Rabu, 26 Mac 2014

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

Posted:

Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

Karnival belia lahirkan masyarakat gemar bersukan

SARAVANAN (tengah) merasmikan Karnival Belia dan Sukan 2014 di Kompleks Destar Arena, Ampang, Selangor baru-baru ini.


KARNIVAL. Destar Nurani Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan Karnival Belia dan Sukan 2014 di Kompleks Destar Arena, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Menurut Pengurus Acara Karnival, Sarib Mohammad Yusof, objektif utama karnival adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan gemar bersukan.

"Kami mahu menjadikan kompleks sukan ini sebagai tempat riadah penduduk setempat dengan mengadakan aktiviti sukan," katanya.

Beliau menambah, usaha itu juga diharapkan dapat membantu mengurangkan masalah sosial dalam kalangan belia.

Karnival itu yang akan berlangsung hingga 30 Mac ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan.

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik

Posted:

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik

Program kemasyarakatan eratkan warga Felda Bersia, Kolej Komuniti Gerik


SEBAHAGIAN daripada penduduk yang menyertai Program Menjejak Warisan Anak Bangsa di Felda Bersia, Gerik, Perak baru-baru ini.


JEJAK WARISAN. Seramai 450 orang daripada Komuniti Felda Bersia, Gerik mengikuti program Menjejak Warisan Anak Bangsa yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar serta Unit Belia dan Sukan, Kolej Komuniti Gerik (KKGP), Perak di Felda itu baru-baru ini.

Program bercorak transformasi minda dan pemindahan ilmu itu merupakan antara program kesukarelawanan yang berjaya mewujudkan kerjasama yang erat di antara Kolej Komuniti Gerik dan penduduk Felda Bersia.

Pengarah Kolej Komuniti Gerik, Mohd. Azli Adnan menyifatkan program itu sebagai salah satu langkah terbaik untuk mendedahkan pelajar KKGP berkenaan kaedah pengendalian program.

"Setiap pelajar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memastikan program yang berlangsung selama dua hari itu berjalan dengan lancar," katanya.

Pelbagai program menarik dianjurkan antaranya gotong-royong, aktiviti sukan dan program kerohanian termasuk forum perdana.

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru

Posted:

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru

Hari Keluarga Depot Imigresen Juru


ANGGOTA Pasukan Sukarelawan Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang bergambar bersama ahli keluarga mereka pada sambutan Hari Keluarga di Kem Rekreasi Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


MERIAH. Pasukan Sukarelawan Depot Imigresen Juru, Pulau Pinang mengadakan sambutan Hari Keluarga di Kem Rekreasi Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Seramai 25 peserta menyertai program itu bagi memupuk semangat berpasukan ke arah memudahkan mereka menjalankan tugas masing-masing.

Pengerusi program itu, Mohd. Shahidi Abdul Razak berkata, program itu juga bertujuan menambah ilmu dalam kalangan peserta termasuk mengenai aspek-aspek kepimpinan.

"Beberapa aktiviti menarik diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Keluarga itu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


122 objek baharu di Lautan Hindi

Posted:

122 objek baharu di Lautan Hindi

122 objek baharu di Lautan Hindi

HISHAMMUDDIN menunjukkan imej satelit mengenai penemuan 122 objek di Lautan Hindi di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) kini sedang mengenal pasti imej 122 objek baharu yang dikesan di selatan Lautan Hindi oleh syarikat Airbus Defence & Space yang berpangkalan di Perancis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, imej-imej tersebut dicerap dalam lingkungan 400 kilometer persegi oleh satelit milik syarikat pertahanan itu pada 23 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta

Posted:

Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta

Kos cari pesawat MAS MH307 mungkin cecah RM132 juta

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk meneruskan pencarian kotak hitam dan pesawat MH370 yang disahkan terhempas di perairan Lautan Hindi bakal memaksa kerajaan mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.

Menurut seorang pakar pertahanan, kos untuk mencari kotak hitam tersebut dijangka mencecah atau melebihi kos operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang menelan belanja AS$40 juta (RM132 juta).

Katanya, situasi kali ini berbeza berbanding insiden Air France 447 kerana Perancis mempunyai pelbagai peralatan yang canggih serta keupayaan teknikal mencukupi untuk operasi tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia, China terus kerjasama

Posted:

Malaysia, China terus kerjasama

Malaysia, China terus kerjasama


NAJIB (kiri) menerima kunjungan hormat Yesui di pejabatnya di Parlimen, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang laluan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan terbaharunya melalui Facebook, Najib berkata, beliau mengadakan perjumpaan dengan Naib Menteri Hal Ehwal Luar China, Zhang Yesui di Parlimen semalam untuk berbincang tentang tindakan seterusnya mengenai usaha mengesan pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Nilai komersial perbankan Islam

Posted:

Nilai komersial perbankan Islam

Nilai komersial perbankan Islam

KADAR penembusan perbankan Islam di negara ini dijangka meningkat kepada 25 peratus.


APAKAH pencapaian sistem perbankan Islam di Malaysia?

Sistem kewangan Islam kini dilihat sebagai satu komponen yang berdaya maju dan teguh dalam keseluruhan sistem kewangan negara.

Hal ini dapat dilihat melalui kepelbagaian produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan. Selain itu, kadar pertumbuhan aset kewangan Islam memberangsangkan saban tahun juga merupakan satu petanda positif sektor perbankan ini.

Secara tradisinya, institusi kewangan Islam seringkali merujuk kepada institusi zakat dan Baitulmal. Namun, seiring era globalisasi dan kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan umat Islam, institusi kewangan Islam seperti institusi perbankan, pengendali takaful dan pengurusan dana Islam ditubuhkan dan berkembang dengan pesatnya.

Perkembangan ini jelas dilihat bukan hanya di negara bilangan penganut agama Islam lebih banyak, bahkan di negara-negara yang majoriti rakyatnya adalah bukan beragama Islam.

Di negara kita, walaupun usia industri kewangan Islam baru mencecah 31 tahun jika dibandingkan dengan model perbankan konvensional yang wujud sebelum Masihi, aset kewangan Islam sudah mencecah 23.8 peratus daripada jumlah aset dalam keseluruhan sistem perbankan.

Kadar penembusan perbankan Islam dijangka meningkat kepada 25 peratus berbanding dengan perbankan konvensional.

Maka, tidak hairanlah Malaysia pada hari ini diiktiraf sebagai peneraju kewangan Islam di dunia bukan hanya daripada sudut jumlah institusi perbankan Islam dan saiz asetnya tetapi juga merangkumi produk kewangan Islam yang lain terutamanya penawaran produk takaful dan pasaran modal Islam seperti sukuk.

Apakah beza perbankan Islam di Malaysia dengan negara-negara lain?

Berbeza dengan negara-negara yang berusaha menjadi hab kepada kewangan Islam terutamanya negara-negara teluk yang masih dalam proses mewujudkan kerangka undang-undang dan urus tadbir kewangan Islam, Malaysia dilihat mempunyai kerangka undang-undang kewangan Islam yang terbaik.

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) yang telah digazet, memberi keyakinan kepada pelabur dan pemain industri kewangan Islam tentang keutuhan dan kestabilan industri kewangan Islam di negara kita.

Di peringkat antarabangsa, setakat tahun 2012, jumlah aset kewangan Islam di peringkat global kini telah mencecah sehingga AS$1.329 trilion (RM4.39 trilion).

Walaupun industri perbankan Islam kini hanya menunjukkan 1.6 peratus daripada keseluruhan jumlah aset 50 bank terbesar dunia (yang berjumlah RM218.77 trilion), pencapaian industri perbankan Islam berada pada tahap yang membanggakan berdasarkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011.

Kesemua angka yang merujuk kepada pertumbuhan ini diperoleh oleh industri perbankan Islam ketika aset kewangan global menurun ekoran krisis ekonomi global.


PURATA pertumbuhan tahunan industri perbankan Islam di seluruh dunia ialah 21.1 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2011.


Apakah perbezaan perbankan konvensional dan Islam?

Jika dibandingkan aktiviti utama perbankan konvensional dan perbankan Islam, ianya tidak jauh berbeza. Ini kerana kedua-dua institusi perbankan ini menguruskan liabiliti seperti deposit dan dana pemegang saham bank selain mengurus dan mengembangkan aset kewangan masing-masing. Perbezaan nyata ialah kerangka urus tadbir syariah (KUS) yang menjadi nadi sesebuah institusi kewangan Islam.

Sesebuah institusi kewangan Islam mengintegrasikan kehendak dan keperluan KUS dalam keseluruhan kerangka urus tadbir korporat yang diamalkan oleh institusi tersebut.

KUS adalah perkara terpenting bagi memastikan keseluruhan operasi sesebuah perbankan Islam itu benar-benar menepati kehendak syarak dan pada masa yang sama memelihara keyakinan ummah terhadap status produk dan perkhidmatan institusi perbankan Islam.

Apakah peranan jawatankuasa syariah?

Di bawah KUS, sesebuah institusi perbankan Islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima orang pakar syariah dan kewangan Islam untuk memberikan khidmat nasihat dalam pembangunan produk dan perkhidmatan kewangan Islam.

Jawatankuasa ini bukan hanya terlibat dalam proses sebelum sesebuah produk kewangan dilancarkan (pre execution stage) tetapi juga bertanggungjawab untuk mengaudit peringkat selepas penawaran sesuatu produk (post execution stage).

Disebabkan tanggungjawab jawatankuasa ini berat, institusi perbankan Islam diwajibkan oleh pihak Bank Negara untuk menubuhkan jabatan Syariah yang berfungsi untuk membantu jawatankuasa Syariah dari sudut melakukan penyelidikan syariah berkaitan isu-isu perbankan, di samping melaksanakan penilaian dan audit syariah.

Apakah peranan dan potensi sistem perbankan Islam di Malaysia?

Di samping mewujudkan sistem perbankan alternatif kepada masyarakat dengan bebas daripada elemen-elemen yang diharamkan di dalam ajaran Islam seperti faedah (riba), ketidakjelasan (gharar) dan perjudian (maysir), sistem perbankan Islam telah membuktikan bahawa ia mampu menjadi suatu usul komersial yang berdaya maju.

Menjadi suatu kewajipan juga untuk masyarakat mempromosi dan menyokong sistem perbankan Islam di negara kita.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud: "Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba."

Walaupun perkembangan perbankan Islam di Malaysia sudah sampai ke tahap yang membanggakan, tahap kesedaran dan pengetahuan umat Islam terhadap aspek muamalat Islam dan produk perbankan Islam masih banyak yang boleh diperbaiki.

Ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang langsung tidak mengendahkan kewujudan solusi kewangan Islam di negara ini.

Lampu LED jimatkan elektrik

Posted:

Lampu LED jimatkan elektrik

Lampu LED jimatkan elektrik

SHAHRULANOOR ISHAK


LED ini tidak membebaskan haba yang banyak.


MENGGANTIKAN mentol biasa dan halogen dengan lampu diod pemancar cahaya (LED) di rumah mungkin menjadi antara petua penjimatan elektrik terbaik pada dekad ini.

Penggunaan LED sebagai lampu di rumah mampu menjimatkan elektrik sehingga 90 peratus kerana ia menggunakan kapasiti tenaga paling minimum.

Lampu LED yang menggunakan kapasiti elektrik sebanyak 12.5 watt mampu memberi pencahayaan sama terang dengan lampu biasa yang berkadar 80 watt.

Malah, cahaya dihasilkan LED lebih selamat kerana ia tidak membebaskan sinar ultra ungu yang berbahaya kepada kulit dan memberi keselesaan terhadap mata.

Selain itu, jangka hayat LED juga lebih lama sehingga 50,000 jam atau bersamaan 15 hingga 20 tahun berbanding lampu halogen dan kalimantang yang mudah rosak akibat kepanasan jika dipasang terlalu lama.

Pengurus Besar (Bahagian Produk Lampu) Philips Malaysia, Adrine Ong berkata, LED juga tidak menggunakan bahan berbahaya seperti plumbum dan raksa sebagaimana yang terdapat pada mentol lampu.

"Pengguna hari ini sentiasa mahu kepada produk yang selamat. Mereka juga lebih gemar untuk memilih produk yang mampu memberikan penjimatan.

"LED menawarkan penjimatan tenaga yang efisien untuk menerangi ruang rumah, pejabat dan tempat awam dengan lebih terang," kata Adrine.

Beliau berkata demikian ketika majlis memperkenal produk inovasi lampu Philips LED the Way di Hotel Garden Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis itu, lebih 10 model lampu LED untuk kegunaan rumah, ruang pejabat dan tempat awam diperkenal.

Antara produk LED diperkenal ialah mentol, lampu tiub menggantikan kalimantang, variasi lampu siling, lampu jalan dan lampu hiasan di ruang tamu serta dapur rumah.


TEKNOLOGI lampu LED semakin meluas penggunaannya termasuk pada kenderaan.


Haba

Ujar Adrine lagi, penggunaan LED juga tidak menyebabkan ruang rumah atau pejabat menjadi panas akibat pembebasan haba.

"Lampu biasa yang kita guna sejak berpuluh tahun dahulu bukan sahaja menggunakan tenaga elektrik yang banyak, tetapi juga membebaskan banyak haba dan menyebabkan pengguna berasa tidak selesa akibat panas.

"Pembebasan haba daripada lampu juga menyebabkan pendingin hawa menggunakan lebih banyak elektrik untuk menjadikan ruang rumah atau pejabat sentiasa sejuk.

"Jadi, penggunaan lampu sebenarnya mempunyai fungsi yang tidak kurang penting terhadap langkah awal penjimatan elektrik," kata Adrine.

Menurut beliau lagi, meskipun kos untuk membeli dan memasang lampu LED lebih tinggi berbanding mentol biasa, ia sebaliknya menawarkan penjimatan jangka panjang.

Tambah Adrine, persekitaran di tempat awam yang gelap juga akan lebih selamat daripada bahaya sinaran ultra ungu sekiranya lampu-lampu jalan jenis mentol biasa diganti dengan LED.

"Di Philips, kita mendapati sebanyak 779 juta tong minyak diguna setiap hari untuk menjana elektrik dan 296 juta tan karbon dioksida dibebas sepanjang tahun disebabkan penggunaan lampu mentol biasa di seluruh dunia.

"Menyedari semua itu, LED menawarkan pilihan terbaik untuk penjimatan tenaga dan membantu mengawal pencemaran alam sekitar akibat pembebasan gas karbon dioksida," katanya.

Adrine menambah, produk lampu LED keluaran Philips menjalani proses inovasi untuk menawarkan penjimatan elektrik secara optimum dan efisien.

Dalam pada itu, Philips menyasarkan pilihan pengguna terhadap lampu LED di Malaysia melebihi penggunaan mentol biasa di premis pejabat dan rumah kediaman menjelang 2015.

"Persekitaran akan lebih selamat melalui penggunaan LED. Penggunaan tenaga untuk menjana elektrik seperti minyak dan arang batu juga boleh dijimatkan.

"Sudah tiba masanya untuk menggantikan lampu-lampu biasa yang banyak menggunakan tenaga kepada LED yang lebih efisien," kata Adrine.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Keletihan punca Kelantan tewas

Posted:

Keletihan punca Kelantan tewas

Keletihan punca Kelantan tewas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Kelantan, Badhri Radzi (tengah) mengemudi jentera tengah Kelantan dengan baik sepanjang kempen Liga Super musim ini.


FAKTOR keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat menjadi faktor kekalahan 1-2 Kelantan ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Pengendalinya, Steve Darby berkata, masalah tersebut memberikan kesukaran kepadanya ditambah pula dengan masalah kekurangan pemain yang berkualiti, sekali gus menyukarkannya untuk menyediakan ramuan terbaik buat The Red Warriors bagi menghadapi perlawanan tersebut.

'Saya akui jadual perlawanan yang padat memberikan kesan kepada pasukan kami di mana pemain mengalami keletihan, secara tidak langsung ia menjejaskan sedikit tumpuan kami.

"Sepanjang tempoh 42 hari, The Red Warriors terpaksa melalui 14 perlawanan berbanding lawan (Johor DT) yang hanya beraksi sembilan. Dengan barisan pemain yang ada, ia memberikan kesukaran kepada kami untuk menghadapinya," katanya.

Tambahnya, bagaimanapun dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan sebaliknya terus memberi fokus dalam perlawanan selepas ini.

Pada perlawanan tersebut The Red Warriors yang mempamerkan aksi bertenaga berjaya membuka tirai jaringan menerusi Mohammad Ghaddar pada minit ke-17 sebelum Mohd. Amri Yahyah meledak gol penyamaan buat Johor DT pada minit ke-33.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, pemain gantian Fazli Mazlan yang masuk menggantikan Amirul Hadi Zainal meledak gol kemenangan Johor DT, sekali gus memastikan pasukannya mencuri tiga mata dari Kota Bharu.

Keputusan tersebut menyaksikan The Red Warriors terus dirundung malang, tewas buat kali kedua berturut-turut selepas tumbang 0-1 ditangan Selangor dalam aksi terdahulu.

Darby tanpa berselindung mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut dan ia memberikan satu tamparan hebat bukan sahaja pada pasukan malah buat dirinya.

Katanya, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan oleh barisan pemainnya pada perlawanan tersebut menyebabkan mereka dihukum dengan kekalahan itu.

Dalam pada itu, Darby menghamburkan pujian kepada pemain baharunya Mohd. Fitrie Omar yang disifatkan telah memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ujarnya, walaupun kali pertama beraksi bersama The Red Warriors pemain tersebut berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna.

PBNS hasrat rombak pasukan

Posted:

PBNS hasrat rombak pasukan

PBNS hasrat rombak pasukan

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang tidak berpuas hati dengan pencapaian pemain dan jurulatih skuad liga Premier negeri itu setakat ini, memberi amaran supaya mereka meningkatkan prestasi atau menghadapi tindakan termasuk rombakan semula pasukan.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya sedang menimbang sama ada untuk merombak pasukan atau menyingkirkan jurulatih V. Sundramoorthy, jika prestasi pasukan masih ditahap yang kurang memuaskan.

"Saya sudah memberi kata dua kepada pengurus pasukan, Datuk Abdul Ghani Hassan supaya kita mesti tingkatkan prestasi," katanya kepada pemberita di Seremban semalam.

Mohamad berkata pasukan Negeri Sembilan adalah satu pasukan yang kuat dengan barisan pemain yang terbaik tetapi masih kekurangan daripada segi taktikal dan strategi.

"Kita menggunakan corak permainan yang sama, yang mana pihak lawan boleh baca dengan mudah, inilah kelemahan kita. Sepatutnya kita mesti berupaya membaca keupayaan pihak lawan," katanya.

Menurutnya dalam bola sepak profesional, jurulatih boleh ditamatkan kontraknya jika tidak dapat membawa prestasi yang baik kepada pasukan.

"Negeri Sembilan kini sedang mencari seorang pemain tengah berkaliber untuk menguatkan jentera serangan," katanya.

Pasukan itu kini mengumpul 12 mata dan menduduki tempat ketujuh carta Liga Premier selepas mengharungi sembilan perlawanan setakat ini.

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

Posted:

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui mahu melihat satu transformasi berlaku dalam sukan bola sepak menjelang Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mei nanti.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai barisan calon yang akan bertanding merebut jawatan Presiden FAM pada kongress itu nanti.

Katanya, sebagai seorang menteri sukan, agak kurang sesuai jika beliau memberikan ulasan terhadap mana-mana calon yang akan bertanding mencabar presiden ketika ini, Sultan Ahmad Shah.

"Saya tidak mahu komen sangat tentang persatuan sukan ini kerana ia adalah hak dan juga bidang kuasa persatuan dan ahli gabungannya.

"Namun, kita sudah mengetahui akan berlaku pemilihan pada Mei depan dan pencalonan juga telah dibuat. Saya serah kepada ahli-ahli gabungan FAM untuk membuat pemilihan yang terbaik.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Exco FAM hanya akan mengumumkan secara muktamad siapa yang akan bertanding bagi jawatan-jawatan tersebut bulan depan, jadi kita lihat jika ada yang tarik diri atau terus bertanding.

"Apa yang penting, saya percaya FAM juga tahu bahawa inilah masa untuk melaksanakan transformasi dalam sukan bola sepak tanah air," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Terdahulu, FAM telah mengumumkan sesi pemilihan baharu bagi penggal 2014-2018 akan diadakan pada Kongres FAM pada 25 Mei depan.

Jawatan-jawatan yang bakal dipertandingkan adalah Presiden, Timbalan Presiden (dua), Naib Presiden (empat) dan 10 ahli Exco FAM yang terdiri daripada lapan lelaki serta dua wanita.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan

Posted:

MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan

MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan

26/03/2014 10:02pm

KUALA LUMPUR - Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

"Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka.

"Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Bernama

Kedah tidak kibar bendera separuh tiang

Posted:

Kedah tidak kibar bendera separuh tiang

Kedah tidak kibar bendera separuh tiang

26/03/2014 9:09pm

JITRA - Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk tidak mengibarkan bendera negeri itu secara separuh tiang ekoran tragedi MH370 kerana mahu menghormati harapan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat tersebut.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco yang mana sebulat suara mahu harapan keluarga agar anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan pulang dengan selamat dihormati.

"Dalam mesyuarat exco, kami membuat keputusan, buat masa ini untuk tunggu dulu walaupun daripada segi kebarangkalian pesawat telah hilang bersama semua penumpang dan anak kapal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pembangunan Taman Tunku Intan Safinaz dan Pembinaan Apartmen Kos Rendah di tapak projek di Bandar Darul Aman di sini hari ini. - KOSMO!

China janji komitmen berterusan bantu cari MH370

Posted:

China janji komitmen berterusan bantu cari MH370

China janji komitmen berterusan bantu cari MH370

26/03/2014 8:24pm

KUALA LUMPUR - China memberi jaminan akan meneruskan komitmennya untuk membantu mencari sebuah pesawat penumpang Malaysia yang hilang dan dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi.

Jaminan itu disampaikan Zhang Ye Sui, duta khas Presiden China kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

"Oleh kerana misi mencari kini difokuskan di koridor selatan Lautan Hindi, maka China memberi komitmen untuk menghantar 11 kapal dan tiga daripadanya sudah pun berada di sana," kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, kerajaan China akan bekerjasama rapat dengan Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai antara rakan golobalnya yang paling penting.

"China dan Malaysia juga komited untuk membawa hubungan kukuh dua hala sedia ada ke tahap lebih tinggi," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Keluarga MH370bergelut dengan polis

Posted:

Keluarga MH370bergelut dengan polis

Keluarga MH370bergelut dengan polis


SEORANG keluarga penumpang cuba melepasi halangan yang dibuat beberapa anggota polis.


BEIJING - Berpuluh-puluh keluarga penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bergelut dengan polis di sini semalam selepas mereka menuduh kerajaan Malaysia berbohong berhubung misi pencarian pesawat itu.

Perkembangan tersebut berlaku sehari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER itu berakhir di selatan Lautan Hindi, lebih 2,000 kilometer dari bandar raya Perth di Australia.

"Kira-kira 20 hingga 30 penunjuk perasaan membaling botol air ke Kedutaan Malaysia di sini dan cuba menyerbu masuk ke dalam bangunan kedutaan," kata beberapa saksi.

Tunjuk perasaan itu berakhir selepas beberapa jam apabila polis mengarahkan mereka supaya bersurai.

Para penunjuk perasaan itu diarah untuk menaiki beberapa buah bas dan beredar dari lokasi tersebut dengan diiringi pihak polis.


BEBERAPA keluarga penumpang MH370 berhimpun di depan Kedutaan Malaysia di Beijing semalam.


Sebelum beredar, saudara-mara penumpang pesawat MH370 itu berarak sambil membawa sepanduk dan melaungkan kata-kata: "Kerajaan Malaysia menipu kami dan Malaysia kembalikanlah saudara-mara kami."

Beberapa orang membawa kain rentang yang meminta kerajaan Malaysia memberitahu maklumat yang benar tentang misi pencarian tersebut.

"Kenapa mereka (kerajaan Malaysia) membuat kami menunggu terlalu lama," kata salah satu kain rentang tersebut.

Pesawat MH370 itu didapati hilang dari dikesan radar pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke sini.

Seramai 227 penumpang dan 12 kru berada di dalam pesawat itu.

Dalam pesawat itu, terdapat 153 penumpang yang merupakan warga China.

Sebuah kumpulan yang dilaporkan mewakili keluarga para penumpang warga China mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan Malaysia.

Mereka menuduh Malaysia cuba melengah-lengahkan berhubung kehilangan MH370 dan menipu mereka.

Kumpulan tersebut menamakan diri mereka sebagai Jawatankuasa Keluarga Penerbangan Malaysia MH370. - Agensi

Presiden China hantar utusan khas

Posted:

Presiden China hantar utusan khas

Presiden China hantar utusan khas

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping akan menghantar seorang utusan khas ke Kuala Lumpur untuk berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia, lapor agensi berita Xinhua semalam.

Jinping akan menghantar Timbalan Menteri Luar, Zhang Yesui bagi menguruskan isu berkaitan dengan pesawat tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan, Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata, negaranya akan meminta Malaysia memberi maklumat lebih lanjut dan tepat berhubung kehilangan pesawat Boeing 777-200ER miliknya.

Menurut Keqiang, tugas paling penting pada masa ini adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu.

Pada masa yang sama, beliau menyuarakan rasa simpati kepada waris para penumpang warga China yang berada di dalam pesawat tersebut.

Kerajaan China turut menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang digunakan untuk merumuskan bahawa penerbangan MH370 itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

- Agensi

Operasi mencari MH370 ditangguh

Posted:

Operasi mencari MH370 ditangguh

Operasi mencari MH370 ditangguh


DUA pesawat Ilyushin Il-76 milik Tentera Udara China yang digunakan dalam misi mencari MH370 berada di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Perth semalam.


CANBERRA - Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu ditangguhkan sementara waktu semalam disebabkan cuaca buruk di selatan Lautan Hindi.

Angin kencang dan hujan menyebabkan beberapa buah kapal terbang yang terlibat dalam misi mencari tidak boleh terbang dengan selamat.

Menurut AMSA, pihaknya telah melakukan satu penilaian mengenai risiko pencarian dalam keadaan cuaca buruk.

"Keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan akan mendatangkan risiko kepada anak-anak kapal.

"Justeru, kami telah menangguhkan kesemua pencarian udara dan laut semalam kerana keadaan cuaca buruk," kata AMSA dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu.

Ia membawa 239 orang manakala 153 orang merupakan warga China.

Misi mencari pesawat itu dilakukan di kawasan lebih 2,000 kilometer dari Perth, Australia.

Kelmarin, agensi berita Xinhua memetik seorang wartawan yang berada dalam pesawat jenis Ilyushin-76 melaporkan bahawa dua objek besar yang terapung bersama sejumlah objek lebih kecil dilihat bertaburan dalam lingkungan beberapa kilometer.

"Objek-objek tersebut berwarna putih dan berbentuk segi empat," lapor agensi berita Xinhua.

Namun, sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat gagal mengesan objek tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nina sedia berhenti berlakon

Posted:

Nina sedia berhenti berlakon

Nina sedia berhenti berlakon

BAKAL BERTUNANG... Nina dan Ahmad Heikal akan bertunang pada bulan Ogos depan.


BARU setahun dalam industri lakonan. Namanya juga belum sempat mekar. Khalayak Malaysia masih tertanya-tanya siapa gerangannya Nina Iskandar. Namun, pelakon baharu dari Brunei itu sudah nekad mengambil keputusan untuk bertunang dengan kekasihnya, Ahmad Heikal, 30, seorang ahli perniagaan.

Pada masa yang sama, dia juga tidak kisah untuk berhenti berlakon selepas berkahwin kelak.

Pasangan itu mula berkenalan menerusi laman sosial Instagram sejak November tahun lalu.

Sekali gus, pengakuan pelakon berusia 23 tahun itu dapat menepis segala gosip yang bertebaran yang mengaitkan dirinya dengan anak tiri kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid, 24.

"Ternyata gosip yang mengatakan saya bakal bertunang dengan anak Datuk K itu tidak benar. Saya akan bertunang pada bulan Ogos ini dengan kekasih saya yang bernama Ahmad Heikal," ungkapnya jujur ketika ditemui pada majlis pratonton filem Lu, Gua, Bro! terbitan Metrowealth International Group (MIG) di TGV Sunway Piramid, Petaling Jaya.

Sedar hakikat bahawa tindakannya untuk bertunang ketika namanya sedang naik bakal menimbulkan pelbagai spekulasi daripada mulut orang ramai, kata pemilik sebenar nama Nur Akmalina Iskandar itu, dia sudah bersedia dengan tohmahan orang ramai.

Malah, Nina menganggap itu semua sudah takdir dan rezeki yang sudah tertulis buat dirinya.

"Saya sudah bersedia. Memang masa mula-mula saya masuk industri lakonan, saya tidak punyai apa-apa. Tujuan utama saya adalah berlakon dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

"Bagaimanapun, lumrah kalau Tuhan tentukan rezeki lain buat kita. Saya percaya, rezeki ini mungkin sudah tertulis buat saya. Jadi, saya tidak perlu risau dengan persepsi orang terhadap saya," luahnya yang tiada perancangan untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Pelakon Muka Surat Cinta itu juga berserah andai takdir dirinya bakal berkahwin muda.

Menyambung bicaranya lagi, tutur Nina: "Bagi saya bertunang bukan benda jahat, malah benda yang baik. Perasaan ini datang bukan kita yang minta. Ia datang secara tiba-tiba, jadi saya serah segala-galanya kepada takdir".

Disoal mengenai pandangan pihak pengurusan MIG mengenai perancangannya untuk bertunang, Nina yang mengikat kontrak selama lima tahun bersama MIG itu mengakui, pihak pengurusannya tiada masalah mengenai perkara itu, malah menyokong niatnya untuk melangsungkan pertunangan pada Ogos ini.

Nina turut ditanya mengenai perasaan kekasihnya apabila timbulnya gosip mengenai dirinya dengan Adib.

Kata Nina, Ahmad seorang lelaki yang sangat memahami dan gosip itu tiada masalah baginya.

Tinggal kerjaya lakonan

Belum ada sebarang tarikh perkahwinan, bagaimanapun Nina memberitahu, dia sudah bersedia menjadi seorang isteri. Pada masa yang sama, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan pada bila-bila masa.

"Tarikh kahwin belum ada lagi tetapi kami merancang bertunang dalam minggu pertama Ogos, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri," jelasnya.

Berkongsi momen perkenalannya dengan Ahmad, bicara Nina, lelaki berketurunan Pakistan dari Kelantan itu sudah mengikuti lama laman sosial Instagramnya.

Sehingga pada suatu hari, ketika bangun tidur, satu daripada gambar di IG Nina mendapat like daripada lelaki itu.

"Saya pernah tengok wajahnya di Instagram selepas dia mengikuti IG saya. Kebetulan, pada suatu hari, dia like gambar saya. Saya mula melihat profilnya dan saya rasa teruja kerana mendapati Ahmad menyukai negara Brunei.

"Kemudian saya juga like beberapa gambarnya dan selepas itu Ahmad meminta alamat WeChat saya. Dari situ, kami mula berkenalan," cerita Nina mengenai detik awal perkenalannya dengan Ahmad.

Hanya dalam tempoh perkenalan selama tiga bulan, Nina kemudiannya dirisik keluarga Ahmad pada 15 Februari lalu di kediaman milik keluarga Nina di Brunei.

Lu, Gua, Bro!

Usai mengenai hubungannya dengan Ahmad dikongsikan, Nina bercerita mengenai cabaran yang dihadapinya dalam filem terbaharu lakonannya, Lu, Gua, Bro!.

Pertama kali membawa watak seorang gadis kampung yang jauh daripada perwatakan sebenar Nina, wanita yang lahir pada 4 Ogos itu mengakui perlu menukar gaya percakapannya.

"Cabarannya agak banyak. Salah satunya adalah dari segi gaya percakapan. Saya kena menukar percakapan saya kepada bahasa kampung. Lagi satu cabaran apabila saya kena menunggang basikal dalam kawasan sawah.

"Sudah hampir 20 tahun saya tidak menunggang basikal dan ia agak sukar buat saya," ujarnya yang membawa watak seorang gadis kampung bernama Hawa.

Lu, Gua, Bro! mengisahkan perjalanan, suka dan duka dua sahabat baik iaitu Yu dan Mi. Dari zaman kanak-kanak, remaja hingga ke dewasa mereka tetap bersama walau apa pun yang berlaku.

Impian mereka menjadi seorang polis, tambahan pula kedua bapa mereka juga menginginkan mereka menjadi polis.

Filem arahan Ismail Bob Hasim itu akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 27 Mac ini.

Hanez mahu tarik diri, penerbit mahu Hanez - Shawn

Posted:

Hanez mahu tarik diri, penerbit mahu Hanez - Shawn

Hanez mahu tarik diri, penerbit mahu Hanez - Shawn

Oleh IZWAN MOHD. ISA


BARISAN pelakon teater Projek Kahwin dijangka akan memulakan latihan pada bila-bila masa.


BETAPA berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang mungkin dialami oleh pelakon putih melepak, Hanez Suraya. Setelah dihambat dengan kontroversi serta pelbagai tohmahan oleh orang awam, kariernya dalam bidang lakonan pula dikatakan mulai goyah.

Baru-baru ini, nama Hanez didakwa mungkin akan digugurkan daripada produksi teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada bulan Jun depan.

Selain itu, Shah Iskandar, pelakon yang turut sama membintangi teater tersebut pula melahirkan rasa bimbang jika kontroversi yang melanda Hanez akan menjejaskan jualan tiket pementasan itu.

Terpanggil untuk mendapatkan kepastian, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, cuba untuk dihubungi oleh Kosmo!, namun dia enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

"Maaf ya, saya tidak mahu memberikan sebarang komen," jawabnya ringkas menerusi pesanan WhatsApp.

Dalam pada itu, penerbit teater tersebut, Shawn Amir, 27, ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak pernah membuat sebarang perancangan untuk menggugurkan Hanez sebagai bintang utama teater berkenaan.

Setakat ini, kata Shawn, hubungan antara pihak produksi dan Hanez masih dalam keadaan baik tanpa mengalami sebarang masalah. Ikuti temu bual selanjutnya antara Kosmo! dan Shawn.

Kosmo!: Adakah dakwaan mengenai pengguguran nama Hanez daripada barisan pelakon pementasan teater Projek Kahwin benar?

SHAWN: Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Jika benar nama Hanez telah digugurkan, mana buktinya? Lagipun, kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa melalui proses perbincangan terlebih dahulu.

Jadi, bagaimana hubungan anda dengan Hanez setakat ini?

Hubungan syarikat produksi dan Hanez masih dalam keadaan baik. Dari segi komitmen, dia tidak pernah gagal untuk memenuhi undangan promosi mahupun hadir ke sidang akhbar yang dijalankan.

Adakah perkara ini merenggangkan hubungan anda berdua?

Pada pendapat saya, dakwaan sebegini memang boleh menjejaskan hubungan kami.

Apakah respons yang diberi oleh Hanez mengenai perkara ini?

Sejujurnya, dia ada meluahkan perasaannya kepada saya. Katanya, dia mahu menarik diri daripada pementasan teater ini jika penglibatannya memberikan sebarang masalah kepada pihak produksi.

Apakah nasihat anda kepadanya?

Saya memberitahu Hanez supaya jangan membuat keputusan terburu-buru. Lagipun, sepanjang bekerjasama dengannya, dia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada saya. Pihak Istana Budaya juga tidak mempunyai masalah dengannya jika dia mahu terus terlibat dalam pementasan ini. Namun, jika dia nekad mahu mengundurkan diri, kami sudah mempunyai pelan kedua.

Adakah anda akan meneruskan pementasan teater ini?

Kami masih dalam proses perbincangan dan jika terdapat sebarang perubahan, kami akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan perkara tersebut.

Bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shah Iskandar? Adakah kenyataan tersebut bakal menjejaskan perjalanan teater?

Itu merupakan pandangan logik Shah terhadap apa yang berlaku sekarang. Jika dia menafikan kontroversi itu tidak mengganggu penjualan tiket, orang ramai akan mempersoalkan pula tentang kenyataannya itu. Bagi saya, sebagai individu normal, apa yang yang dinyatakan oleh Shah adalah pendapat peribadinya sahaja.

Boleh ceritakan perkembangan terkini teater Projek Kahwin?

Teater ini sudah berjalan sebanyak 30 hingga 40 peratus tetapi sesi latihan masih belum bermula.

Ukhuwah 500,000 malam Selawat Perdana

Posted:

Ukhuwah 500,000 malam Selawat Perdana

Ukhuwah 500,000 malam Selawat Perdana

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


PENYANYI Adam (tiga dari kiri) dilihat turut serta mengalunkan selawat dalam Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul 1435.


ACARA Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul 1435 yang buat julung-julung kalinya dianjurkan pada Jumaat lalu mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Berlangsung di Dataran Masjid Putra, Putrajaya, sekitar 500,000 umat Islam hadir mengalunkan selawat dan zikir yang dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Lebih menarik, kelihatan juga beberapa orang artis tempatan yang turut meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan acara berkenaan seperti Johan As'ari dan Fizz Fairuz.

Bertemu dengan Johan yang tampil dengan jubah rona putih, pelakon itu menyatakan, dia begitu teruja untuk hadir dalam acara berbentuk keagamaan seperti Selawat Perdana.

"Sebenarnya sepatutnya malam ini saya bertolak ke Australia untuk bercuti bersama keluarga tetapi ia telah ditangguhkan semata-mata kerana keinginan saya hadir pada acara ini.

"Lagipun tidak selalu acara keagamaan sebegini dianjurkan dan sudah tentu ia merupakan satu kerugian jika tidak hadir," ujarnya yang hanya mengambil penerbangan ke Australia pada keesokan malamnya.

Luah Johan, acara berbentuk kerohanian seperti Selawat Perdana ini sepatutnya diadakan secara lebih kerap kerana ia dilihat sebagai satu langkah untuk mendekatkan diri dengan Allah serta mampu menyatupadukan umat Islam.

"Saya juga gembira melihat kehadiran ramai artis pada acara ini, biarpun diketahui jadual mereka sentiasa padat dengan aktiviti seni. Sebagai ikon, kita seharusnya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada peminat.


TERUJA... Seramai 500,000 umat Islam membanjiri Dataran Masjid Putra, Putrajaya, Jumaat lalu untuk sama-sama memeriahkan Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul 1435.


"Jika selama ini kita selalu dapat hadir pada acara hiburan yang dianjurkan, jadi apa salahnya dengan kelapangan masa yang ada digunakan sebaiknya untuk hadir pada acara agama pula," ujarnya.

Sementara itu, Fizz Fairuz yang turut ditemui berkata, dia sudah berada di Putrajaya sebelum waktu asar dan berpeluang untuk melakukan solat waktu secara berjemaah di Masjid Putra buat kali pertama.

Ujarnya, dia meminta supaya kehadirannya bersama beberapa rakan artis lain tidak dianggap sebagai sengaja menunjuk-nunjuk, sebaliknya mereka hadir dengan niat yang ikhlas.

"Saya memang sangat teruja menyertai acara ini, malah turut terbabit dengan rangka promosi yang dilakukan. Sudah terlalu kerap dengan urusan dunia, apa salahnya saya luangkan sedikit masa untuk bersama umat Islam lain berselawat dan memuji kebesaran Allah dan Rasulullah.

"Secara jujurnya saya ingat acara sebegini kurang mendapat perhatian tetapi setelah menyaksikan sendiri di depan mata, saya berasa sangat kagum kerana ia mendapat sambutan hangat yang sangat luar biasa dan berharap agar ia dapat dijadikan acara tahunan," jelasnya.

600 sukarelawan

Pengarah Publisiti & Promosi Sekretariat Perdana, Izelan Basar berkata, pihaknya gembira dengan sambutan hangat yang diterima memandangkan ia kali pertama dianjurkan.

Ujarnya, segala urusan penganjuran acara berkenaan berjalan dengan lancar, malah segala kerja yang dilakukan untuk menjayakannya dibuat secara sukarela.

"Seramai 600 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh Malaysia telah membantu pihak Sekretariat Perdana selaku penganjur melancarkan perjalanan acara ini.

"Selain kehadiran yang mencecah sehingga 500,000 umat Islam, ia turut disiarkan secara langsung di tiga saluran televisyen iaitu RTM 1, Oasis (106) dan TV Alhijrah," jelasnya.

Menurut Izelan, biarpun cuaca hujan pada sebelah petang, pihaknya bersyukur apabila cuaca berada dalam keadaan sangat baik sepanjang acara berlangsung.

Malah, ia langsung tidak menjadi penghalang buat umat Islam membanjiri Dataran Masjid Putra sejak solat asar semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir ke acara berkenaan.

"Selapas di Putrajaya, kami merancang untuk menganjurkannya di setiap negeri pula. Berkemungkinan besar ia akan dimulakan di negeri Johor dan Pahang," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved