Khamis, 2 Jun 2011

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


KOAM macam sembunyikan sesuatu

Posted:

KOAM macam sembunyikan sesuatu

KOAM macam sembunyikan sesuatu

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


SHAHIDAN (kanan) berbincang sesuatu bersama Ketua Pengarah Institut Sukan Negara, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz (kiri) pada pertemuan di Perkampungan Sukma Ke-14 di UKM, Bangi semalam.


KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu berhubung isu tiga atlet di bawah naungan badan induk itu yang gagal untuk hadir bagi menjalani ujian anti-doping.

Meskipun Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan bahawa ketiga-tiga atlet terbabit kini berada di Bulgaria bagi menjalani latihan serta menyertai siri kejohanan di sana, namun beliau enggan memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu maklumat terperinci mengenai lokasi mereka tetapi saya akan umumkan tidak lama lagi.

"Cukuplah sekadar saya katakan bahawa mereka kini berada di Bulgaria," kata Shahidan ketika ditemui selepas majlis perasmian Perkampungan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam.

Tiga atlet terbabit ialah Norjannah Hafiszah Jamaluddin, Nurul Sarah Abdul Kadir dan Mohd. Noor Imran.

Biarpun Majlis Sukan Negara (MSN) telah membatalkan pembiayaan bagi menampung perbelanjaan tiga atlet terbabit ke Bulgaria ekoran tindakan mereka yang melarikan diri daripada melakukan ujian anti-doping minggu lalu, KOAM tetap menghantar mereka ke sana dengan menggunakan duit poket kesatuan itu sendiri.

"Kami (KOAM) terpaksa hantar. Jika tidak, atlet akan menyalahkan kami dengan mengatakan bahawa pihak persatuan tidak memberikan mereka pendedahan secukupnya pada kejohanan-kejohanan peringkat antarabangsa.

"Lagipun, kami telah berjanji dan saya orang yang tidak suka memungkiri janji," tambah Shahidan.

Drama tercetus ekoran enam atlet olahraga negara bertindak melarikan diri daripada melakukan ujian anti-doping. Mereka 'hilang' selepas diarahkan memberikan sampel air kencing di Institut Sukan Negara (ISN), di Bukit Jalil pada 24 Mei lalu.

Ujian anti-doping tersebut merupakan salah satu prosedur sebelum mana-mana atlet menjalani latihan di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Capello laung amaran

Posted:

Capello laung amaran

Capello laung amaran


CAPELLO (tengah) mengendalikan sesi latihan pertama skuad England di London Colney kelmarin.


LONDON – Fabio Capello mengingatkan para pemain England supaya tidak memandang mudah pertemuan menentang Switzerland dalam kempen kelayakan Euro 2012 pada Sabtu ini.

Jurulatih dari Itali itu mahu anak-anak buahnya mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut bagi memastikan skuad Three Lions kekal sebagai pendahulu Kumpulan G.

Capello melaungkan amaran itu ketika mengendalikan sesi latihan pertama skuad England kelmarin sebagai persiapan untuk menghadapi pertemuan di Stadium Wembley itu nanti.

"Jurulatih telah datang dan memberi amaran agar kami memandang serius perlawanan ini kerana kami mahu mencatat kemenangan," kata perancang Aston Villa, Stewart Downing, 26.

"Peminat pasti menjangka kami beraksi lebih baik daripada Switzerland selepas kami menewaskan pasukan itu 3-1 di tempat mereka.

"Bola sepak sebenarnya bukan seperti itu dan kadang kala kamu lebih mudah untuk menang di tempat lawan berbanding di tempat sendiri.

"Saya tidak pasti bagaimana mereka akan bermain. Kami perlu mengekalkan rentak permainan kami, membuat hantaran dengan baik dan cuba untuk memenangi perlawanan.

"Kami amat kecewa dengan kempen Piala Dunia tahun lepas tetapi semua pemain memberi reaksi yang baik.

"Kami kini di bawah tekanan yang hebat dan sebagai sebuah pasukan, pemain berjaya menghadapi situasi itu dengan baik."

- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

United sambung kontrak Owen

Posted:

United sambung kontrak Owen

United sambung kontrak Owen


OWEN akan berada di Old Trafford untuk tempoh setahun lagi.


MANCHESTER, England – Penyerang Manchester United, Michael Owen dilaporkan bersetuju untuk menyambung kontrak selama setahun lagi bersama juara Liga Perdana England itu semalam.

Kontrak bekas penyerang Liverpool dan Real Madrid berusia 31 tahun yang dianggap kurang penting di Old Trafford itu akan tamat bulan ini.

"Sungguh malang apabila Owen tidak mendapat peluang yang banyak untuk bermain tetapi kecemerlangan Chicharito (Javier Hernandez) telah membayangi pemain lain dan gandingan bersama (Wayne) Rooney sungguh menarik," kata pengurus United, Alex Fergusondalam laman web www.manutd.com semalam.

"Saya berasa gembira apabila Owen akan kekal di kelab ini setahun lagi dan kami akan cuba untuk memberi lebih banyak peluang kepada dia untuk bermain musim baru nanti.

Owen menyertai United dua tahun lalu menerusi perpindahan percuma dari Newcastle United tetapi bekas pemain Real ini telah bergelut dengan masalah kecederaan.

Setakat ini, dia telah membuat 48 penampilan bersama United.

Bagaimanapun kebanyakkan daripada penampilan itu sekadar memanaskan bangku simpanan.

Dia turut mengenepikan Dimitar Berbatov selaku pemain simpanan ketika The Red Devils tewas 1-3 kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara, Ahad lalu.

- Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Cipta rekod tubuh dikerumuni lebah

Posted:

Cipta rekod tubuh dikerumuni lebah

Cipta rekod tubuh dikerumuni lebah


BADAN Zhang Wei dan kerangka khas pada tubuhnya dikerumumi lebah seberat 83.5 kilogram di daerah Zizhou, barat China baru-baru ini.


BEIJING – Seorang lelaki, Zhang Wei dari daerah Zizhou, barat China mencipta rekod dunia kerana tubuhnya dikerumuni sejumlah besar lebah yang berat keseluruhan haiwan itu ialah 83.5 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia memakai gogal dan bernafas melalui tiub yang diletakkan di dalam mulutnya untuk bernafas semasa lebah-lebah tersebut mengerumuni sekitar tubuhnya di sini baru-baru ini.

Satu kerangka khas yang kelihatan seolah-olah seperti dahan pokok juga dilekatkan pada tubuhnya bagi membolehkan lebah-lebah tersebut mengerumuni tubuhnya.

Dia tidak memakai topeng dan sarung tangan tetapi memakai baju, kasut dan seluar panjang semasa haiwan berkenaan mengerumuninya.

Wei mencipta rekod dunia dua hari selepas tubuh seorang penternak lebah China, Shyen Zonghong dikerumuni lebah seberat 36kg. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

106,000 Prius dipanggil balik

Posted:

106,000 Prius dipanggil balik

106,000 Prius dipanggil balik


GAMBAR fail pada 19 Novermber 2003 menunjukkan sebuah kereta Prius keluaran Toyota di sebuah lokasi yang dirahsiakan.


TOKYO – Toyota semalam memanggil semula 106,000 unit kereta generasi pertama Prius hibrid yang dijual di seluruh dunia kerana masalah stereng yang disebabkan satu nat yang mungkin longgar.

Menurut syarikat pengeluar kereta itu, satu nahas kecil yang dipercayai melibatkan masalah tersebut dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Pemanggilan semula itu melibatkan 48,000 model Prius di Jepun yang bermula dengan generasi pertama yang dijual pada 1997 dan dikeluarkan pada 2003.

Masalah itu juga menjejaskan 58,000 buah kereta tersebut yang dijual di seluruh dunia termasuk 52,000 unit yang dijual di AS antara tahun 2001 hingga 2003.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, Paul Nolasco, kira-kira 1,200 unit kereta itu dijual di Britain manakala 800 lagi di Jerman.

Masalah itu boleh dibaiki dengan meletakkan nat yang lebih ketat dan memerlukan hanya kira-kira empat jam untuk dibaiki.

Menurut syarikat Toyota, jika nat lama itu dibiarkan berfungsi bagi tempoh yang panjang ia akan menyebabkan berlaku belokan kuat di bahagian kiri. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badan dunia dakwa telefon bimbit penyebab kanser

Posted:

Badan dunia dakwa telefon bimbit penyebab kanser

Badan dunia dakwa telefon bimbit penyebab kanser


SEORANG wanita menggunakan telefon bimbit di New York pada 31 Mei lalu.


PARIS – Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia," kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak," kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.

Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.

"Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka," kata Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Gores dan menang: 3 lelaki, 2 wanita ditahan

Posted:

Gores dan menang: 3 lelaki, 2 wanita ditahan

Gores dan menang: 3 lelaki, 2 wanita ditahan

02/06/2011 6:42pm

JOHOR BAHRU - Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor menumpaskan kegiatan penipuan "gores dan menang" dengan menahan tiga lelaki dan dua wanita dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Molek di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Abdul Hamid Abu Bakar berkata, kesemua mereka yang berumur 20an itu merupakan jurujual atau ejen yang ditugaskan membawa pelanggan ke premis itu untuk tujuan penipuan.

Anggota penguatkuasa turut menyita barangan elektrik dan peralatan kesihatan yang kesemuanya bernilai RM86,000.

Abdul Hamid berkata siasatan, mendapati modus operandi sindiket itu ialah mengundang individu menyertai aktiviti gores dan menang dengan memberi mereka beberapa kad atau sampul untuk dipilih sebagai umpan memenangi hadiah sebelum mangsa diminta ke pejabat berkenaan untuk menuntut hadiah. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis KL tumpas sindiket edar dadah

Posted:

Polis KL tumpas sindiket edar dadah

Polis KL tumpas sindiket edar dadah

02/06/2011 6:25pm

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah, yang turut dianggotai warga Uzbekistan yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang dan merampas dadah bernilai kira-kira RM1.1 juta dalam tiga serbuan berasingan di sini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, dalam serbuan terbaru semalam, polis menahan dua wanita dan dua lelaki warga asing serta merampas sejumlah dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM1 juta.

"Kira-kira pukul 12.30 pagi, polis melakukan serang hendap ke atas sebuah kereta Honda Civic dan menahan seorang lelaki warga Uzbekistan yang berusia 29 tahun di sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Ismail.

"Polis menemui satu bungkusan paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi ketulan jernih yang disyaki syabu seberat 711 gram pada suspek," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Imigresen Perak tahan 178 warga asing

Posted:

Imigresen Perak tahan 178 warga asing

Imigresen Perak tahan 178 warga asing

02/06/2011 6:24pm

IPOH - Sebanyak 178 buruh warga asing ditahan Jabatan Imigresen Perak dalam serbuan ke beberapa tapak pembinaan dan pusat hiburan di sekitar negeri ini semalam kerana melanggar pelbagai peraturan imigresen.

Pengarah Imigresen Perak, Mohd. Shukri Nawi berkata, warga asing yang berumur antara 20 itu 45 itu kebanyakannya tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta menyalahgunakan pas lawatan.

"Turut ditahan seorang majikan rakyat tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dalam serbuan ke sebuah kilang papan di Manjung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri warga Indonesia dan Bangladesh dan membabitkan 89 orang di Ipoh, 53 di Teluk Intan dan 36 di Pengkalan Hulu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Popular di layar kaca

Posted:

Popular di layar kaca

Popular di layar kaca


KAMAL, Intan dan Fizo berjaya melakar nama dalam dunia seni tanah air dengan cara masing-masing.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Tidak semua pelakon mampu mencipta nama seterusnya mempunyai peminat yang ramai dalam industri hiburan.

Ada sesetengahnya berjaya mencipta nama dengan sekali berlakon sahaja manakala ada sesetengahnya pula terpaksa bekerja keras untuk dikenali dan diterima peminat.

Bagi Kamal Adli, Intan Ladyana, Mia Sara Nasuha dan Fizo Omar, kehadiran mereka boleh dikatakan melalui tuah. Sebabnya, mereka tidak perlu mengambil masa yang lama menapak dalam industri hiburan untuk dikenali.

Mereka muda, kacak, cantik dan comel. Bakat yang ada masih lagi boleh digilap untuk memberikan lakonan yang lebih berkesan.

Mungkin tuah yang mereka kecapi adalah melalui pakej yang diperoleh atau mungkin tuah yang mereka peroleh melalui tawaran-tawaran drama atau filem yang dijayakan mereka.

Biarpun nama mereka tidak sehebat Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan sebagainya, kehadiran mereka mampu memberi impak kepada sebilangan besar peminat industri hiburan.

Mia misalnya terkenal selepas berlakon dalam drama Adamaya manakala Kamal terkenal melalui drama Bionik.

Intan pula terkenal melalui filem dan drama Adnan Sempit, sementara Fizo pula terkenal selepas berlakon dalam drama Siti Kelembai.

Mia seronok berlakon

Bagi Mia Sara Nasuha, 5, wajah yang comel dan kepetahannya bertutur menjadi platform buat dirinya diterima sekali gus diminati semua peringkat.

Drama Adamaya di TV3 sememangnya meledakkan nama Mia di persada seni tempatan. Telatah Mia ketika berlakon di samping Lisa Surihani dan Syed Hussein Syed Mustafa dalam drama itu menjadikan dirinya rebutan penerbit-penerbit.

Biarpun dikatakan kaku ketika berlakon, Mia tetap mendapat tawaran demi tawaran berlakon iklan, drama dan terkini filem.

Malah, filem lakonan yang dijayakannya bukan calang-calang apabila pengarah naskhah Nur Kasih, Kabir Bhatia menawarkan Mia watak Maryam iaitu anak kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz dan Aliya lakonan Ayu Raudhah.

Bukan itu sahaja, Mia juga dikatakan sekali lagi bergandingan dengan Lisa dan Shaheizy Sam untuk filem terbaru terbitan MIG Productions.

"Saya sendiri tidak sangka kemasukan Mia ke dalam industri seni diterima seperti hari ini. Memang pada mulanya saya hanya mengalakkan Mia berlakon iklan sahaja. Kebetulan, anak saudara jiran terlibat dengan produksi drama menyarankan saya untuk bawa Mia pergi uji bakat drama Adamaya.

"Pada mulanya saya tolak sebab faham penggambaran drama selalunya memakan masa yang lama dan bimbang Mia kepenatan. Tetapi selepas dipujuk, akhirnya saya dan Mia pergi ke uji bakat itu dan tidak sangka Mia berjaya," kata bapa Mia yang juga merangkap pengurusnya, Muhammad Ridhuan Muhammad Salleh.

Begitupun, Ridhuan nekad tidak mahu Mia meneruskan lakonan selepas tamat menjalani penggambaran Adamaya. Naluri kebapaannya berasa kasihan melihat anak nya itu yang kepenatan.

Sebaliknya, Mia pula tidak kisah dan cukup seronok dengan apa yang dilakukannya (berlakon drama). Ridhuan juga melihat kehadiran Mia dalam industri lakonan memberikan impak di hati masyarakat.

"Memang selepas penggambaran Adamaya saya nekad untuk tidak membenarkan Mia terlibat dalam lakonan. Tetapi, selepas tengok Mia seronok dan penerimaan orang ramai terhadapnya juga begitu ramai saya terfikir semula.

"Peminatnya juga sanggup membuka akaun Facebook untuk Mia dan dia mempunyai hampir ratusan ribu peminat. Bayaran yang diterima untuk lakonan Mia juga mampu menyara kehidupan kami sekeluarga," katanya.

Saat ditanya sendiri kepada Mia mengenai penglibatannya dalam bidang lakonan, dia mengaku cukup seronok.

Walaupun sibuk berlakon, Ridhuan sentiasa memastikan Mia mendapat pendidikan sewajarnya.

"Setiap malam seorang tutor akan datang ajar Mia di rumah manakala di sebelah siangnya pula, Mia akan dihantar ke sekolah Islamic Montessori di Kota Damansara," katanya yang begitu selektif dalam membuat pemilihan watak untuk Mia.

Kamal suka karakter berbeza

Selepas menjadi juara pertandingan Hero Remaja 2008, Kamal Adli terus mengorak langkah menerima tawaran berlakon drama futuristik Bionik.

Membawakan watak sebagai Nik, seorang pemuda yang terjebak dalam kemalangan dan akhirnya dibangkitkan semula dengan ciri-ciri robotik, keberkesanan lakonan dan juga ketampanan wajah Kamal menjadikannya dikenali dan disukai peminat.

Selepas itu, wajah Kamal sering menghiasi slot-slot drama di stesen-stesen televisyen.

Antara drama dan filem lakonan Kamal ialah Impian Illyana Sunsilk, Renjis 2 dan Kembar Siang.

Bagi diri Kamal, kehadirannya sebagai pelakon tidak dirancang. Bekas pelajar Akademi TV3 itu pada mulanya ingin menceburi bidang pengacaraan.

"Sasaran sebenar saya sebenarnya untuk melibatkan diri dalam bidang pengacaraan. Tetapi tidak sangka terjebak di dalam bidang lakonan.

"Bila sudah berlakon barulah sedar yang saya mempunyai bakat," katanya yang akan menjayakan sesebuah drama atau filem sahaja sebelum menerima projek yang seterusnya.

Pelakon dari Pekan, Pahang itu juga memberitahu, suka menjayakan watak yang berbeza agar penonton tidak mudah bosan dengan lakonannya.

Katanya, dia berharap sangat jika dirinya diberi kepercayaan membawakan watak gangster kerana watak tersebut masih belum dicubanya.

"Saya suka melakonkan watak yang pelbagai dan berbeza. Saya tidak mahu dilabelkan stereotaip. Kalau mempunyai peluang saya teringin melakonkan watak gangster," katanya yang baharu sahaja selesai menjalani pengambaran filem PE3 di samping pelakon Farid Kamil dan filem muzikal Aku Ada Kau Ada di samping Shaheizy Sam.


KAMAL dan Intan masih tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin buat masa ini.


Selain itu, Kamal yang juga merupakan kekasih pelakon cantik Intan Ladyana itu juga baru sahaja selesai menjayakan penggambaran drama Ana Lul'lu di samping Nora Danish dan Cat Farish.

Intan belum ingin kahwin

Umum sudah mengetahui hubungan Intan dengan Kamal yang sudah terjalin lebih dua tahun. Keluarga keduanya juga tahu dan merestui hubungan kedua-dua selebriti tersebut.

Namun, menjadi persoalan kenapa Intan dan Kamal masih lagi tiada perancangan untuk berkahwin. Saat diajukan soalan buat pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahya, dia memberitahu, tidak mahu ada paksaan dalam hubungan.

Pelakon utama Adnan Sempit itu juga tidak mahu mememikirkan dan tidak meletakkan sasaran bila dia akan berkahwin.

"Saya tidak mahu fikir lagi tentang kahwin. Lagipun saya tidak meletakkan sasaran tertentu bila saya akan berkahwin. Jadi, saya tidak tertekan.

"Kamal pun sama juga. Fokus utama saya buat masa ini hanyalah lakonan. Insya-Allah, bila sudah kumpul aset dan sudah sampai seru saya akan berkahwin," katanya popular melalui drama Bionik di samping Kamal dan Sutera Maya di TV3 di samping Fasha Sandha.

Saat ditanya mengenai pembabitannya dalam bidang lakonan, Intan bersyukur kerana tawaran lakonan sentiasa ada.

"Intan masih lagi terikat selama dua tahun di bawah MIG dan akan turun ke lokasi pengambaran filem Adnan Sempit 2 awal Jun ini," katanya yang juga merupakan pengacara program Chopp! di TV9

Mengulas mengenai filem Adnan Sempit 2, kata Intan, cerita itu masih mengekalkan pelakon yang sama dan ia merupakan kesinambungan filem Adnan Sempit.

Bezanya, cuma jalan cerita lebih menarik di mana Sam akan menguruskan urusan pejabat manakala Intan pula menguruskan urusan rumah tangga.

Fizo lima filem setahun

Fizo kini meletakkan sasaran untuk berlakon lima buah filem dalam masa setahun. Bukan cakap kosong tetapi niat yang akan dicapai melalui kesungguhan.

Buat masa ini, pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar itu sudah menjayakan tiga buah filem iaitu filem Kongsi, Halimunan dan Hello.

Fizo juga sanggup menolak tawaran drama bagi menjayakan misinya itu.

"Kalau boleh saya mahu berlakon sebanyak lima buah filem sebelum hujung tahun ini. Saya terpaksa tolak tawaran drama disebabkan kekangan masa.

"Buat masa ini saya bukan sahaja fokus berlakon filem tetapi juga sedang sibuk dalam bidang pengacaraan dan juga sedang sibuk menghasilkan sebuah buku masakan ala Thai," katanya yang mencipta nama dalam bidang lakonan menerusi drama Puteri Salju dan Siti Kelembai di TV3.

Mengulas mengenai buku masakan yang dijangka terbit dua bulan lagi itu, kesemua resipi yang terdapat di dalamnya merupakan resepi masakan Thailand.

Katanya, resipi-resipi tersebut semuanya daripada ibunya, Hasnah Jidin, 51, yang sememangnya berasal dari Thailand.

Saat ditebak dengan soalan mengenai teman istimewa, Fizo yang juga merancang membuka sebuah restoran pada tahun depan itu mengaku masih tidak punya teman istimewa.

Menyentuh mengenai kriteria wanita idamannya, katanya, wanita itu seharusnya mempunyai pendidikan, ada pegangan agama dan bekerjaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lee Hom sekadar pengapit

Posted:

Lee Hom sekadar pengapit

Lee Hom sekadar pengapit


LEE HOM mengakui dia ada keinginan untuk berkahwin.


DIA selalu menjadi pengapit pengantin tetapi entah bila pula dia sendiri akan menjadi pengantin.

Wang Lee Hom pernah menjadi pengapit sahabat baiknya, Jason Tang yang mengahwini Xiao Mi pada awal tahun ini. Sebelum ini dia juga pernah menjadi pengapit seorang lagi sahabatnya, hos TV Blackie Chen yang mengahwini Christine Fan.

Mengejutkan apabila Lee Hom mengakui dia akan menjadi pengapit lagi sebanyak dua kali sepanjang bulan Mei lepas sahaja.

"Saya sudah menganggap diri ini sebagai pengapit pengantin profesional," ujarnya dalam nada bergurau pada satu majlis di Shanghai, China, baru-baru ini.

Tambahnya: "Banyak orang melangsungkan perkahwinan sejak akhir-akhir ini, seolah-olah perkahwinan suatu jangkitan pula."

Namun, figura berusia 34 tahun itu mengakui tidak kisah jika diminta menjadi pengapit pengantin oleh rakan-rakannya

"Saya mempunyai ramai kawan. Itulah sebabnya saya banyak kali menjadi pengapit apabila mereka berkahwin. Lagipun, saya seronok melakukannya," ungkapnya.

Apabila ditanya adakah perkahwinan rakan-rakannya itu memberi impak terhadap keinginan dirinya untuk turut berkahwin, katanya: "Saya memang ada keinginan untuk berkahwin. Mungkin dalam tempoh antara bulan Jun hingga Disember. Tapi, tahunnya belum tentu lagi."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amukan Fasha di Twitter

Posted:

Amukan Fasha di Twitter

Amukan Fasha di Twitter

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


FASHA SANDHA sememangnya terkenal sebagai pelakon yang cukup berdisiplin.


SELEPAS heboh dengan kisah peribadinya, bintang kontroversi, Fasha Sandha sekali lagi mencipta kontroversi, kali ini di laman sosial Twitter. Fasha telah melahirkan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap seorang aktor kacak yang merupakan pasangannya dalam drama Dewa Cintaku disebabkan dia terpaksa menunggu kehadiran pelakon itu selama empat jam baru-baru ini.

Menurut Fasha, masa yang ditetapkan produksi untuk sampai ke Port Dickson, Negeri Sembilan adalah pukul 8 pagi sedangkan pelakon lelaki tersebut (yang tidak disebutkan namanya) hanya muncul pada pukul 12.30 tengah hari.

Namun, apa yang dikesali Fasha adalah, pelakon lelaki itu dikatakan langsung tidak meminta maaf atas kelewatannya tiba di lokasi penggambaran drama tersebut di Port Dickson.

Disebabkan itu, Fasha melahirkan rasa amarahnya terhadap pelakon itu menerusi laman sosial Twitter.

Ramai yang membuat andaian pelakon lelaki yang dimaksudkan Fasha ialah Iqram Dinzly. Ini berikutan, mereka sememangnya digandingkan sebagai hero dan heroin bagi untuk drama rantaian Dewa Cintaku yang bakal disiarkan pada 20 Jun di TV3. Drama tersebut sehingga kini masih lagi menjalani penggambarannya di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terdapat tujuh Tweet yang dihantar Fasha menerusi Twitter miliknya yang menjurus kepada perasaan marahnya terhadap Iqram.

Bagi mengetahui lebih lanjut cerita sebenar di sebalik kemarahan Fasha, ikuti temu bual Kosmo! bersama Iqram baru-baru ini:

Adakah 'hero' yang datang lambat ke lokasi yang dimaksudkan Fasha dalam Twitter miliknya itu adalah Iqram?

IQRAM: Dia tidak beritahu nama. Jadi, saya tidak rasakan Fasha maksudkan saya.

Kenapa mahu menafikannya? Sedangkan berdasarkan Twitter Fasha, dia terpaksa menunggu 'hero' yang tidak muncul sejak pukul 8 pagi di Hentian Rehat dan Rawat (RNR), Seremban. Bukankah drama Dewa Cintaku sedang menjalani penggambaran di Port Dickson, Negeri Sembilan dan hero drama itu sememangnya Iqram?

Saya tidak tahu sama ada hero yang dimaksudkan itu saya. Jika awak mahu tahu siapakah hero sebenar yang dimaksudkan Fasha, awak kena tanya dengan dia sendiri sebab dia yang tulis.

Berdasarkan Tweet dalam Twitter anda pula, anda ada beritahu terlambat ke lokasi disebabkan kemalangan pada tarikh yang sama dengan Tweet dalam Twitter Fasha, betul ke?

Memang call time (penggambaran) pukul 8 pagi dan saya sampai pukul 11 pagi tetapi bersebab. Saya terbabit dengan kemalangan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Selama tujuh tahun dalam industri lakonan, tanyalah dengan mana-mana produksi pernah ke saya lambat. Perkara seperti ini pertama kali berlaku pada saya. Jika adapun mesti ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Isunya kecil sahaja tetapi diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Fasha juga ada beritahu dalam Twitter, pelakon itu tidak minta maaf malah mempertahankan diri dan beri alasan.

Sampai sahaja ke lokasi saya terus jumpa pengarah dan minta maaf. Memang saya dididik kalau buat sesuatu yang tidak disenangi orang perlu cepat-cepat minta maaf. Lagipun, bukan saya seorang sahaja yang lambat. Penolong pengarah juga lambat kerana lambat dijemput oleh pengurus produksi. Orang yang menguruskan pakaian artis juga lambat sampai ke lokasi.

Fasha mempunyai seramai 86,301 pengikut setakat ini di Twitter. Tidakkah Iqram rasa dengan Tweet dia seperti itu boleh menjejaskan nama awak sekali gus menjejaskan periuk nasi anda?

Saya tidak rasa begitu. Lagipun dia tidak beritahu nama. Orang boleh membuat andaian. Saya sememangnya tidak pernah menimbulkan masalah selama ini. Jadi, orang boleh menilai daripada situ. Pelbagai dugaan saya hadapi saat ini. Baru-baru ini rumah saya juga dimasuki pencuri. Habis laptop dan duit tabung dicuri.

Apakah perkembangan Iqram dalam dunia seni sekarang?

Selepas habis drama bersiri Ayoub, saya terlibat dengan sebuah penggambaran drama komedi untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selepas itu, saya menjalani penggambaran drama Kasih Alia dan Laila Manja. Terkini, saya sedang menjalani penggambaran drama Dewa Cintaku. Tahun ini memang merupakan tahun yang sibuk bagi saya. Pada 23 Jun nanti saya akan terlibat mempromosikan filem Rasuk yang menggandingkan saya bersama aktres Fouziah Gous.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 1 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ladang anggur Khatulistiwa

Posted:

Ladang anggur Khatulistiwa

Ladang anggur Khatulistiwa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


ANAK pokok anggur yang sedia ditaman di kawasan tanah lapang.


ANGGUR, yang suatu ketika dianggap eksklusif kerana harganya mahal, diketahui hidup subur di negara-negara beriklim sejuk. Bagaimanapun, hasil kemajuan teknologi hibrid membolehkan tumbuhan renek itu menyesuaikan diri dengan cuaca panas di Malaysia.

Di negara ini, anggur ditanam buat pertama kali oleh Jabatan Pertanian Perlis kira-kira 20 tahun lalu.

Sejak itu, anggur telah menjadi sebahagian daripada tanaman buah-buhan di negara ini termasuk dijadikan pokok hiasan di laman rumah. Walaupun rasa dan teksturnya tidak sehebat anggur import, ia masih dianggap memiliki kelas tersendiri.

Di Ladang Anggur Sendayan, Negeri Sembilan, pokok anggur ditanam secara terbuka seratus peratus dalam skala yang besar iaitu di atas sebidang tanah seluas 10 hektar.

Ladang yang diusahakan sejak tahun 2006 ini dimiliki oleh sebuah syarikat bumiputera, A-Winn Global Market Services Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan.

Menurut penyelia ladang anggur berkenaan, Saidon Sadri, pihaknya menyediakan persekitaran semula jadi untuk dirasai sendiri oleh pengunjung ladang berkenaan.

"Di negara luar, kebanyakan pokok anggur ditanam di dalam rumah hijau yang dibina untuk mengawal suhu dan keadaan persekitaran demi memastikan hasilnya nanti bermutu tinggi.

"Namun, di ladang ini semua pokok anggur ditanam di kawasan terbuka. Ini sekali gus mendedahkan kepada orang ramai bahawa anggur juga boleh hidup di kawasan beriklim Khatulistiwa," katanya.

Celoteh jejaka berusia 35 tahun ini bagaikan satu ensiklopedia pertanian. Ilmu agro yang dihirup Saidon sepanjang berguru bersama wakil pengusaha dari Thailand bukan calang-calang nilainya.

Baka Siam

Katanya, terdapat empat jenis baka utama anggur di ladang itu yakni Shiraz, White Malaga, Black Pearl dan Black Opal.

Jika ada rezeki, pengunjung boleh merasai sejenis lagi baka anggur hibrid iaitu Black Pink.


BUAH anggur boleh dipetik selepas 120 hari ia berputik.


"Kesemua jenis anggur itu berbeza dari segi rupa dan rasa. Shiraz mempunyai biji, berwarna kehitaman apabila masak dan rasanya agak masam berbanding anggur jenis lain.

"White Malaga adalah satu-satunya spesies anggur di sini yang berwarna hijau, berbentuk lonjong dan mempunyai rasa yang manis. Setangkai anggur jenis itu pernah mencatat rekod seberat satu kilogram.

"Begitu juga Black Pearl dan Black Opal yang sangat manis rasanya dan biasanya tidak berbiji," ujarnya sambil menceritakan rasa manis Black Pink yang warnanya merah kehitaman dan berbentuk lonjong.

Tambah Saidon, anggur di ladang itu berbuah mengikut giliran dalam empat peringkat. Setiap peringkat melibatkan masa selama kira-kira empat bulan.

Menurut beliau, anggur boleh berbuah sebanyak tiga kali setahun tetapi ia boleh direhatkan dengan memangkas dahannya.

Tempoh rehat itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan daya rintangan pokok terhadap penyakit.

"Ketika pokok-pokok direhatkan, baja kesuburan akan ditambah manakala ranting dan daun dipangkas untuk menghasilkan tunas baru," jelas Saidon.

Kata beliau lagi, tunas baru pokok yang dipangkas tadi akan berputik dalam tempoh tiga minggu. Selepas 120 hari, buah-buah anggur yang matang boleh dipungut.

Cabaran utama yang dihadapi sepanjang tempoh pokok anggur berbuah tentunya ancaman penyakit, ulat dan mergastua.

"Burung merah mata dan gembala kerbau paling gemar menghabiskan waktu di ladang ini semasa pokok sedang berbuah.

"Adakalanya penyakit yang disebabkan oleh teritip dan ulat pelombong daun turut menjejaskan hasil anggur," getusnya yang menceritakan ladang itu pernah diserang monyet liar.

Leceh

Selain itu, faktor persekitaran juga menjadi penyumbang kepada kerosakan pokok.

"Jika hujan turun terlalu kerap, daun dan batang anggur akan mereput. Buahnya menjadi berbintik-bintik hitam seolah-olah berkarat kerana sifat berasid anggur yang sensitif kepada air," ujar Saidon.

Saidon tidak menolak dakwaan bahawa anggur susah untuk dijaga, namun jika pemiliknya bijak mengendalikan tanaman itu, ia pastinya mudah sahaja.

"Anggur perlukan tanah yang sentiasa lembap tapi pantang tanah yang boleh menakung air kerana akar serabutnya mudah rosak dan tidak sekuat akar tunjang.

"Tanah yang sesuai untuk penanaman anggur adalah tanah berpasir yang neutral dan senang untuk digemburkan," tambahnya yang juga mencampurkan tanah gambut serta penggunaan batas untuk pokok-pokok anggur.

Beliau mengesyorkan tanah berbukit memandangkan sifatnya yang tidak menakung air. Baja yang sesuai juga amat diperlukan oleh pokok yang sedang membesar.

Baja organik, kata Saidon, adalah yang paling baik kerana kandungan nutrien aslinya yang tinggi berbanding baja kimia.

"Ladang ini menggunakan baja khas yang diproses daripada debu gunung berapi yang diimport dari Thailand selain baja kompos serta bahan buangan daripada haiwan seperti lembu dan kelawar," katanya yang menggunakan nisbah 50 kilogram baja kimia NPK (nitrogen, fosforus dan kalium) untuk setiap sembilan kilogram baja debu gunung berapi.

Pokok anggur perlukan pengairan yang sempurna. Sehubungan itu, penyiraman dilakukan pihaknya sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang.

"Teknik percikan air ke bahagian batas pokok berdekatan dengan batang dibuat selama dua hingga tiga jam setiap hari menggunakan sumber air yang dipam dari tasik buatan di sekitar ladang," jelas Saidon.

Kahwin

Tut dan kahwin adalah antara kaedah yang sering digunakan Saidon untuk menambah bilangan anak pokok anggur.

"Paling cepat anak pokok boleh dialihkan ke dalam beg poli ialah sekitar 10 bulan selepas melalui proses tut atau kahwin," katanya yang jarang menggunakan teknik keratan batang dan semaian biji kerana tempoh pertumbuhannya yang lambat.

Anak pokok akan memanjat selepas berusia sebulan dan buah pertama yang dihasilkan pokok baru biasanya akan berasa masam.

Sebagai alternatif, bagi yang individu yang berminat memiliki pokok anggur sendiri, teknik penanaman secara bongsai digalakkan.

"Kaedah ini hanya menggunakan pasu dan para yang boleh dibina sendiri mengikut saiz dan keperluan," katanya yang turut menjual anak pokok anggur kepada pengunjung di ladangnya.

Ladang Anggur Sendayan dibuka untuk kunjungan pelawat seawal pukul 8 pagi hingga 11 pagi dan 4 hingga 7 petang setiap hari. Ia mengenakan bayaran masuk serendah RM3 bagi kanak-kanak dan RM5 bagi dewasa.

Pengurus Operasi Eksekutif, Ladang Anggur Sendayan, Zaiton Disa menyasarkan bilangan pelawat seramai 200 orang setiap hari.

"Selain orang tempatan, kami juga menerima kunjungan pelancong dari Singapura dan Brunei yang sangat tertarik dengan keunikan Anggur Sendayan," katanya yang turut merancang untuk menambah bilangan pokok anggur yang berjumlah 4,500 batang pokok kini.

Selain itu, pihaknya juga bakal bekerjasama dengan Kementerian Asas Tani dan Jabatan Veterinar untuk memulakan penternakan haiwan berskala sederhana.

"Kita harap dengan adanya perkembangan ini dapat menggalakkan lagi orang ramai untuk singgah di ladang ini sekali gus membangunkan industri pelancongan dalam negara," tuturnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Bakat baru sukan lumba motor

Posted:

Bakat baru sukan lumba motor

Bakat baru sukan lumba motor

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


SEBANYAK sepuluh pusingan untuk enam kategori pelumba dipertandingkan dalam kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas tahun ini.


TUMPUAN takwim pelancongan negara kini semakin lebar skopnya. Selain lokasi-lokasi menarik, acara sukan juga mendapat tempat di hati pelancong. Perahu layar, golf dan lumba kereta formula satu kian serasi sebagai santapan yang menggamit jutaan pelancong dari dalam dan luar negara.

Fokus juga harus diberikan kepada sukan lumba motosikal yang berjaya mengasah bakat-bakat pelumba handalan untuk beraksi ke peringkat antarabangsa.

Usaha mencungkil bakat baru sukan lumba motosikal digiatkan menerusi pelbagai acara pertandingan termasuklah Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.

"Jika diperhatikan pada tempoh awal penganjuran sukan permotoran ini, umur minimum pelumba dihadkan di antara 22 hingga 23 tahun.

"Kini dengan adanya Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bakat-bakat muda baharu dapat dicungkil dan dibentuk lebih awal," kata Pengarah Promosi Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Ron Hogg.

Hogg ketika ditemui di Putrajaya sempena Hari Belia Negara baru-baru ini menjelaskan, kebanyakan pelumba muda negara mempunyai potensi yang cerah untuk diasah ke peringkat lebih tinggi.

"Tidak mustahil mereka juga boleh menyandang gelaran sebagai pelumba profesional jika lebih tumpuan berkenaan skil dan teknik pemanduan diterapkan.

"Malah, dengan adanya sokongan berterusan daripada ibu bapa peluang lebih cerah menanti di hadapan," ujarnya.

Pelumba wanita

Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang dianjurkan sejak tahun 1994 itu berjaya melahirkan ramai pelumba tersohor. Antaranya termasuklah M. Meganathan, Chia Tuck Cheong dan Ahmad Fazli Sham.

Wujudnya kategori Wira, Piala Honda Wave Junior Challenge dan Piala Yamaha EgoLC Petronas sekurang-kurangnya menjadi satu platform baru buat remaja bawah 17 tahun beraksi di litar lumba.

Bagi Siti Norafizah Muhammad, 16, pengalaman diejek dan diperli rakan sekolah membakar minatnya dalam sukan tersebut.

"Saya ingin buktikan bahawa perempuan juga mampu lakukan apa yang lelaki boleh buat.

"Pernah juga kawan-kawan sekolah cakap saya seperti lelaki sebab sertai sukan bermotor tapi saya tak kisah, lagi diejek lagi saya bersemangat!" ceritanya.

Tambah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelapa Sawit, Kulai, Johor itu, minatnya dalam bidang permotoran didorong oleh bapanya, Muhammad Nusi, 50.

"Setiap hujung minggu atau cuti sekolah saya akan ikut bapa menonton sukan motosikal lasak.

"Saya cuba berjinak-jinak menunggang motosikal mini," katanya yang menunggang motosikal buat pertama kali ketika berusia sembilan tahun.

Murah dengan senyuman, tambah pelumba kategori Wira yang mesra disapa panggilan Fifie itu, dia sentiasa bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan seperti kemalangan atau terjatuh ketika berlumba.

"Ini tahun pertama saya terlibat dengan Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas.

"Kenangan paling pahit apabila terjatuh beberapa kali ketika pusingan pertama dan kedua di Kangar, Perlis dan Batu Kawan, Pulau Pinang awal tahun ini," ujarnya mengimbas detik-detik kekalahannya dalam misi pertama memburu juara.

Bagi Mohd. Zaqhwan Zaidi, 16, penyertaannya dalam sukan lumba motor berlandaskan minat dan bukannya untuk mengasah skil bertarung di jalan raya.

Menurut pelumba kategori CP 130 yang masih belajar di SMK Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor itu, lebih banyak kelebihan diperoleh apabila berlumba di lokasi yang dikhaskan berbanding di jalanan.

"Litar lumba dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk marsyal yang sentiasa bersedia dan risiko kecelakaan juga amat rendah.

"Tapi jika di jalan raya lebih banyak risiko yang perlu ditanggung terutama yang merempit," jelasnya yang optimis dengan peluang di litar lumba motor.

Penglibatan Zaqhwan dalam Kejohanan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bermula tahun lalu apabila namanya tersenarai antara enam pelumba muda yang dicari.

"Pada mulanya saya tidak sangka akan terpilih tapi dengan kepercayaan yang diberi, saya akan berusaha lebih gigih untuk bersaing dengan rakan-rakan hingga ke peringkat antarabangsa," getusnya yang menjadikan pelumba ternama dunia Valentino Rossi sebagai idolanya.

Bagi Zaqhwan, kemenangan di tempat ketiga di Kangar, Perlis pada pusingan pertama bulan Mac lalu banyak menyuntik semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang lumba motosikal.

Beraksi di litar lumba bagi Amirul Hafiq Mohd. Azmi, 15, banyak memberinya peluang untuk mengembara ke tempat idamannya.

"Tahun ini saja saya sudah menjejakkan kaki ke New Zealand, Portugal dan Sepanyol untuk menyertai kejuaraan di sana.

"Sejujurnya impian saya mahu menjejakkan kaki ke negara Eropah telah tercapai," bicaranya.

Namun, hakikat yang terpaksa ditelan Amirul Hafiq dia terpaksa menangguhkan pelajarannya seketika demi mengejar peluang tersebut.

"Memang sedih sebab terpaksa tangguhkan pelajaran tahun ini, tambah-tambah lagi saya akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Tetapi, insya-Allah tahun depan saya akan menyambung pelajaran yang tertangguh ini dan akan berusaha lebih gigih," katanya yang menyimpan misi untuk meneruskan cita-cita ayahnya untuk berjaya dalam lapangan ini.

Juara lumba motor

Bekas pelajar SMK Taman Tasik Ampang, Kuala Lumpur yang merupakan anak kepada bekas pelumba motosikal negara Mohd. Azmi Yaakob, 46, itu telah mula bertapak dalam arena permotoran seawal usia enam tahun.

Kemudian, pada usia 13 tahun, remaja penuh iltizam itu berjaya melakar nama selepas beberapa kali menjuarai kejohanan lumba motor peringkat bawah 17 tahun.

Namun, bagi Amirul Hafiq pencapaian terbaik setakat ini adalah sewaktu kejohanan lumba motosikal di Jerez, Sepanyol awal tahun ini.

"Saya tersenarai dalam sepuluh terbaik pada ujian kelayakan masa namun saya masih belum puas.

"Seboleh-bolehnya saya ingin mencapai kedudukan lebih tinggi dan ingin sekali mendengar lagu kebangsaan kita, Negaraku berkumandang di negara luar," tuturnya.

Kecederaan yang dialami Amirul Hafiq pada awal tahun ini cukup membakar iltizamnya untuk menyumbang bakti dalam sukan lumba motor.

"Pada bulan Januari, ketika berlatih di litar lumba motosikal di New Zealand saya terjatuh dan menyebabkan tangan sebelah kiri saya retak.

"Kemudian, dua minggu selepas itu kaki kiri saya pula patah akibat terjatuh dari motosikal," ulasnya mengenai sejarah kecelakaan terburuk sepanjang penglibatan dalam sukan lumba motosikal.

Menjadikan Danny Pedrosa sebagai idolanya, Amirul Hafiq juga menyimpan impian untuk memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi.

"Setiap hasil kemenangan disimpan oleh ayah dan digunakan selepas tamat persekolahan.

"Saya juga bercita-cita mahu membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi," ujarnya.

Amirul Hafiq juga menolak untuk mencari cinta pada peringkat ini kerana bimbangkan prestasi di litar lumba.

"Cinta akan membuatkan kita emosi sekali gus akan menyebabkan kita terjejas ketika berlumba, seelok-eloknya fokuskan kepada kejayaan yang hendak dicapai dan sukses dalam pelajaran terlebih dahulu," katanya yang bakal berentap di England pada bulan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Danok bukan destinasi pelacuran

Posted:

Danok bukan destinasi pelacuran

Danok bukan destinasi pelacuran

Oleh SAKINI MOHD. SAID


PULUT ayam merupakan makanan popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi Pekan Danok, Thailand. Pulut tersebut dimakan dengan ayam goreng serta sos dan dijual mengikut saiz ayam.


IA merupakan sebuah pekan kecil yang kurang dikenali ramai yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand. Namun sebenarnya ia adalah syurga membeli-belah kerana barang-barang yang dijual boleh dianggap lebih murah daripada yang terdapat di Petaling Street, Kuala Lumpur.

Itulah Danok, sebuah pekan kecil di Thailand setelah melepasi Bukit Kayu Hitam di Kedah.

Apa sahaja yang anda ingini seperti pakaian, seluar ataupun beg daripada pelbagai jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Coach atau Prada semuanya ada di sini.

Harga? Ia jauh lebih murah berbanding di butik terkenal Kuala Lumpur, malah lokasi beli-belah di Petaling Street.

Selain sebagai pusat beli-belah, Danok, sebuah pekan kecil ala-ala pekan koboi ini juga adalah syurga makanan.

Makan pulut ayam

Kepada para penggemar pulut, Danok adalah destinasinya. Kita biasa dengan juadah pemanis mulut seperti pulut mangga dan pulut durian, begitu juga dengan pulut kuning yang dimakan dengan rendang ayam. Tetapi di Danok ada sesuatu yang lebih istimewa. "Kalau ke Danok, mesti cuba pulut ayam," kata seorang kenalan.

Tetapi, pernahkah kita mendengar ayam goreng dimakan dengan pulut? Mungkin ia agak pelik bagi segelintir daripada kita, tetapi itulah makanan yang paling enak di pekan Danok.

"Setiap hujung minggu, saya dan keluarga berkunjung ke Danok semata-mata untuk makan pulut ayam. Rasanya sungguh sedap dan menu itu tidak ada di tempat lain," kata seorang pelancong yang hanya mahu dikenali sebagai Kamarul.

Di sepanjang jalan menuju ke pekan Danok, pengunjung dihidangkan dengan pemandangan wanita yang sibuk melayan pelanggan membeli pulut ayam di gerai-gerai kecil mereka. Dijual mengikut saiz ayam, harganya yang paling mahal mencecah sehingga RM6 untuk satu hidangan.

Begitu juga dengan kemsom. Makanan Thai itu juga banyak terdapat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kemsom adalah sejenis gulai persis masakan popular di Melaka iaitu asam pedas, namun rasanya lebih pedas, berwarna kekuning-kuningan dan dicampur rebung.

Keistimewaan kemsom di pekan Danok, ia menggunakan ikan puyu. Kepada masyarakat Melayu, rata-rata beranggapan ikan puyu boleh dijadikan ikan pekasam, perhiasan dan penghalang kuasa jahat.

Menurut pemandu pelancong Sulai Tour yang hanya mahu dikenali sebagai Anwar, sudah menjadi satu kemestian membawa pelancong yang menggunakan khidmat agensinya untuk menikmati masakan itu.

"Paling popular ialah kemsom yang dimasak dengan ikan puyu sebesar ikan tilapia. Selalunya, pelancong kurang berselera kerana rupanya yang mungkin kurang menarik. Tetapi, selepas menikmatinya, mereka terus memuji isinya yang enak dan lembut," katanya yang bekerja selama enam tahun dengan Sulai Tour.

Jom cuba spa

Selain dikenali sebagai syurga membeli-belah dan makanan, pekan Danok turut menawarkan spa untuk wanita yang ingin memanjakan diri.

"Perkhidmatan yang ditawarkan sangat murah iaitu sekitar RM70, anda boleh mendapatkan perkhidmatan urut, lulur badan, mandi sauna dan mandi susu. Kalau di Sintok, Kedah, perkhidmatan seperti itu saja sudah mencecah ratusan ringgit," katanya.

Bagaimanapun, sesetengah pelancong agak ragu-ragu dengan tawaran sedemikian tambahan pula Danok dikenali sebagai tempat yang menawarkan perkhidmatan seks.

Bagi mereka yang berkunjung ke Sintok, Kedah, singgah ke pekan Danok adalah satu kemestian.

Ia bagaikan satu perkara yang janggal jika anda ke Sintok tidak mengunjungi pekan Danok.

Sama ada menggunakan pengangkutan sendiri, mahupun menaiki bas dari Alor Setar ke Changlun dan menaiki teksi ke sana, pekan Danok tidak pernah sunyi daripada pelancong.

Seorang pelancong dari Melaka, Fatimah Wahab berkata, beliau akan berkunjung ke pekan Danok setiap kali melawat anaknya yang belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

"Dari Sintok ke pekan Danok hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Kalau dari Alor Setar pula 45 minit. Ia merupakan sebuah tempat yang menarik. Lupakan sebentar mengenai kegiatan pelacuran di pekan Danok kerana ia sebenarnya adalah sebuah lokasi yang menawarkan pelbagai barangan yang kita ingini.

"Saya ke sana kerana mahu melihat pemandangan gajah di atas jalan raya," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Motivasi seorang idola

Posted:

Motivasi seorang idola

Motivasi seorang idola


GAYA hidup masyarakat Asia banyak meninggalkan kesan dalam hidup Ian.


"EH, ada tahi lalat di tapak kaki. Mesti nanti dah besar esok jauh berjalan. Tapi jangan sampai lupakan keluarga."

Masih terngiang-ngiang akan kata-kata usikan arwah nenek kepada saya. Memandangkan ketika itu saya berusia empat tahun, saya tidak begitu mengerti akan kedalaman maksudnya.

Sehinggalah saya beralih ke alam dewasa, saya dikurnia banyak ruang dan peluang untuk membongkar sendiri pemahaman terhadap kata-kata nenek saya itu.

Ya, jauh perjalanan yang kita tempuhi, seharusnya semakin kita berupaya menilai potensi diri. Pada masa yang sama, asal-usul dan jejak bertatih usah dipadamkan dalam ingatan. Saya yakin itulah mesej yang cuba nenek saya sampaikan semasa hayatnya.

Pengalaman yang menjurus kepada konsep 'berjalan' itu juga dikumpulkan sepanjang saya berkhidmat dalam dunia kewartawanan. Bertemu dengan ramai orang, berada dalam pelbagai situasi dan berkesempatan mengunjungi banyak destinasi atas tuntutan tugas membuatkan saya jadi 'gila' melancong dan mengembara.

Pada masa yang sama, tugas ini juga membolehkan saya bersua dengan figura terkenal yang bukan sembarangan waktu dapat ditemukan. Antara banyak pertemuan istimewa, saya tidak akan lupa pada kesempatan menemu bual idola yang saya kagumi, Ian Wright.

Pengembara popular yang juga residen jenama program Globe Trekker itu telah bertahun-tahun mengelilingi dunia untuk membawakan adventur terhebat untuk tatapan penonton setia rancangannya.

"Kalau berpeluang untuk menjejakkan kaki di tempat orang, kita tidak patut berlengah. Jangka hayat manusia terlalu pendek untuk mengecapi setiap destinasi di dunia ini. Maka, ke mana saja yang kita dapat pergi, jangan dilepaskan peluang itu!

"Ada orang menganggap percutian satu kemewahan. Tapi saya ingin perbetulkan, sebenarnya kemahuan untuk mengembara tidak memerlukan kita bermewah-mewah. Pergilah ke mana saja yang anda mampu kerana setiap perjalanan itu membuatkan anda kekal waras," ujarnya kepada saya dalam sebuah majlis makan tengah hari di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu.

Kekal waras? Meneruskan bicaranya, personaliti yang mesra membiarkan saya memanggil dengan nama pertamanya itu menjelaskan: "Kita akan menjadi 'lemah' kalau terus berada dalam zon selesa."

Menurut Ian, seseorang pengembara perlu berani berganjak daripada persekitaran asalnya. Bukan seperti nasib katak di bawah tempurung, manusia memerlukan elemen kembara untuk melihat perspektif yang lebih luas daripada lingkungan kehidupan hariannya di sesebuah tempat.

Mengunjungi banyak negara, Ian memberitahu dia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran atau layanan buruk. Bagi kebanyakan pelibur, masalah sebegitu mungkin akan mengganggu mood percutian. Begitupun, Ian mengakui sudah belajar untuk menerima masalah dalam pengembaraan dengan hati terbuka.

Pengalaman bermakna

Diherdik orang di jalanan, kerosakan teknikal, sistem pengangkutan yang menjejaskan jadual perjalanan, dipandang benci kerana sentimen penjajah, semuanya telah dirasai Ian. Dia juga pernah menerima tempias kebencian rakyat negara tertentu terhadap Amerika Syarikat (sedangkan dia berasal dari London).

Namun, Ian akui, setiap masalah itu sedikitpun tidak membuatkannya berpandangan buruk terhadap sesebuah destinasi.

"Ia bukan 'salah' negara itu mahupun rakyatnya. Dalam kembara saya, hal-hal sebegitu lazim berlaku namun saya tidak boleh mengeluh. Layanan kurang memuaskan yang diterima bukanlah refleksi imej keseluruhan negara itu," tegasnya yang menyukai setiap destinasi kunjungannya.

Lelaki bertubuh kecil itu antara lain menyebut Mongolia sebagai destinasi yang 'mencuri' hatinya. Menurut ceritanya, landskap di negara itu suatu fenomena ajaib. Dia turut mencintai negara-negara di Asia Tenggara.

Baginya yang hanya membawa wang, pasport dan pakaian dalam beg kembaranya, rantau Asia Tenggara adalah pusat yang menghimpunkan segala warna dunia - baik dari segi makanan, seni warisan, ideologi, adat budaya dan gaya hidup.

"Saya juga menggemari cabaran di Kutub Utara kerana ia sungguh ekstrem. Berada di sana sememangnya melampaui idea kehidupan normal manusia. Oh, India dan Ethiopia juga amat menarik dan mengajar anda tentang erti kemanusiaan," ceritanya panjang lebar.

Tiada falsafah

Mengimbau momen pertemuan dengan Ian itu, saya sempat bertanya tentang falsafah kembaranya. Namun, dia mematikan soalan saya itu dengan jawapan: "Tiada!".

Jelas Ian, jika seseorang menghabiskan banyak waktu memikirkan tentangnya, dia akan terlepas banyak perkara.

"Berjuta-juta peristiwa sedang dan sentiasa berlaku dalam hidup. Maka, anda perlu terus mencarinya, jumpa orang yang berbeza setiap hari dan bertukarlah pandangan dengan mereka.

"Jangan letakkan diri anda dalam peraturan tertentu melainkan apa yang dipesan dalam agama yang anda anuti," jawabnya ringkas.

Saya tergamam dalam pada menyerap pengertian di sebalik rangkaian kata Ian. Saya faham kini, antara interpretasi terhadap pernyataan itu adalah betapa manusia perlu terus berjalan untuk mencari erti hidup.

Semua itu hanya dapat dicapai melalui siri adventur yang sentiasa diperbaharui. Mungkin hari ini perjalanan kembara tersebut ditemani ahli keluarga dan sahabat handai. Mungkin juga adakalanya kita memilih ataupun ditakdirkan untuk mengembara sendirian.

Sesungguhnya pengalaman merentas sempadan, benua, budaya dan pemikiran amat kritikal untuk seseorang mengenal kemampuan diri dan menghargai asal-usul termasuk mencintai bangsa serta tanah air. Lebih daripada itu, mengembara juga boleh mengukuhkan tauhid saya khususnya terhadap kebesaran Yang Maha Esa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


TUDM bakal miliki helikopter baharu

Posted:

TUDM bakal miliki helikopter baharu

TUDM bakal miliki helikopter baharu


HELIKOPTER EC725 akan berkhidmat dengan TUDM pada tahun 2013 manakala pesawat pengangkut Airbus A400M (gambar kecil) bakal diterima pada tahun 2015.


BUTTERWORTH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan memiliki helikopter, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara baharu mulai tahun depan bagi memantapkan peranannya sebagai peneraju unggul menangkis sebarang ancaman luar terhadap negara.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, TUDM juga akan menggunakan perkhidmatan helikopter EC725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

Seterusnya, mulai tahun 2012 hingga tahun 2014, sistem persenjataan dan radar pertahanan udara merupakan aset baharu yang akan diperoleh bagi meningkatkan lagi keupayaan pesawat canggih TUDM dalam operasi pertahanan dan pertempuran di udara.

Perolehan pesawat pengangkut Airbus A400M pula dijadual diterima mulai 2015, kata Rodzali dalam ucapannya sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-53 di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Detik bersejarah Rentap Futsal Kosmo! disaji melalui panorama 360 darjah

Posted:

Detik bersejarah Rentap Futsal Kosmo! disaji melalui panorama 360 darjah

Detik bersejarah Rentap Futsal Kosmo! disaji melalui panorama 360 darjah


PANORAMA Maya Rentap Futsal Kosmo! menyediakan pemandangan kejohanan dengan lebih dekat di laman web www.kosmofutsal.com/maya.


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang tidak berpeluang menyaksikan kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! baru-baru ini tidak perlu kecewa kerana momen-momen penting acara itu telah dirakam dari pelbagai sudut sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Detik bersejarah acara sukan itu dirakam oleh seorang jurufoto berpengalaman dari Petaling Jaya, Jimin Lai, 36, dalam bentuk istimewa iaitu memotret foto dengan imej 360 darjah yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia.

Jurufoto bebas itu berkata, melalui laman interaktif Panorama Maya Rentap Futsal Kosmo!, orang ramai boleh menyaksikan melalui Internet suasana kejohanan itu secara radius yang merangkumi sudut atas dan bawah.

"Untuk melihat panorama itu, orang ramai boleh lawati laman web http://www.kosmofutsal.com/maya/.

"Pengguna akan disajikan dengan pelbagai gambar menarik sepanjang kejohanan berlangsung seolah-olah mereka berada di Kompleks Futsal 1Malaysia, Putrajaya.

"Melalui imej itu juga, pengguna turut diberi pilihan menukar mod imej yang dikehendaki dan mereka boleh membuat pilihan lokasi yang diinginkan di bahagian menu sebelah kiri skrin," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jimin yang merupakan pengasas 360 VR Shots dan memiliki VR Panorama Studio pernah berkhidmat di The Star, Reuters, AFP dan beberapa penerbitan majalah seperti Asiaweek.

Antara detik yang menjadi pilihan Jimin ialah rakaman gambar secara 360 darjah ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyepak bola, suasana pertandingan pada waktu malam serta kemeriahan di sekitar gerai pameran.

"Walaupun Panorama Maya Rentap Futsal Kosmo! menggunakan perisian Adobe Flash, pengguna komputer tablet iPad dan iPhone tidak perlu risau kerana ia juga boleh dilihat melalui gajet tersebut setelah proses ubah suai dilakukan," ujarnya.

Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Panorama Maya Rentap Futsal Kosmo! boleh menghubungi Jimin di talian 012-656 3535.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Larangan import produk Taiwan dicemari kimia

Posted:

Larangan import produk Taiwan dicemari kimia

Larangan import produk Taiwan dicemari kimia


UNI-PRESIDENT ASPARAGUS JUICE


KUALA LUMPUR – Produk makanan dan minuman dari Taiwan yang dicemari kimia di(-2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP) dilarang masuk ke negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara produk yang dilarang daripada diimport ialah Uni-President Asparagus Juice keluaran syarikat Uni-President Enterprises Corp. Taiwan.

"Bagi produk makanan lain yang diimport dari Taiwan seperti jus buah-buahan, jeli, jem, yogurt dan minuman sukan, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran dan pintu masuk negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

DEHP dan DINP adalah bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut.

Bahan itu dipercayai dipindahkan ke dalam makanan semasa proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan serta boleh menyebabkan kecelaruan hormon dan barah.

Tiong Lai berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Taiwan Food and Drug Administration (FDA) mengenai beberapa produk makanan dari negara itu yang disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved