Khamis, 27 Mac 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Anzalna abaikan Izzue

Posted:

Anzalna abaikan Izzue

Anzalna abaikan Izzue

KETIDAKHADIRAN Izzue pada majlis pelancaran drama bersiri Aku Isterinya awal minggu ini seperti mengiyakan krisis antara anggota kumpulan Forteen itu dan Anzalna Nasir masih belum berakhir.

Walaupun sebelum ini Izzue dan Anzalna telah mengeluarkan kenyataan bahawa masing-masing tiada masalah melibatkan etika dan profesional ketika bekerja, penjelasan itu sekadar mahu meredakan kemarahan sementara.

Pertengahan bulan Februari lalu, timbul dakwaan dua dramatis itu bermasam muka gara-gara tindakan Izzue yang mahu menjaga hati isterinya, Awin Nurin yang cemburu kerana Anzalna dikatakan terlebih gedik demi menjayakan karakter seorang perempuan simpanan.

Penafian telah dibuat Anzalna, namun baki penggambaran yang perlu dilunaskan oleh kedua-dua pelakon itu masih memerlukan komitmen semua pihak terbabit termasuk isteri Izzue sendiri.

"Itu masalah dia. Sewaktu bekerja saya harus profesional. Kalau dia cuba mengelak dari- pada bertemu saya, ingatlah bahawa industri hiburan ini kecil saja.

"Saya tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa saja termasuk Izzue. Kalau mahu menjayakan sesuatu kerja perlu ada profesionalisme dan tak boleh buat sesuka hati," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Aku Isterinya di Sri Pentas TV3, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Lebih romantik

Izzue dan Anzalna akan diterbangkan bersama-sama ke Perth, Australia pada 30 Mac ini untuk menyiapkan baki penggambaran drama itu dalam tempoh masa enam hari.

ANZALNA tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki termasuk Izzue Islam.


Malah, dikhabarkan juga akan terkandung lebih banyak babak romantis dan intim antara Anzalna dan Izzue sepanjang berada di negara tersebut.

"Tidak semestinya babak romantik perlu berpeluk! Lontaran dialog saja pun sudah mencukupi. Kalau perkara itu pun tak boleh buat, baik jangan berlakon," katanya yang bersedia dengan sebarang kemungkinan di sana.

Anzalna menjelaskan, dia tidak akan berdiam diri sekiranya dirinya dianiaya atau difitnah dengan cara mengaibkan selepas ini.

"Sudah pasti saya akan menegakkan perkara yang betul, kalau saya tidak bersalah kenapa perlu saya minta maaf tapi saya cuba elakkan bergaduh sampai perang mulut," tegasnya.

Suami orang

Mengakui sukar untuk berlakon bersama suami orang, kata Anzalna, dia cuba mengelakkan diri terjerat dengan sebarang kemelut atau spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi baiknya.

Hormat barangkali kata dasar yang dipegang Anzalna, dia juga perlu menjaga maruah diri agar tidak dituduh penggoda suami orang dan perlu menjaga hati keluarga serta teman lelakinya, Hanif Zaki.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dengan Adi Putra dan Aaron Aziz. Watak saya lagi jahat dan penggoda tapi tidak timbul pula sebarang isu.

"Saya cuba mengelak daripada babak berpegangan tangan kerana menghormati orang yang sudah berkahwin, kalau ada pun saya perlu kawal agar tidak melebih-lebih.

"Selama ini pun teman lelaki saya tidak masuk campur urusan kerjaya saya, masalah saya biar saya sendiri yang uruskan," jelas Anzalna yang tidak menafikan 'perang' yang tercetus antaranya dan Izzue.

Sebelum ini tidak pernah timbul sebarang pergaduhan melibatkan Anzalna dengan mana-mana artis di set penggam- baran, malah pelakon muda itu sehabis baik cuba menjaga nama baiknya daripada tercalar.

"Masalah yang timbul bukan datang dari- pada pihak saya, jadi biar dia yang selesaikan. Kalau sesiapa mahu timbulkan masalah, saya tidak peduli asalkan saya buat kerja saya secara profesional," katanya lagi.

PENGARAH drama Aku Isterinya, Fairuz Loy tidak menafikan heroinnya, Anzalna dan heronya, Izzue Islam berselisih faham.


Perempuan simpanan

Mengulas mengenai watak Mya Arlissa dalam drama rantaian baharu yang akan mengisi slot Akasia TV3, Aku Isterinya, karakter itu jelas Anzalna benar-benar menguji emosinya.

"Watak ini seperti melengkapkan persepsi orang bahawa saya seorang penggoda tapi Mya Arlissa sebenarnya bukan seperti yang disangka. Ini kali pertama saya melakonkan watak wanita baik yang dibuli," katanya.

Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa yang sentiasa dibuli oleh mak cik dan sepupunya selepas kematian ibu dan bapanya.

Mya akhirnya dijual oleh suami mak ciknya, Murad kepada David yang menjalankan kegiatan pelacuran sehingga Mya bertemu dengan Mikail dan menebusnya di sebuah kelab malam.

Mikail dan Mya tinggal bersama selama dua tahun, namun menganggap gadis itu sekadar perempuan simpanan. Hidup pasangan itu berubah apabila Mya dirogol oleh kawan baik Mikail, Adam.

Cuba untuk mencari arah hidup baharu, Mya minta untuk dilepaskan dan Mikail telah meletakkan syarat kepada Mya untuk membayar RM50,000 sekiranya mahu bebas.

Steve Vai cipta lagu dengan peminat

Posted:

Steve Vai cipta lagu dengan peminat

Steve Vai cipta lagu dengan peminat

Oleh IZWAN MOHD. ISA

STEVE mempamerkan skil petikan gitar yang cemerlang dan ini membuatkan peminatnya di Malaysia berpuas hati dengan konsertnya pada malam itu.


SUASANA ruang konsert di KL Live, Kuala Lumpur malam Sabtu lalu bingit dengan sorakan penonton. Masing-masing seperti tidak sabar menantikan kemunculan gitaris popular, Steve Vai yang singgah ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert jelajahnya, Steve Vai Live Tour In KL 2014.

Tepat pukul 8 malam, lampu yang melimpahi ruang serba hitam itu dimalapkan tanda bermulanya persembahan. Selang beberapa minit, gitaris solo yang berasal dari New York, Amerika Syarikat itu muncul dengan membimbit sebuah gitar sambil mengalunkan lagu pembukaan.

Kehangatan pada malam itu diteruskan dengan petikan berhantu Steve menerusi lagu-lagu popularnya termasuk Racing The World dan Velorum.

Sebelum megalunkan lagu Building The Church, Steve yang pernah memetik gitar untuk kumpulan Whitesnake itu menyatakan rasa gembiranya kerana berpeluang membuat persembahan di hadapan peminatnya di Kuala Lumpur.

"Saya berasa sungguh gembira dan teruja kerana berpeluang untuk menjelajah Kuala Lumpur dan bermain untuk kamu semua.

"Sambutan yang anda berikan sangat baik sekali! Kamu semua sangat luar biasa!" laung Steve sebelum meneruskan persembahan pada malam itu.

Selfie

Siapa sangka, pemain gitar yang pernah memenangi anugerah Grammy ini tidak terlepas daripada dilanda demam selfie.

Usai menyanyikan beberapa buah lagu, Steve yang tampil ranggi berbaju-T hitam dan berseluar celoreng jingga meminta kebenaran jurugambar Utusan Melayu, Syefry Moniz untuk menggunakan kameranya bagi mengambil gambar secara selfie.

Ruang konsert pada malam itu riuh rendah dengan pekikan dan sorakan penonton yang begitu teruja dengan tindakan spontan dan bersahaja Steve itu.

Selesai sahaja mengambil beberapa keping gambar, Steve menghulurkan kamera itu sambil memberitahu Syefry dalam nada berseloroh: "Jangan tunjukkan gambar ini pada isteri kamu, ya."

Dia kemudian kembali menghiburkan peminatnya dengan rantaian lagu terkenalnya seperti Weeping China, Answers, The Animal dan Whispering A Prayer.


SEBELUM menjayakan Steve Vai Live Tour In KL 2014, bekas gitaris Whitesnake ini terlebih dahulu singgah di Singapura.


Cipta lagu

Istimewanya konsert ini, Steve memperuntukkan satu slot khas untuk para peminatnya bagi membantu mencipta lagu secara spontan di atas pentas.

"Lagu seterusnya merupakan lagu baharu dan lagu ini tidak pernah diperdengarkan pada khalayak. Namun, lagu ini akan dicipta sekarang!" ujarnya sambil menjemput naik dua orang peminat bertuah.

Dua peminat tersebut yang memperkenalkan diri mereka sebagai Nadia dan Iqram masing-masing memberikan nada berulang kepada Steve. Sambil memetik gitar, Steve menyusun semula nota-nota itu sehingga menjadi sebuah lagu.

Sambil berseloroh Steve berkata: "Benarkan saya mengubah sedikit komposisi lagu ini ya. Saya boleh buat apa sahaja sebab saya Steve Vai."

Ini membuatkan penonton yang hadir menghamburkan sorak!

Akhirnya, lagu yang diberi judul Build Me A Song itu selesai dicipta dalam tempoh lebih kurang 10 minit sahaja.

Selain beramah mesra bersama peminat, momen menarik yang turut ditampilkan pada konsert tersebut ialah persembahan solo secara akustik oleh pemain gitar Dave. Turut mengambil tempat secara solo ialah pemain drum yang mengiringi persembahan iaitu Jeremy.

Dalam pada itu, gelagat Steve yang akan menukar gitarnya setiap kali mendendangkan lagu yang berlainan turut menarik perhatian penonton.

Konsert yang berdurasi lebih kurang tiga jam itu diakhiri dengan alunan lagu For The Love of God, sebelum tirai ditutup dengan lagu encore berjudul Taurus Bulba.

Anuar Zain tertekan mengenang MH370

Posted:

Anuar Zain tertekan mengenang MH370

Anuar Zain tertekan mengenang MH370

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

KONSERT TERINDAH...ANUAR ZAIN yang sepatutnya berlangsung pada 8 April depan ditunda kepada 29 April sebagai tanda penghormatan Anuar kepada rakan, kru dan penumpang MH370.


BERITA mengenai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan kemudiannya berakhir di tengah Lautan Hindi begitu mengejutkan dan menyayat hati penya- nyi tersohor, Anuar Zain.

Sementelah, Anuar pernah bergelar pramugara selama 10 tahun sebe- lum popular sebagai seorang penyanyi.

Tragedi tersebut melibatkan pesawat penerbangan MAS dan dua daripada kru yang berada dalam pesawat tersebut merupakan sahabat yang banyak memberi Anuar tunjuk ajar selama lebih 10 tahun penyanyi berusia 44 tahun itu menjadi pramugara MAS.

Masih bersedih dengan insiden yang berlaku terhadap MH370, Anuar mengambil keputusan untuk menundakan konsertnya, Konsert Terindah... Anuar Zain.

Kata Anuar, beliau tidak mempunyai perasaan untuk menghiburkan atau berhibur. Gerak hati pula memaksanya untuk menunda konsert tersebut biarpun tiket sudah terjual sebanyak 70 pe- ratus.

Anuar yang ditemui pada majlis penundaan konsertnya di Zebra Square, Kuala Lumpur, menjelaskan lebih lanjut kepada Kosmo! mengenai dua sahabatnya itu.

Selain itu, pemilik nama penuh Shahrul Anuar Zain itu juga memohon orang ramai supaya tidak lagi membuat spekulasi, sebaliknya memanjatkan doa kepada semua penumpang dan kru pener- bangan yang terlibat dalam MH370.

Kosmo!: Apakah perasaan Anuar bila mendapat tahu mengenai kehilangan pesawat MH370?

ANUAR: Kalau saya tidak berhenti menjadi pramugara, mungkin saya yang akan berada di dalam pesawat tersebut. Ia juga boleh jadi kawan baik saya yang masih menjawat jawatan tersebut berada dalam pesawat itu. Memang mengejutkan. Ia boleh berlaku kepada semua pesawat penerbangan tetapi takdir menentukan ia terjadi pada MAS. Pengalaman lama semasa bekerja dengan MAS muncul semula. Bila teringat, saya mula menangis tanpa dapat ditahan. Dalam be- berapa hari hidup saya tertekan memikirkannya.

Apakah yang menyebabkan anda berasa sangat tertekan?

Sebabnya, kehidupan dewasa saya, banyak dihabiskan bersama MAS. Saya berkhidmat dengan syarikat pener- bangan tersebut selama 10 tahun setengah dari tahun 1990 hingga 2000.

Selain daripada didikan ibu bapa, banyak yang saya pelajari dalam hidup hari ini adalah daripada MAS. Banyak cerita yang kita baca dan dengar.

Malah, banyak spekulasi dan teori yang orang berikan. Perkara macam itu buat kita jadi lebih tertekan. Bila saya dapat, saya tidak akan kongsikan. Saya cuma baca sahaja. Ia akan buat kita jadi lebih murung, bingung dan akan hilang arah.

Apakah yang boleh anda sampaikan kepada pihak yang suka membuat spekulasi dan teori ini?

Jangan buat sebarang spekulasi. Jangan memberi teori sendiri. Ia boleh menyinggung ramai pihak terutama ahli keluarga, sahabat handai dan juga MAS sendiri. Saya harap kita semua lebih sensitif dan tolong beri sokongan kepada negara kita kerana sekarang kita menghadapi situasi sukar.

Perkara ini amat menyedihkan. Jadi, tolong sensitif. Apa yang anda perlu lakukan adalah memanjatkan doa.


WALAUPUN sudah lama meninggalkan karier sebagai pramugara, namun Anuar tetap terkesan dengan tragedi MH370.


Adakah sesiapa yang anda kenali berada dalam pesawat tersebut?

Ada yang saya kenal. Bukan kawan rapat tetapi selalu bekerja dengan mereka ketika berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu dari tahun 1990 hingga 2000. Saya kenal Ketua Pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes. Mereka merupakan kru yang bagus dan berhati baik.

Boleh anda gambarkan lebih lanjut mengenai Andrew dan Pat- rick?

Banyak yang saya belajar daripada mereka. Andrew banyak membentuk saya menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan dia seorang yang cukup merendah diri dan mesra berbanding orang lain. Patrick pula, seorang penyelia yang sangat teliti dan sangat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara. Dua pekerja tersebut cukup membanggakan MAS.

Kenapakah anda menundakan konsert Terindah...Anuar Zain?

Bila mendapat tahu berita mengenai kehilangan pesawat MH370, perkara pertama yang terbit di fikiran adalah untuk menundakan konsert saya. Walaupun saya tahu ia akan menyusahkan banyak pihak tetapi gerak hati saya mengatakan tunda. Saya tidak berasa untuk menghiburkan atau untuk berhibur selepas apa yang berlaku kepada MH370. Sekurang-kurangnya bagi saya rasa tenang sedikit, baru kita teruskan konsert tersebut. Kita juga tidak boleh berada dalam situasi yang menyedihkan terlalu lama.

Bilakah tarikh baharu konsert tersebut?

Konsert tersebut sepatutnya berlangsung pada 8 April depan tetapi saya menundakannya kepada 29 April di tempat yang sama iaitu Hotel One World, Petaling Jaya. Saya rasa tarikh itu yang sesuai untuk konsert itu berlangsung.

Bagaimanakah dengan peminat-peminat anda yang sudah membeli tiket? Berapa peratus tiket yang sudah terjual?

Alhamdulillah, semua peminat memahami situasi yang berlaku. Sehingga kini tiket konsert tersebut sudah terjual sebanyak 70 peratus.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved