Kosmo Online - Varia |
Novel tema cinta, kekeluargaan emosi Posted: Novel tema cinta, kekeluargaan emosiOleh NADIA SHAIFUL BAHARI
KALI pertama bertentang mata dengan novelis muda yang berselindung di sebalik nama Ayumi Syafiqah, fikiran diburu perasaan sangsi. Adakah benar gadis pendiam tersebut penulis asal novel Tak Mampu Menjaga Cintamu? Perwatakan gadis berusia 20 tahun itu disifatkan terlalu pemalu dan tidak banyak berbicara di luar topik yang dibincangkan. Dia seperti menjaga setiap tutur perkataannya. Ketika ditebak soalan, bagaimana dia menghasilkan naskhah cinta yang sarat dengan emosi dalam masa singkat iaitu selama sebulan setengah? Ayumi Syafiqah tidak mengambil masa lama untuk menjawab persoalan tersebut. "Saya suka menulis kerana boleh menjadi orang lain ketika menulis. Saya menyelami emosi setiap watak yang digambarkan dalam cerita. "Selain itu, menulis juga membuatkan saya boleh lari seketika daripada dunia realiti terutama ketika sedang menghadapi masalah peribadi atau pelajaran," ujarnya ketika ditemui pada Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini. Ayumi Syafiqah atau nama sebenarnya Ummi Syafiqah Zaki merupakan pelajar tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor. Ilham Setakat ini, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu berjaya menghasilkan tiga novel iaitu Kau Pemilik Hatiku, Status Hati: Dia Milikku dan Tak Mampu Menjaga Cintamu. Kesemua novel tersebut sudah berada di pasaran dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia novel tanah air.
Ayumi Syafiqah kerap mendapat ilham untuk dijadikan plot dalam novelnya melalui penghayatan lagu dan ada juga yang diinspirasikan daripada drama bersiri Inggeris. Menurutnya, novel Tak Mampu Menjaga Cintamu mengetengahkan tema cinta dan kekeluargaan. Kisah yang diolah banyak bermain emosi dan air mata, ia jauh berbeza dengan dua novelnya sebelum ini yang lebih kepada kisah santai. Namun, naskhah tersebut bukan sekadar kisah cinta Uda dan Dara tetapi mengangkat tema kasih sayang kekeluargaan dan kepercayaan teguh dalam hidup berpasangan. Dikecewakan Novel berkenaan mengisahkan tentang gadis bernama Anatasya yang pernah dikecewakan lelaki yang sangat disayanginya. Ekoran cinta yang mendalam, dia gagal melihat siapa sebenarnya lelaki bernama Naqiu. Teguran dan amaran daripada rakan baiknya tidak diendahkan sehingga Anatasya sanggup menuduh mereka sengaja ingin memutuskan hubungannya dengan lelaki hidung belang tersebut. Tidak lama menjalin cinta, akhirnya Anatasya dan Naqiu telah terlanjur. Selepas kejadian itu, Naqiu pergi meninggalkan Anatasya menangisi nasibnya. Ketika itu, segala-galanya sudah terlambat kerana Naqiu cuma berniat mempermainkannya. Beberapa tahun kemudian, Anatasya semakin matang meneruskan hidup. Dia menanam tembok kebencian yang tinggi terhadap kaum lelaki disebabkan peristiwa hitam yang masih berbekas hingga kini. Namun, dalam satu insiden, dia bertemu Naqiu untuk kali kedua. Apakah yang terjadi seterusnya? Pembaca perlu mendapatkan novel terbitan Love Novel Enterprise tersebut bagi mengetahui pengakhiran dilema yang dilalui oleh watak utama iaitu Anatasya. | ||
Urusan perbankan lebih selesa bersama AmBank Posted: Urusan perbankan lebih selesa bersama AmBankSURAYA (kanan) bersalam dengan Sunny pada majlis perasmian pembukaan semula cawangan AmBank Sungai Bakap, Pulau Pinang. PENYEDIA nombor satu pembiayaan kereta, AMMB Holdings Berhad (AmBank), baru-baru ini merasmikan pembukaan semula cawangan Sungai Bakap, Pulau Pinang yang berkonsep lebih mesra pelanggan dengan reka bentuk lebih segar. Menurut Pengurus Besar Kanan, Ketua Pengagihan Runcit AmBank, Suraya Hassan, pengubahsuaian itu berpandukan konsep AmConnective bertujuan memberi pengalaman baharu dan keselesaan kepada pelanggan ketika membuat urusan perbankan. "Matlamat Kumpulan AmBank adalah menjadi peneraju dalam memberi keselesaan kepada pelanggan dan kakitangan kami," katanya. Tambahnya lagi, proses pengubahsuaian tersebut akan dilakukan secara berperingkat-peringkat di seluruh cawangan AmBank di Wilayah Utara. Dalam pada itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, cawangan Ambank itu turut menyediakan perkhidmatan perbankan pada hujung minggu iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan terakhir setiap bulan. Selain itu, cawangan tersebut turut mempunyai akses tempat letak kereta yang lebih baik dan mencukupi bagi menampung peningkatan jumlah pelanggan pada waktu puncak. Cawangan itu turut menyediakan kaunter pertanyaan di depan pintu masuk bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak mereka. "Sungai Bakap semakin berkembang dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju, pekan ini hanya dipisahkan dengan jarak 15 kilometer dengan jambatan kedua Pulau Pinang. "Kami menyedari perubahan pesat bandar raya ini dan kami komited untuk berkembang bersama-sama dengan masyarakat Wilayah Utara yang merangkumi Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis," kata Suraya. Sebagai sebahagian daripada tawaran khas pembukaan cawangan tersebut pada 23 Disember lalu, pelanggan akan menikmati pelbagai promosi hebat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan