Rabu, 26 Mac 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Keletihan punca Kelantan tewas

Posted:

Keletihan punca Kelantan tewas

Keletihan punca Kelantan tewas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

KAPTEN Kelantan, Badhri Radzi (tengah) mengemudi jentera tengah Kelantan dengan baik sepanjang kempen Liga Super musim ini.


FAKTOR keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat menjadi faktor kekalahan 1-2 Kelantan ke atas Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Pengendalinya, Steve Darby berkata, masalah tersebut memberikan kesukaran kepadanya ditambah pula dengan masalah kekurangan pemain yang berkualiti, sekali gus menyukarkannya untuk menyediakan ramuan terbaik buat The Red Warriors bagi menghadapi perlawanan tersebut.

'Saya akui jadual perlawanan yang padat memberikan kesan kepada pasukan kami di mana pemain mengalami keletihan, secara tidak langsung ia menjejaskan sedikit tumpuan kami.

"Sepanjang tempoh 42 hari, The Red Warriors terpaksa melalui 14 perlawanan berbanding lawan (Johor DT) yang hanya beraksi sembilan. Dengan barisan pemain yang ada, ia memberikan kesukaran kepada kami untuk menghadapinya," katanya.

Tambahnya, bagaimanapun dia tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai alasan sebaliknya terus memberi fokus dalam perlawanan selepas ini.

Pada perlawanan tersebut The Red Warriors yang mempamerkan aksi bertenaga berjaya membuka tirai jaringan menerusi Mohammad Ghaddar pada minit ke-17 sebelum Mohd. Amri Yahyah meledak gol penyamaan buat Johor DT pada minit ke-33.

Ketika perlawanan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, pemain gantian Fazli Mazlan yang masuk menggantikan Amirul Hadi Zainal meledak gol kemenangan Johor DT, sekali gus memastikan pasukannya mencuri tiga mata dari Kota Bharu.

Keputusan tersebut menyaksikan The Red Warriors terus dirundung malang, tewas buat kali kedua berturut-turut selepas tumbang 0-1 ditangan Selangor dalam aksi terdahulu.

Darby tanpa berselindung mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut dan ia memberikan satu tamparan hebat bukan sahaja pada pasukan malah buat dirinya.

Katanya, beberapa kesilapan mudah yang dilakukan oleh barisan pemainnya pada perlawanan tersebut menyebabkan mereka dihukum dengan kekalahan itu.

Dalam pada itu, Darby menghamburkan pujian kepada pemain baharunya Mohd. Fitrie Omar yang disifatkan telah memberikan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ujarnya, walaupun kali pertama beraksi bersama The Red Warriors pemain tersebut berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna.

PBNS hasrat rombak pasukan

Posted:

PBNS hasrat rombak pasukan

PBNS hasrat rombak pasukan

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang tidak berpuas hati dengan pencapaian pemain dan jurulatih skuad liga Premier negeri itu setakat ini, memberi amaran supaya mereka meningkatkan prestasi atau menghadapi tindakan termasuk rombakan semula pasukan.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pihaknya sedang menimbang sama ada untuk merombak pasukan atau menyingkirkan jurulatih V. Sundramoorthy, jika prestasi pasukan masih ditahap yang kurang memuaskan.

"Saya sudah memberi kata dua kepada pengurus pasukan, Datuk Abdul Ghani Hassan supaya kita mesti tingkatkan prestasi," katanya kepada pemberita di Seremban semalam.

Mohamad berkata pasukan Negeri Sembilan adalah satu pasukan yang kuat dengan barisan pemain yang terbaik tetapi masih kekurangan daripada segi taktikal dan strategi.

"Kita menggunakan corak permainan yang sama, yang mana pihak lawan boleh baca dengan mudah, inilah kelemahan kita. Sepatutnya kita mesti berupaya membaca keupayaan pihak lawan," katanya.

Menurutnya dalam bola sepak profesional, jurulatih boleh ditamatkan kontraknya jika tidak dapat membawa prestasi yang baik kepada pasukan.

"Negeri Sembilan kini sedang mencari seorang pemain tengah berkaliber untuk menguatkan jentera serangan," katanya.

Pasukan itu kini mengumpul 12 mata dan menduduki tempat ketujuh carta Liga Premier selepas mengharungi sembilan perlawanan setakat ini.

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

Posted:

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

'Saya mahu melihat transformasi dalam FAM'

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
zuhaily.badlishah@kosmo.com.my

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui mahu melihat satu transformasi berlaku dalam sukan bola sepak menjelang Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 25 Mei nanti.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai barisan calon yang akan bertanding merebut jawatan Presiden FAM pada kongress itu nanti.

Katanya, sebagai seorang menteri sukan, agak kurang sesuai jika beliau memberikan ulasan terhadap mana-mana calon yang akan bertanding mencabar presiden ketika ini, Sultan Ahmad Shah.

"Saya tidak mahu komen sangat tentang persatuan sukan ini kerana ia adalah hak dan juga bidang kuasa persatuan dan ahli gabungannya.

"Namun, kita sudah mengetahui akan berlaku pemilihan pada Mei depan dan pencalonan juga telah dibuat. Saya serah kepada ahli-ahli gabungan FAM untuk membuat pemilihan yang terbaik.

"Saya juga dimaklumkan bahawa Exco FAM hanya akan mengumumkan secara muktamad siapa yang akan bertanding bagi jawatan-jawatan tersebut bulan depan, jadi kita lihat jika ada yang tarik diri atau terus bertanding.

"Apa yang penting, saya percaya FAM juga tahu bahawa inilah masa untuk melaksanakan transformasi dalam sukan bola sepak tanah air," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Terdahulu, FAM telah mengumumkan sesi pemilihan baharu bagi penggal 2014-2018 akan diadakan pada Kongres FAM pada 25 Mei depan.

Jawatan-jawatan yang bakal dipertandingkan adalah Presiden, Timbalan Presiden (dua), Naib Presiden (empat) dan 10 ahli Exco FAM yang terdiri daripada lapan lelaki serta dua wanita.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved