Kosmo Online - Negara |
- Berlumba cari kotak hitam
- Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370
- Keluarga diberi visa ke Australia
Posted: Berlumba cari kotak hitamKRU HMAS Success menggunakan lampu limpah untuk mengesan serpihan dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di Lautan Hindi malam semalam. CANBERRA, Australia - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri tragedi pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi iaitu kotak hitam pesawat tersebut. Dengan masa yang semakin suntuk, pasukan SAR kini bertungkus-lumus mencari kotak hitam pesawat sebelum kuasa baterinya menjadi semakin berkurangan selepas tempoh 30 hari. Mengikut undang-undang yang ditetapkan, kotak hitam sesebuah pesawat perlu mempunyai keupayaan untuk menghantar isyarat selama 30 hari selepas ia diaktifkan. Tetapi pakar berpendapat, mereka boleh terus menerima isyarat dari kotak hitam itu untuk tempoh 15 hari atau lebih, bergantung kepada kekuatan bateri pada masa kemalangan itu. "Kami perlu mengharapkan tuah. Ia seperti satu perlumbaan untuk sampai ke lokasi dalam masa ditetapkan bagi mengesan isyarat daripada kotak hitam selagi ia masih berfungsi," kata John Goglia, seorang bekas anggota Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) Amerika Syarikat (AS). Untuk mengesan isyarat tersebut, SAR akan menggunakan alat pendengaran berteknologi tinggi yang dipinjamkan oleh Tentera Laut AS iaitu Towed Pinger Locator. Ia merupakan sebuah silinder mikrofon sepanjang 30 inci yang ditarik perlahan-lahan dalam paten grid di belakang kapal komersial. TOWED Pinger Locator merupakan salah sebuah alat yang digunakan untuk mengesan kotak hitam MH370. Ia dipasang bersama kabel sepanjang kira-kira 6,500 meter dan dikawal melalui alat pembawa berbentuk tiga segi dan berwarna kuning. Ia kelihatan seperti ikan pari dan dilengkapi peralatan pengesanan akustik yang juga akan berfungsi mengesan isyarat ping. Situasi ini sama seperti operasi mengesan bangkai pesawat Air France 447 yang terhempas di Lautan Atlantik pada tahun 2009 yang membabitkan kos lebih daripada AS$40 juta (kira-kira RM120 juta). Misi mencari pesawat tersebut memakan masa hampir dua tahun sebelum pesawat dan kotak hitam pesawat itu ditemui. Sementara itu di Kuala Lumpur, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan Towed Pinger Locator yang dibawa dari Amerika Syarikat dijangka tiba hari ini di Perth, Australia. Beliau berkata, alat itu akan dipasang pada kapal milik tentera laut Australia, Ocean Shield yang akan berlabuh di Perth pada 28 Mac ini. "Kapal Ocean Shield itu pula akan menuju ke kawasan pencarian dan dijangka tiba pada 5 April depan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. |
Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370 Posted: Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat nahas MH370KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menimbang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar). "Cadangan tersebut akan saya bawa ke pihak yang membuat keputusan. Itu jaminan saya kepada Dewan ini... (tetapi) kalau masih tidak berpuas hati, inilah cara kita melihat ke hadapan. "Tapi apa yang boleh saya sahkan hari ini (semalam) bahawa audit atau jawatankuasa di peringkat Kementerian (Pengangkutan) diwujudkan, begitu juga di peringkat Tentera Udara Diraja Malaysia. "Semua ini berjalan serentak dengan operasi mencari dan pemulihan," kata beliau ketika menggulung usul khas dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi yang menimpa pesawat tersebut di Dewan Rakyat semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Keluarga diberi visa ke Australia Posted: Keluarga diberi visa ke AustraliaAHMAD JAUHARI (kiri) bersama Md. Nor pada sidang akhbar mengenai tragedi menimpa pesawat MH370 di KLIA, Sepang, Selangor semalam. SEPANG - Ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hanya akan diberi visa ke Australia selepas terdapat bukti kukuh mengatakan pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi ditemui pasukan penyiasat. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, perjalanan ke Australia hanya akan melibatkan ahli keluarga yang membuat permintaan untuk ke negara itu. "Australia hanya akan memberi atau mengeluarkan visa kepada ahli keluarga apabila bukti-bukti sahih penerbangan pesawat tersebut yang berakhir di selatan Lautan Hindi berjaya ditemui. "Seperti kalian, kami juga tidak tahu mengapa dan bagaimana tragedi yang buruk ini berlaku. Tragedi yang disifatkan sebagai tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan negara membuatkan seluruh warga MAS melalui detik sukar sepanjang 18 hari lalu. "Saya hadir di sini bukan hanya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif malah sebagai bapa, abang dan anak. Hati saya hiba memikirkan kesengsaraan tidak terkata yang menimpa ahli keluarga penumpang dan anak kapal. "Tidak ada perkataan yang dapat menggambarkannya. Setiap warga MAS mendoakan 239 jiwa termasuk 12 anak kapal yang juga rakan kami dalam tragedi yang menimpa pesawat MH370," katanya dalam nada sebak pada sidang akhbar di anjung tinjau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan