Selasa, 17 Disember 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Empat berdepan hukuman mati

Posted:

Empat berdepan hukuman mati

Empat berdepan hukuman mati

MOHAMAD YUSOF, Mohd. Aswenry, Iweldo Putra dan Pondri Neriko diiring keluar dari Mahkamah Majistret Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri wang tabung masjid dua minggu lalu.

Pengurus keselamatan, Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan, Mohd. Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada pukul 5 pagi 3 Disember lepas.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia

Posted:

Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia

Seniwati Azean Irdawaty meninggal dunia

Oleh KHAIRUL AMRI
HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my

AZEAN meninggal dunia pada usia 63 tahun akibat kanser.


KUALA LUMPUR – Selepas enam tahun bertarung melawan penyakit kanser, primadona filem Melayu, Azean Irdawaty akhirnya pergi menghadap Ilahi ketika sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 8.25 malam tadi.

Azean atau nama sebenarnya Azean Irdawaty Yusoef, 63, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi PPUM sejak tiga hari lalu. Azean disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga pada Jun 2007.

Suami Azean, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 63, berkata, berat badan Allahyarham isterinya mulai susut selepas dia tidak mahu menjamah makanan sejak dua hari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

1.6 tan dadah dirampas tahun ini

Posted:

1.6 tan dadah dirampas tahun ini

1.6 tan dadah dirampas tahun ini

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


KHAZALI (kiri) menunjukkan dadah yang disembunyikan dalam gelungan plastik yang disimpan dalam bagasi milik seorang warga China pada sidang akhbar di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON – Sejumlah 1.6 tan dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM116 juta dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di beberapa lokasi di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, jumlah tersebut melibatkan sebanyak 126 kes cubaan menyeludup dadah yang berjaya dipatahkan oleh jabatan itu yang melakukan pemantauan berterusan di semua pintu masuk utama.

Menurut beliau, nilai rampasan dadah berbanding tempoh sama pada tahun lalu adalah lebih tinggi iaitu RM162 juta dengan 117 kes rampasan melibatkan dadah seberat 1.5 tan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved