Selasa, 6 Ogos 2013

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat

Posted:

Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat

Dua beradik maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat

06/08/2013 10:18pm

GERIK - Kegembiraan dua beradik menyambut kehadiran Syawal bersama keluarga tidak kesampaian apabila mereka maut dalam tragedi kemalangan di KM 17, Lebuh Raya Timur-Barat, berhampiran Sungai Lebey, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9.15 pagi itu, Maala Munira Abdullah, 26, dan adiknya Taqwa Munira, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala serta anggota badan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Manab Bahrum berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu Maala Munira gagal dikawal sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

"Kenderaan yang dipandu Maala Munira kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota Prius yang dipandu Mohd. Farizol Asraf, 25 tahun.

"Akibat rempuhan tersebut, kedua-dua wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Toyota Prius hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala Mohd. Farizol mendapat rawatan di hospital sama. - Bernama

Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat

Posted:

Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat

Revington masih cari pengganti mendiang Chua Boon Huat

06/08/2013 10:16pm

KUALA LUMPUR - Jurulatih hoki kebangsaan, Paul Revington berkata, beliau masih mencari pemain pertahanan setanding dengan kaliber mendiang Chua Boon Huat bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia dari 24 Ogos hingga 1 Sept di Ipoh, Perak.

Beliau berkata, ketangkasan dan semangat perjuangan mendiang adalah tiada tandingan.

Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan jalan raya di KM 10.4, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), dekat Petaling Jaya, Khamis lepas.

"Tetapi saya yakin dengan skuad yang sedia ada. Mereka mempunyai kualiti yang unik dan akan memberi komitmen sepenuh pada kejohanan itu nanti," katanya pada sidang media bagi mengumumkan senarai 16 pemain untuk kejohanan itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Revington berkata beliau mahu skuad itu memberi tumpuan sepenuh pada kejohanan itu serta mengharumkan nama negara. Tambahnya, dua lagi pemain akan diumumkan pada 16 Ogos ini. - Bernama

Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik

Posted:

Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik

Penduduk Kuala Penyu, Menumbok bakal nikmati bekalan air lebih baik

06/08/2013 9:06pm

KUALA PENYU - Sambutan Aidilfitri penduduk di kawasan Kuala Penyu dan Menumbok kini lebih bermakna apabila bekalan air dapat disalurkan ke seluruh kawasan berkenaan, kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Tan Sri Pairin Kitingan.

Beliau berkata, kerajaan melalui jabatan air sentiasa berusaha untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih ke kawasan yang memerlukan khususnya di luar bandar.

"Sejumlah RM47.7 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi menampung projek bekalan air ini ke seluruh kawasan yang meliputi sepanjang 26.6km," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pengepaman air ke daerah kecil Menumbok di sini.

Katanya, melalui sistem paip transmisi dari Limbawang ke stesen pam penggalak Tamu Kayul itu, ia mampu membekalkan air dan mengatasi masalah bekalan air terutamanya pada musim kemarau kepada penduduk di kawasan itu.

"Sejumlah sembilan juta liter air sehari mampu dibekalkan kepada 90 peratus penduduk setempat yang meliputi 3,600 buah rumah berbanding enam juta liter sehari sebelum ini," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap anggota Parlimen, Datuk Azizah Mohd. Dun dan anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Limus Juri.

Menurut Pairin, projek tersebut akan menggantikan sistem paip lama yang tidak mampu menampung jumlah bekalan air ke setiap kawasan sehingga berlakunya saluran paip pecah. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Jual filem, bukan cerita sensasi

Posted:

Jual filem, bukan cerita sensasi

Jual filem, bukan cerita sensasi

BERKESEMPATAN menonton filem Lemak Kampung Santan terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd. kira-kira dua minggu lalu, ternyata gandingan mantap antara pelakon Hans Isaac dan Noor Neelofa Mohd. Noor cukup menyerlah.

Ironinya, mereka baru kali pertama berlakon bersama-sama.

Bagaimanapun, sepanjang proses penerbitan filem berkenaan yang mengambil masa sehingga hampir dua tahun sebelum akhirnya ditayangkan di pawagam pada hari raya pertama yang dijangkakan 8 Ogos ini, Hans dan Neelofa tidak terlepas apabila dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.

Hans selaku pengarah filem tersebut menegaskan bahawa dia seboleh-bolehnya tidak mahu lagi kisah dirinya yang dikatakan bercinta dengan Neelofa terus dijadikan bahan sensasi ramai.

"Secara jujurnya, saya tidak mahu cerita mengenai kami lebih menjadi tumpuan berbanding filem ini.

"Lagipun beberapa bulan lalu saya sudah membuat satu sidang akhbar khas untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

"Tambahan pula, tidak lama lagi filem ini akan ditayangkan di pawagam dan saya tidak ingin penonton memberi tanggapan yang saya sengaja menjaja kisah cinta semata-mata mahu melariskan filem ini," ujarnya pada sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Hans yang juga bertindak sebagai penerbit Lemak Kampung Santan dihasilkan dengan begitu teliti sehingga mengambil masa yang lama.

Ia turut membabitkan rombakan skrip yang dilakukan sebanyak 15 kali semata-mata untuk menghasilkan sebuah filem berkualiti dan memenuhi cita rasa penonton.

Ujarnya, dia turut meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk melihat kejayaan filem terbaharunya itu serta dapat memberi kepuasan kepada penonton dengan kelainan jalan cerita yang ditampilkan.

"Sebagai seorang penerbit sudah tentu saya ingin jual filem yang dihasilkan dan berharap supaya mendapat pula ngan yang setimpal.

"Tidak dinafikan saya memang meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk filem ini.

"Namun begitu, saya tidak mahu cerita sensasi yang membabitkan diri saya dan Neelofa dijadikan sebagai pelaris untuk orang ramai ke pawagam.

"Sebaliknya, saya yakin filem ini mempunyai kualiti tersendiri yang dapat menarik orang ramai untuk menonton filem ini," jelasnya.

Mengenai pemilihan Neelofa untuk memegang watak heroin, secara jujurnya Hans memberitahu, sewaktu kali pertama bertemu setelah diperkenalkan oleh Aziz M. Osman, dia melihat pelakon tersebut mempunyai karisma dan tarikan yang tersendiri.

HANS dan Neelofa sepakat enggan ambil kisah tentang gosip yang mendakwa mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.


Bagaimanapun, Hans menegaskan bahawa sebelum diambil berlakon dalam filem tersebut, Neelofa perlu menjalani sesi uji bakat terlebih dahulu.

Ia membabitkan penilaian oleh lapan orang rakannya yang sudah berpengalaman dalam bidang lakonan.

"Sepanjang menjalani penggambaran filem ini Neelofa telah memberi komitmen seratus peratus.

"Saya sangat berpuas hati dengan lakonan yang ditampilkannya. Dia berjaya membawakan watak Tiqa dengan baik.

"Secara jujurnya saya sangat senang bekerjasama dengannya kerana saya melihat dia bukanlah jenis wanita yang hipokrit.

"Kalau ada perkara yang tidak memuaskan hati, dia akan berterus terang dan ia memudahkan lagi semua pihak untuk bekerja dan menghabiskan penggambaran tanpa timbul sebarang masalah yang besar," ujarnya.

Menurut Hans lagi, dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Neelofa pada masa akan datang, namun berharap agar mereka tidak terus dikaitkan mempunyai hubungan cinta lagi.

Promosi

Biarpun Lemak Kampung Santan ditayangkan ketika umat Islam menyambut Aidilfitri, Hans menegaskan, ia bukanlah jaminan buat filemnya itu mampu mencecah kutipan yang tinggi.

Tambahan pula katanya, filemnya itu terpaksa bersaing dengan sebuah lagi filem Melayu yang tidak kurang hebatnya iaitu Adnan Sempit 3 yang turut ditayangkan pada hari yang sama.

"Buat masa ini, saya terpaksa menggiatkan lagi aktiviti promosi filem, malah telah memperuntukkan sebanyak RM750,000 sebagai kos membeli iklan di media cetak dan elektronik.

"Selain itu, para pelakon yang terlibat dalam filem ini juga akan terbabit dengan rangka promosi menerusi siri jelajah di seluruh negara yang akan diaturkan dan akan bermula sama ada empat atau lima hari selepas sambutan Aidilfitri," ujarnya.

Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang seorang pemuda bandar, Ridzuan (Hans) yang jatuh cinta dengan seorang gadis kampung penjual nasi lemak bernama Tiqa (Neelofa) dalam satu pertemuan yang berlaku tanpa diduga di Kampung Santan.

Bagaimanapun, Tiqa tidak mengetahui bahawa Ridzuan merupakan ketua projek yang akan membina sebuah resort bertaraf antarabangsa di Kampung Santan dan memaksa semua penduduk kampung untuk berpindah.

NEELOFA kini berada di Pasir Mas, Kelantan sempena sambutan Aidilfitri kali ini.


Selain Hans dan Neelofa, filem tersebut turut dibintangi beberapa pelakon popular lain seperti Harun Salim Bachik, Awie, Nadia Mustafa, Khir Rahman dan Natasha Hudson.

Mengaku bercinta

Sementara itu, Neelofa yang turut hadir bersama Hans pada sesi fotografi tersebut meminta supaya tiada lagi pihak yang terus mengaitkan kisah cinta mereka berdua.

Membuat pengakuan berani apabila mengesahkan dia memang bercinta dengan Hans, namun pelakon tersebut mendedahkan kisah cinta mereka sekadar menjadi realiti dalam Lemak Kampung Santan sahaja.

"Selama ini orang melihat kami seperti pasangan bercinta tetapi hakikatnya kami sekadar teman rapat.

"Seboleh-bolehnya biarlah tiada lagi cerita yang terus mengatakan kami ini menjalinkan hubungan istimewa.

"Kalau ada mana-mana pihak yang ingin melihat kami bercinta, mereka boleh menyaksikannya dalam Lemak Kampung Santan yang akan memulakan tayangan di pawagam pada hari raya pertama nanti," ujarnya.

Menceritakan tentang pembabitannya dalam filem berkenaan pula, Neelofa menjelaskan, semasa proses pembacaan skrip kali pertama, dia sudah tertarik dengan watak Tiqa, seorang gadis kampung.

Ujarnya, dia begitu pasti para penonton akan melihat perbezaan dan peningkatannya dalam aksi lakonan yang ditampilkan apabila menonton filem terbaharu lakonannya itu.

"Sebagai seorang gadis yang dilahirkan dan pernah dibesarkan di kampung, saya tidak mengalami sebarang kesukaran membawakan watak yang diberikan.

"Malah, Hans selaku pengarah banyak membantu saya untuk menghayati watak yang diberikan," ujar pelakon kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

Rumah terbuka

Bercerita mengenai persediaan untuk menyambut bulan Syawal pula, Neelofa menyatakan, persiapan dibuat secara ringkas sahaja serta tiga pasang baju kurung yang sudah siap dibeli.

Ujarnya, memandangkan jadual seninya yang cukup padat sepanjang bulan puasa ini, dia akan mula bercuti dua hari sebelum sambutan Aidilfitri yang diraikan pada 8 Ogos itu.

"Pada tahun ini, saya cuma akan bercuti selama lima hari sahaja. Dua hari saya dan keluarga akan menyambutnya di Alor Setar, Kedah dan selepas itu kami akan pulang ke Pasir Mas, Kelantan pula.

"Lagipun saya tidak boleh bercuti terlalu lama memandangkan filem lakonan saya akan ditayangkan pada hari raya pertama. Jadi, saya perlu pulang semula ke Kuala Lumpur untuk terbabit dengan aktiviti promosi," jelasnya.

Menurut Neelofa, dia juga sudah merancang untuk mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kuala Lumpur khusus buat rakan- rakan dan peminat tetapi masih belum mendapatkan tarikh yang sesuai.

Say Who ingin beraya di Malaysia

Posted:

Say Who ingin beraya di Malaysia

Say Who ingin beraya di Malaysia


SAY WHO yang dianggotai oleh Bocil (kiri) dan Vicha mahu merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri di Malaysia.


CUBA lari daripada kebiasaan barangkali, kumpulan pelawak terkenal Indonesia, Say Who mengakui ingin merasai kemeriahan menyambut hari raya Aidilfitri di Malay- sia.

Ujar Bocil Bancin, biarpun sambutan Aidilfitri dikatakan hampir sama di Indonesia, anggota kumpulan Say Who yang genit itu teruja jika diberikan peluang beraya di Kuala Lumpur.

"Kalau di Indonesia, sambutan raya meriah selama seminggu dan kalau ditanya rutin penduduk di sana beraya, sebenarnya hampir sama saja dengan Malaysia.

"Selepas pulang menunaikan solat sunat Aidilfitri, kami akan berkunjung ke rumah saudara-mara dan menikmati hidangan raya seperti lemang, rendang ayam dan ketupat," ujarnya yang ditemui di majlis berbuka puasa dan sambutan tahun kedua Indopek di Halaman Sekeping Seni, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Bocil atau nama sebenarnya Muhammad Abdi Zein, 28, dek kerana kekerapan kumpulannya berkunjung ke Kuala Lumpur selepas menyertai Maharaja Lawak Mega 2011, dia kini terasa lebih dekat dengan penduduk di Malaysia.

Hafal jalan

Hal itu disokong oleh Vicha yang hadir berdua bersama Bocil pada majlis itu. Kata Vicha, dia kini sudah boleh memandu dengan lancar dan meredah jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Saya jenis orang yang cepat belajar dan seka- rang jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur dan Puchong sudah mampu saya hafal.

"Mahu sangat saya pindah ke Malaysia dan mem- bawa keluarga saya ke sini. Sebelum ini, saya sering diberitahu mengenai perkara negatif dan perbala- han antara dua negara.

"Tapi apabila saya sendiri sampai ke sini (Malaysia), gambaran yang diberikan sama sekali tidak tepat. Mula-mula rasa takut tapi sekali sudah datang, rasa mahu pindah ke sini terus," kata Vicha.

Ibu kepada tiga orang anak itu juga mengakui ingin mencari calon suami di Malaysia. Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman, 23, pernah mendirikan rumah tangga lima tahun lalu sebelum bercerai tahun lalu.

"Sekarang apabila sering meninggalkan anak- anak saya, Aurael, Listiya dan Michele bersama ibu saya di Bandung, hari rasa rindu sangat.

"Semoga suatu hari nanti apabila sudah betul- betul sukses, saya mahu membawa anak-anak saya menetap di sini (Kuala Lumpur)," katanya yang sering disalah anggap berasal dari Sabah.

Ditanya akan populariti kumpulan Say Who di Malaysia selepas Maharaja Lawak Mega dua tahun lalu, kata Vicha, dia tidak mencari populariti, sebaliknya selesa bekerja seperti sekarang.

"Saya bekerja sebagai artis sejak dari kecil lagi dan saya bukan mencari populariti. Saya senang hati untuk menghiburkan orang ramai sampai bekerja pun tidak rasa tapi saya tidak nafikan populariti itu bagus sebenarnya," ujar Vicha.

Silap mata

Selain bakat melawak dan menyanyi, Vicha memberitahu yang dia juga sering mempamerkan aksi silap mata apabila diundang mengacarakan majlis di Indo- nesia.

"Bapa saya seorang guru silap mata dan saya berguru daripadanya selama tiga tahun. Kalau di Indonesia, hampir setiap acara saya akan melakukan persembahan magis.

"Namun begitu, saya masih belum diberikan peluang untuk beraksi di Malaysia buat masa sekarang. Mungkin kerana belum ramai yang mengetahui bakat saya ini," tambahnya.

Bagi yang tidak mengenali Say Who, kumpulan itu asalnya menggunakan nama Saehu ketika menyertai Maharaja Lawak Mega 2011, namun menukarkan nama Say Who ketika Maharaja Lawak Mega 2012.

Say Who terbabit dengan rancangan Borak Ngomong Edisi Lebaran yang akan ditayangkan pada hari raya pertama pukul 11 pagi di saluran Astro Pelangi 142. - KHAIRUL AMRI HASSAN

Riuh & rai raya di TV1, TV2

Posted:

Riuh & rai raya di TV1, TV2

Riuh & rai raya di TV1, TV2


Adik-beradik Azlina (kanan) dan Azliza Aziz bergabung dalam program Akustika Syawal yang akan bersiaran pada 7 Ogos di TV2 pukul 9.30 malam.


KESYUKURAN mengakhiri Ramadan diserikan stesen televisyen RTM menerusi saluran TV1 dan TV2 dengan menyediakan genre rancangan khas raya seperti bicara wara, kanak-kanak, agama, muzikal dan telemovie. Baik TV1 mahupun TV2, masing-masing mempunyai program raya yang mampu menarik perhatian penonton.

Berikut antara program-program menarik yang ditayangkan sepanjang Aidilfitri ini menerusi dua saluran tersebut.

SORAK LEBARAN

Hari: Sabtu, 10 Ogos

Masa: 6 petang

SORAK LEBARAN mengetengahkan atlet negara seperti Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat), Bryan Nickson Lomas (sukan terjun), Farah Ann (gimnastik) dan Rizal Tissin (basikal) menyambut Lebaran.

DENTUM RAYA

Hari: Sabtu, 10 Ogos

Masa: 2 petang

DENTUM RAYA menghimpunkan lima kumpulan muzik yang pernah dinobatkan sebagai juara dan juga finalis dalam pertandingan Rentak Juara terbitan RTM. Mereka ialah NRG - Naib Juara Rentak Juara 2004; Fenomena - Johan Rentak Juara 2006; Aisunam - Johan Rentak Juara 2008; E6 - Johan Rentak Juara 2010 dan Alternature - Finalis Rentak Juara 2010. Turut sama mengiringi persembahan mereka ialah Ernie Zakri (Juara Bintang RTM), Puteri Caroline (Juara Mentor), Rina Azhar (Juara Bintang RTM), Tasha Manshahar (YouTube) dan Tom (Juara My Star LG).


TASHA MANSHAHAR


Sementara itu, menerusi slot Panggung Raya ia dimeriahkan dengan tayangan drama seperti Suatu Malam Di Malam Raya (8 Ogos, 12.35 tengah malam); Alahai Cucu Atuk (8 Ogos, 10 pagi); Ramadan Jangan Ambil Nyawaku (9 Ogos, 10 pagi); Siapa Aku Di Hatimu (11 Ogos, 9 malam) dan Chombi Kecom (11 Ogos, 10 pagi). Telemovie-telemovie tersebut sarat dengan nilai kasih sayang dan nilai-nilai murni dengan membariskan pelakon terkenal seperti Salina Saibi, Hamdan Senario, Sheila Mambo, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Radzali Buyong, Farahdhiya, Memey Suhaiza dan Didie Alias.

BAPA-BAPA AIDILFITRI

Hari: Sabtu, 10 Ogos

Masa: 2 petang

Pelakon: Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Mamat Sepah, Shakilla Koriri, Jon Raja Lawak, Man Belon dan Nor Azilah

BAPA-BAPA AIDILFITRI mengisahkan tentang tiga orang bapa terdiri daripada Pak Wira, Pak Ngok dan Pak Pon yang tinggal di rumah kebajikan. Mereka berasa terpinggir oleh anak masing-masing dan pada tahun ini berhasrat menyambut hari raya bersama anak-anak. Namun, satu peristiwa yang menyayat hati telah berlaku yang berkesudahan dengan seribu erti kebahagiaan.

SITI NURHALIZA


BUNOHAN

Hari: Sabtu, 10 Ogos

Masa: 10.30 malam

Pelakon: Faizal Hussien, Zahiril Adzim, Namron, Amerul Affendi, Soffi Jikan

BUNOHAN memaparkan sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapa mereka yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil mengambil bahagian dalam pertandingan tinju tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya daripada pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian daripada penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sedangkan kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya uzur.

KONSERT SANGGAR LEBARAN

SITI NURHALIZA

Hari: Khamis, 8 Ogos

Masa: 9 malam

DATUK SITI NURHALIZA menghangatkan malam pertama Aidilfitri dengan sebuah konsert yang diberi nama KONSERT SANGGAR LEBARAN SITI NURHALIZA.

Ia menyaksikan Siti mendendangkan lagu-lagu hit miliknya termasuk lagu raya. Selain itu, Siti turut menjemput beberapa teman artis sebagai tetamu undangan termasuk Nabil Ahmad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Isnin, 5 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pakaian senada serikan Aidilfitri

Posted:

Pakaian senada serikan Aidilfitri

Pakaian senada serikan Aidilfitri

KELETIHAN menempuh perjalanan jauh dan kesesakan jalan raya bagaikan hilang apabila selamat sampai ke kampung halaman.

Wajah ibu, bapa, datuk atau nenek menyambut kepulangan anak-anak dan cucu-cucu kesayangan mencambahkan suasana ceria menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Apabila berkumpul beramai-ramai untuk berkongsi cerita, pelbagai ragam dapat disaksikan. Apatah lagi, masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir sebelum menyambut ketibaan 1 Syawal.

Begitu juga dengan Mimi Azura Ali, 37, sekeluarga yang menetap di Klang, Selangor pulang beraya ke kampung suaminya yang terletak di Johor Bahru, Johor.

Perasaan gembira pulang beraya ke kampung suami, Azhan Edil, 37, semakin terserlah dengan kehadiran enam adik-beradik suami dan anak-anak mereka. Paling menarik, sambutan hari raya tersebut semakin ceria apabila setiap keluarga memakai warna sedondon.

"Pada tahun lalu, kami sekeluarga memakai pakaian serba biru manakala adik-beradik suami juga berpakaian sedondon tetapi warna berbeza. Apabila berkumpul beramai-ramai setiap keluarga mudah dikenali berdasarkan warna baju yang dipakai.

"Suasana terasa cukup meriah, bahagia dan setiap keluarga kelihatan serasi," kata Mimi yang memberitahu minat pakaian sedondon itu dipraktikkan oleh ibunya sejak dia kecil.

Selepas berkenalan dengan suami, pakaian sedondon itu turut menjadi pilihan setiap kali datangnya hari raya. Pemilihan warna tema setiap tahun ditentukan sendiri oleh Mimi.

"Suami hanya mengikut tema yang ditetapkan dan setakat ini pelbagai warna telah kami gayakan tetapi warga kegemaran kami sekeluarga ialah biru.

"Keluarga sebelah suami sebelum ini tidak mempraktikkan baju sedondon tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia seakan-akan satu kemestian," katanya yang bekerja di sebuah butik pakaian di Shah Alam, Selangor.

Mimi juga sanggup membelanjakan ratusan ringgit untuk sepasang baju kurung moden. Dianggarkan kos yang dibelanjakan untuk membeli pakaian warna sedondon untuk keluarga termasuk dua anak lelaki dan seorang perempuannya mencecah RM1,500.


BEBERAPA pekerja bertungkus-lumus menyiapkan tempahan pakaian raya para pelanggan. - Gambar hiasan


Rasa teruja

"Baju kurung moden paling mahal pernah saya beli berharga RM899, baju Melayu suami RM250 manakala anak-anak dalam lingkungan RM300. Namun, ia terasa cukup berbaloi dan seronok kerana kami nampak serasi, mudah dikenali bahkan menerima pujian. Jika tidak memakai pakaian sedondon pada hari raya terasa janggal pula," katanya yang memilih warna ungu lembut untuk Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, Penerbit dan Juruhebah di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM FM), Mona Jasman, 37, mengakui teruja setiap kali memakai pakaian sedondon pada Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Mona, budaya memakai pakaian sedondon itu hanya dipraktikkannya selepas berkahwin sejak 15 tahun lalu.

"Sebelum ini, saya tinggal bersama keluarga di Mesir selama 25 tahun dan kami tidak pernah memakai pakaian sedondon pada hari raya. Selepas berkahwin dan berpindah ke Malaysia, suami, Yazid Daud, 37, mahu kami pakai pakaian sedondon.

"Pemilihan warna dari dulu sampai sekarang suami yang tentukan. Saya hanya mengikut pilihannya dan kadangkala kami berbincang tema pakaian tahun berikutnya ketika melihat pakaian sedondon orang lain," kata Mona warna kegemaran keluarganya ialah hijau.

Mona yang juga mengendalikan rancangan bahasa Arab di radio Ikim.FM berpendapat, pakaian warna sedondon menyerlahkan keserasian, menonjolkan imej keluarga dan mudah dikenali ketika berkunjung ke rumah saudara-mara atau rakan-rakan.

Bercerita tentang kenangan pakaian sedondon, ibu kepada lima anak itu berkata, pada tahun 2005, pakaian yang ditempah hanya siap pada malam raya kerana tukang jahit kedai tersebut berhenti kerja lalu pemiliknya terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan pakaian tersebut.


MONA (tiga dari kiri) teruja menggayakan pakaian sedondon bersama keluarga kerana ia sesuatu yang baharu kepadanya.


Menurutnya, dia lebih gemar menempah berbanding membeli pakaian siap.

"Walaupun tema kami hanya sama dari segi warna tetapi kami lebih suka menempahnya. Kami pernah sekali membeli pakaian siap, tetapi di Singapura kerana tertarik dengan rekaannya.

"Tahun ini, tema pakaian kami ialah warna merah hati dan ia ditempah ketika kami berkunjung ke Bandung, Indonesia beberapa bulan lalu dengan kos kira-kira RM2,000," katanya.

Pemilik Butik Saidatulnisa, Saidatulnisa Aminuddin, 50, mula menerima tempahan untuk baju raya sejak awal tahun.

Menurut beliau, untuk menempah pakaian sedondon, pihaknya menerima lebih 50 tempahan malah sesetengah pelanggan telah pun mengambil pakaian mereka. Purata tempahan pakaian sedondon yang diterimanya ialah lima helai bagi sesebuah keluarga.


TIGA beradik Muhd. Hazriq Darwish Azhan, 3, (dari kiri) Muhd. Zizry Qhuzairy, 6, dan Nur Ummairah Batrisyah, 4, bergaya dengan pakaian sedondon.


Mengukuhkan hubungan

"Pakaian sedondon kini menjadi trend masyarakat di Malaysia. Pakaian sedondon bukan sahaja digayakan pada hari raya malah ketika menghadiri atau melangsungkan majlis perkahwinan.

"Pelanggan saya terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Kebanyakan yang menempah pakaian sedondon merupakan golongan muda berusia antara 20 hingga 40 tahun," katanya ketika ditemui di butiknya di Jalan Plumbum P 7/P, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Saidatulnisa menjelaskan, para pelanggan memilih pakaian sedondon untuk kelihatan sehati sejiwa, mengukuhkan hubungan dan nampak cantik bila bersama.

Selain menyediakan perkhidmatan tempahan pakaian dan menjahit manik, butik tersebut turut menjual pakaian sedia pakai. Pada tahun ini, Butik Saidatulnisa menyediakan sebanyak 1,000 helai baju Melayu sedia pakai selain pakaian baju kurung moden sekali gus memudahkan orang ramai memilih warna berdasarkan tema masing-masing.

Pada tahun ini, warna yang menjadi pilihan kebanyakan pelanggannya ialah ungu lembut, merah jambu pudar, hijau zamrud dan biru tiffany. Harga bagi sepasang baju di butik tersebut dijual antara RM249 hingga RM1,500. Mereka yang berminat boleh layari www.facebook.com/ ButikSaidatulnisa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Posted:

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman

Glomac sumbang RM50,000 kepada Rumah Aman


IDRIS (barisan belakang, lima dari kiri) bergambar dengan penghuni Rumah Aman, Sungai Buloh, Selangor selepas majlis penyampaian bantuan dan duit raya oleh Glomac kepada penghuni rumah itu baru-baru ini. FD Iskandar (barisan belakang, enam dari kiri).


BANTU. Glomac Bhd. (Glomac) memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada penghuni Rumah Aman di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Glomac, Datuk FD Iskandar FD Mansor kepada pengasas Rumah Aman 2, Rehman Dakri.

Selain sumbangan tersebut, FD Iskandar turut memberikan duit raya kepada anak-anak yatim daripada Rumah Aman 2 itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh.

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

Posted:

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim

TM Bikers singgah sahur bersama anak yatim


MOHAMMAD NAIM (kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


SINGGAH SAHUR. Seramai 100 orang peserta daripada TM Bikers Club menyertai Program Amal Singgah Sahur di Yayasan Anak Yatim Darussakinah, Chenderong Balai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Konvoi yang terdiri daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dan 15 kereta berlepas sekitar pukul 12 tengah malam dari kawasan Rehat dan Rawat Rawang sebelum tiba selepas dua jam berikutnya.

Menurut salah seorang peserta, Mohammad Naim Mohamad Nasir, 24, program itu diadakan sempena bulan Ramadan bagi menyalurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

"Pada majlis itu, selain bersahur dengan anak-anak yatim, kami juga turut menyumbang duit raya, barang-barang keperluan seharian dan wang tunai sebanyak RM9,700 kepada Yayasan Anak Yatim Darussakinah," ujarnya.

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Posted:

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah

Perlis Bikers singgah sahur di Darul Falah Ummi Aishah


AHLI Persatuan Perlis Bikers bergambar bersama penghuni Rumah Darul Falah Ummi Aishah ketika program singgah sahur di Kuala Perlis baru-baru ini.


KUNJUNGAN. Lebih 20 ahli Persatuan Perlis Bikers mengadakan aktiviti singgah sahur di Rumah Darul Falah Ummi Aishah, Kuala Perlis baru-baru ini.

Mereka berkonvoi menggunakan motosikal berkuasa tinggi bermula kira-kira pukul 4 pagi bagi menyampaikan sumbangan seperti selimut, beras dan barangan keperluan dapur yang lain dan beramah bersama penghuni lelaki di situ.

Rumah tersebut menempatkan lebih 30 orang penghuni berumur enam hingga 60 tahun membabitkan anak yatim, anak keluarga miskin, orang kurang upaya dan warga emas.

Majlis penyampaian sumbangan dilakukan oleh presiden persatuan itu, Husni Mohd. Husin kepada pengendali rumah tersebut, Abdul Manan Senafi.

Aktiviti Perlis Bikers tersebut mendapat penajaan daripada Jabatan Kebajikan Perlis dan Majlis Belia Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Budak hilang dilari kekasih ibu

Posted:

Budak hilang dilari kekasih ibu

Budak hilang dilari kekasih ibu

WAN AISYAH didukung oleh seorang lelaki yang menemani Arbaiyah (belakang) menuntut kanak-kanak itu di Balai Polis Sungai Nibong semalam.


GEORGE TOWN – Kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang selepas didakwa dilarikan teman lelaki ibunya di Rawang, Selangor pada Ahad lalu, semalam ditemui dan diserahkan kepada polis di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong di sini oleh seorang wanita yang mengenalkan dirinya sebagai ibu kepada lelaki yang melarikan kanak-kanak itu.

"Wan Aisyah diserahkan ke balai polis pada pukul 11.30 pagi oleh wanita berusia 66 tahun.

"Wanita itu mengaku dia merupakan ibu kepada lelaki yang membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Teluk Kumbar di sini," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

Posted:

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

10 orang termasuk dua wanita ditahan cuba rampas pentadbiran Istana Negara

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


SALAH satu pengenalan diri ahli Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang dirampas polis semalam.


KUALA LUMPUR – Sepuluh orang termasuk dua wanita Geng Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara yang mendakwa pewaris Yang di-Pertuan Agong yang sah cuba mengambil alih pentadbiran Istana Negara ditahan semalam.

Kesemua mereka yang berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta ditahan ketika berhimpun di depan pintu 1, Istana Negara pada pukul 4.10 pagi sambil membawa 13 bendera serta beberapa pucuk surat kononnya watikah baiah (perjanjian untuk taat).

Empayar Langkasuka Nusantara merupakan sebuah kerajaan lama di utara Semenanjung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati tujuh daripada ahli geng itu tidak mempunyai kad pengenalan manakala baki ahli kumpulan itu masing-masing berasal dari Melaka, Perak, Kedah dan Johor.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengikut Syiah cecah 250,000

Posted:

Pengikut Syiah cecah 250,000

Pengikut Syiah cecah 250,000

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000 pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti bergerak aktif.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika 10 tahun dahulu mereka cuma terdiri daripada komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka terdapat hampir di semua negeri.

"Perkembangan teknologi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi buru status juara bermula

Posted:

Misi buru status juara bermula

Misi buru status juara bermula

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

CHONG WEI menjalani latihan di Gimnasium Tertutup Tianhe, Guangzhou semalam sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang bermula hari ini.


JAGUH No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengetuai cabaran negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang akan membuka tirai hari ini.

Ketiga-tiga pemain itu sudah pasti memiliki misi tersendiri untuk menjulang trofi kejuaraan buat kali pertama pada kejohanan edisi ke-20 di Guangzhou, China.

Begitupun, apa yang menjadi persoalan ketika ini adakah mereka mampu menyerap setiap tekanan, baik di dalam mahupun di luar gelanggang.

Ini kerana mereka bukan sahaja perlu berdepan dengan barisan pemain China yang dijangka 'bermaharajalela' di laman sendiri, malah Chong Wei, 30, Kien Keat, 27, dan Boon Heong, 25, perlu mengatasi sorakan padu daripada penyokong tempatan.

Bagaimanapun, melihat kepada undian, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock mengakui peluang Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 untuk memburu gelaran dunia kali pertama masih terbuka.

"Atas kertas, peluangnya kali ini nampak lebih baik. Peluang untuk menang ada tetapi ia juga bergantung kepada prestasi Chong Wei pada hari perlawanan.

"Bagi saya, pusingan pertama amat penting bagi semua pemain terbaik dunia kerana ia permulaan untuk mencari rentak permainan," kata Seu Bock.

Chong Wei akan menghadapi Scott Evans dari Ireland pada aksi pertama kejohanan hari ini.

Dia yang diramal mudah melepasi ujian pertama itu dijangka berdepan pemain Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka atau Misha Zilberman (Israel) pada pusingan kedua.

Chong Wei juga diundi dalam kelompok dua pemain China, Wang Zhengming dan Du Pengyu dalam laluannya untuk mara ke separuh akhir.

"Pemain-pemain China mempunyai kelebihan kerana kejohanan dunia berlangsung di sana. Kita memang tidak tahu keadaan mereka dan mereka juga melakukan persiapan yang baik.

"Begitupun, kami juga akan menganalisis setiap pencabar sebelum perlawanan berlangsung. Kalau boleh kami mahu Chong Wei elak daripada perlawanan rubber set kerana dia sudah 30 tahun dan tahap fizikalnya sudah tidak seperti dulu.

"Beraksi dengan pemain-pemain muda... mereka juga mampu melakukan kejutan jadi saya harap Chong Wei tidak akan melakukan kesilapan dan perlu sentiasa berwaspada," tambah Seu Bock.

Dua lagi pemain perseorangan negara yang akan beraksi pada hari ini ialah Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Wei Feng akan bertemu Rajiv Ouseph dari England manakala Daren menentang Vladimir Malkov (Rusia).

Dalam pada itu, Kien Keat-Boon Heong juga dilihat memiliki undian yang baik untuk melangkah ke final untuk kali kedua dalam karier mereka selepas edisi 2010 di Paris, Perancis.

Begitupun, pasangan No. 2 dunia itu tidak boleh memandang rendah terhadap kemampuan beregu-beregu yang mempunyai azam yang sama untuk memburu gelaran dunia tahun ini.

Selain memburu kejuaraan pertama, Kien Keat-Boon Heong yang mendapat bye pada pusingan pertama juga memiliki misi kedua - untuk meraih kembali kepercayaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Bekas beregu No. 1 dunia itu harus sekurang-kurangnya melangkah ke pentas final pada kejohanan kali ini atau mereka bakal berdepan dengan tindakan dipisahkan oleh BAM.

Bagaimanapun, peminat sukan tanah air juga mengharapkan keputusan yang positif bakal dijelmakan oleh dua lagi beregu negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah walaupun mereka dijangka berentap sesama sendiri pada pusingan kedua.

Thien How-Wee Kiong mendapat bye pada pusingan pertama, namun V Shem-Khim Wah harus menewaskan pasangan Scotland, Martin Campbell-Patrick Machugh sebelum berpeluang mara ke pusingan kedua.

Malaysia turut menyandarkan harapan kepada gandingan, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari pada acara berprestij itu.

Bagi kategori wanita, Malaysia tidak boleh terlalu memandang jauh bersandarkan kepada prestasi dan rekod pemain-pemain yang ada ketika ini.

Dalam acara perseorangan, Malaysia menyandarkan harapan kepada wakil tunggal, Tee Jing Yi manakala bagi saingan beregu wanita, empat gandingan menjadi pertaruhan.

Bagi acara beregu campuran, harapan sudah pasti dletakkan kepada gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang diharapkan mampu melakar kejutan di bumi Guangzhou.

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Posted:

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Voeller ganti tempat Rajagobal?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


RUDI VOELLER


SPEKULASI berhubung calon pengganti Datuk K. Rajagobal bertambah hangat apabila nama legenda Jerman, Rudi Voeller disebut-sebut sebagai prospek terkini pengendali Harimau Malaya.

Difahamkan, bekas jurulatih Jerman berusia 53 tahun itu bakal memainkan peranan yang lebih besar buat Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 di Rusia jika benar beliau mengambil alih tempat Rajagobal yang kontraknya bakal tamat pada 31 Disember depan.

Sumber memberitahu Kosmo!, Mueller juga dilihat calon sesuai membantu Harimau Malaya pada kempen Piala Asia di Australia pada 2015 jika skuad kendalian Rajagobal berjaya melepasi kempen kelayakan kali ini.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi tersebut, pengkritik bola sepak, Zakaria Ab. Rahim mengalu-alukan kehadiran Mueller bagi menerajui skuad kebangsaan selepas ini.

Bagaimanapun, Zakaria berkata, sasaran dan hala tuju Harimau Malaya perlu diperhalusi jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat melantik Mueller sebagai jurulatih.

"Tidak salah berbelanja lebih bagi mendapatkan Mueller sebagai jurulatih bagi memburu kejayaan yang lebih besar buat skuad Harimau Malaya.

"Bagi saya, tiada gunanya melantik jurulatih berprofil tinggi seperti beliau sekiranya sekadar mahu merampas kembali trofi Piala Suzuki AFF... lebih baik lantik jurulatih tempatan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak menolak kemungkinan memburu khidmat jurulatih baharu selepas kontrak Rajagobal tamat pada 31 Disember depan.

Pada masa sama, khidmat Rajagobal yang dilantik pada 20 April 2009 juga berkemungkinan disambung jika berjaya melepasi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan FAM iaitu Harimau Malaya melepasi peringkat kelayakan kempen Piala Asia 2015.

Antara calon-calon yang disebut-sebut menduduki 'kerusi panas' itu selepas ini termasuklah bekas jurulatih Singapura, Radojko Avramovic; jurulatih Sarawak, Robert Alberts; pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee dan juga bekas pengendali Harimau Malaya, B. Sathianathan.

Mengulas lanjut, Zakaria juga menyarankan skuad Harimau Muda A atau Harimau Muda B menggalas cabaran negara pada kempen kelayakan Piala Dunia 2018 jika dikendalikan Mueller.

"Persediaan mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia perlu bermula awal, jadi ada baiknya ia membabitkan skuad muda negara.

"Selain itu, skuad negara juga wajar membuat persiapan di sana (Jerman) jika Mueller menjadi jurulatih sebagai pendedahan awal," katanya.

Mueller yang pernah membimbing beberapa kelab terkemuka dunia seperti AS Roma dan Marseille ketika ini bertindak sebagai Pengarah Sukan kelab Jerman, Bayer Leverkusen sejak 2005.

Beliau pernah membantu The Team mara ke final Piala Dunia 2002 sebelum meletak jawatan sebagai jurulatih ekoran kegagalan Jerman yang tersingkir awal pada kempen Euro 2004.

Semangat ATM berkobar-kobar

Posted:

Semangat ATM berkobar-kobar

Semangat ATM berkobar-kobar

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

SELEPAS hanya mampu menduduki tangga keenam dalam saingan Liga Super, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berazam menjulang Piala Malaysia musim ini.

Semangat ATM untuk mengucup Piala Malaysia semakin berkobar-kobar selepas skuad The Gladiators itu terlepas peluang muncul juara apabila tewas 2-3 kepada Kelantan pada aksi final di Stadium Shah Alam musim lalu.

Ibarat tampil dengan misi 'serampang dua mata', ATM kini mencongak peluang terbaik mereka untuk bergelar juara, sekali gus menebus dua kekecewaan tersebut.

Menurut pengendali ATM, B. Sathianathan (gambar), sasaran memburu Piala Malaysia tidak mustahil untuk direalisasikan selepas anak-anak buahnya bebas daripada masalah kecederaan.

"Selepas sekadar memenangi Piala Sumbangsih pada awal musim ini, kami kini tiada pilihan selain perlu memenangi Piala Malaysia sebagai hadiah kepada pihak pengurusan serta penyokong ATM.

"Dalam saingan Liga Super, kami pada awalnya selesa berada dalam kelompok tiga teratas tetapi prestasi kami mula merudum pada penghujung musim.

"Situasi itu berpunca daripada masalah kecederaan pemain-pemain utama dan ia sangat mengecewakan saya," kata Sathianathan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sathianathan berkata, beliau turut berpuas hati dengan pengundian Piala Malaysia kali ini apabila ATM diletakkan dalam Kumpulan A bersama naib juara Liga Super, Selangor selain Sime Darby serta Johor.

Sebelum mencongak langkah lebih jauh, Sathianathan berkata, The Gladiators harus terlebih dahulu 'melangsaikan' aksi peringkat kumpulan sebelum menghidu slot suku akhir, separuh akhir mahupun final.

"Jika diberi pilihan, sudah pasti saya memilih untuk menentang Kelantan pada aksi final sekali lagi.

"Ini kerana musim lalu kami begitu hampir untuk mendakap Piala Malaysia tetapi dikecewakan dengan jaringan pada masa tambahan oleh (penyerang Kelantan) Indra (Putra Mahayuddin).

"Sejak saya membimbing pasukan, setiap musim saya layak ke final (Piala Malaysia). Pada 2009 dan 2010, saya bersama Kelantan.

"Namun, pada 2011 saya telah digantung dan tidak membimbing mana-mana pasukan sebelum saya membimbing Kelantan mara ke final musim lalu.

"Jadi saya berharap tuah akan sekali lagi memihak kepada saya untuk beraksi pada final Piala Malaysia musim ini," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tema fauna, flora Alfio Raldo

Posted:

Tema fauna, flora Alfio Raldo

Tema fauna, flora Alfio Raldo

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

PENGURUS Pemasaran Ixora Corporations Sdn. Bhd., Leny Herlina Adam menunjukkan sebahagian koleksi Alfio Raldo 2013.


WANITA dan kecantikan tidak boleh dipisahkan. Malah, untuk tampil bergaya, golongan Hawa ini sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan koleksi beg tangan atau kasut berjenama di pasaran.

Mereka juga tidak kisah untuk mengikat perut asalkan barang yang diimpikan dapat dimiliki. Bagi anda yang masih mencari-cari koleksi pilihan sempena Syawal, himpunan tas tangan, sepatu dan aksesori Alfio Raldo menjanjikan yang terbaik buat si pemakainya.

Konsep terbaharu label fesyen terkenal ini dapat menterjemah gaya kontemporari dan moden dengan elemen sofistikated.

Koleksi tas tangan dan kasut ini dengan gaya metropolitan menjadi pilihan gaya hidup masa kini. Meskipun kelihatan ranggi dengan warna-warna berani, namun ianya mengekalkan ciri-ciri feminin.

PEMILIHAN beg tangan yang betul membantu menyerlahkan keanggunan wanita.


Nafas segar

Selain itu, Alfio Raldo menyuntik nafas segar pada koleksi kali ini dengan elemen alam bertemakan flora dan fauna. Corak burung merak serta bunga melatari tas tangan bimbit yang juga boleh digayakan dengan tali panjang.

Pengarah Urusan Ixora Coporation Sdn. Bhd., Jordan Ling berkata, bertepatan dengan Aidilfitri, Alfio Raldo mahu memeriahkan sambutan perayaan itu dengan rekaan terbaharu yang lebih berwarna-warni, selesa dipakai dan berpatutan harganya.

"Sesuai dengan tagline Alfio Raldo - The Italian Elegance, kami terpanggil untuk menjadikan wanita di Malaysia tampil bergaya dan anggun. Malah, mereka juga tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan jenama mewah di pasaran kerana koleksi kami memenuhi cita rasa fesyen terkini," ujar beliau.

Tambah Jordan, penampilan seseorang wanita itu tidak sempurna tanpa tas tangan yang elegan kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain.

"Koleksi Alfio Raldo terbukti mempunyai rekaan terbaik. Menggunakan material yang berkualiti tinggi dan terkini, jenama kami mampu mengungkap peribadi si pemakai dengan tema warna yang dikeluarkan.


PELANCARAN koleksi terbaharu Alfio Raldo 2013 memberi peluang untuk golongan wanita bergaya pada musim perayaan ini.


"Kombinasi warna-warna ceria dan terang seperti merah, kuning, hijau, jingga dan biru menjadikan koleksi beg tangan serta kasut idaman ramai wanita. Padanan warna kontra bukan lagi sesuatu yang janggal, sebaliknya menjadi trend semasa," ujarnya lebih lanjut.

Apa yang pasti, koleksi terbaru daripada Katalog 2013: Volume II ini boleh disuai padan dengan aktiviti harian. Ia boleh digayakan dalam pelbagai acara sama ada formal mahu pun santai pada malam hari.

Koleksi ini boleh didapati di butik Alfio Raldo di seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.alfioraldo.com.my atau laman sosial facebook.com/AlfioRaldo-TheItalian Elegance.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved