Isnin, 30 Disember 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

Posted:

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

Najib umum 11 langkah kurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari

30/12/2013 8:35pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Najib berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juruperunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - Bernama

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

Posted:

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

CUEPACS mahu penjawat awam diberi kuota khas haji mulai tahun depan

30/12/2013 8:30pm

KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan.

Presidennya, Azih Muda berkata, kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu.

"CUEPACS mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.

Azih berkata, cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh CUEPACS bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata, selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak. - Bernama

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

Posted:

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

Guru besar dan anak maut kereta tenggelam dalam parit

30/12/2013 8:26pm

KUCHING - Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan.

Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut.

Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan berlaku ketika hujan.

Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved