Kosmo Online |
- MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan
- Kedah tidak kibar bendera separuh tiang
- China janji komitmen berterusan bantu cari MH370
MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan Posted: MH370: Pesawat berpatah balik, TUDM sangka arahan menara kawalan26/03/2014 10:02pm KUALA LUMPUR - Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama. "Kita mengesan (keadaan) berpatah balik itu tetapi tidak menganggap sebagai musuh dan ia adalah mesra pesawat dan mungkin menerima arahan dari menara kawalan, tetapi apa yang kita lihat akhirnya ia (pesawat) hilang (dari radar) di Laut Andaman atau Utara Selat Melaka. "Untuk makluman bahawa radar kita hanya boleh mencerap sekitar 250 batu nautika sahaja, sebenarnya mana-mana radar di dunia pun hanya boleh mencerap sejauh 250 batu nautika sahaja," katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat di sini hari ini. Pada 8 Mac lalu, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Bernama |
Kedah tidak kibar bendera separuh tiang Posted: Kedah tidak kibar bendera separuh tiang26/03/2014 9:09pm JITRA - Kerajaan negeri Kedah membuat keputusan untuk tidak mengibarkan bendera negeri itu secara separuh tiang ekoran tragedi MH370 kerana mahu menghormati harapan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat tersebut. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat exco yang mana sebulat suara mahu harapan keluarga agar anak kapal dan penumpang pesawat berkenaan pulang dengan selamat dihormati. "Dalam mesyuarat exco, kami membuat keputusan, buat masa ini untuk tunggu dulu walaupun daripada segi kebarangkalian pesawat telah hilang bersama semua penumpang dan anak kapal," katanya. Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pembangunan Taman Tunku Intan Safinaz dan Pembinaan Apartmen Kos Rendah di tapak projek di Bandar Darul Aman di sini hari ini. - KOSMO! |
China janji komitmen berterusan bantu cari MH370 Posted: China janji komitmen berterusan bantu cari MH37026/03/2014 8:24pm KUALA LUMPUR - China memberi jaminan akan meneruskan komitmennya untuk membantu mencari sebuah pesawat penumpang Malaysia yang hilang dan dipercayai jatuh di selatan Lautan Hindi. Jaminan itu disampaikan Zhang Ye Sui, duta khas Presiden China kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pertemuan mereka di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini. "Oleh kerana misi mencari kini difokuskan di koridor selatan Lautan Hindi, maka China memberi komitmen untuk menghantar 11 kapal dan tiga daripadanya sudah pun berada di sana," kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri. Menurut kenyataan itu, kerajaan China akan bekerjasama rapat dengan Malaysia kerana menganggap negara ini sebagai antara rakan golobalnya yang paling penting. "China dan Malaysia juga komited untuk membawa hubungan kukuh dua hala sedia ada ke tahap lebih tinggi," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan