Kosmo Online - Dunia |
- Studio Star Wars di Singapura
- NASA akan bina roket terbesar di dunia
- Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan
Posted: Studio Star Wars di Singapura
SINGAPURA - Syarikat hiburan Amerika Syarikat (AS), Lucasfilm meraikan perasmian sebuah studio penerbitannya yang pertama di sini semalam. Studio penerbitan itu diharap dapat mengasah bakat-bakat Asia untuk membintangi filem Star Wars pada masa akan datang selain terlibat dalam projek lain. Pengasas syarikat itu, George Lucas dan Perdana Menteri Singa- pura, Lee Hsien Loong menghadiri majlis pembukaan bangunan studio tujuh tingkat tersebut yang di- namakan Sandcrawler di sebuah taman perusahaan di pulau ini. Sandcrawler sebenarnya ialah nama sebuah kenderaan besar berantai yang terdapat dalam filem asal Star Wars. Studio baharu itu akan turut menempatkan operasi badan penyiaran sukan ESPN Asia-Pasifik dan Walt Disney Asia Tenggara. Firma perfileman Walt Disney membeli Lucasfilm pada tahun 2012. Perasmian studio berkenaan seiring dengan perancangan pemerintah untuk menjadikan pulau ini sebagai hab media digital serantau dengan menawarkan prasarana canggih selain pelaksanaan dasar imigresen yang liberal kepada pekerja-pekerja firma asing seperti Lucasfilm. Pusat produksi tersebut dianggap setanding dengan studio utama Lucasfilm di California. "Pengiktirafan itu lebih penting buat saya berbanding Anugerah Academy," kata Lucas. Dinamakan Lucasfilm Singapore, studio berkenaan terlibat dalam filem animasi Rango dan siri televi- syen Star Wars: The Clone Wars. Studio Lucasfilm merancang menerbitkan filem Star Wars: Episode 7 pada tahun depan. - AFP | |
NASA akan bina roket terbesar di dunia Posted: NASA akan bina roket terbesar di duniaGAMBAR yang menunjukkan roket Saturn (kiri) dan Shuttle serta Sistem Pelancaran Angkasa (kanan) milik Amerika Syarikat. - NASA WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin mendedahkan beberapa gambar roket terbaharunya yang dikenali sebagai Sistem Pelancaran Angkasa (SLS). Menurut NASA, SLS yang setinggi 98 meter itu merupakan roket terbesar di dunia. Kenderaan angkasa lepas itu juga boleh membawa bebanan sebanyak 143 tan. Ia akan digunakan untuk membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selain membantu manusia meneroka sistem solar dengan lebih jauh. "Potensi penggunaan SLS untuk bidang sains akan meningkatkan lagi sinergi bagi tujuan eksplorasi saintifik dan penjelajahan manusia," kata angkasawan dan pentadbir sains bersama di ibu pejabat NASA di sini, John Grunsfeld. Katanya, selain misi ke ISS, roket berkenaan juga dapat digunakan untuk penerokaan asteroid dan menuju ke planet Marikh. Roket SLS dijangka dilancarkan buat kali pertama oleh NASA pada tahun 2017. - Agensi | |
Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutan Posted: Bayi robot buat pejalan kaki di New York ketakutanWAJAH bayi robot. NEW YORK - Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa terkejut dan takut di sini, lapor akhbar New York Daily News semalam. Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut. Kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini. Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube. Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan