Selasa, 2 Julai 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Maut tertusuk besi terpelanting

Posted:

Maut tertusuk besi terpelanting

Maut tertusuk besi terpelanting

Oleh AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my

INILAH kereta Proton Wira milik Ooi Yean Teong (gambar kecil) yang pecah cermin depan selepas dihentam plat besi sebelum menusuk leher mangsa hingga maut di Teluk Intan, Perak kelmarin.


TELUK INTAN - Seorang lelaki terbunuh selepas lehernya tertusuk plat besi yang terpelanting ke dalam kenderaannya di Kilometer 42, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat sini kelmarin.

Ooi Yean Teong, 51, yang bekerja sebagai penimbang kelapa sawit dipercayai terlanggar plat besi berkenaan yang kemudiannya terpelanting memecahkan cermin hadapan Proton Wira yang dipandunya.

Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang selepas makan malam di sebuah restoran di Sitiawan.

"Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan terlanggar sebatang plat besi melengkung yang kemudiannya melantun ke dalam kenderaan melalui cermin hadapan.

"Malangnya, besi berkenaan terkena pada leher mangsa sehingga menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Majikan hanya perlu tanggung RM6,200

Posted:

Majikan hanya perlu tanggung RM6,200

Majikan hanya perlu tanggung RM6,200

KUALA LUMPUR - Majikan perseorangan di Malaysia hanya perlu menanggung RM6,200 sebagai kos untuk mengambil pembantu rumah Indonesia daripada kadar baharu RM8,000 yang diumumkan semalam.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan memberitahu, kadar baharu itu termasuk RM1,800 yang boleh dibuat menerusi potongan gaji oleh majikan selama enam bulan.

Menurut kenyataan itu, struktur kos baharu itu telah mengambil kira perbincangan bersama kerajaan Indonesia dan cadangan struktur kos yang dikemukakan oleh Malaysia Recruitment Agency (MRA) dan Indonesia Recruitment Agency (IRA) berjumlah RM8,500 hingga RM11,000.

"Ini bermakna kos yang perlu ditanggung majikan hanyalah RM6,200," menurut kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wang polimer edaran hari raya

Posted:

Wang polimer edaran hari raya

Wang polimer edaran hari raya

Oleh IKHWAN IDERIS
Ikhwan.ideris@kosmo.com.my


NORZILA (kanan) dan Nor Aini menunjukkan wang polimer yang sesuai untuk edaran semula di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan wang polimer yang sesuai untuk edaran semula untuk kegunaan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ia terdiri daripada wang polimer bernilai RM1 dan RM5 yang telah diproses semula supaya kelihatan seakan-akan wang baharu dan sesuai digunakan sebagai duit raya.

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, wang RM1 dan RM5 dipilih kerana ia diperbuat daripada substrat polimer tahan lama dan berupaya mengekalkan kualiti keselamatan dan estetika sepanjang hayat penggunaannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Demokrasi dalam bentuk imej

Posted:

Demokrasi dalam bentuk imej

Demokrasi dalam bentuk imej

Oleh ADLAN JAAFAR

AHMAD Shabery (kanan sekali) melihat hasil karya Suhaimi bertajuk Rahman selepas merasmikan pameran Mera'i Demokrasi di R.A. Fine Art Gallery, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KARYANYA kelihatan tidak begitu menonjolkan tema pameran, Mera'i Demokrasi tetapi dengan sedikit pemerhatian mendalam, Siri Berebut Kerusi hasil Suhaimi Fadzir pasti dapat dikaitkan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang baru selesai.

Pilihan raya merupakan salah satu proses demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mewakili mereka di Parlimen.

Dalam siri tersebut, dia mempunyai enam buah lukisan yang mempunyai imej kerusi pelbagai reka bentuk yang menjadi titik fokus dan subjek seiring dengan tajuk karyanya.

Di atas kerusi pula, diletakkan objek-objek berbeza pada setiap lukisan seperti buah delima, kereta, duit, mesin kira, ikan kelisa dan harimau.

Segala-galanya yang dipaparkan boleh diterjemah mengikut pemahaman masing-masing. PRU13 atau dalam bahasa Inggeris General Election 13 (GE13) menjadi fokus utama pelukis.

Latar belakang pula memaparkan keratan berita, imej sebelum kemerdekaan, senjata api, lambang pangkah dan warna-warna terang.

"Ia memberikan gambaran betapa sukar kita mencapai kemerdekaan," terang pelukisnya, Suhaimi ketika ditemui pada majlis perasmian pameran itu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, siri tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan Siri Merdeka yang masih dalam proses disiapkan sepenuhnya.

Siri Merdeka itu bermula sejak tahun 2010 mengandungi pelbagai jenis dan tidak terhad kepada lukisan.


RAJA NADIA SABRINA RAJA AHMAD AMINOLLAH (kiri) bersama rakannya, Syairah Aida Othman terpesona dengan hasil karya The Superior Species oleh Haafiz Shahimi.


Teknik media campuran

Tajuk-tajuk yang diberikan kepada lukisan juga agak jelas seperti GE13 and Tiger, GE13 and Dragon Fruit, GE13 and Beetle, GE13 and Puyu dan GE13 Cash Register.

Lelaki yang berusia 49 itu menggunakan teknik media campuran di atas kanvas seperti lukisan dan cetakan surat khabar pada medium yang digunakan.

Melalui sekeping kanvas, Suhaimi ingin menyampaikan betapa sukarnya orang-orang dahulu memperjuangkan kemerdekaan.

Kini, menjadi tanggungjawab semua warganegara mempertahankan kemerdekaan melalui sistem demokrasi.

Karyanya juga memperlihatkan beberapa keadaan yang berlaku dalam sistem politik negara. Antaranya, watak Yang Berhormat mengambil mudah tanggungjawab terhadap rakyat setelah mendapat kerusi yang diingini.

Kerusi bermaksud kuasa dan sudah menjadi kebiasaan kuasa turut didatangkan dengan godaan yang banyak seperti keseronokan dunia.

Pameran yang berlangsung dari 11 Mei hingga 8 Jun lalu itu turut menghimpunkan enam pengkarya lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan pemahaman terhadap demokrasi mengikut perspektif masing-masing.

Antaranya, Akhmal Asyraf, Amir Firdaus Ahamad Tamizi, Faiz Yunus, Haafiz Shahimi, Alicecia Tan dan Khairi Shamsudin. Pameran itu dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Umrah bersama MASHolidays

Posted:

Umrah bersama MASHolidays

Umrah bersama MASHolidays

Oleh MOHAMMAD HAFIZ AHMAD


SINDIKET penipuan umrah meranapkan harapan para jemaah untuk beribadah di Tanah Suci. - Gambar hiasan


TANAH Suci Mekah pasti menjadi destinasi impian majoriti umat Islam. Biar negara lain indah dengan seni bina agung atau dilimpahi keindahan alam semula jadi, keistimewaan lokasi kiblat seluruh umat Islam itu sukar ditandingi.

Saban tahun, Baitullah dikunjungi jutaan umat Islam yang ingin mengerjakan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji selain umrah semata-mata mencari keredaan Allah. Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika banyak ejen umrah muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Dalam keghairahan umat Islam menziarahi Tanah Suci itu, ada pula segelintir pihak yang menangguk di air keruh. Jumlah mereka yang tersadai di lapangan terbang akibat ditipu bukan sedikit. Berdasarkan rekod Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), kira-kira 76,000 aduan difailkan di seluruh negara berkaitan kes penipuan perkhidmatan pakej umrah sejak ia ditubuhkan 13 tahun lalu.

Justeru, menjadi tanggungjawab para jemaah untuk mencari agensi yang berdaftar bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sindiket haram.

Penambahbaikan pakej

Prihatin dengan masalah tersebut, cabang pelancongan Penerbangan Malaysia (MAS), MASHolidays tampil dengan pakej Lambaian Umrah bagi memenuhi keperluan para jemaah.

Menurut Pengurus Kanan MASholidays, Fadhilah Mustaffa, orang ramai tidak perlu ragu-ragu dengan pakej yang ditawarkan kerana ia diperkenalkan sejak tahun 1995.

"Meskipun sudah hampir 17 tahun berada dalam pasaran, ramai yang tidak mengetahuinya. Sehubungan itu, kami cuba memperkenalkan kembali pakej tersebut dengan membuat beberapa penambahbaikan seperti pengisian modul oleh mutawif berpengalaman," ujarnya ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Fadhilah, bersempena bulan Ramadan, para jemaah boleh merebut peluang melalui lima penerbangan ke Tanah Suci.

Mereka boleh memilih dua pakej istimewa iaitu Jannah dan Firdaus yang berbeza dari segi pengisian, jumlah hari, jarak hotel dan lain-lain.


FADHILAH memberi jaminan jemaah bakal berpuas hati dengan pakej Lambaian Kaabah yang ditawarkan oleh MASHolidays.


Pakej umrah tersebut berharga serendah RM6,000 untuk Jannah atau RM8,600 bagi Firdaus.

Pakej Firdaus sesuai buat mereka yang ingin meluangkan masa panjang dan pada masa sama mengikuti pengisian modul khas. Antaranya Cinta Allah dan Rasul, Pemantapan Solat dan Kaunseling Keluarga yang akan dikendalikan oleh Ustaz Zawawi Yusoff.

Para jemaah akan berada di Tanah Suci selama 13 hari 11 malam bermula 12 Julai hingga 23 Julai 2013.

Jarak di antara hotel dan masjid menjadi keutamaan kepada sesetengah jemaah terutamanya golongan berusia dan mereka yang mempunyai anak kecil. Pakej Firdaus menekankan aspek ini melalui pemilihan hotel berdekatan atau setara iaitu 100 meter untuk ke Masjid Nabawi di Madinah dan 60 meter dari Masjidil Haram di Mekah.

"Bagi pakej Jannah, jemaah akan ditempatkan di hotel berhampiran dengan jarak 190 meter dari Masjid Nabawi, manakala jarak penginapan ke Masjidilharam ialah 300 meter.

"Para jemaah juga sempat merasai berpuasa di Tanah Suci iaitu selama dua hari di Madinah. Pakej ini bermula dari 2 Julai hingga 12 Julai melalui penerbangan terus ke Jeddah," ujar Fadhilah.

Pakej Jannah lebih padat dan singkat kerana jemaah perlu melakukan yang wajib dan melakukan ziarah ke destinasi-destinasi penting sahaja.

MASHolidays amat mementingkan kebajikan dan keselesaan jemaah dengan mengehad ahli rombongan seramai 40 hingga ke 45 orang sahaja.

"Jumlah rombongan yang terhad memberi peluang kepada jemaah untuk merasai keselesaan sepanjang berada di sana. Rombongan yang terlalu besar menyukarkan mutawif untuk berhubung terus kepada jemaah jika berlaku sebarang kesulitan," tambah Fadhilah.

Selain itu, para jemaah diberikan elaun bagasi sebanyak 30 kilogram dan 10 liter air zamzam bagi seorang jemaah. Soal pemakanan tidak perlu dibimbangkan kerana mereka dihidangkan makan dan minum tiga kali sehari.

Teh tarik blog Coolblog

Posted:

Teh tarik blog Coolblog

Teh tarik blog Coolblog

Oleh ALIF ABU BAKAR

TEH tarik menjadi taruhan terbaharu Coolblog dalam rangkaian produk ice blended mereka.


MINUMAN kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik kini boleh dinikmati dalam bentuk ice blended. Syarikat pengeluar ice blended tempatan, Coolblog menjadi perintis kepada minuman tersebut.

Selepas kejayaan Coolblog memperkenalkan minuman ice blended berkonsepkan ais batu campur, cendol dan lai chi kang, teh tarik blog dilihat bakal menjadi pilihan utama peminat mereka.

"Sekitar 80 peratus pelanggan kami terdiri daripada orang Melayu dan kami yakin pengenalan minuman teh tarik blog ini dapat mengukuhkan lagi kepercayaan mereka terhadap Coolblog.

"Bagi menambah keenakan kepada teh tarik blog, pelanggan digalakkan menambah topping khas minuman ini iaitu jeli kopi.

"Kami mempunyai seleksi topping yang berbeza tetapi untuk minuman baharu ini, jeli kopi adalah paduan yang terbaik," ujar Pengurus Pengiklanan dan Operasi Coolblog Dessert Sdn. Bhd., Winson Keh ketika majlis pelancaran teh tarik blog di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tambah Winson, pelanggan juga boleh cuba menggabungkan teh tarik blog bersama topping lain seperti black pearl dan jeli rainbow.

Pada pelancaran itu juga, Coolblog memperkenalkan topping baharu iaitu jeli kranberi. Topping tersebut melengkapi variasi topping sedia ada seperti mangga, rainbow, epal hijau, laici dan kopi.

Sejajar dengan pelancaran teh tarik blog, Coolblog turut melancarkan barangan eksklusif mereka berupa baju T bertemakan Fly My Dream. Sebahagian hasil jualan item berharga RM30 itu telah pun disalurkan kepada Kiwanis Down Syndrome Foundation.

Selamat diminum

Sementara itu, kontroversi berkenaan penggunaan tapioca balls atau tapioca pearls dalam rangkaian minuman bubble tea di Malaysia turut menempiasi Coolblog. Sebagai antara pengeluar minuman bubble tea dan ice blended tempatan, Coolblog juga tidak terlepas daripada dibadai masalah tersebut.

"Masyarakat perlu tahu bahawa minuman bubble tea berasal dari Taiwan. Bahan-bahan minuman jenis ini juga diperoleh dari Taiwan tetapi pembekal Coolblog tidak tersenarai dalam pembekal yang terlarang.

"Kami melakukan ujian makmal setiap tiga bulan ke atas bahan-bahan gunaan Coolblog. Setakat ini semua minuman kami selamat diminum dan bebas daripada kandungan asid maleik," jelas Winson.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengarahkan pengedar Tapioca Starch Pearls yang diimport dari syarikat Wang Tai di Taiwan menarik balik produk makanan tersebut daripada pasaran Malaysia kerana mengandungi asid maleik yang boleh merosakkan buah pinggang.

Namun beberapa syarikat lain seperti Each-A-Cup Sdn. Bhd., telah dibenarkan menjual semula produk makanan round balls each a cup yang digunakan dalam penyediaan minuman bubble tea selepas disahkan bebas daripada asid maleik.

Turut hadir pada acara pelancaran teh tarik blog tersebut ialah duta Coolblog, Heliza Helmi yang merupakan pelakon, penyanyi dan pengacara tempatan.

Minuman teh tarik blog kini boleh diperoleh di hampir 300 cawangan Coolblog di seluruh Malaysia pada harga RM2.80 dan RM3.40 (bersama topping).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Brazil enggan mendabik dada

Posted:

Brazil enggan mendabik dada

Brazil enggan mendabik dada

NEYMAR (tengah) menjulang trofi Piala Konfederasi sambil ditemani rakan sepasukan lain selepas dinobatkan sebagai juara buat kali ketiga berturut-turut hasil kejayaan menewaskan Sepanyol 3-0 di final, kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Luiz Felipe Scolari menegaskan masih banyak yang perlu diperbaiki Brazil biarpun berjaya mendakap trofi Piala Konfederasi buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Sepanyol 3-0, semalam.

Dalam aksi di Stadium Maracana itu, gol-gol kemenangan skuad samba dicetak oleh Fred (dua gol) dan juga Neymar.

Ketika aksi Piala Dunia hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi, Scolari yang memainkan watak penting ketika Brazil kali terakhir mendakap trofi Piala Dunia pada 2002 tidak mahu skuad kendaliannya berasa selesa dengan prestasi semasa mereka ketika ini.

"Pasukan kami masih belum lengkap sepenuhnya.

"Biarpun memiliki pemain yang hebat di segenap posisi, kami masih perlu meningkatkan keupayaan kami.

"Bagi saya, kami berada pada landasan yang betul untuk memberikan cabaran pada Piala Dunia 2014 nanti," kata Scolari.

Pada masa sama, Scolari pantas menghadiahkan kemenangan itu kepada penyokong fanatik Brazil.

"Sudah tentu ia sesuatu yang mengujakan apabila mendengar jeritan penyokong 'pasukan juara sudah kembali'.

"Saya percaya kami lebih dihormati mana-mana pasukan sekarang.

"Namun, kami tidak harus berasa selesa, sebaliknya meningkatkan keupayaan kami supaya menjadi satu pasukan yang lebih baik berbanding sekarang.

"Yang paling penting, setiap pemain bersatu sebagai satu pasukan dan semangat itu wajar dikekalkan sehingga sepak mula Piala Dunia," kata Scolari. - AFP

Piya pemain serba boleh

Posted:

Piya pemain serba boleh

Piya pemain serba boleh

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

JENERAL padang Kelantan, Mohd. Badhri Radzi sepatutnya menyertai skuad kebangsaan sejak lima tahun lalu dan beliau perlu diberi tugas mengemudi jentera tengah Harimau Malaya.

Demikian luah legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang bersetuju dengan pandangan bekas jurulatih The Red Warriors (TRW), Datuk M. Karathu seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam yang mahu pemain berusia 31 tahun itu diberi peluang untuk membuktikan kehebatan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, Mohd. Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, berjaya meletakkan dirinya dalam kelas yang tersendiri apabila memiliki segala kelebihan yang diperlukan sebagai seorang pemain tengah dalam sesebuah pasukan.

"Pemain tengah ini ada pelbagai kategori, ada yang beraksi sebagai pemain tengah hanya untuk melengkapkan kesebelasan utama, ada juga pemain tengah yang disenaraikan dalam pasukan kerana mempunyai kelebihan lain seperti sepakan percuma tetapi tidak mampu untuk memberi impak.

"Tetapi, Piya melengkapkan kesemua kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang pemain tengah yang baik. Kawalan bola, hantaran, sepakan percuma, membaca pergerakan rakan sepasukan dan menjaringkan gol adalah aset yang cukup bernilai untuk seorang yang bernama Piya ini," katanya ketika dihubungi di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, enam musim beraksi pada perlawanan akhir termasuk membantu Kelantan menjulang kejuaraan trebel musim lalu, serta mempertahan kejuaraan Piala FA untuk musim kedua berturut-turut selain dinobatkan pemain terbaik perlawanan akhir, sudah cukup buat Piya melengkapkan resume untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan.

Katanya, dalam sesebuah pasukan bola sepak, mencari dan menghasilkan seorang pemain tengah yang baik adalah cukup sukar berbanding pemain di posisi lain kerana posisi tersebut memerlukan pemain berkenaan untuk mengawal keseluruhan pasukan.

"Pemain tengah harus mempunyai kemampuan memegang bola, berani membawa masuk bola ke kawasan lawan kerana dalam bola sepak, jika anda mampu untuk memegang bola dan membawa masuk ke kawasan lawan sejauh 20 meter itu adalah sudah cukup baik.

"Lihat apa yang dilakukan Piya, dia mampu menggelecek pemain lawan, membawa masuk bola, mampu melakukan hantaran dan membuka gerakan. Apa lagi yang diperlukan oleh seorang jurulatih jika bukan pemain tengah sepertinya.

"Perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu menyaksikan Piya menjadi arkitek untuk ketiga-tiga gol yang dihasilkan Kelantan dan malam Sabtu lalu, dia sekali lagi membuktikan betapa Kelantan antara pasukan yang bertuah kerana memiliki pemain sepertinya apabila bola hantarannya disudahkan dengan baik oleh Mohd. Norfarhan Muhammad," ujarnya.

Mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Piya hanyalah seorang 'jaguh kampung' kerana berjaya membuktikan kehebatannya ketika beraksi bersama Kelantan sahaja dan gagal memberikan aksi terbaik di peringkat yang lebih tinggi, Dali menjawab: "Piya 'wajib' diberikan peluang untuk berada dalam pasukan seperti mana pemain regular lain dalam skuad kebangsaan. Jika dia hanya diberi peluang untuk beraksi untuk tempoh 45 minit atau kurang, kemudian anda cuba untuk kritik corak permainannya, itu adalah tidak adil.

"Jika dia (Piya) mahu dibandingkan dengan Safiq (Rahim), dia perlu diberi ruang seperti mana yang diperoleh Safiq dan kemudian barulah anda boleh komen atau kritik aksinya.

"Harimau Malaya perlu mengekalkan Shakir Shaari dan membawa masuk Piya untuk melihat perubahan dan saya yakin impaknya nanti pasti akan positif.

"Soal menang atau kalah adalah perkara yang berbeza tetapi, untuk kita melihat perubahan dalam permainan skuad kebangsaan, senaraikan Piya dalam kesebelasan utama kerana saya fikir dia sudah bersedia untuk menggalas tugas baharu itu," jelasnya.

Pasukan mana bakal juara?

Posted:

Pasukan mana bakal juara?

Pasukan mana bakal juara?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


LIONS XII kini mendahului carta Liga Super dengan mengutip 40 mata selepas mengharungi 20 perlawanan musim ini.


DEBARAN final Piala FA sudah pun berakhir dengan Kelantan berjaya mempertahankan gelaran selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu lalu.

Kini, perhatian peminat bola sepak tempatan kembali terarah kepada saingan Liga Super yang hanya berbaki dua perlawanan lagi untuk diharungi musim ini.

Atas kertas, Lions XII dilihat hanya menunggu masa dinobatkan sebagai juara apabila menerajui liga dengan 40 mata dan dijangka tidak berdepan masalah membenam cabaran Felda United di laman sendiri malam ini.

Pada masa sama, dua pencabar terdekat, Johor DT dan Selangor, kedua-duanya kini mengutip 36 mata juga pastinya enggan 'mengibarkan bendera putih' terlalu awal.

Skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Fandi Ahmad pastinya mahu mengutip tiga mata berharga ketika berdepan pasukan tercorot, Negeri Sembilan di tempat lawan, malam ini sebagai pengubat kekecewaan pada final Piala FA, selain turut memburu kemenangan ketika melayan kunjungan Selangor Sabtu ini jika berhasrat mahu memintas kedudukan Lions XII.

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim pula lebih bersikap realistik dan menjadikan slot Piala AFC musim depan sebagai keutamaan selepas terkandas di pusingan kedua apabila dikecewakan kelab Maldives, New Radiant FC musim ini.

"Berada di tangga kedua Liga Super sudah cukup bagus untuk Selangor dan fokus kami adalah untuk terus memburu slot Piala AFC tahun depan.

"Saya tidak tahu sama ada Felda United mampu mengejutkan Lions XII di gelanggang lawan (malam ini) tetapi segala-galanya bakal terjawab pada aksi terakhir Liga Super Sabtu ini," kata Irfan baru-baru ini.

Malam ini, skuad Gergasi Merah bakal melayan kunjungan T-Team di Stadium Shah Alam dan tiga mata penting menjadi buruan anak-anak buah Irfan bagi mengelak dipintas Johor DT pada saat-saat akhir.

Ini kerana slot Piala AFC musim depan masih berada dalam genggaman Selangor jika muncul naib juara Liga Super musim ini ekoran status Lions XII sebagai pasukan jemputan.

Satu lagi slot Piala AFC musim depan pula menjadi milik juara Piala FA 2013, Kelantan.

Dalam pada itu, pasukan di tempat keempat liga, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini mengutip 34 mata juga dilihat masih 'bernafsu' memberikan cabaran apabila berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan berdepan Pahang malam ini.

Skuad kendalian B. Sathianathan dilihat masih berpeluang untuk menamatkan saingan Liga Super selaku naib juara jika berjaya mengutip enam mata maksimum termasuk menewaskan Perak, Sabtu ini dengan syarat Selangor dan Johor DT keciciran mata penting dalam dua perlawanan terakhir.

"ATM mesti menamatkan saingan liga musim ini dalam kelompok tiga pasukan teratas," tegas Sathianathan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Potongan klasik pilihan Kirana

Posted:

Potongan klasik pilihan Kirana

Potongan klasik pilihan Kirana

Oleh HAFIZ AHMAD

MALAM Tenunan Diraja yang memasuki edisi ketiga tahun ini terus memberikan impak positif kepada industri pembuatan fabrik tenun apabila mendapat sentuhan beberapa pereka terkenal melalui rekaan klasik dengan adunan kontemporari.

Setiap busana dihasilkan menggunakan kain tenun Pahang sebagai material asas dan diolah kreatif supaya ia terus relevan dalam peredaran fesyen masa kini.

Pereka prolifik yang sentiasa mengekalkan elemen tradisi dalam rekaannya, Datin Sharifah Kirana Syed Ghazali mempamerkan kepakaran mencipta busana potongan asli baju kurung Riau Pahang, cekak musang, teluk belanga wanita, kebaya labuh Cina Peranakan dan baju belah.

Bukan menolak anjakan modenasi, kata Sharifah Kirana, busana tradisional lebih menangkap perhatiannya.

"Saya melakukan penambahbaikan melalui pemilihan warna, malah corak dan motif dikekalkan menurut aturan sebenar," jelasnya ketika dihubungi.

Keutuhan jati dirinya dalam mengekalkan unsur tradisi dapat dilihat melalui busana yang dihasilkan. Setiap persalinan tampak santun dengan perincian mewah bak seorang puteri Kesultanan Melayu.

Elemen klasik

"Inspirasi di sebalik koleksi ini merupakan penerapan susur galur budaya kita. Potongan lama dikekalkan dalam setiap busana kerana saya mahu menjelaskan peradaban budaya bangsa kita mempunyai nilai estetika yang tinggi," ujar Sharifah Kirana yang pernah mengadakan pertunjukan di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan dan England.


RODZIAH menampilkan koleksi kontemporari supaya dapat menarik minat kaum lain terhadap fabrik diraja itu.


Sehubungan itu, beliau sedikit pun tidak terikut-ikut dengan arus semasa yang menghapuskan elemen klasik dalam busana tradisional.

"Kenapa seni nukilan nenek moyang kita seperti tenun Pahang ini perlu diubah secara drastik kerana keindahannya sudah jelas terbukti. Tidak perlu dicampur aduk dengan unsur-unsur luar.

"Sebaliknya, kita harus berbangga kerana ia merupakan warisan berharga untuk tatapan generasi akan datang," tegas Kirana.

Tidak hanya menghasilkan busana daripada fabrik tenun Pahang, beliau turut melengkapinya dengan perincian manik bermotifkan sulaman bunga cengkih, bunga lawang, bunga melor dan bunga cempaka.

"Saya sangat gembira apabila mendapat maklum balas yang positif selepas pertunjukan. Ini membuktikan masih terdapat segelintir masyarakat yang menyanjung sentuhan asli tradisional," ujarnya.

Tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga Sharifah Kirana. Beliau amat berbesar hati dengan sokongan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana terus memberi kepercayaan kepadanya menghasilkan busana berteraskan tenun Pahang.

"Hasil usaha Tunku Azizah, kain tenunan Pahang terus kekal sehingga kini," tambah Sharifah Kirana.

Penjenamaan semula tenunan itu pada tahun 2006 telah membawa perubahan kepada industri tenun Pahang apabila semakin ramai orang terutamanya di Pahang melibatkan diri dalam proses penghasilan fabrik itu.

"Sewaktu memulakan projek ini, hanya 15 orang penenun yang meneruskan legasi pembuatan. Kesemua mereka berpusat di sekitar Pekan, Pahang," ujar Tunku Azizah pada malam pertunjukan fesyen itu.

"Seni tenunan ketika itu berada dalam keadaan kritikal kerana kebanyakan kaum wanita menolak melakukan kerja-kerja tradisi ini kerana mereka memilih bekerja di kilang-kilang.

Harta intelek

"Jika tidak dipelihara, seni warisan ini akan terus pupus. Atas sokongan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, ia terus dimartabatkan memandangkan kain tenun Pahang merupakan salah satu kebanggaan negeri dan bangsa," tambah Tengku Puan Pahang.


TENUN Pahang diangkat martabatnya menjadi warisan kebanggaan Pahang dengan penglibatan masyarakat dalam proses pembuatan fabrik itu.


Tenun Pahang telah diangkat sebagai warisan diraja pada 8 Mei 2006 oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah. Rentetan itulah, fabrik tersebut telah didaftarkan sebagai harta intelek bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh segelintir pihak.

"Saya menjangkakan Tenun Pahang Diraja bakal mempunyai 200 orang penenun pada masa hadapan. Kami mempunyai silibus yang betul dan melatih penenun agar mereka dapat menjadikan ia sebagai sumber rezeki," jelas Tunku Azizah.

Penglibatan serius Tunku Azizah juga mendapat sanjungan daripada Pereka Fesyen Kraftangan Malaysia, Rodziah Mohd. Yusoff yang mempamerkan 18 pasang busana kontemporari pada acara yang diadakan selang dua tahun itu.

"Saya masih mengekalkan potongan tradisi. Unsur kontemporari tersebut adalah salah satu usaha kami dalam menarik minat pengguna kaum lain dan pada masa sama ia boleh dipakai untuk ke majlis rasmi dan glamor," ujarnya kepada Stailo baru-baru ini.

Dalam pada itu, Rodziah berpendapat, martabat tenun Pahang perlu dikekalkan agar aura eksklusifnya terus terpelihara.

"Ia merupakan warisan kebanggaan kita yang tampak mewah ketika dipakai pada acara tertentu seperti perkahwinan, perayaan, acara karpet merah dan lain-lain," jelas Rodziah yang menggunakan tenunan daripada usahawan Kampung Soi, Felda Chini dan Pusat Tenunan Pulau Keladi.

Pada acara yang sama, tiga pemenang diiktiraf melalui pertandingan rekaan Tenun Pahang Diraja yang menobatkan Mohd. Zaidi Hussin dari Kuantan, Pahang sebagai juara. Tenunan bermotifkan kalimah Allah dan Muhammad menghadiahkan dia wang tunai RM14,000 dan piala. Tempat kedua dimenangi oleh Fazuan Zakaria dari Bentong dan Zila Md. Saad dari Syarikat Realistic Attraction, Kuantan.

Tata gaya kasual Waridi

Posted:

Tata gaya kasual Waridi

Tata gaya kasual Waridi

GABUNGAN dua fabrik iaitu polos dan bercorak menampakkan kematangan jejaka dalam bergaya


KERANCAKAN industri fesyen untuk kaum Adam semakin ketara beberapa tahun kebelakangan ini apabila pereka busana hadir dengan variasi pilihan. Tidak sekadar padanan kemeja-T dan seluar jean semata-mata, tata gaya untuk jejaka hari ini lebih menyerlah melalui penataan warna dan potongan terkini.

Bagi yang ingin bergaya dalam acuan tidak terlalu eksentrik, mungkin koleksi pereka muda, Waridi Hamdan cocok dengan cita rasa lelaki maskulin. Koleksi terbaharu pereka kelahiran Ipoh, Perak itu menumpukan gabungan fabrik dan disatukan menjadi sehelai baju kemeja yang tampak moden menurut kehendak fesyen semasa.

Sesekali menukar imej berpakaian boleh menyerlahkan lagi keperibadian dan keyakinan sang pria.

Kemeja rekaan Waridi bermain warna yang pelbagai bagi menampakkan ciri-ciri moden jejaka metropolitan. Kemeja hitam dipadankan bersama rona kuning terang, sesuai digayakan bersama seluar jean potongan ketat dan kasut kulit.

Baju polos warna biru ditekapkan bersama corak berkotak rona senada digayakan kemas dengan seluar hitam untuk ke pejabat. Potongan baju dijahit kemas mengikut susuk tubuh bagi menampakkan biasan mereka yang sasa dan berketrampilan.

Mahu tampil kelainan ketika melangkah ke pejabat, pilih kemeja putih bercorak kotak rona biru kehijauan dan disarungkan bersama seluar jean lusuh. Penampilan seorang eksekutif kini tambah bergaya tetapi masih minimalis.

Seleksi baju kemeja ini juga tidak terhad kepada pemakaian ke pejabat atau acara semi formal kerana ia juga sesuai digayakan secara kasual. Padankan bersama aksesori seperti gelang besi dan kasut sneaker, penampilan maskulin terserlah kala bersiar-siar di pusat beli-belah di sekitar ibu kota. - HAFIZ AHMAD

Sepatu santai kanak-kanak

Posted:

Sepatu santai kanak-kanak

Sepatu santai kanak-kanak

SIFATNYA yang ringan dan terapung menjadikan koleksi Beach Line sesuai dipakai ketika beriadah di tepi pantai.


MUSIM panas merupakan waktu paling sesuai untuk berkelah di pantai. Kanak-kanak antara kelompok paling teruja apabila berada di pantai. Membina istana pasir dan berkejaran di gigi air antara aktiviti kegemaran si cilik tatkala berseronok di tempat percutian tersebut.

Selain memakai pakaian renang yang bersesuaian, keselesaan kaki mereka juga perlu diberi perhatian. Koleksi terbaharu Crocs menjadi pilihan dalam menjamin keselamatan dan keselesaan kaki mereka.

Dilengkapi getah luaran untuk tujuan cengkaman tambahan, Crocs Beach Line menawarkan keselesaan berganda dengan penggunaan material berkualiti tinggi. Penambahan tali yang berfungsi sebagai pengetat kaki menjadikan ia tidak mudah tertanggal ketika kanak-kanak bergerak lasak.

Paling penting, koleksi Crocs Beach Line tersebut ringan dan terapung di dalam air.

Ibu bapa akan terhibur melihat telatah anak-anak bermain dengan selesa sepanjang hari dengan kasut sarung Crocs Beach Line. Tidak perlu gusar jika mereka kotor atau basah.


KOLEKSI baharu Crocs memberi keselesaan kepada kanak-kanak selain menjamin keselamatan mereka.


Si gadis cilik pula akan kelihatan comel ketika menyarungkan kasut sarung Crocs Beach Line. Rekaan klasiknya membuatkan ia sesuai untuk acara santai atau kasual.

Kanak-kanak yang sukakan warna-warna ceria pula pasti tertambat dengan koleksi Crocs Huararche. Meskipun direka berwarna-warni, keselesaan tetap menjadi keutamaan Crocs.

Bagi kanak-kanak yang meningkat remaja, sepatu bertapak rata Crocs Huararche Slingback mampu membentuk imej dewasa kepada mereka. Rona terang dan rekaan comel sepatu itu menyerlahkan penampilan remaja si kecil.

Kasut sarung bertapak lembut Crocs Hover Superman pula sempurna untuk kanak-kanak lelaki yang menggemari adiwira Superman. Selesa dipakai untuk tempoh yang panjang, ia membolehkan kanak-kanak melakukan eksplorasi fantasinya tanpa batasan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


16 orang maut dalam kekacauan terbaharu di Mesir

Posted:

16 orang maut dalam kekacauan terbaharu di Mesir

16 orang maut dalam kekacauan terbaharu di Mesir

ASAP hitam menyelubungi ibu pejabat pergerakan Ikhwanul Muslimin di Kaherah selepas diserbu dan dibakar sekumpulan penunjuk perasaan semalam.


KAHERAH - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam protes di seluruh Mesir kelmarin termasuk lapan orang yang mati dalam pertempuran antara kumpulan penentang dan penyokong Presiden Mohammed Morsi di sini, kata kementerian kesihatan semalam.

Tiga orang lagi meninggal dunia di tengah wilayah Assiut dan masing-masing seorang di wilayah Fayoum, Beni Sueif dan Kafr el-Sheikh.

Seorang penunjuk perasaan pula dilaporkan mati akibat sesak nafas semasa menyertai perhimpunan di luar istana presiden di sini manakala seorang lagi mangsa maut akibat kecederaan di Iskandariah.

Tunjuk perasaan kelmarin disertai berjuta-juta rakyat Mesir yang marahkan Morsi serta pertubuhan persaudaraan Islam, Ikhwanul Muslimin yang membantunya berkuasa.

Presiden tersebut didakwa cuba mendominasi kuasa dan meluaskan pengaruh Ikhwanul Muslimin dalam pentadbiran Mesir.

Sementara itu empat menteri masing-masing bagi portfolio Pelancongan, Alam Sekitar, Komunikasi dan Hal Ehwal Perundangan Mesir bertindak meletak jawatan semalam.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas protes besar-besaran terhadap Morsi.

Keempat-empat menteri berkenaan menyerahkan surat peletakan jawatan mereka secara bersama kepada Perdana Menteri, Hisham Qandil.

Sementara itu, pihak pembangkang Mesir memberi tempoh sehingga hari ini untuk Morsi meletak jawatan atau berdepan dengan kebangkitan rakyat.

"Kami beri tempoh kepada Morsi hingga pukul 5 petang (waktu tempatan) pada Selasa (hari ini) untuk berundur bagi membolehkan institusi kerajaan membuat persediaan untuk pilihan raya presiden," kata sebuah kumpulan pembangkang, Tamarod dalam satu kenyataan di laman webnya. - Agensi

Doktor kembalikan tulang veteran tentera

Posted:

Doktor kembalikan tulang veteran tentera

Doktor kembalikan tulang veteran tentera


SAM AXELRAD (kanan) memegang tulang tangan bekas anggota tentera Vietcong, Nguyen Quang Hung (kiri) di kediaman lelaki itu di bandar An Khe, tengah Vietnam semalam.


HANOI - Seorang doktor dari Amerika Syarikat (AS) datang ke Vietnam untuk memulangkan tulang tangan kanan milik bekas tentera Viet Cong yang dipotong sejak lebih 40 tahun lalu.

Dr. Sam Axelrad, 74, berlepas ke Hanoi pada Sabtu lalu dari Houston.

Dia tiba bersama anak lelaki dan dua cucunya semalam untuk bertemu bekas tentera itu, Nguyen Quang Hung.

Selepas Quang Hung ditembak di bahagian lengan oleh tentera AS, Axelrad yang berkhidmat sebagai doktor tentera memotong anggota tubuh itu di sebuah hospital tentera di Phu Cat, wilayah Binh Dinh.

Ketika itu, dia berumur 27 tahun.

Beberapa rakan setugasnya kemudian menceraikan daging daripada tulang tersebut sebelum memberikannya kepada Axelrad.

Dia membawa pulang tulang tangan tersebut ke AS sebagai peringatan untuk melakukan kebaikan.

Tulang itu disimpan di dalam almari di rumahnya selama beberapa dekad.

Namun, Axelrad terdetik untut memulangkan tulang tangan bekas anggota tentera tersebut pada tahun 2011.

Sementara itu, Quang Hung, 73, terkejut apabila bersatu kembali dengan tulang lengannya.

Lelaki itu berkata, dia ditembak pada Oktober 1966 dalam satu serangan hendap sekitar 75 kilometer dari kampungnya di An Khe.

- AP

Kereta Fiat 'berenang' di Miami

Posted:

Kereta Fiat 'berenang' di Miami

Kereta Fiat 'berenang' di Miami


IMEJ menunjukkan dua buah kereta Fiat 500 sedang meluncur laju di permukaan laut perairan Miami kelmarin.- Agensi


MIAMI - Beberapa buah kereta kompak jenama Fiat 500 dilihat memecut laju di perairan Pantai Selatan Miami di sini kelmarin, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kereta tersebut diubah suai untuk belayar dalam air selain bergerak di jalan raya.

Malah, sebuah kereta kompak itu didapati cuba berlumba dengan sebuah bot di sini.

Kereta-kereta tersebut dipandu oleh beberapa orang model mengelilingi pulau-pulau di sini.

Pemanduan unik itu didapati merupakan sebahagian daripada kempen promosi kereta Fiat 500 di Amerika Syarikat (AS). - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat

Posted:

Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat

Empat pasang kekasih dicekup berkhalwat

02/07/2013 10:02pm

TAWAU - Empat pasangan kekasih dicekup sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah hotel murah di bandar ini kerana berkhalwat.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun ditahan dalam satu operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasa bermula pukul 12 malam.

Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Azinun Sanarul berkata, sembilan individu turut ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kita telah menahan empat pasangan kekasih dari be berapa buah bilik di sebuah penginapan murah. Ketika diperiksa, kesemua mereka gagal menunjukkan bukti per kahwinan," katanya di sini hari ini. - KOSMO!

Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah

Posted:

Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah

Aset pertahanan ATM, PDRM di Esszone ditambah

02/07/2013 9:19pm

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah aset pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang diletak di bawah pengawasan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, antara penambahan itu ialah menyediakan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) untuk pasukan tentera darat dan PDRM.

"Kami akan turut menambah aset udara seperti helikopter dan perkara lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas majlis syarahan bertajuk 'Kerjasama Antara ATM dan PDRM Ketika Ops Daulat: Satu Usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan' anjuran Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (Midas) di sini hari ini.

Beliau berkata, PDRM juga akan menyediakan aset bot bagi mengawal perairan cetek di sekitar Sabah dalam menangani masalah jenayah dan penyeludupan.

"Kita lihat menerusi pelaksanaan Esscom, tahap keselamatan di Sabah kini jauh lebih baik berbanding semasa pencerobohan pengganas di Lahad Datu," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya kini memberi tumpuan terhadap pembinaan lima balai polis baharu dan menambah baik tiga balai sedia ada di kawasan Esszone.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang awam ke Kampung Tanduo di Lahad Datu, yang merupakan lokasi utama serangan pengganas . - Bernama

Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera

Posted:

Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera

Gempa bumi: Lima penduduk Aceh cedera

02/07/2013 8:00pm

JAKARTA - Sekurang-kurangnya lima penduduk cedera dan beberapa rumah rosak apabila gempa bumi berkekuatan 6.2 pada Skala Richter menggegarkan daerah Bener Meriah, Aceh, hari ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan.

Setakat ini badan itu mencatatkan 10 buah rumah penduduk mengalami kerosakan dalam kejadian gempa pada pukul 2.37 petang waktu tempatan itu.

Ada laporan menyebut gegaran kuat itu merobohkan sejumlah rumah penduduk di daerah kecil Bener Gelipah.

Pusat gempa di daratan yang berkedalaman 10km itu, ialah di 35km ke Barat Daya daerah Bener Meriah atau 43km ke Tenggara daerah Bireuen dan menyebabkan gegaran kuat selama 15 saat.

Gegaran itu yang dirasakan sehingga ke Banda Aceh, menyebabkan penduduk kawasan terjejas panik dan keluar bertempiaran dari rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dunia baharu Izreen

Posted:

Dunia baharu Izreen

Dunia baharu Izreen

PERUTNYA sudah memboyot ke depan, hanya menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulung. Namun, pelakon Izreen Azminda masih ceria dan kekal aktif seperti selalu. Dia tidak kelihatan lelah seperti ibu hamil yang lain.

Walaupun perutnya sudah besar, Izreen hadir ke sesi fotografi dengan memandu kereta sendirian. Malah, pada saat pertemuan kami berlangsung, kandungan pelakon itu telah mencecah usia sembilan bulan. Pendek bicara, dia kini menghitung hari untuk bersalin.

"Alhamdulilah, sepanjang hamil saya tidak mempunyai sebarang alahan dan tidak pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya masih bekerja seperti biasa kerana sudah tandatangani kontrak dan hanya berehat daripada lakonan apabila kandungan sudah mencecah empat bulan," ujarnya.

Berehat di rumah dalam jangka waktu yang lama memberi peluang kepadanya untuk memantapkan lagi ilmu masakan. Jelasnya, sebelum ini, dia hanya tahu memasak makanan yang ringkas sahaja.

"Bila duduk di rumah, saya jadi bosan jadi banyaklah masa untuk membelek resipi baru. Seronok juga sebab saya dapat luangkan lebih banyak masa bersama suami dan mencuba masakan yang langsung tidak pernah saya masak sebelum ini.

"Mungkin ada yang ketawakan saya jika saya mendedahkan bahawa sebelum ini saya langsung tidak pandai masak pajeri nanas, tetapi sekarang bolehlah masak jika dipinta suami. Kira ini waktu cuti panjang saya sebelum siapkan diri untuk kembali aktif selepas bersalin kelak," balasnya.

Selain daripada berehat, Izreen juga banyak diperturunkan petua daripada ibunya dan saudara-maranya yang lain sepanjang kehamilan. Bagaimanapun sebagai wanita moden, Izreen hanya mengikut sesetangah daripada petua yang diberi.

"Sejak hamil, macam-macam petua yang saya tidak pernah dengar diberi oleh keluarga saya. Misalnya, kalau mengidam mesti dipenuhi, nanti air liur anak meleleh, tidak boleh koyakkan plastik makanan, sebaliknya kena pakai gunting nanti takut anak sumbing.

"Jujurnya, saya sangat terkejut dengan segala petua itu, tetapi saya tidak ikut semua. Saya hanya ikut mana yang saya rasa logik sahaja sebab kalau nak ikut semua, saya yang penat," katanya dalam tawa.

Rahsiakan jantina bayi

Mungkin sudah minat dalam bidang lakonan, meskipun dalam tempoh istirehat, Izreen tetap menerima tawaran lakonan ketika kandungannya enam bulan. Katanya, dia menerima tawaran dalam telefilem Barakah yang akan ditayangkan pada hari raya kedua di RTM itu kerana wataknya sebagai ibu hamil.

"Saya curi-curi bekerja. Tambahan pula, wataknya sangat sesuai iaitu sebagai ibu hamil. Saya tidak perlu bergerak banyak dan penggambaran hanya mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja. Jadi, apa salahnya asalkan saya utamakan kesihatan saya dan bayi dalam kandungan," balasnya.

Disoal tentang jantina bayi yang bakal dilahirkan, Izreen hanya tersenyum dan memberitahu dia enggan mendedahkan jantina bayi yang bakal lahir.

"Rahsialah, tunggu sampai saya lepas bersalin nanti (ketawa). Saya dan suami memang sudah tahu, tetapi kami ingin menjadikan saat kelahiran itu istimewa buat kami berdua. Jadi lebih baik rahsia dahulu daripada orang lain.

"Saya percaya petua orang dahulu kata, jangan terlampau teruja dan seronok menyambut kelahiran anak pertama. Jadi, biarlah saya simpan semuanya sehingga saat akhir, nanti lambat laun orang akan tahu juga," tuturnya.

Berbicara tentang perubahan berat badannya, Izreen memberitahu berat badannya kini mencecah 75 kilogram daripada berat asal iaitu 53 kilogram.

IZREEN mahu merahsiakan jantina anaknya daripada pengetahuan umum.


Dia bagaimanapun tidak bimbang dengan berat badan naik mendadak kerana menurutnya kenaikan berat badan adalah sesuatu yang normal. Selagi tidak menganggu kesihatannya, dia bebas makan apa sahaja.

"Saya jenis yang makan apa sahaja yang ada depan mata. Tidak pernah mengidam, tetapi kalau sudah nampak memang saya akan makan banyak. Orang kata waktu hamil saya boleh makan sepuasnya, sebab semasa berpantang, saya akan berusaha untuk mendapatkan berat badan asal semula," katanya.

Akui Izreen yang berdebar menanti kelahiran anaknya, dia merancang untuk melahirkan anak di Hospital Ampang Puteri, Selangor dan berpantang di Kuala Lumpur sahaja.

"Memang mulanya saya merancang ingin berpantang di kampung halaman di Perlis, tetapi jauh sangat perjalanannya selepas bersalin. Suami pula kerjanya sebagai jurukamera tidak tentu masa dan lokasi, jadi lebih baik saya berpantang di Kuala Lumpur, mudah untuk suami melihat saya dan anak.

"Saya tetap minta ibu saya datang ke Kuala Lumpur untuk menjaga saya ketika berpantang kerana ibu lebih memahami saya daripada orang lain," ujarnya yang akan kembali bekerja selepas hari raya Aidilfitri.

Disoal apakah persiapan yang telah dilakukan untuk menyambut kelahiran anaknya, Izreen menjelaskan segalanya telah disiapkan memandangkan tempoh waktu untuknya bersalin cukup dekat.

"Semua sudah siap, baju, kelengkapan bayi dan keperluan saya sendiri sebagai bakal ibu. Bila lihat barang-barang bayi, saya rasa tidak sabar untuk pegang anak sendiri, tetapi dalam masa yang sama bila dengar cerita rakan-rakan kesakitan waktu bersalin, saya jadi takut pula," katanya yang dijangka bersalin secara normal.

Sama seperti ibu bapa yang lain, pastinya Izreen dan suami ingin yang terbaik untuk anak mereka. Namun, sebolehnya, Izreen enggan anaknya mengikut jejak langkahnya terlibat dalam bidang seni kerana tahu kesukaran sebagai penggiat seni.

"Kalau boleh saya mahu dia berjaya dalam bidang akademik dan memilih kerjaya yang menjamin masa depan seperti peguam atau doktor. Jika, dia mahu terlibat juga dalam bidang seni, dia harus berjaya mendapat segulung ijazah terlebih dahulu," ceritanya tentang perancangan masa hadapannya.

Susan Manen aktif selepas anak membesar

Posted:

Susan Manen aktif selepas anak membesar

Susan Manen aktif selepas anak membesar

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SUSAN mengaku sering menolak tawaran berlakon kerana diberi imbuhan yang terlalu sedikit.


NAMA pelakon cantik Susan Manen mungkin agak asing buat generasi baharu, tetapi dia pernah bergiat aktif dalam bidang lakonan sekitar pertengahan tahun 90-an.

Setelah muncul juara pertandingan Ratu Cantik Malaysia 1993, dia kemudiannya telah dilamar untuk membintangi filem berjudul Penyu arahan Z. Lokman dua tahun kemudian sehingga mula melonjakkan namanya sebagai seorang pelakon.

Bagaimanapun, pelakon yang kini berusia 39 tahun itu seperti tenggelam dalam dunia lakonan apabila dia mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mustapha Kamal dan bergelar mualaf pada tahun 1998.

Berpeluang menemuinya semasa penggambaran telemovie Abang Long vs Kak Yong di Damansara, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu, ibu kepada empat orang anak itu menyatakan dia tidak pernah meninggalkan bidang lakonan.

Kosmo!: Sudah agak lama Susan tidak muncul di kaca televisyen atau layar perak. Adakah sekarang ini anda sudah melupakan dunia lakonan?

Susan: Semenjak berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1998, saya sudah jarang mendapat tawaran berlakon dan seolah-olah peluang dalam dunia lakonan sudah tertutup rapat. Pada masa yang sama perkahwinan juga antara punca yang membuatkan saya mengurangkan aktiviti lakonan, tetapi saya tidak pernah melupakan bidang ini kerana ia merupakan suatu kerjaya yang menyeronokkan.

Sepanjang tidak bergerak aktif sebagai pelakon, apakah aktiviti yang anda lakukan?

Pada mulanya saya memberikan sepenuh tumpuan kepada rumah tangga kerana semasa berkahwin dengan Abang Mus (Mustapha Kamal) dahulu, saya perlu membesarkan enam orang anak tiri saya.

Kemudian sepanjang perkahwinan dengan Abang Mus, kami telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sabella Qawiema, 14, Aulia Qayyiem, 12, Salsabil Qurani, 10 dan Naqli Qaddiem, 7.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan membesarkan anak-anak, saya tidaklah meninggalkan bidang seni sepenuhnya memandangkan saya selalu mendapat tawaran berlakon iklan.

Adakah anda tidak mendapat sebarang tawaran berlakon dalam drama atau filem?

Tawaran itu memang ada dan saya pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam beberapa buah drama dan filem, tetapi ada juga tawaran yang terpaksa saya tolak. Sebenarnya saya ini bukanlah terlalu jenis yang memilih watak dan tidak kisah sekiranya diberikan peranan cameo. Cuma, kebanyakan tawaran yang diterima itu bayarannya langsung tidak berpatutan kerana terlalu rendah.

Apakah yang membuatkan anda ingin kembali aktif berlakon sekarang?

Memandangkan kesemua anak-anak saya sudah semakin membesar, sudah tiba masanya untuk saya aktif semula. Sebelum ini agak sukar untuk selalu berlakon kerana perlu menjaga anak-anak memandangkan kami tidak menggunakan khidmat pembantu rumah.

Adakah suami tidak menghalang keputusan yang dibuat ini?

Sudah tentu suami menyokong keinginan saya yang ingin aktif berlakon kerana dia juga merupakan seorang pelakon, asalkan saya perlu menjaga batas-batas sebagai seorang isteri dan ibu. Kini, kami hanya perlu mengaturkan jadual supaya tumpuan terhadap anak-anak tidak terabai. Misalnya, kami akan pastikan jadual lakonan tidak bertembung sesama sendiri supaya ada yang menjaga rumah dan anak-anak sekiranya salah seorang daripada kami menjalani penggambaran.

Syura mahu tunaikan nazar ibu

Posted:

Syura mahu tunaikan nazar ibu

Syura mahu tunaikan nazar ibu

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


JUARA Masterchef Selebriti Malaysia 2, Syura mahu menghantar ibunya menunaikan umrah menerusi duit kemenangannya.


BAGAI mengiakan spekulasi yang tercetus seminggu sebelum episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia 2, penyanyi Syura akhirnya ditabalkan sebagai juara rancangan realiti masakan itu.

Syura mengalahkan Celina Khor dalam final MasterChef Selebriti Malaysia 2 menerusi cabaran mencipta menu bertemakan Sajian Sehangat Bintang untuk sembilan orang penumpang kelas pertama dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Menerusi cabaran itu, masing-masing dikehendaki menyediakan hidangan pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Syura yang popular dengan lagu Nazam Berkasih telah menyediakan hidangan Avocado Ketam Berkasih, Sesuci Cinta Syura dan Salju Hati Merindu yang telah menambat hati juri utama pertandingan itu iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu Amran.

Bocor

Memberikan reaksi terhadap keputusan akhir yang didakwa telah bocor terlebih awal daripada episod akhir yang disiarkan pada malam Selasa lalu, Syura mengaku sedikit terkilan.

"Hidangan saya bukanlah teruk sampai hangit hinggakan ada segelintir pihak yang mengeluarkan komen negatif dan menyifatkan saya tidak layak untuk bergelar juara.

"Ya, saya akui ada terbaca komen-komen peminat di laman sosial Facebook MasterChef Selebriti Malaysia 2, tapi saya menganggap itu sebagai pencetus semangat untuk terus berjaya.

"Melalui program masakan ini saya sebenarnya mencabar diri dan kemampuan saya di dapur. Rancangan ini telah banyak mengubah landskap hidup saya, kalau dulu saya jarang ke dapur tapi sekarang pelbagai juadah dapat saya hasilkan hari demi hari," katanya yang ditemui selepas majlis tayangan episod akhir MasterChef Selebriti Malaysia 2 di Restoran Delicious Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 29, mengakui rancangan itu merupakan batu loncatan untuk kembali bergiat aktif dalam dunia seni suara.

"Saya masih sayang bidang nyanyian dan untuk menjadi seorang chef tidak mudah kerana gelaran itu bukan sembarangan diberikan kepada seseorang.


BARISAN peserta Masterchef Selebriti Malaysia 2 meraikan kemenangan Syura.


"Insya-Allah saya akan kembali merakamkan single bersama sebuah syarikat rakaman tidak lama lagi," tambahnya yang merancang untuk membuka restoran sebagai hadiah kepada peminat merasai air tangannya.

Selaku pemenang, Syura sekali gus menyumbangkan RM60,500 kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory, manakala Celina menyumbangkan RM10,000 kepada Furry Friends Farm.

Drama

Syura dalam pada itu menjelaskan dia tidak menyembunyikan sifat sebenarnya di dapur MasterChef Selebriti dan menegaskan kata-kata serta perbuatannya adalah dirinya sebenar.

"Saya menjadi diri saya sendiri, kalau saya tidak berpuas hati saya akan cakap. Apa yang penonton nampak di kaca televisyen adalah saya.

"Kadang-kadang saya rasa diri saya terlalu jujur dan orang selalu nampak saya gelisah tapi itulah warna sebenar Syura," katanya yang mendapat tawaran menyertai rancangan itu selepas berpindah dari Johor Bahru, ke Kuala Lumpur bersama keluarga hujung tahun lalu.

Syura turut menerima hadiah dua tiket penerbangan kelas perniagaan pergi dan balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat Airbus A380 MAS dan lebih manis apabila sajian Syura akan dihidangkan di kelas pertama pesawat berkenaan.

Penyanyi itu turut meluahkan isi hati untuk menghantar ibunya, Samsiah Mohammad, 62, mengerjakan umrah terlebih dahulu sebelum dia dan suaminya terbang ke Perancis.

"Saya mahu lunaskan nazar terhadap ibu saya terlebih dahulu sebelum pergi bercuti. Ini impian saya apabila menyertai rancangan ini dah syukur Alhamdulillah hajat saya dimakbulkan," ujarnya.

MasterChef Selebriti Malaysia 2 disertai oleh 19 selebriti antaranya Rozita Che Wan, Enot, Kenchana Devi, Norish Karman, Syanie, Lydiawati, Datuk Aznil Nawawi dan Zain Saidin.

Sementara itu, ulas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkenaan spekulasi kemenangan Syura yang telah bocor terlebih awal, pihaknya akan memastikan rahsia rancangan MasterChef selepas ini diperketatkan.

"Sebenarnya spekulasi itu timbul kerana rancangan ini telah dirakamkan terlebih awal, namun tidak dinafikan sehingga malam episod akhir masih ada sokongan terhadap Celina.

"Spekulasi sukar dikawal dan orang akan tetap memperkatakan tapi kebenarannya muncul pada malam episod akhir," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved