Sabtu, 11 Januari 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cessna hilang kawalan kerana helang

Posted:

Cessna hilang kawalan kerana helang

Cessna hilang kawalan kerana helang

Oleh HAIKAL RAMAN
haikal.raman@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat membawa Syed Haidhar (kiri) dan Shaiful Zariq menaiki bot di Empangan Batu untuk dihantar ke Hospital Selayang semalam.


HULU SELANGOR – Tiga juruterbang pelatih terselamat apabila pesawat Cessna 172 dinaiki mereka berjaya dielak daripada terhempas ke kawasan Empangan Batu Ulu Yam dekat sini sebaliknya terjatuh ke atas rumpunan pokok buluh.

Kesemua mangsa iaitu Saiful Farid Amri Amrizal, 22, Shaiful Zafiq Razali, 24, dan Syed Haidhar Syed Zulkiflee, 25, ditemui selamat berada di bawah sebatang pokok besar kira-kira 100 meter dari lokasi pesawat itu terhempas.

Saiful Farid cedera pada mata kiri, Shaiful Zafiq cedera di kepala manakala Syed Haidhar cedera di muka selain terseliuh pada kaki kiri.

Ketiga-tiga mangsa itu pelatih dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor.

Sebelum kejadian pada pukul 5.15 petang kelmarin, Syed Haidhar berkata, pesawat ringan dikendali Saiful Farid terkejut apabila melihat ada dua ekor burung helang cuba melintas menyebabkan pesawat itu cuba mengelak.

Selepas berjaya mengelak burung itu, pesawat itu secara tiba-tiba dilanda angin kencang menyebabkan pesawat tidak stabil.

"Kami cuba elak daripada terhempas ke kawasan empangan kerana takut nasib kami jadi lebih buruk dan usaha kami berhasil dengan pesawat itu kemudian terhempas di atas rimbunan pokok buluh sebelum menggelongsor ke bawah," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, semalam.

Katanya, kejadian cemas mengelak burung helang dan dilanda angin selama lima minit sangat mencemaskan.

Kata Syed Haidhar, pesawat tersebut berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi pukul 4.30 petang bagi menjalani latihan biasa dan dijadual melalui beberapa kawasan di Lembah Klang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga juruterbang ditemui trauma

Posted:

Tiga juruterbang ditemui trauma

Tiga juruterbang ditemui trauma


PASUKAN penyelamat mengusung seorang mangsa nahas pesawat yang ditemui selamat berhampiran kawasan Empangan Batu, Ulu Yam semalam.


HULU SELANGOR - Bunyi dentuman kuat akibat pesawat Cessna 172 terhempas di kawasan berhutan kira-kira tiga kilometer dari kawasan Empangan Batu di Ulu Yam dekat sini kelmarin dapat didengar oleh penduduk yang mendiami sekitar kawasan empangan tersebut.

Seorang saksi, Darmawan Kamarulzaman, 33, berkata, semasa dia berada di kebun sayur pada kira-kira pukul 5 petang, dia terkejut mendengar bunyi kuat objek besar terhempas.

Lokasi saksi mendengar bunyi dentuman kuat dengan pesawat terhempas kira-kira empat kilometer.

"Saya rasa curiga dengan bunyi itu sebelum terus meninggalkan kebun lalu meminta bantuan seorang rakan membuat panggilan kecemasan kepada polis," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Elak dua ekor helang punca pesawat terhempas

Posted:

Elak dua ekor helang punca pesawat terhempas

Elak dua ekor helang punca pesawat terhempas

HULU SELANGOR - Pesawat Cessna 172 yang terhempas berhampiran Empangan Batu dekat sini kelmarin dipercayai ada kaitan dengan percubaan mengelak dua ekor burung helang ketika terbang dalam angin kencang.

Perkara itu diceritakan Syed Haidhar Syed Zulkiflee, seorang daripada tiga mangsa yang selamat dalam kejadian itu kepada ibunya Sharifah Hatun Hanisah Syed Abd. Rahman yang menemuinya di Wad Kecemasan Hospital Selayang dekat sini semalam.

"Menurut anak saya, semasa mengelak (burung helang) tiba-tiba datang angin kencang yang membuatkan pesawat hilang imbangan," kata Sharifah Hatun ketika ditemui di hospital itu.

Tiga mangsa pesawat Cessna 172 dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor (KPDS) ditemui selamat semalam setelah pesawat tersebut dilaporkan terhempas di kawasan Empangan Batu selepas pukul 5.15 petang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved