Kosmo Online |
- Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM
- Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO
- 10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan
Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM Posted: Lapan cubaan eksport ikan dilarang ke Singapura - LKIM16/01/2014 10:08pm LEDANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor mengesan lapan kes cubaan mengekport sembilan spesies ikan yang dilarang dibawa keluar dari negara ini melalui dua pintu masuk ke Singapura, sejak peraturan itu dikuatkuasakan pada 1 Januari lepas. Timbalan Pengarah LKIM Johor, Khairunisa Omar berkata, kelapan - lapan kes itu dikesan pasukan petugas di Pusat Kuarantin Pertanian dan Perikanan (Maqis) di Tambak Johor dan Laluan Kedua (Linkedua). "Kerajaan sebelum ini telah menguatkuasakan larangan mengeksport sembilan jenis ikan bermula 1 sehingga 28 Januari ini bagi memastikan bekalannya mencukupi menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. "Berikutan kes ini kita akan pertingkatkan lagi kawalan dengan melakukan pemeriksaan rapi terhadap setiap kotak ikan yang hendak dibawa keluar dari negara ini bagi memastikan mereka yang terlibat mematuhi peraturan itu," katanya. - Bernama |
Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO Posted: Ambil tindakan tegas terhadap individu halang guru bertudung - Wanita UMNO16/01/2014 10:03pm KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari meminta pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang dilapor menghalang seorang guru mualaf daripada bertudung di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kota Tinggi, Johor. Beliau berkata, individu itu tidak berhak menghalang guru berkenaan daripada memakai tudung ketika hari persekolahan. "Beliau tidak mempunyai hak untuk menghalang cikgu berkenaan memakai tudung atau berhijab kerana apabila seorang wanita Islam memilih untuk memakai tudung, itu merupakan hak kebebasan individu berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, hak kebebasan individu adalah termasuk di tempat kerja selagi tidak melanggar tatasusila dan adab seorang Islam. "Hak ini juga telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sentimen serupa disuarakan Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO, Mohd. Rafiq Naizamohideen, yang mahu Kementerian Pendidikan bertindak tegas terhadap individu berkenaan. "Maklumat yang diterima ialah Pejabat Pendidikan Kota Tinggi telah memindahkan guru itu ke sekolah lain selain membawanya untuk membuat laporan polis," katanya. - Bernama |
10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan Posted: 10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum daftar dengan Jabatan Kesihatan16/01/2014 9:57pm GEORGE TOWN - Sebanyak 10,000 premis makanan di Pulau Pinang belum mendaftar dengan Jabatan Kesihatan walaupun telah diminta berbuat demikian. Timbalan Pengarah Kesihatan (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) Negeri, Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, sejak 2009, hanya 6,715 premis makanan yang berdaftar dengan jabatan itu. Menurut Ku Nafishah, setiap pengusaha makanan diwajib mendaftar premis makanan mereka dan kegagalan berbuat demikian disenaraikan mengikut 24 kesalahan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang menetapkan kompaun maksimum RM5,000. "Pendaftaran ini bagi membolehkan pemantauan berkala dapat dilakukan terhadap premis terlibat untuk memastikan mereka mengikut prosedur kebersihan penyediaan makanan ditetapkan," katanya. Bagi memudahkan proses pendaftaran itu, beliau berkata pihaknya membuka kaunter pendaftaran sementara pada hari bekerja di Tingkat Tiga, Kompleks Tun Razak (Komtar) sehingga 23 Januari ini. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan