Sabtu, 11 Januari 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kerajaan kaji semula keberkesanan kempen GST menerusi media cetak dan elektronik

Posted:

Kerajaan kaji semula keberkesanan kempen GST menerusi media cetak dan elektronik

Kerajaan kaji semula keberkesanan kempen GST menerusi media cetak dan elektronik

11/01/2014 10:52pm

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan kempen penerangan mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menerusi media cetak dan elektronik, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, keberkesan kempen hebahan maklumat GST menerusi akhbar, televisyen, radio dan juga papan iklan akan dinilai semula supaya kaedah susulan diambil bagi membolehkan masyarakat lebih memahami dan tidak terkeliru dengan sistem percukaian baharu itu.

Kerajaan akan memperkenalkan GST sebanyak enam peratus bermula 1 April 2015.

Ahmad, yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata sesi penerangan GST di peringkat akar umbi masih berkurangan dan menyarankan jentera parti di setiap bahagian mempergiatkan kempen dalam menjelaskan secara terperinci kepada golongan itu.

"Saya mengakui masih kurang sangat jentera Umno turun padang," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena), di sini hari ini. - Bernama

Bekas Perdana Menteri Israel meninggal dunia

Posted:

Bekas Perdana Menteri Israel meninggal dunia

Bekas Perdana Menteri Israel meninggal dunia

11/01/2014 10:17pm

TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, 85, telah meninggal dunia di sebuah hospital berdekatan Tel Aviv pada hari ini setelah lapan tahun koma.

"Hospital Sheba di Tel Hashomer telah mengumumkan bekas Perdana Menteri, Ariel Sharon, meninggal dunia sejam yang lalu," kata Professor Sholomo Noy dalam sebuah sidang media yang diadakan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu telah berada di dalam koma selepas menghadapi strok dan pendarahan otak sejak 4 Januari 2006.

Nasibnya bertambah buruk pada 1 Januari lalu apabila ginjal dan beberapa organ lain semakin tidak berfungsi. - AFP

'Perak Man' mula dipamer di Lembah Lenggong 15 Februari depan

Posted:

'Perak Man' mula dipamer di Lembah Lenggong 15 Februari depan

'Perak Man' mula dipamer di Lembah Lenggong 15 Februari depan

11/01/2014 8:56pm

IPOH - Pameran rangka manusia purba dikenali sebagai 'Perak Man' yang kini ditempatkan di Galeri Arkeologi Lenggong, akan dibuka kepada pelawat mulai 15 Februari ini, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Rangka yang dikatakan berusia lebih 10,000 tahun itu sebelum ini dipamer di Muzium Negara sejak 2010 dan dikembalikan ke Lembah Lenggong, Perak pada Oktober tahun lepas.

Kepulangan Perak Man ke galeri itu dijangka membantu mempertingkat jumlah pelawat ke Lembah Lenggong, kata Mohamed Nazri dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2014 hari ini.

"Sejak kawasan Lembah Lenggong mendapat pengiktirafan Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2012, purata jumlah pelancong yang datang ke situ meningkat kepada 5,000 setiap bulan berbanding 2,000 sebelumnya," katanya.

Beliau berkata, sehingga Oktober 2013, sejumlah 37,774 orang melawat Galeri Arkeologi Lenggong.

Unesco ialah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Katanya, galeri itu akan dinaik taraf dengan satu kawasan khas untuk Perak Man sedang dirancang meliputi ruang pameran dan pusat pembelajaran interaktif bagi membolehkan pengunjung memahami kehidupan Perak Man melalui maklumat serta aktiviti yang disediakan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved