Khamis, 2 Januari 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


United tertekan

Posted:

United tertekan

United tertekan

MOYES menasihatkan para pemainnya untuk bangkit dalam usaha mengejar kedudukan lebih baik dalam saingan liga.


SELEPAS mengharungi 20 perlawanan dalam saingan Liga Perdana England musim ini, peluang Manchester United untuk mempertahankan kejuaraan dilihat semakin sukar.

Setakat ini, United telah mengalami tiga kekalahan di gelanggang keramat mereka itu iaitu tewas 0-1 kepada bekas pasukan Moyes, Everton pada 14 Disember lalu, kalah dengan jaringan yang sama kepada Newcastle United pada 17 Disember dan terbaharu, kecundang 1-2 kepada Tottenham Hotspur malam kelmarin.

Kekalahan tersebut dilihat menyukarkan impian mereka untuk mengejar pendahulu liga ketika ini, Arsenal yang sudah mengumpul 45 mata.

Dengan baki 18 perlawanan lagi untuk diharungi, ramai berpendapat bahawa ia sesuatu yang mustahil buat United untuk berada dalam kelompok empat pasukan terbaik memandangkan prestasi mereka sejak di bawah bimbingan Moyes tidak begitu konsisten.

Ketika ini, United menghuni tangga ketujuh liga dengan 34 mata hasil daripada 10 kemenangan dan empat seri.

Lima kelompok teratas liga kini dikuasai Arsenal, Manchester City (44 mata), Chelsea (43), Liverpool (39) dan Everton dengan 38 mata.

"Ia kekalahan yang sukar diterima. United tidak seharusnya kehilangan tiga mata berharga pada perlawanan tersebut. Kami bermain dengan baik tetapi nasib lebih memihak Tottenham," jelas Moyes.

Pada aksi menentang Spurs kelmarin, United dikecewakan dengan dua jaringan pasukan pelawat menerusi Emmanuel Adebayor pada minit ke-34 dan Christian Erikson (66) sementara gol sagu hati United dijaringkan oleh Danny Welbeck pada minit ke-67. – Agensi

Sasar empat kelompok teratas

Posted:

Sasar empat kelompok teratas

Sasar empat kelompok teratas

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

SHAHRIL antara pemain bintang yang membarisi skuad JDT II musim ini.


SKUAD bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II) kini sudah hampir bersedia sepenuhnya untuk menggalas misi menduduki empat kelompok teratas dalam saingan Liga Premier musim depan.

Dengan mempertaruhkan empat pemain import dan beberapa pemain senior, jurulatih JDT II, Azmi Mohamed yakin sasaran tersebut adalah realistik meskipun sedar ia mungkin tidak memuaskan hati ramai peminat bola sepak Harimau Selatan.

Musim 2014 ini bakal menyaksikan JDT II, pasukan kedua di belakang Johor Darul Takzim I (JDT 1), memiliki dua pemain import dari Sepanyol, Juan Manuel Carrasco (pertahanan tengah) dan Braulio Nobrega (penyerang), perancang Argentina, Nicolas Delmonte serta kapten Singapura, Shahril Ishak.

"Ketika ini kami telah memasuki fasa akhir latihan dan hampir 70 peratus bersedia untuk memulakan perjuangan," jelas Azmi kepada Kosmo! semalam.

"Dengan memiliki empat pemain import, saya rasa kami berkemampuan memberi cabaran dalam saingan Liga Premier musim depan, tetapi untuk menjuarainya kami masih belum pasti lagi.

"Ini kerana, saya berpendapat pasukan ini masih memerlukan sedikit masa lagi untuk menghasilkan satu gabungan mantap di antara pemain import, pemain senior dan juga pemain muda.

"Bukan saya tidak yakin dengan kemampuan kami, tetapi saya tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi kepada peminat, cukuplah saya beritahu yang kami mungkin berpeluang melakukan kejutan sekiranya memenangi saingan bertaraf kedua dalam Liga Malaysia ini," ujarnya lagi.

Setakat ini JDT II telah mengharungi enam perlawanan persahabatan dengan dua keputusan terakhir tumpas 1-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menang 4-1 ke atas Harimau Muda B.

Mereka kini akan berdepan tiga lagi aksi persahabatan dengan DRB HICOM pada 8 Januari ini, Geylang United (11 Januari) dan Melaka United (15 Januari).

"Setakat ini saya lihat tiada banyak masalah besar dalam pasukan kami, cuma saya masih belum mampu menurunkan skuad terkuat kerana kecederaan yang dialami oleh Zaquan (Adha Abdul Radzak) dan Braulio.

"Pada aksi persahabatan lalu, bahagian pertahanan kami banyak melakukan kesilapan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol dan ini mungkin satu kelemahan yang saya perlu atasi dengan segera.

"Aksi pemain muda juga agak menggusarkan saya kerana mereka masih lagi kurang pengalaman dan perlu beraksi banyak perlawanan untuk mengutip pengalaman.

"Bagaimanapun saya yakin dengan kehadiran empat pemain import serta pemain senior seperti Zaquan, mereka mungkin mampu memberi bimbingan kepada pemain muda ini sedikit masa lagi," jelas Azmi.

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Posted:

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Shakir sudah serasi corak Kelantan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


SHAKIR (dua dari kiri) ketika menerima tajaan daripada Sixty Nine Sports di Kota Bharu semalam.


PENGGEMPUR baharu The Red Warriors, Ahmad Shakir Ali mengakui semakin serasi dengan rakan sepasukan sejak menjalani latihan intensif bersama pasukan Kelantan dalam persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula pada 17 Januari ini.

Menurut penyerang berusia 24 tahun itu, dia yakin dapat membentuk gandingan mantap bersama tonggak import di bahagian serangan pasukan Kelantan musim ini.

"Selepas sebulan menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan, keserasian antara kami bertambah baik. Malah mereka sudah faham dengan corak permainan saya.

"Begitu juga dengan saya yang sudah memahami corak permainan rakan-rakan sepasukan lain dan ia makin memudahkan kami untuk membentuk gandingan mantap bagi mengharungi saingan liga musim ini," katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Terdahulu, Ahmad Shakir bersama tonggak pertahanan Kelantan, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim menerima tajaan barangan sukan berjumlah lebih RM1,000 daripada Sixty Nine Sport.

Bukan itu sahaja, kedua-dua tonggak tersebut turut dilantik sebagai model dan duta kedai sukan berkenaan.

Ahmad Shakir memberitahu, kecederaan yang dialaminya sepanjang musim lalu sudah pulih sepenuhnya dan dia kini sudah bersiap sedia untuk menggalas tugas di bahagian serangan Kelantan sekiranya menjadi pilihan ketua jurulatih The Red Warriors, Steve Darby.

Katanya, dia juga sudah bersedia untuk bersaing bersama rakan sepasukan yang lain bagi merebut tempat untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan.

"Saya akui ia bukanlah tugas mudah dan ia merupakan satu motivasi untuk bekerja lebih keras selepas ini. Ini merupakan peluang terbaik untuk mengembalikan semula sentuhan selepas hampir setahun tidak beraksi," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shakir berkata, dia sudah membuat persediaan rapi baik dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi saingan musim ini.

"Musim ini cukup mencabar apabila Kelantan akan beraksi dalam jadual yang padat melibatkan saingan liga dan Piala AFC."

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved