Kosmo Online - Varia |
Penjagaan wajah penting buat lelaki Posted: Penjagaan wajah penting buat lelaki
GILLETTE jenama dandanan utama lelaki dunia dan JobStreet.com iaitu laman pencarian pekerjaan nombor satu di Malaysia bekerjasama menganjurkan kempen Stay Sharp 101 khas buat jejaka untuk tampil segak ketika menghadiri temu duga. Menyedari pasaran kerja yang semakin sengit, faktor penjagaan luaran terutamanya rejim penjagaan wajah harus dititikberatkan. Penjagaan wajah juga memainkan peranan penting dalam menambah nilai kendiri pada pandangan penemu duga atau bakal majikan. Wajah Gillette Malaysia, Bront Palare yang juga pelakon popular tempatan mengakui antara faktor kejayaannya dalam industri perfileman dan hiburan tanah air disumbangkan oleh penjagaan rapi wajah yang kekal segar dan kemas. "Biarpun pepatah mengatakan jangan menilai buku dari kulitnya, keadaan masa kini memaksa setiap jejaka menjaga keperibadian mereka termasuk kelihatan kemas dan bercukur. Penampilan "Apatah lagi dalam usaha memulakan kerjaya. Gillette menyediakan pisau cukur yang terbaik buat anda. Saya percaya apabila orang sekeliling melihat penampilan saya yang rapi, ia menyumbang terhadap kejayaan kerjaya saya," katanya ketika ditemui di Indicine, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur. Pengurus Negara JobStreet.com, Chook Yuh Yng pula mendedahkan berdasarkan kajian syarikatnya, kira-kira 79 peratus majikan berpendapat penampilan seseorang calon ketika ditemu duga mempengaruhi keputusan permohonan kerja.
"Selama beberapa tahun ini, ramai majikan mengemukakan kebimbangan untuk mendapatkan calon yang sesuai mewakili syarikat mereka. "Ramai calon tidak sedar bahawa dandanan yang baik mempengaruhi peluang untuk mendapat tawaran kerja atau terus berkhidmat dengan syarikat terpilih. "Kerjasama ini adalah permulaan baik untuk menangani kebimbangan tersebut sekali gus membantu memenuhi keperluan majikan bagi mendapat pekerja yang berpotensi," jelasnya. Bengkel berkenaan turut dihadiri Perunding Imej, Datin Sharifah Shawati, selebriti Peter Davis, pakar kerjaya JobStreet.com dan pakar mencukur dari Gillette. Demonstrasi Pada majlis itu, Bront Palare dan Peter Davis turut melakukan demonstrasi cara-cara mencukur dengan rapi menggunakan pisau cukur Gillette Mach3 Turbo Sensitive. Pengurus Jenama, Rekaan Serantau Gillette & Venus Asean Australia India Jepun & Korea, Lee Yik Hun memberitahu, kajiannya menunjukkan kira-kira 63.5 peratus majikan menyeru pekerja lelaki meningkatkan mutu dandanan. "Lelaki kini terlalu skeptikal mengenai penjagaan wajah sekali gus melambangkan keperibadian mereka. "Golongan lelaki harus sedar untuk menjadi seorang yang profesional, ia harus bermula dengan mencukur wajah. Kulit yang bersih membuatkan anda kelihatan rapi dan meningkatkan keyakinan diri," jelasnya. | |||
Keistimewaan baju-T rekaan tempatan Posted: Keistimewaan baju-T rekaan tempatanBAJU-T yang santai, ranggi dan ringkas menjadi sandaran Kedai Pelik memasarkan pakaian di premisnya. PAKAIAN baju-T yang selesa, ranggi dan santai menjadi sandaran utama butik Kedai Pelik dan Boonga Studio yang mampu mengumpulkan 20 jenama tempatan bawah satu bumbung di premis itu di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Antara jenama yang terdapat di premis milik usahawan muda berusia 26 tahun, Firdaus Putra Ariffin itu ialah OAG, Homeboy, WulPak, Karma, Relova dan Pelik. Firdaus Putra yang lebih mesra dipanggil Putra berkata, kesemua 20 jenama yang dipasarkan itu melambangkan identiti Malaysia sekali gus mampu memartabatkan produk keluaran tempatan. "Kita mahu produk atau hasil karya anak muda tempatan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat. Buang skeptikal mengenai jenama buatan luar negara lebih bergaya. Baju jenama buatan Malaysia juga tidak kurang hebatnya," tegas Putra. Katanya, harga yang ditawarkan amat berpatutan bermula serendah RM10 hingga RM80 berdasarkan kualiti baju dan cetakan yang dihasilkan. Selain memasarkan baju-T, kedai tersebut turut menyediakan perkhidmatan mencetak baju-T pada harga RM7 sehelai bagi setiap tempahan 1,000 helai. Putra turut menyediakan ruang khas kepada pereka fesyen amatur yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Dengan kadar sewa minimum RM50 sebulan, mereka boleh meletakkan baju-T rekaan dan jenama mereka sendiri. Melalui Boonga Studio, Putra turut menghasilkan kasut dengan corak tersendiri. Para pelanggan juga boleh menghasilkan corak yang mereka gemari. Harga yang ditawarkan bermula RM50 hingga RM200 bagi sepasang kasut. PELBAGAI baju-T rekaan anak tempatan dijual pada harga bermula RM10 hingga RM80 mengikut kualiti pakaian. Identiti Sementara itu, peminat baju-T rekaan yang juga pereka fesyen jenama Karma, Muhammad Farhan Izhar, 20, berkata, keselesaan dan kelihatan bergaya menjadi alasan utama dia menggemari baju-T rekaan anak muda tempatan. "Baju ini mempunyai identitinya yang tersendiri. Apatah lagi, ia buatan anak tempatan dan secara tidak langsung menyuntik perasaan bangga bergelar anak Malaysia," jelasnya. Dia dan rakan kongsinya, Mohd. Fadzly Noor Azimi, 20, yang baru setahun terbabit dalam bidang tersebut memberitahu, golongan belia semakin terbuka dan menerima kewujudan jenama tempatan. Bagi Mohd. Fadzly, dia bersyukur kerana dapat bekerjasama bersama Putra sekali gus membuka ruang perniagaan kepadanya yang baru bertatih dalam bidang tersebut. "Saya beruntung kerana berkenalan dengan Putra yang sanggup mengajak dan membantu saya dalam perniagaan baju-T jenama tempatan. "Ini kerana masih ramai belia di luar sana yang mahu menghasilkan pakaian jenama sendiri tetapi masih terkial-kial mencari hala tuju mereka. "Pada pendapat saya, sekiranya usahawan yang lebih senior sudi membantu mereka yang baru bertatih, ia pasti merancakkan lagi industri pakaian baju-T buatan anak tempatan," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan