Ahad, 15 Disember 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau belum selesa

Posted:

Harimau belum selesa

Harimau belum selesa

BARISAN pemain Harimau Muda melambaikan tangan ke arah penyokong selepas tamat perlawanan menentang Singapura di Stadium Zeyyer Thiri semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Harimau Muda memilih laluan sukar untuk melayakkan diri ke separuh akhir selepas seri 1-1 dengan Singapura pada aksi ketiga Kumpulan A di Stadium Zeyyer Thiri semalam.

Keputusan seri itu menyebabkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee tidak boleh kalah kepada Vietnam pada aksi terakhir esok.

Ketika ini, Singapura berjaya mengumpul lapan mata untuk memimpin kedudukan teratas, manakala Harimau Muda yang kurang satu perlawanan di tempat kedua dengan tujuh mata.

"Pemain-pemain sudah bermain bersungguh-sungguh. Meskipun kami gagal mengutip tiga mata penuh, saya tetap berpuas hati kerana berjaya memperoleh satu mata.

"Kami tidak bermain untuk seri dan bertahan sepanjang masa tetapi kami tetap melancarkan serangan yang bertali arus.

"Namun, nasib tidak menyebelahi kami meskipun kami memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan lebih banyak gol.

"Seperti mana yang kita tahu, Singapura adalah sebuah pasukan yang kuat terutamanya ketika dalam situasi bola mati. Mereka berjaya mendapatkan sepakan percuma dan situasi itu yang menyebabkan kami kehilangan dua mata," kata Kim Swee.

Kim Swee berkata, beliau akan memikirkan strategi yang lebih ampuh untuk menghadapi perlawanan hidup mati menentang Vietnam.

Pada aksi semalam, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan yang agak keras dan saling melancarkan serangan balas yang pantas dalam usaha memburu gol.

Empat kad kuning dilayangkan kepada pemain Harimau Muda iaitu Mohd. Zubir Mohd. Azmi, Shahrul Mohd. Saad, K. Reuben dan Mohd. Nasir Basharudin manakala satu kepada pemain Singapura, Muhammad Afiq Yunos.

Afiq menyumbat masuk gol pertama Singapura pada minit ke-60.

Tersentak dengan jaringan itu, Kim Swee melakukan pertukaran strategi dengan mengeluarkan penyerang, Ahmad Hazwan Bakri untuk digantikan dengan Mohd. Rozaimi Ab. Rahman pada minit ke-67.

Empat minit kemudian, pemain sayap kanan, A. Thamil Arasu pula dikeluarkan bagi memberi peluang kepada arkitek muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor.

Rozaimi membuktikan kehebatannya apabila meledak gol penyamaan menerusi satu sepakan percuma yang cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-90.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Vietnam membelasah Laos 5-0.

Irfan jelma emas pertama olahraga

Posted:

Irfan jelma emas pertama olahraga

Irfan jelma emas pertama olahraga


JERITAN SANG JUARA... Irfan meraikan kejayaannya meraih emas acara lempar cakera lelaki di Stadium Wunna Theikdi semalam.


NAY PYI TAW, Myanmar - Acara olahraga membuka gelanggang semalam dengan Muhammad Irfan Shamsuddin menjadi atlet pertama dan termuda menyumbang emas menerusi acara lempar cakera lelaki pada temasya Sukan SEA kali ini.

Selepas acara paling awal - 20 kilometer (km) jalan kaki lelaki menyaksikan atlet negara, Lo Choon Sieng hanya mampu menduduki tempat kelima manakala seorang lagi, Muhammad Khairil Harith Harun dibatalkan penyertaan, Irfan, 18, tampil di balapan Stadium Wunna Theikdi dengan harapan tinggi menggunung terpikul di bahunya.

Ternyata Irfan tidak menghampakan apabila bukan sahaja berjaya memenangi emas, malah turut mencatat rekod baharu kebangsaan miliknya dengan jarak balingan sejauh 53.16 meter (m).

Rekod lama adalah 49.90m yang dicipta Irfan tiga minggu lalu dalam satu kejohanan di Brunei.

"Ia sesuatu yang istimewa. Selain pingat emas yang mengembirakan saya, rekod baharu yang dicipta juga amat baik sekali.

"Paling manis, saya berjaya memperbaharuinya dua kali dalam tempoh sebulan ini," kata siswa jurusan perniagaan Universiti Malaya itu.

Ini merupakan emas pertama Irfan pada temasya Sukan SEA dan dia memang berhak meraikannya kerana muncul atlet termuda pernah memenanginya untuk negara.

Pada aksi semalam, Irfan menewaskan atlet Thailand, Narong Benjarong (52.45m) yang menang perak dan Hermanto (51.96m) dari Indonesia, gangsa.

Sementara itu, skuad olahraga negara turut meraih satu gangsa menerusi Jackie Wong Siew Cher dalam acara baling tukul besi lelaki.

Selebihnya, selain kegagalan atlet jalan kaki lelaki, acara 400m wanita menyaksikan Nurul Faezah Asma Mazlan (56.96s) hanya mampu menduduki tempat ketujuh manakala kategori lelaki menyaksikan Mohd. Arif Zulhilmi Alet (48.23s) di tempat kelima dan S. Kannathasan (48.85s), ketujuh.

Malaysia tidak mempunyai wakil dalam empat lagi acara akhir yang berlangsung semalam iaitu 20km jalan kaki wanita, lontar peluru wanita, lompat jauh lelaki, dan lompat bergalah wanita.

Bina badan cetus ceria

Posted:

Bina badan cetus ceria

Bina badan cetus ceria


NGAI HOENG bergaya dengan pingat emas yang dimenangi bagi kategori 90kg di Pusat Konvesyen Myanmar, Yangon semalam.


YANGON, Myanmar - Wong Ngai Hoeng menutup tirai acara bina badan dengan meraih sebutir pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA 2013 di Pusat Konvensyen Myanmar semalam.

Ngai Hoeng, 46, berjaya mencuri tumpuan para juri dengan menewaskan pemenang pingat perak dan gangsa, masing-masing iaitu Aung Swe Naing dari Myanmar dan Panupong Prateep (Thailand) bagi kategori 90 kilogram (kg).

Lebih membanggakan apabila dia melakar rekod baharu apabila muncul sebagai atlet negara pertama meraih pingat emas bagi acara tersebut pada temasya dwitahunan itu.

"Saya sangat teruja dapat muncul atlet bina badan Malaysia yang pertama meraih pingat emas dalam kategori light heavyweight iaitu untuk badan yang bersaiz besar.

"Saya membuat persiapan selama enam bulan bagi kategori ini, sebab penganjur tidak mempertandingkan acara super heavyweight, jadi saya terpaksa menurunkan berat badan dan fokus 100 peratus dalam latihan.

"Kemenangan ini juga untuk ibu saya (Ng Kim Giok, 77 tahun) atas sokongan beliau selama ini, kini kesihatannya tidak berapa baik," katanya kepada pemberita semalam.

Kelmarin, ikon bina badan negara, Sazali Samad sekadar meraih pingat perak bagi acara 70kg.

Pengurus pasukan negara, Abdul Halim Budin berkata, beliau berpuas hati skuad bina badan mencapai sasaran satu pingat emas dan satu pingat perak pada temasya kali ini.

"Pada mulanya saya agak terkejut dengan kekalahan Sazali tetapi hari ini (semalam) Wong berjaya membuatkan pasukan Malaysia kembali ceria," kata Abdul Halim.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved