Sabtu, 10 Mei 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Liverpool belum menyerah kalah

Posted:

Liverpool belum menyerah kalah

Liverpool belum menyerah kalah

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menegaskan bahawa The Reds tidak akan mudah menyerah kalah bagi memburu trofi Liga Perdana England musim ini.

Persaingan bagi merebut kejuaraan liga akan ditentukan pada hari terakhir malam ini antara pendahulu, Manchester City dan Liverpool.

Atas kertas, City berpeluang cerah muncul juara liga musim ini apabila hanya perlu mengutip satu mata ketika melayan kunjungan West Ham United di Stadium Etihad.

Liverpool pula harus meraih kemenangan ke atas Newcastle United di Anfield sambil mengharapkan City tewas kepada West Ham bagi membolehkan The Reds dinobat selaku juara liga buat kali pertama sejak 1990.

Rodgers kini menagih sentuhan bekas penyerang tinggi lampai Liverpool, Andy Carroll untuk mengejutkan City, sekali gus menyaksikan trofi liga kembali ke Anfield.

"Sudah tentu perjuangan kami masih belum berakhir. Semua pihak menjangkakan City akan memperoleh kemenangan mudah (ketika menentang West Ham).

"Bagaimanapun, saya jangka ia bukan satu perlawanan yang mudah buat mereka. Saya tahu ia akan menjadi satu perlawanan cukup mencabar.

"West Ham dibarisi dengan pemain-pemain cukup berbakat. Jika mereka (West Ham) mampu menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 di gelanggang lawan, tidak mustahil perkara itu akan berlaku sekali lagi.

"West Ham juga memiliki rekod barisan pertahanan yang cukup bagus. Ini membuktikan mereka merupakan salah satu pasukan yang sukar untuk ditentang," jelas Rodgers.

Sama ada Liverpool muncul juara liga atau sebaliknya, Rodgers tetap menganggap anak-anak buahnya telah menampilkan prestasi cukup cemerlang sepanjang musim ini.

Selepas hanya mampu menduduki tangga ketujuh musim lalu, Liverpool kini sekurang-kurangnya telah mengesahkan kedudukan di tangga kedua, sekali gus menyambar tiket automatik Liga Juara-Juara musim depan.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada setiap pemain musim ini. Kami telah mengharungi musim yang cukup cemerlang.

"Kami akan terus berjuang hingga saat-saat terakhir. Jika kami menang tetapi masih gagal muncul juara liga, ia tetap membuktikan kehebatan kami berbanding pasukan yang berbelanja besar (City)," tambah Rodgers. – AFP

City elak babak dramatik berulang

Posted:

City elak babak dramatik berulang

City elak babak dramatik berulang


MENANTI DETIK KEJAYAAN... Barisan pemain City semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana England buat kali kedua dalam tempoh tiga musim.


LONDON - Manchester City mahu mengelakkan drama penuh dramatik pada aksi terakhir Liga Perdana England musim 2011/2012 berulang lagi ketika mereka menanti kunjungan West Ham United di Stadium Etihad malam ini.

Dua tahun lalu, terpaksa menunggu hingga aksi terakhir liga sebelum mengesahkan kejuaraan selepas mereka bersaing hebat dengan Manchester United.

Jaringan Sergio Aguero pada masa kecederaan memastikan City menang 3-2 ke atas Queens Park Rangers (QPR) di gelanggang sendiri, sekali gus mengesahkan kejuaraan liga menjadi milik mereka.

Kali ini, situasi hampir sama dialami City yang bersaing sengit dengan Liverpool apabila kedua-dua pasukan itu hanya dibezakan dua mata.

Namun, jika satu mata berjaya dikutip City malam ini, ia sudah memadai buat skuad The Citizens itu menafikan hajat Liverpool merangkul trofi liga.

Bagaimanapun, pengurus City, Manuel Pellegrini (gambar kecil) memberikan amaran kepada anak-anak buahnya agar tidak sesekali memandang rendah cabaran daripada West Ham.

Menurut Pellegrini, perjuangan City masih belum berakhir sehingga wisel penamat dibunyikan.

"Apa yang paling mustahak adalah kami harus bertenang pada perlawanan menentang West Ham nanti.

"Kami memiliki ramai pemain berpengalaman dan sesetengah daripada mereka pernah berjaya menjulang Liga Perdana England dua musim lalu.

"Namun, situasi musim ini agak berbeza tetapi saya tetap mahukan kemenangan, bukan seri untuk menjadi sebagai juara liga," katanya.

Jika Liverpool menang ke atas Newcastle United di Anfield malam ini manakala City pula tewas, skuad The Reds itu yang bakal ditabalkan selaku juara buat kali pertama sejak 1990. - AFP

Selangor rampas takhta Liga Super

Posted:

Selangor rampas takhta Liga Super

Selangor rampas takhta Liga Super

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my


CONTI (tengah) cuba meloloskan diri daripada kawalan pemain Selangor pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.


PEMAIN import, Andik Vermansyah menyumbat masuk gol kemenangan 1-0 Selangor ke atas Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Selain memusnahkan rekod kemenangan 100 peratus Pahang di gelanggang sendiri, jaringan tunggal pemain kelahiran Indonesia itu turut melonjakkan kedudukan Selangor di tangga teratas liga.

Selepas mengharungi 15 perlawanan, Selangor berjaya mengutip 31 mata, manakala Pahang menurun di tangga kedua dengan 28 mata.

Pada pertembungan dua pasukan teratas liga itu, fokus hampir 35,000 penonton yang membanjiri stadium terarah kepada dua penyerang import berbisa kedua-dua pasukan iaitu Paolo Rangel dan Dickson Nwakaeme.

Bagaimanapun, hanya satu gol berjaya diperoleh meskipun kedua-dua pasukan mencipta banyak peluang.

Pada aksi separuh masa pertama, anak-anak buah Zainal Abidin Hassan cuba memanfaatkan sepenuhnya aksi di tempat sendiri.

Meskipun lebih banyak menguasai permainan, barisan penyerang yang diketuai Matias Conti dan Nwakaeme sambil dibantu pemain sayap, Gopinathan Ramachandra serta Azammuddin Mohd. Akil gagal memperoleh gol yang dicari.

Pada minit ke-13, Conti memperoleh peluang terbaik untuk membuka jaringan setelah pemain pertahanan Selangor gagal mengeluarkan bola daripada kawasan kotak penalti, namun rembatan kaki kanan pemain kelahiran Argentina itu tepat ke arah penjaga gol Selangor, Mohd. Farizal Marlias.

Pahang memperoleh satu lagi peluang keemasan pada minit ke-26 setelah pengadil menghadiahkan sepakan percuma apabila pemain sayap, Gopinathan Ramachandra dijatuhkan pemain lawan.

Begitupun, percubaan Azidan Sarudin yang diberi kepercayaan mengambil sepakan tersebut melepasi palang gol.

Selangor pula gagal menguji kehebatan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin yang disenaraikan dalam kesebelasan utama bagi menggantikan tempat Mohd. Khairul Azhan Khalid yang mengalami kecederaan.

Pada babak kedua, skuad Tok Gajah semakin ghairah untuk memburu gol dan percubaan Azidan Sarudin dari luar kotak penalti melepasi palang gol pada minit ke-48.

Namun, segala-galanya berubah pada minit ke-64 apabila Andik berjaya menjaringkan gol menerusi satu serangan balas pantas hasil gerakan satu dua dengan Paulo Rangel.

Tersentak dengan gol tersebut, Pahang melancarkan asakan bertubi-tubi ke arah gawang Selangor, namun gagal menemui penyudah yang dicari-cari.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved