Kosmo Online - Dunia |
- Bangkok belum lumpuh
- Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir
- Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg
Posted: Bangkok belum lumpuh
BANGKOK - Premis-premis perniagaan masih beroperasi seperti biasa di Bangkok semalam walaupun beberapa persimpangan jalan utama di bandar raya itu ditawan kumpulan penunjuk perasaan yang berjumlah ribuan orang. Bagaimanapun, sejumlah 36 buah cawangan bank komersial di bandar raya yang mempunyai 20 juta penduduk itu tidak beroperasi manakala ramai pemandu mengelak melalui jalan yang ditutup penunjuk perasaan. Bagaimanapun, kebanyakan kedai dan pejabat berhampiran tujuh lokasi yang ditawan beribu-ribu penunjuk perasaan tetap beroperasi seperti biasa. Seorang pembantu kedai di pasar raya Terminal 21, Supaporn Numsunk berkata, bunyi bising daripada ceramah dan tunjuk perasaan tersebut menyebabkan pelancong asing masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan. "Perniagaan berjalan seperti biasa kerana pelancong tidak mempunyai pilihan selain masuk ke dalam pasar raya. "Mereka tidak selesa berjalan di luar kerana terdapat beribu-ribu penunjuk perasaan dan suasananya juga bising," katanya yang bekerja di sebuah kedai menjual sabun. Tunjuk perasaan yang bermula kelmarin itu bertujuan mendesak Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra meletak jawatan dengan sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk melaksanakan pembaharuan bagi menamatkan rasuah dan politik wang di Thailand. SEJUMLAH penunjuk perasaan antikerajaan berhimpun Mereka juga mahu menggagalkan pilihan raya umum lebih awal yang diumumkan oleh Yingluck pada 2 Februari depan kerana bimbang pemimpin yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra kembali berkuasa. Para penunjuk perasaan yang diketuai Suthep Thaugsuban yang juga bekas timbalan perdana menteri itu menuduh Yingluk menjadi boneka kepada Thaksin yang juga abangnya. Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada tahun 2006 selepas kerajaannya didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa. Tunjuk perasaan itu mengimbau kembali protes serupa pada tahun 2010 apabila banyak lokasi di Bangkok lumpuh sehingga memaksa pihak tentera campur tangan dan menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh. Kali ini pihak berkuasa mengambil langkah yang tidak terlalu menonjol dan kerajaan berharap para penunjuk perasaan akan letih dengan tindakan mereka sebelum pertumpahan darah kembali berlaku. Dalam pada itu, Yingluck semalam sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk dengan desakan kumpulan penunjuk perasaan yang merancang menumbangkan kerajaan dengan melumpuhkan Bangkok. "Saya telah tegaskan banyak kali bahawa saya mempunyai tugas untuk bertindak menurut tanggungjawab yang diberikan selepas pembubaran Parlimen. "Saya juga tegaskan bahasa saya bukan mempertahankan jawatan saya tetapi saya perlu mengekalkan kestabilan politik. Saya menjalankan tugas saya iaitu mengekalkan demokrasi,'' katanya. - Agensi | |
Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di Mesir Posted: Tiga mati pada hari pertama pungutan suara di MesirBEBERAPA orang berbaris untuk mengundi dalam pungutan suara di Kaherah semalam. KAHERAH - Hari pertama pungutan suara di Mesir semalam menyaksikan tiga orang terbunuh apabila kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi bertempur dengan pihak polis. Pertempuran di bandar Sohag tercetus beberapa jam selepas para pengundi negara ini membuang undi untuk menggubal perlembagaan baru. Para pegawai berkata, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kira-kira 300 orang penyokong Morsi apabila mereka ditembak dalam satu tunjuk perasaan. Perlembagaan baharu yang disokong pihak tentera itu dianggap satu kejayaan besar sejak Morsi digulingkan dalam satu rampasan kuasa pada Julai tahun lalu. Para penyokong Morsi yang menentang tindakan tentera tersebut melancarkan tunjuk perasaan hampir setiap hari bagi menyatakan perasaan tidak puas hati mereka. Kerajaan sementara yang mendapat sokongan tentera turut mengisytiharkan pergerakan Ikhawanul Muslimin yang menyokong Morsi sebagai pertubuhan pengganas. Ribuan orang termasuk beberapa pemimpin kanan pertubuhan tersebut telah dipenjarakan. - AP | |
Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam beg Posted: Wang tunai AS$7 juta ditemui di dalam begSEORANG anggota polis mengawal wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) pada satu sidang akhbar di bandar raya Panama kelmarin. BANDAR RAYA PANAMA - Polis Panama menyatakan wang tunai sebanyak AS$7 juta (RM22.84 juta) yang disembunyikan di dalam lapan buah beg telah dirampas di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini kelmarin. Ekoran penemuan itu, seramai tiga lelaki warga Honduras telah ditangkap polis bagi membantu siasatan. Menurut ketua pendakwa raya unit antidadah, Javier Caraballo, pihak berkuasa menemui wang tersebut selepas memperoleh maklumat risikan. Maklumat perisikan itu menyatakan, sejumlah wang akan memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen di sini. Menurut kenyataan polis, tiga lelaki tersebut menaiki penerbangan dari Tegucigalpa, Honduras. Polis menyatakan, beg tersebut berada bersama tiga lelaki berkenaan ketika mereka ditangkap. Pihak berkuasa Panama menyatakan, para pegawai menemui bungkusan wang dalam dolar Amerika yang disembunyikan di dalam beg tersebut. Panama memang dikenali sebagai pusat pengubahan wang haram untuk sindiket dadah di Amerika Latin. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan