Kosmo Online - Negara |
- Cuaca buruk jejas operasi cari MH370
- Analisis data selesai masa terdekat
- Tuduhan media asing tidak benar
Cuaca buruk jejas operasi cari MH370 Posted: Cuaca buruk jejas operasi cari MH370
KUALA LUMPUR – Operasi mencari 122 objek yang berpotensi untuk dikaitkan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dikesan oleh sebuah satelit syarikat Airbus Defence & Space yang berpangkalan di Perancis di selatan Lautan Hindi tertangguh lagi ekoran cuaca buruk. Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memberitahu, operasi berkenaan ditangguhkan kira-kira pukul 11.40 pagi semalam ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk operasi berkenaan diteruskan. Menurut kenyataan itu, sebelum itu sebanyak sembilan buah pesawat dan enam buah kapal telah dikerah untuk menjalankan operasi mencari objek yang bertaburan di dua kawasan melibatkan sektor timur dan barat. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Analisis data selesai masa terdekat Posted: Analisis data selesai masa terdekatSIMULATOR milik Zaharie yang diambil dari kediamannya di Shah Alam, Selangor pada 15 Mac lalu sedang dianalisis kandungan data. KUALA LUMPUR – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menjangka dapat melengkapkan analisis data daripada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dalam masa sehari dua lagi, lapor agensi berita AFP semalam. Agensi berita Perancis itu memetik Pengarah FBI, James B. Comey berkata, pakar sedang bekerja 24 jam sehari bagi melengkapkan analisis mereka berdasarkan data yang diperoleh daripada simulator penerbangan milik Kapten Zaharie Ahmad Shah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Tuduhan media asing tidak benar Posted: Tuduhan media asing tidak benarKUALA LUMPUR – Tuduhan media antarabangsa yang Malaysia menyalurkan maklumat tidak tepat berkaitan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 adalah tidak benar. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar kecil) berkata, pembabitan 26 buah negara dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat itu membuktikan negara lain percaya dengan maklumat serta cara Malaysia mengendalikan kes tersebut. "Apabila insiden MH370 berlaku mungkin ada orang mencari alasan dan cuba mencari pihak untuk dipersalahkan, dalam hal ini tumpuan mereka pada Malaysia serta syarikat penerbangan kita," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan