Kosmo Online |
- Malaysia bertemu Indonesia di separuh akhir
- Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember ini
- Azean Irdawaty meninggal dunia
Malaysia bertemu Indonesia di separuh akhir Posted: Malaysia bertemu Indonesia di separuh akhir17/12/2013 9:51pm NAY PYI TAW, Myanmar - Malaysia mara ke separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-27 selepas mengalahkan Vietnam 2-1 pada perlawanan terakhir kumpulan A di Stadium Zayar Thiri di sini hari ini. Malaysia, yang diwakili oleh skuad Harimau Muda A, muncul juara kumpulan apabila mengekalkan rekod tanpa dalam empat perlawanan dengan mengutip 10 mata manakala Singapura menghuni tangga kedua kumpulan dengan lapan mata. Pada perlawanan separuh akhir Khamis ini, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu akan menentang Indonesia, selaku naib juara Kumpulan B manakala Singapura bertemu Thailand, juara Kumpulan B. Malaysia hanya memerlukan keputusan seri ke atas Vietnam bagi mengesahkan slot separuh manakala lawannya itu perlu mencari kemenangan mutlak. Berikutan keadaan terdesak, kedua-dua pasukan itu mula menampilkan permainan pantas untuk memburu gol awal dengan saling melakukan serangan bertali arus pada babak pertama. - Bernama |
Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember ini Posted: Permohonan BR1M 2014 dibuka dari 23 Disember ini17/12/2013 9:21pm KUALA LUMPUR - Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Januari depan, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. "Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu. Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my. Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang. - Bernama |
Azean Irdawaty meninggal dunia Posted: Azean Irdawaty meninggal dunia17/12/2013 10:26pm KUALA LUMPUR - Seniwati veteran, Azean Irdawaty meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas enam tahun bertarung dengan penyakit kanser pada pukul 8.25 malam di sini semalam. Menurut suaminya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, Azean atau nama sebenarnya Azean Irdwaty Yusoef, 63, dimasukkan di Unit Rawatan Rapi, PPUM pada tiga hari lalu. "Dia (Azean) tidak mahu menjamah makanan dua hari lalu dan berat badannya mulai merosot," katanya yang ditemui di PPUM di sini semalam. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan