Sabtu, 10 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Anggota Rolling Stone jual lukisan isteri dalam keadaan bogel

Posted:

Anggota Rolling Stone jual lukisan isteri dalam keadaan bogel

Anggota Rolling Stone jual lukisan isteri dalam keadaan bogel

WOOD dan isterinya, Sally.


LONDON – Seorang anggota band Rolling Stone, Ronnie Wood menjual lukisan isterinya yang berada dalam keadaan bogel, lapor portal berita Belfast Telegraph.co.uk semalam.

Wood yang berusia 66 tahun menawarkan jualan lukisan yang menunjukkan isterinya, Sally Humphreys berumur 36 tahun dalam keadaan bogel itu kepada Istana Galeri Seni Halus di Mayfair, London.

Dia menjual lukisan itu pada harga £200,000 (RM1.08 juta) untuk koleksi peribadinya yang unik.

Terdapat beberapa buah lukisan miliknya yang berharga antara £10,000 (RM54,401) hingga £50,000 (RM272,008) yang dipamerkan di galeri tersebut.

Wood memberitahu, isterinya yang hidup bersamanya sejak dua tahun lalu itu merupakan seorang model yang hebat. – AGENSI

Suami sanggup bunuh isteri untuk dapatkan AS$1 juta dipenjara seumur hidup di AS

Posted:

Suami sanggup bunuh isteri untuk dapatkan AS$1 juta dipenjara seumur hidup di AS

Suami sanggup bunuh isteri untuk dapatkan AS$1 juta dipenjara seumur hidup di AS



MIAMI – Seorang lelaki di Florida Selatan, Michel Escoto (gambar) dihukum penjara seumur hidup pada Rabu lalu selepas dia membunuh isterinya selepas mereka berkahwin selama empat hari.

Seorang hakim di sebuah mahkamah di daerah Miami-Dade menghukum, Escoto yang berumur 42 tahun selepas juri membuat keputusan dia bersalah pada bulan lalu.

Escoto membunuh isterinya bagi memperoleh wang insurans nyawa yang bernilai AS1 juta (RM3.22 juta).

Dia berkahwin dengan Wendy Trapaga yang berusia 21 tahun sebelum dia mencekik dan memukulnya sehingga mati pada Oktober 2002.

Pada awalnya, Escoto mahu membunuh isterinya itu dengan menggunakan dadah semasa mereka berbulan madu di Key West, Florida dengan menjadikan kematiannya disebabkan lemas.

Dia gagal melakukan perbuatan itu kerana isterinya mengadu tidak suka dengan rasa minuman yang dicampurkan dengan dadah.

Justeru, Escoto cuba melemaskan isterinya di dalam sebuah jakuzi di Motel Lapangan Terbang Eksekutif, Miami.

Namun, dia gagal untuk memujuk isterinya berada di dalam air bagi tempoh yang lama.

Escoto kemudian memukul isterinya sehingga mati dengan menggunakan alat untuk menanggalkan skru tayar kereta. – AP

Jantung bergerak 90 darjah akibat kemalangan

Posted:

Jantung bergerak 90 darjah akibat kemalangan

Jantung bergerak 90 darjah akibat kemalangan


GAMBAR menunjukkan kedudukan jantung seorang lelaki di Itali yang beralih kedudukan ke kanan (dalam bulatan).


ROM – Jantung seorang lelaki yang terlibat dalam satu kemalangan motosikal bergerak dari kiri ke kanan, lapor portal berita ABC News semalam.

Doktor-doktor yang melakukan pemeriksaan X-ray mendapati jantung milik seorang lelaki berusia 48 tahun itu telah beralih kedudukan.

Pemeriksaan X-ray itu dibuat selepas beberapa doktor gagal mendengar degupan jantungnya di tempat asal jantung tersebut.

Sehubungan itu, doktor melakukan pemeriksaan x-ray dan mendapati jantungnya telah beralih sehingga 90 darjah dan terletak di bahagian kanan dadanya.

Ketika jantungnya beralih kedudukan, dia hanya mengalami penurunan kecil tekanan darah dan peningkatan kadar degupan jantungnya.

Tulang rusuk lelaki itu turut patah dan limpanya pecah, menurut majalah New England Journal of Medicine.

Namun, doktor-doktor berjaya menarik keluar udara dari rongga dada lelaki tersebut sekali gus dapat membetulkan semula kedudukan jantungnya dalam tempoh 24 jam. – AGENSI

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved