Ahad, 15 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


ANC ucap selamat tinggal Mandela

Posted:

ANC ucap selamat tinggal Mandela

ANC ucap selamat tinggal Mandela

KERANDA berisi mayat Mandela tiba di Lapangan Mthatha di cape Town semalam.


JOHANNESBURG - Mayat ikon anti- Apartheid, Nelson Mandela dipindahkan ke pangkalan udara Waterkloof semalam untuk ucapan selamat jalan daripada parti pemerintah, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).

Pihak tentera menyerahkan keranda berisi mayat Mandela kepada ANC pada majlis penuh takzim yang disiarkan secara langsung di televisyen Afrika Selatan.

Prosiding tersebut turut melibatkan upacara pelbagai agama dan penghormatan muzik untuk Mandela di pangkalan udara berkenaan.

Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma memuji Mandela dalam ucapan panjang lebar mengenai perjuangan membebaskan negara itu daripada belenggu Apartheid.

Beliau berkata, Mandela mempunyai keupayaan luar biasa untuk menjadikan teori satu realiti.

"Dia melakukan sesuatu yang tidak mudah untuk dilakukan," kata Zuma.

Beliau juga menceritakan tentang kedatangan Mandela dari desa ke bandar raya ini semasa muda sebagai pembawa disiplin dan visi kepada pergerakan anti-Apartheid yang panjang dan sukar.

Mayat Mandela akan dikembalikan kepada kawalan tentera pada pagi hari yang sama.

Ia kemudian akan diterbangkan ke kampung halamannya di wilayah Cape Timur untuk persiapan terakhir sebelum dikebumikan hari ini.

Keranda berisi mayat Mandela dijangka tiba di bandar Mthatha di Cape Timur petang semalam dengan disambut perbarisan ketenteraan.

Beberapa upacara akan dilakukan sebelum satu konvoi akan membawa mayat Mandela dari Mthatha ke kampung Qunu di mana mendiang akan dikebumikan.

Orang ramai dijemput untuk melihat rombongan jenazah itu kerana ia melakukan perjalanan ke Qunu .

Mendiang yang juga merupakan bekas Presiden kulit hitam Afrika Selatan yang pertama meninggal dunia minggu lalu pada usia 95 tahun akibat jangkitan paru-paru. - Agensi

Siam Paragon paling popular di Instagram

Posted:

Siam Paragon paling popular di Instagram

Siam Paragon paling popular di Instagram


PUSAT beli-belah Siam Paragon di Bangkok dipilih sebagai lokasi paling popular di Instagram tahun ini.


BANGKOK - Pusat beli-belah dan kompleks hiburan Siam Paragon di sini merupakan tempat paling popular di Instagram tahun ini, kata pengarah eksekutif laman perkongsian gambar dan video berkenaan, Kevin Systrom kelmarin.

Seramai 150 juta pengguna di seluruh dunia dan sekitar 55 juta gambar dimuat naik di laman web berkenaan pada setiap hari.

Kelmarin, laman perkongsian gambar itu mendedahkan gambar, lokasi, bandar raya dan tanda hashtag paling popular sepanjang 2013

Bintang pop, Justin Bieber mengungguli kategori gambar paling digemari tahun ini apabila memperoleh lebih 1.5 juta 'like' di Instagram.

Penyanyi dari Kanada itu turut mempunyai lebih 12 juta pengikut di laman perkongsian gambar tersebut.

Foto paling popular itu menunjukkan Bieber bergambar bersama aktor kulit hitam Hollywood, Will Smith.

Kategori lokasi paling popular pula menjadi milikSiam Paragon.

Tempat kedua bagi kategori sama menjadi milik Times Square manakala Disneyland California menduduki tempat ketiga dalam senarai itu.

Ikon kebanggaan Perancis, Eiffel Tower di Paris yang sebelum ini merupakan antara lokasi pelancongan popular bagaimanapun terkeluar daripada senarai Instagram tahun ini.

Kategori bandar paling popular pula diungguli oleh New York di Amerika Syarikat manakala Bangkok berada di tempat kedua dalam Instagram. - Agensi

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS

Posted:

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS

Lelaki ditangkap cuba bom lapangan terbang di AS


LOEWEN


WASHINGTON - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelmarin bahawa mereka telah menggagalkan komplot untuk mengebom Lapangan Terbang Mid-Continent di Wichita, Kansas. Kejayaan itu susulan penangkapan seorang lelaki yang mengaku beragama Islam dan pernah menyatakan untuk melakukan jihad bagi pihak pergerakan Al-Qaeda.

Suspek, Terry Loewen yang bekerja sebagai seorang juruteknik penerbangan dari Wichita ditahan awal pagi kelmarin ketika cuba memasuki lapangan terbang itu dengan memandu sebuah kenderaan berisi bahan letupan.

"Dia merancang meletupkan bom berkenaan dan mahu mati dalam serangan tersebut," kata pihak berkuasa.

Loewen disiasat oleh Pasukan Petugas Bersama Wichita sejak awal musim panas tahun ini. Dia merancang komplot pengeboman itu bersama beberapa individu yang dianggap rakan konconya.

Namun, mereka sebenarnya ialah ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang menyamar.

Loewen menganggap seorang ejen rahsia itu merupakan anggota kumpulan pengganas AQAP yang bergerak aktif di Yemen.

Ejen berkenaan membantu Loewen membina bom tersebut.

"Namun, suspek tidak tahu bahawa bom itu tidak akan meletup," kata pendakwa raya Daerah Kansas, Barry Grissom.

Menurutnya, Loewen turut mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan melakukan serangan keganasan untuk meragut seberapa banyak nyawa yang boleh.

Suspek telah didakwa di sebuah Mahkamah Persekutuan AS kerana cuba menggunakan senjata pemusnah besar-besaran dan merosakkan harta benda menggunakan bahan letupan. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved