Rabu, 1 Januari 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Siti bicara tentang 2013, 2014

Posted:

Siti bicara tentang 2013, 2014

Siti bicara tentang 2013, 2014

PERTEMUAN yang berlangsung pada 19 Disember lalu terasa sedikit canggung.Kami saling mengenal (jika boleh saya katakan beliau masih mengingati saya), namun jarak masa yang memisahkan kami dalam fasa beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan pertemuan pada hari itu cuba diperkemaskan kembali ikatan silaturahimnya.

Sesekali, beliau tersasul, memanggil saya antara jelas dengan tidak, dengan panggilan Kak Maliah, yang hampir sahaja membuat saya sedikit mahu tercekik pada ketika itu.

Dan saya, terus memanggilnya dengan gelaran Datuk. Datuk Siti Nurhaliza, walaupun sepanjang masa, masih beliau hanya membahasakan diri sebagai Siti; nama timangan yang digunakan sejak lebih 19 tahun lalu.

Ironi, sudah jauh rentas jalan yang dilalui Siti. 19 tahun, dengan hanya pada setahun pertama sahaja beliau perlu mencari pintu yang betul bagi keluar dan memacak empayarnya sekukuh hari ini, baki 18 tahun lagi, Siti masih berada pada posisi paling atas dan belum pernah tergantikan sehingga saat ini.

Muncullah penyanyi yang begitu atau begini, akhirnya tetap tidak dapat menewaskan kredibiliti dan populariti Siti. Siti, masih nombor satu! Begitu tanggapan banyak orang.

Ini pula pandangan Siti. Katanya dalam nada suara bergetar, tanda sedikit gementar dengan jolokan yang diberi, sepanjang menjadi penyanyi, tidak pernah sekali beliau meletak sasaran untuk menjadi nombor satu.

Jauh sekali bermegah, memberitahu dunia, 'ya, sayalah Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara!'

"Jika Siti punya pemikiran begitu, maka Siti akan sentiasa rasa disaingi. Siti langsung tak tanamkan hal itu dalam diri dan hati Siti.

"Siti tak mahu memikirkan apakah kedudukan Siti, nombor satu atau nombor berapa, sebaliknya apa yang Siti fikir dan fokus adalah tentang kerja," jelasnya dengan nada suara tegas.

Jelas wanita berusia 34 tahun ini lagi, beliau sedar diri. Hidup umpama roda. Setiap hari beliau bersedia, andai tiba gilirannya sudah tidak lagi dipuja, beliau mahu berada di bawah atau berundur dengan baik.

"Pada masa akan datang, sekiranya sudah tiba Siti barangkali tidak lagi aktif menyanyi dan tidak lagi dipuja, Siti akan tetap berada dalam industri ini.

"Siti mahu bekerja di belakang tabir bersama SN Production (SNP) serta aktif dengan Simply Siti untuk menjana ekonomi Siti pada saat itu," ujarnya yang tidak menolak, faktor beliau akan mula mengendurkan aktiviti seninya, jika diberi rezeki mempunyai zuriat.

2013

Kami tinggalkan cerita Siti yang bimbang diberi jolokan artis nombor satu negara. Saya ajak Siti berbicara tentang 2013 yang telah diledaninya dengan cukup tekun.

Semua maklum, penghujung 2012, suami kesayangannya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Kemalangan tersebut membuat Siti mengambil keputusan yang tidak pernah disesalinya - berhenti menyanyi untuk menjadi jururawat peribadi suaminya sehingga belahan jiwanya itu sembuh sepenuhnya.

Ujarnya, empat bulan beliau tidak menyanyi, tempoh yang panjang buat dirinya yang saban waktu sibuk membuat persembahan sejak berbelas tahun lalu.

Namun, tempoh empat bulan itu merupakan momen yang paling mahal buat dirinya dan tidak mungkin dijual beli dengan pengalaman hidupnya yang lain.

Siti bercerita dengan suara bersulam sedikit sebak, sedikit teruja dan hampir keseluruhannya terdengar cukup puas kerana menjaga dan memberi semangat buat suaminya yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan patah tulang pada beberapa anggotanya yang lain.

"Sepanjang tempoh empat bulan berehat, Siti fokus membantu memulihkan semangat suami. Ini cabaran kami suami isteri dan Siti reda serta ikhlas untuk menghabiskan masa untuk membantu menguruskan suami.

"Seawal enam pagi kami bangun. Siti lakukan segala keperluan yang selama ini dilakukan sendiri oleh suami termasuk bercukur dan menggosok giginya.

"Pada saat ini, Siti rasa yang kejujuran cinta kami suami isteri bertambah dalam. Pada waktu ini kita lalui fasa tentang cinta bukan hanya pada waktu suka atau senang, tetapi pada saat-saat seperti ini. Momen ini yang tidak boleh Siti ganti dengan apapun," ujarnya penuh asyik.

TAHUN PALING MENCABAR
Tahun 2006 paling penuh cabaran peribadi buat Siti. Siti tak mahu pertahankan situasi (mahu menikahi Datuk K) pada waktu itu kerana apapun yang Siti katakan ia tetap tidak akan memuaskan hati orang lain. Jadi Siti reda kerana jodoh itu telah lama tertulis buat Siti.


Entah ia sebagai balasan kepada keikhlasannya menjaga suami sepanjang empat bulan pertama 2013 atau memang tuah sentiasa bersama dirinya, sebaik beliau kembali ke dalam lapangan seni suara, jadual Siti padat.

Sehingga tahun lalu ditinggalkan, Siti hanya punya baki beberapa minggu daripada lapan bulan untuk beliau benar-benar berehat.

Biar kembali sibuk, Siti mengaku beliau menikmati setiap pekerjaannya dengan antusias. Ini kerana semua mimpinya sebelum ini dipeluk Tuhan pada 2013.

"Siti boleh simpulkan, 2013 merupakan tahun yang membawa kejayaan buat Siti. Impian yang Siti pendam iaitu melakukan konsert irama tradisional yang diberi judul Konsert Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza berjaya dilakukan pada tahun ini.

"Siti juga beraksi di Dewan Philharmonik, selain mengadakan persembahan sehingga ke Jepun. Dalam masa yang sama, bisnes Simply Siti pun berkembang baik. Alhamdulillah," ujarnya sambil memanjat kesyukuran.

Ditanya jika ada perkara yang mahu diubah sepanjang 2013, seperti tidak ditimpa musibah, pantas Siti menjawab.

Katanya: "Jika Siti diberi peluang mengubah perjalanan 2013, Siti tidak mahu ubah apa-apa. Siti bersyukur dengan semua hal yang telah tertulis buat Siti.

"Ini kerana Siti percaya, aturan Allah itu selalu lebih baik daripada apa yang kita rancang. Jadi Siti memang reda dengan semua dugaan sepanjang 2013 yang juga telah memberi kemanisan luas biasa untuk diri Siti sendiri."

DICUIT GOSIP
Pada saat membuat keputusan menjadi selebriti, kita memang sudah membuka pintu untuk dikritik. Jadi, cuba berdamai dengan semua hal yang dicuit dan kawal ia sebaiknya. Paling penting, sabar, kawal perasaan dan fikir banyak kali sebelum membuat sebarang kenyataan. Ya, Siti tahu, mengawal perasaan paling sukar, namun cuba bertahanlah.


2014

Diajak berkongsi sedikit agenda seni 2014, Siti dengan bersemangat memberitahu beliau akan mula masuk ke studio untuk menghasilkan sebuah album pop sekitar bulan ini.

Dalam masa yang sama, Siti berkata: "Siti merancang sebuah mini konsert pada bulan Februari ini, bagaimanapun Siti masih merahsiakan butiran konsert tersebut."

Diminta memberi sedikit prediksi tentang lanskap muzik tempatan sepanjang tahun ini, Siti memberi pandangan secara rambang dengan menyatakan, kunci untuk mempertahankan lanskap muzik yang baik ialah dengan melahirkan karya yang teliti dan bermutu, maka ia akan menjadi sesuatu yang baik untuk sepanjang tahun.

Menyentuh tentang perkembangan bisnes seni yang kini menjurus kepada digital, berbanding penjualan album secara fizik, Siti mempunyai pandangan yang menarik.

Tidak menafikan bahawa kita perlu mengikut revolusi dan perkembangan teknologi, namun katanya, beliau percaya masih wujud golongan yang suka membeli album berbanding memuat naik lagu menerusi iTunes misalnya.

"Siti tidak berhenti melahirkan album kerana Siti percaya, ada golongan yang sentiasa akan membeli album kerana menjadikan ia satu koleksi peribadi, berbanding hanya memuat turun lagu kegemaran mereka.

"Justeru, Siti tidak takut untuk melahirkan album kerana Siti perlu memikirkan golongan sebegini. Dalam masa yang sama, Siti tidak menolak untuk mempromosi lagu secara digital kerana mengikut aliran semasa," katanya yang kini sedang hit dengan single Lebih Indah.

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

Posted:

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

TAHUN 2013 menyaksikan puluhan filem-filem menarik dari Hollywood yang berjaya memegang status sebagai filem dengan kutipan pecah panggung.

Filem aksi superhero lakonan Robert Downey Jr., Iron Man 3 mengaut keuntungan sebanyak AS$1.2 bilion (RM3.9 bilion). Ia meletakkannya sebagai filem kelima dengan kutipan tertinggi serta yang ke-16 melepasi tanda aras satu bilion.

Fast & Furious 6 pula selesa di tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$780 (RM 2.6 bilion). Filem animasi Despicable Me 2 berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak AS$910 juta (RM3 bilion) menjadikannya filem animasi kelima dengan kutipan terbanyak. Filem-filem animasi Monsters University dan The Croods turut tersenarai dalam senarai 50 filem dengan kutipan terbanyak tahun ini.


FAST & FURIOUS 6


Sementara, filem yang ditayangkan semula dalam bentuk 3D, Jurassic Park berjaya meraih kutipan sebanyak AS$1.09 bilion (RM3.57 bilion) menjadikannya sebagai filem ke-17 melepasi kutipan satu bilion dan yang ke-13 sebagai filem pecah panggung sepanjang masa.

Filem adaptasi daripada novel karya Suzanne Collins, The Hunger Games: Catching Fire meraih kutipan sebanyak AS$780 juta (RM2.6 bilion).

Naskhah lakonan utama Jennifer Lawrence itu disenaraikan sebagi filem ke-45 yang meraih kutipan paling tinggi sepanjang masa.

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

Posted:

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

ZIZAN RAZAK


BARU-BARU ini, ketika sedang asyik melayan gambar-gambar bulan madu Che Ta dan Zain Saidin, Mizz Lahar dikejutkan dengan mesej yang diterima melalui aplikasi Whatsapp.

Rupa-rupanya sepupu Mizz Lahar, Lady M yang hantar mesej.

Cerita Lady M, sewaktu dia datang ke majlis pratonton filem Tokan di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, ada satu adegan yang agak memalukan telah berlaku antara dua pelakon yang memegang salah satu watak utama dalam filem arahan Ghaz itu.

Kisahnya, pelakon, Liyana Jasmay telah mentertawakan Zizan Razak kerana salah menyebut perkataan bahasa Inggeris.

Sudahlah mentertawakan kelemahan orang lain, perbuatannya itu dilakukan di hadapan khalayak ramai ketika sidang akhbar sedang berlangsung.

Kata Lady M, sebaik sahaja Zizan perasan tindakan pelakon yang kini sedang mengandung anak pertamanya itu, dia segera bertindak profesional dengan membuat lawak supaya keadaan tidak menjadi tegang.

LIYANA JASMAY


Mizz Lahar sedikit terkejut apabila mendengar cerita ini. Tetapi, Mizz Lahar beritahu Lady M, mungkin Liyana berniat untuk bergurau sahaja.

Lagipun, Zizan juga terkenal dengan sikap bersahaja dan sering bergurau dengan artis lain. Semua orang mungkin ada cara yang tersendiri untuk bergurau senda, artis-artis juga tidak terkecuali.

MIZZ LAHAR: Ada dua penyampai radio yang bernikah minggu lalu - seorang menjemput pihak media sementara seorang lagi menyorok daripada media.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved