mereka berterusan dilayan dengan cara begitu, maka apabila dewasa mereka akan terjebak dengan pelbagai masalah sosial," kata Sariah yang telah 12 tahun menjadi penaung PDM.

Seorang ibu yang menghantar anaknya ke pusat PDM Ampang, Emilia Radzwan memberitahu, anak sulungnya, Muhammad Aqil Akmal dikesan mengalami disleksia pada awal tahun ini.

Luah Emilia, Aqil yang kini berusia lima tahun mempunyai masalah untuk bercakap dan mengenali abjad ketika berada di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

"Dia susah hendak memberitahu apa yang hendak dicakapkan, seolah-olah dia perlu berfikir dengan lama sebelum dapat mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Pada mulanya saya dan suami tidak mengesyaki apa-apa tetapi, setelah teringat situasi serupa yang terjadi kepada seorang saudara, kami terus membawa Aqil menjalankan pemeriksaan.

"Setelah dia disahkan mengalami disleksia, kami mengambil keputusan mengeluarkannya daripada taska dan menghantarnya ke pusat PDM," luah Emilia yang bekerja sebagai perunding pelancongan.


SEORANG guru di pusat pembelajaran disleksia di Ampang mengajar seorang anak muridnya mengenali huruf.


Kini, selepas tiga bulan mengikuti program di pusat PDM, Aqil yang mengalami disleksia tahap sederhana sudah mengenal huruf, nombor, mengeja malah, dapat memegang pensil dengan betul.

Walaupun begitu, Emilia memutuskan untuk menyambung tiga bulan lagi tempoh pengajian Aqil di 'sekolah' disleksia itu agar anak pertama daripada dua beradik tersebut boleh membaca dengan lancar.

Bukan Emilia sahaja memilih untuk menyambung program anaknya di pusat PDM, malah ramai ibu bapa melakukan perkara sama kerana inginkan perkembangan yang lebih baik sehingga mereka betul-betul bersedia untuk kembali ke sekolah biasa.

Tiada tajaan

Perjuangan PDM mendidik anak-anak disleksia bagaimanapun masih perlu dibiayai ibu bapa sendiri kerana tiadanya dana yang diperuntukkan buat persatuan itu.

Ibu bapa perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM450 sebulan dan bagi mereka yang tidak berkemampuan, PDM akan membantu mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat korporat.

"Setakat ini hanya pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa badan korporat yang sudi menghulurkan bantuan kepada persatuan kami.

"Kami percaya ramai kanak-kanak disleksia di luar sana yang ingin menuntut ilmu di sini tetapi disebabkan sekatan kewangan, ibu bapa mereka terpaksa membantutkan hasrat tersebut.

"Diharapkan akan ada pihak-pihak tertentu yang sudi mengembalikan sinar harapan buat mereka agar dapat belajar secara percuma kelak," ujar Sariah jujur.

Ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak mereka yang mengalami disleksia ke pusat PDM bolehlah melayari www.dyslexiamalaysia.org.my dan menghubungi mana-mana pusat PDM yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar sertai program keselamatan jalan raya

Posted:

Pelajar sertai program keselamatan jalan raya

Pelajar sertai program keselamatan jalan raya


SEBAHAGIAN daripada 200 pelajar yang menyertai program keselamatan jalan raya di Putrajaya baru-baru ini.


DIDIK. Kira-kira 200 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara, SK Damansara Jaya 1, SK Sungai Penchala dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya menyertai program keselamatan jalan raya anjuran Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) baru-baru ini.

Turut menjayakan program di Putrajaya itu ialah Perbadanan Putrajaya, syarikat konsesi Lebuh Raya Damansara-Puchong dan syarikat konsesi Lebuh Raya Sprint.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak, Sazally Saidi berkata, program tersebut diadakan sebagai inisiatif untuk membangun dan meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya di kalangan pelajar sekolah.

Agensi yang turut terlibat dalam program tersebut ialah pasukan polis, Bomba dan Penyelamat, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar SK Mengabang meriahkan program isteri wakil rakyat

Posted:

Pelajar SK Mengabang meriahkan program isteri wakil rakyat

Pelajar SK Mengabang meriahkan program isteri wakil rakyat


PELAJAR SK Mengabang Telipot membuat persembahan semasa perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di Kuala Terengganu kelmarin.


MERIAH. Seramai 100 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Terengganu memeriahkan majlis perasmian Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di Stadium Negeri Kuala Terengganu baru-baru ini.

Antara persembahan yang disajikan pada majlis penuh warna-warni itu adalah senamrobik dan tarian kebudayaan yang menampilkan ciri-ciri tradisional negeri Terengganu.

Sebanyak sembilan Pertubuhan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional dari pelbagai negeri telah menyertai program selama tiga hari itu termasuk Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Antara acara yang diadakan sepanjang program itu adalah pertandingan badminton, boling, perlawanan classic plate, persembahan ulek mayang dan malam sentuhan songket.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

200 pelajar didedah teknik tunggangan berhemah

Posted:

200 pelajar didedah teknik tunggangan berhemah

200 pelajar didedah teknik tunggangan berhemah


SEBAHAGIAN daripada 200 peserta yang mengikuti Program Keselamatan Yamaha Safety Riding Science di IKM Beseri, Padang Besar Selasa lalu.


BERHATI-HATI. Lebih 200 pelajar di sekitar Padang Besar, Perlis telah didedahkan dengan cara tunggangan berhemah pada program keselamatan Yamaha Safety Riding Science yang diadakan di Dewan Al-Ghazali dan Dataran Institut Kemahiran Mara (IKM) Square, Beseri, Padang Besar Selasa lalu.

Para pelajar yang hadir pada program anjuran Hong Leong Yamaha Motor dengan kerjasama IKM Beseri dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya itu terdiri daripada pelajar IKM Beseri, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Suleiman dan Sekolah Menengah Teknik.

Mereka diberi tunjuk ajar mengenai kaedah dan teknik yang betul ketika menunggang motosikal bagi mengelak berlaku kemalangan jalan raya.

Pelajar terbabit turut menjalani latihan praktikal cara-cara menunggang dan mengawal motosikal di laluan kecil, selekoh dan cara memberhentikan motosikal ketika kecemasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Norman, Memey nikah 24 Sept.

Posted:

Norman, Memey nikah 24 Sept.

Norman, Memey nikah 24 Sept.

Oleh YUSMAN AWANG
yusman.awang@kosmo.com.my


NORMAN dan Memey disahkan akan bernikah pada 24 September ini.


KUALA LUMPUR - Setelah hampir setahun bertunang, pasangan pelakon, Norman Hakim, 35, dan Memey Suhaiza Suhaimi, 23, akhirnya disahkan akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 24 September ini.

Menurut satu sumber, Kosmo! difahamkan majlis akad nikah Norman dan Memey akan diadakan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

"Upacara akad nikah Norman dan Memey akan berlangsung di kediaman Memey di Johor," ujar sumber tersebut.

Tambah sumber itu lagi, Memey dan keluarganya akan berangkat ke Bandung, Indonesia pada hari ini untuk membeli barangan persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.

Norman dan Memey sebelum ini pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 24 Julai tahun lepas namun, ia terpaksa ditangguhkan ekoran kesibukan dan komitmen mereka terhadap kerjaya masing-masing.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 13 September tahun lalu.

Sementara itu, pengurus publisiti terkenal, Bill Bora turut mengesahkan pasangan tersebut akan melangsungkan pada September nanti kerana beliau dilantik sebagai perancang perkahwinan pasangan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: 500 pelajar hadapi tindakan

Posted:

Bersih: 500 pelajar hadapi tindakan

Bersih: 500 pelajar hadapi tindakan

Oleh NASRI JAMALUDIN dan SUHANA MD. YUSOP
berita@kosmo.com.my


KIRA-KIRA 500 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KAJANG - Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun Kosmo! difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.

Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak sekolah jadi penyamun

Posted:

Budak sekolah jadi penyamun

Budak sekolah jadi penyamun

Oleh ATIKAH DALI
atikah.mohddali@kosmo.com.my


ABDUL RASYID menunjukkan pedang samurai dan beberapa barang berharga lain yang dirampas daripada empat remaja pada sidang akhbar di Kajang semalam.


KAJANG - Keriangan seorang orang kenamaan (VIP) ketika menonton perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan kelab gergasi England, Liverpool terbantut sebaik dimaklumkan rumahnya dimasuki empat pencuri bersenjatakan pedang samurai yang melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM50,000 kelmarin.

Kejadian pukul 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa sedang menonton perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Difahamkan, suspek yang merupakan pelajar kolej, penganggur dan dua pelajar sekolah telah memecah masuk rumah VIP tersebut di Bandar Tun Hussein Onn di sini sebelum mengikat tangan pembantu rumah mangsa dengan tuala.

Polis percaya suspek mengenali mangsa berdasarkan cara mereka memecah masuk ke rumah teres dua tingkat tersebut yang seolah-olah mengetahui selok-belok di dalam premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten komisioner Abdul Rasyid Abdul Wahab berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, empat suspek itu dapat masuk ke rumah mangsa selepas melonggarkan skru pada tombol pintu tepi rumah dengan menggunakan sepana dan pemutar skru.

Katanya, sebaik masuk, suspek telah mengacukan sebilah pedang samurai ke arah pembantu rumah mangsa yang merupakan warga Indonesia sebelum mengikat tangannya dengan tuala.

"Suspek yang seolah-olah telah mengetahui keadaan rumah mangsa, kemudian telah menggeledah bilik dan melarikan jam tangan, dua buah komputer riba, wang RM150, telefon bimbit dan barangan kemas milik VIP tersebut dengan jumlah keseluruhan RM50,000.

"Mereka hanya mengambil masa setengah jam sahaja sebelum melarikan diri dengan menunggang dua buah motosikal yang diletakkan di luar kawasan rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tewas tapi melawan

Posted:

Tewas tapi melawan

Tewas tapi melawan

Laporan WAN FAKHRUL BAKAR dan SHAHRIL NIZAM ABDULLAH


PARA pemain Malaysia bersalaman dengan pemain Liverpool selepas aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Malaysia tewas 3-6.


SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.

Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.

Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjaya di- padam oleh sepakan percuma Safiq yang menewaskan Brad Jones minit ke-42.

Skuad kebangsaan bermula baik pada babak kedua tetapi kelalaian benteng pertahanan membenarkan Ngog mudah meledak dua gol pada minit ke-67 dan ke-68 mene- waskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.

Ketinggalan 1-3, Rajagobal memasukkan Safee pada minit ke-69 dan percaturan itu ternyata berhasil apabila penyerang Pelita Jaya itu berjaya meledak dua gol. Terdahulu Liverpool berjaya menambah gol keempat menerusi sentuhan Rodriguez pada minit ke-74.

Bagaimanapun semangat para pemain negara kembali melonjak apabila Safee menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Ia berpunca daripada kegagalan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen menangkap kemas bola rembatan Amirulhadi Zainal. Tiga minit kemudian, Safee merapatkan kedudukan 3-4 apabila pantas menyudahkan hantaran leret Rizal Fahmi Ab. Rosid untuk menewaskan Hansen buat kali kedua. Namun harapan untuk melihat Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila kelekaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum pada masa kecederaan. Rodriguez menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90, manakala Dirk Kuyt melengkapkan gol keenam minit ke-93.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal luah rasa gembira

Posted:

Rajagobal luah rasa gembira

Rajagobal luah rasa gembira

BIARPUN tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi per- sahabatan petang semalam, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal sudah boleh tersenyum lega.

Ini kerana ada peningkatan yang dipamerkan pemain negara berbanding ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal Rabu lalu, terutamanya tindakan penyudah yang dinanti-nanti selama ini telah ditemui.

Malah Rajqgobal juga gembira apabila 'ayam tamba- tan'nya, Safee Sali yang baru pulih daripada kecede- raan, membuktikan ketajamannya dengan dua jari- ngan, sekali gus mampu menjadi inspirasi apabila ber- tandang ke Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.

"Secara keseluruhannya, saya gembira dengan peningkatan pemain kita. Mereka bermain dengan pantas dan menunjukkan kombinasi yang baik," kata Raja- gobal pada sidang media semalam.

"Kita bermula dengan baik dan cuba menguasai bola, cuma kadang kala pemain lambat membuat ke- putusan di atas padang.

"Apa pun, saya gembira kerana kita dapat juga men- jaringkan gol. Jaringan Safee menyuntik semangat pe- main dan saya gembira kerana dapat menurunkannya hari ini," ujar beliau lagi.

Begitupun, Rajagobal juga sedar kerapuhan benteng pertahanan perlu diperbaiki lagi sebelum pertemuan dengan Singapura.

Menurutnya, kealpaan pertahanan telah menyebab- kan pemain Liverpool mendapat gol dengan mudah.

"Kita telah memberi enam gol secara percuma kepada Liverpool hari ini. Kita tidak boleh memberi pe- luang sebegini kepada sebuah pasukan berkelas dunia seperti Liverpool.

"Tetapi saya juga mahu menguji kombinasi pemain pertahanan dalam perlawanan seperti ini, sebab itu saya masukkan Rizal (Fahmi), Farisham (Ismail) dan beberapa lagi pertahanan.

"Saya mahu beri peluang kepada mereka beraksi berdepan dengan penyerang-penyerang bertaraf dunia. Bukan senang untuk mendapat peluang sebegini. Apa pun, ia satu ujian yang bagus buat mereka," tambah Rajagobal lagi.

Mengenai prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang bolos lima gol, Rajagobal berkata: "Kita tidak boleh menyalahkan Khairul Fahmi kerana penjaga gol bertaraf dunia juga akan dibolosi gol.

"Lagi pun, semua gol itu adalah berpunca daripada kealpaan pertahanan kita yang longgar.

"Apa pun, saya akan buat penilaian semula dan akan menurunkan barisan yang kuat dari segi mental dan fizikal apabila berdepan dengan Singapura nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Safiq, Safee jadi perhatian Liverpool

Posted:

Safiq, Safee jadi perhatian Liverpool

Safiq, Safee jadi perhatian Liverpool

Jaringan menerusi sepakan percuma kapten Safiq Rahim dan dua gol daripada Safee Sali jelas membuka mata Liverpool bahawa Malaysia juga mampu melahirkan pemain berkelas dunia.

Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam mele- dakkan gol pertama agak mengejutkannya.

Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.

"Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali.

"Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia," kata Clark pada sidang media semalam.

"Penyerang No. 10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jari- ngannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada kami.

"Ia satu perlawanan yang baik bagi mereka dan saya rasa aksi keseluruhan pemain Malaysia agak bagus. Mereka bertahan dengan baik dan sangat kompetitif," tambahnya lagi.

Menurut Clarke, kombinasi pemain Liverpool pada babak pertama lebih bertenaga berbanding babak kedua yang disifatkannya bermain secara terbuka.

"Kami bermula dengan baik, banyak menguasai bola dan mencipta peluang.

"Tetapi kombinasi pemain babak kedua agak longgar dan kami banyak kehilangan bola. Jadi sudah pasti saya lebih gembira dengan kombinasi pemain di babak pertama.

"Babak kedua juga permainan sangat terbuka oleh kedua-dua pihak.

"Saya puji tentangan yang diberikan pemain Malaysia kerana mereka dapat menjaringkan tiga gol. Ia sesuatu yang bagus bagi mereka," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Floria lepasi sasaran 800,000 pengunjung

Posted:

Floria lepasi sasaran 800,000 pengunjung

Floria lepasi sasaran 800,000 pengunjung

17/07/2011 7:44pm

PUTRAJAYA — Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) yang melabuhkan tirainya pada hari ini akan kembali lagi pada 30 Jun hingga 8 Julai tahun depan dengan bertemakan Bunga Kertas atau Bougainvillea.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, pada kali ini Floria Putrajaya mencatatkan seramai 847,430 pelawat sehingga hari kelapannya semalam, sekaligus melepasi sasaran 800,000 yang ditetapkan bagi seluruh sembilan hari penganjurannya.

"Faktor utama yang menyumbang kepada sambutan luar biasa ini ialah konsep dan persembahan Floria Putrajaya 2011 itu sendiri yang semakin menarik dan berkualiti.

"Walau bagaimanapun kejayaan penganjuran Floria Putrajaya 2011 itu tidak akan tercapai tanpa disokong dengan promosi berkesan termasuk hebahan meluas menerusi pelbagai media massa serta kepelbagaian aktiviti yang disediakan untuk pelawat," katanya pada majlis penutup Floria Putrajaya 2011 di sini hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kolej Teknikal AWM dibina di Demak Laut

Posted:

Kolej Teknikal AWM dibina di Demak Laut

Kolej Teknikal AWM dibina di Demak Laut

17/07/2011 7:35pm

KUCHING — Demak Laut, sebuah kawasan industri dan komersil yang sedang berkembang maju di sini, akan mempunyai sebuah institusi pendidikan teknikal awam tidak lama lagi.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, dalam usaha memenuhi program pembangunannya, Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) akan membina kampusnya di Demak Laut, yang turut mengandungi bangunan pentadbiran, bilik kuliah dan asrama.

"Tapaknya telah dikenal pasti dan pembinaan akan dimulakan selepas termeterainya memorandum persefahaman (MoU), dijangka pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Komuniti 1Malaysia bagi kawasan Demak di sini hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak berkata, apabila siap kelak, kampus baru ICAT itu mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang teknikal.

ICAT adalah institusi pendidikan milik penuh PPKS Ilmu Sdn Bhd, anak syarikat Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), yang menawarkan kursus peringkat diploma dan ijazah pertama. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kolej komuniti hub pendidikan setempat

Posted:

Kolej komuniti hub pendidikan setempat

Kolej komuniti hub pendidikan setempat

17/07/2011 6:46pm

HULU LANGAT — Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kolej komuniti bukan sekadar memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir, tetapi juga hub pendidikan untuk masyarakat setempat.

Beliau berkata, ini kerana kolej terbabit turut menyediakan kursus untuk golongan dewasa yang berminat menimba ilmu dalam pelbagai bidang, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pembelajaran berterusan pada kalangan rakyat.

"Zaman sekarang rakyat tiada pilihan kerana ilmu pengetahuan amat penting. Jika rakyat menghadapi masalah dalam hal ini, ia disebabkan kegagalan mereka sendiri menggunakan peluang disediakan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas melancarkan Program Latihan 1Malaysia di Kolej Komuniti Hulu Langat, berkata menerusi kolej komuniti, kerajaan berusaha mengupayakan rakyat bagi meningkatkan taraf hidup.

"Ini bukan negara berasaskan kebajikan yang kerajaannya dipilih berdasarkan bantuan kewangan rakyatnya boleh dapat, kerana ini akan mewujudkan rakyat yang tidak mahu bekerja sebaliknya harapkan bantuan kerajaan semata-mata," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved