Kosmo Online - Sukan |
Posted: Chelsea berpesta gol
LONDON - Chelsea mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana England selepas membelasah Arsenal 6-0 di Stamford Bridge malam tadi. Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho mengumpul 69 mata daripada 31 perlawanan, manakala Arsenal kekal di tangga ketiga dengan 62 mata. Pada aksi malam tadi, Samuel Eto'o meletakkan skuad The Blues di depan seawal minit kelima sebelum Andre Schurrle menambah derita skuad The Gunners apabila menyumbat masuk gol kedua pada minit ketujuh. Skuad bimbingan Arsene Wenger sekali lagi ditimpa malang apabila pengadil perlawanan, Andre Marriner melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan, Kieran Gibbs. Gibbs menjadi mangsa pengadil yang keliru dengan insiden menampan bola dengan tangan yang sebenarnya dilakukan oleh Alex Oxlade-Chamberlain ketika dia cuba mengalang rembatan Fernando Torres pada minit ke-15. Oxlade-Chamberlain memberitahu Marriner: "Saya yang melakukannya." Bagaimanapun, Marriner tidak mengindahkan penjelasan Oxlade-Chamberlain itu dan terus melayangkan kad merah kepada Gibbs, sekali gus memberikan sepakan penalti kepada Chelsea. Penyerang muda Belgium, Eden Hazard tidak berdepan masalah untuk memperdaya pengaja gol Arsenal, Wojciech Szczesny. Oscar membuktikan kehebatannya apabila menyumbat gol keempat Chelsea hasil hantaran Torres kira-kira tiga minit sebelum rehat. Arsenal cuba bangkit pada babak kedua tetapi gagal memperoleh gol yang dicari. Chelsea terus berpesta jaringan apabila berjaya menambah dua lagi gol masing-masing menerusi Oscar pada minit ke-66 dan Mohamed Salah (71). Kekalahan itu pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada Wenger yang mengharapkan kejayaan bagi meraikan perlawanan ke-1,000 selaku pengurus Arsenal. - Agensi | |
Ulangan aksi final Malaysia, Australia Posted: Ulangan aksi final Malaysia, AustraliaOleh FIRDAUS HASSAN FAIZAL (kanan) bersaing dengan Ciriello pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh semalam. NASIB menyebelahi Malaysia apabila mara ke final Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014. Meskipun berkongsi 10 mata dengan Korea Selatan, Malaysia tetap layak beraksi di pentas final berdasarkan kelebihan jaringan. Pada aksi terakhir peringkat kumpulan semalam, Malaysia gagal menyekat kehebatan pasukan No. 1 dunia, Australia apabila tewas 2-6 pada aksi di Stadium Azlan Shah. Pengendali Malaysia, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui, barisan pemainnya mempamerkan persembahan hambar kerana terlalu menghormati reputasi pihak lawan. "Apabila bermain pada tahap ini dan menentang pasukan handalan dunia, para pemain muda saya dilihat takut untuk mengatur serangan. "Namun, saya akan memperbaiki segala kekurangan yang ada bagi membentuk barisan yang mantap pada aksi final esok (hari ini)," jelasnya. Australia yang turun selaku penyandang juara dan mengesahkan tiket final lebih awal, bermula garang sejak minit pertama melalui gerakan dan hantaran pantas. Hasilnya, Australia memperoleh gol pembukaan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan oleh Nicholas Budgeon pada minit ke-17. Bagaimanapun, Australia terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk memperoleh lima lagi gol. Gol kedua Australia hadir pada minit ke-38 hasil pukulan sudut penalti yang disempurnakan Chris Ciriello. Russell Ford dan Daniel Beale masing-masing menambah gol ketiga dan keempat Australia menerusi jaringan padang pada minit ke-42 dan 43. Berpunca daripada satu lagi pukulan sudut penalti, Australia memperoleh gol kelima sumbangan Eddie Ockenden pada minit ke-46. Malaysia makin tertekan apabila Ciriello meledak gol keenam Australia melalui satu set piece pukulan sudut penalti pada minit ke-59. Faizal Saari menghidupkan sisa-sisa perjuangan Malaysia apabila menyumbang dua gol menarik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-61 dan 70. | |
Misi gelaran dunia kelapan berkecai Posted: Misi gelaran dunia kelapan berkecaiOleh NOOR HASLIZA NUSI NICOL ditenangkan bapanya, Desmond David selepas tersingkir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sPICE, Pulau Pinang semalam. RATU negara, Datuk Nicol David tidak dapat menahan kesedihan sejurus tersingkir pada aksi separuh akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPICE), Pulau Pinang semalam. Tampil dengan misi memburu gelaran dunia kali kelapan, Nicol terpaksa akur dengan kekalahan kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini dalam pertarungan lima set 11-4, 9-11, 6-11, 11-2, 9-11. "Hari ini (semalam) buk an tuah saya. Ini merupakan perlawanan yang sangat sengit. Dia (Nour El) beraksi dengan hebat dan tidak banyak melakukan kesilapan. "Saya juga terkejut dengan keputusan ini biarpun sudah berusaha keras. Dia yang masih muda sudah membuktikan kemampuannya dalam perlawanan ini. Saya puji kehebatannya," kata Nicol. Ditanya sama ada dia berasa terlalu yakin ketika berdepan Nour El, pemain kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu: "Saya tidak pernah menganggap mana-mana perlawanan sebagai sesuatu yang mudah." Sementara itu, Nour El mula mencuri tumpuan seterusnya melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2009 ketika berusia 13 tahun. Menghuni ranking ke-15 dunia, Nour El sekali lagi mencipta sejarah apabila bakal muncul pemain termuda beraksi di pentas final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia kali ini. Menurut pemain berusia 17 tahun itu, dia tidak menyangka dapat menewaskan Nicol yang mendapat sokongan padu daripada penyokong tempatan. "Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk menang. Saya tidak sangka kemenangan berpihak kepada saya hari ini (semalam). "Menjadi juara sememangnya menjadi impian saya. Saya terkejut dapat kalahkan Nicol dan tetap berasa kasihan dengan dia kerana tewas di negara sendiri," jelasnya. Pada aksi final hari ini, Nour El akan menentang pemain England, Laura Massaro yang menewaskan pemain Mesir, Raneem El Weleily 11-9, 11-7, 6-11, 11-7 dalam satu lagi pertemuan separuh akhir semalam. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan