Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Taklimat KAFA Integrasi Al-Hijrah
- Econsave prihatin bantu pemuda lumpuh
- Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramai
Taklimat KAFA Integrasi Al-Hijrah Posted: Taklimat KAFA Integrasi Al-HijrahSEBAHAGIAN daripada ibu bapa yang hadir pada majlis taklimat mengenai KAFA Integrasi Al-Hijrah di Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini. TAKLIMAT. Satu sesi taklimat mengenai Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) Integrasi Al-Hijrah kepada ibu bapa pelajar diadakan di Surau Al-Hijrah (SAH), Desa Pinggiran Putra Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini. Mulai tahun 2014, KAFA Integrasi Miftahuddin Kajang yang sebelum ini beroperasi sebagai cawangan di SAH akan didaftarkan di bawah SAH dengan nama Sekolah KAFA Integrasi Al-Hijrah. Pengerusi SAH, Wan Mohd. Yusof Wan Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil berikutan arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang tidak membenarkan lagi Sekolah KAFA Miftahuddin, Kajang menubuhkan mana-mana cawangan. Katanya, semua sesi pembelajaran KAFA Integrasi Al-Hijrah akan dijalankan sepenuhnya di bangunan surau yang mengandungi tiga bilik darjah. "Pembelajaran adalah mengikut sukatan yang ditetapkan JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Yuran pengajian masih kekal sebanyak RM40 sebulan," katanya. |
Econsave prihatin bantu pemuda lumpuh Posted: Econsave prihatin bantu pemuda lumpuhZAMZURI (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada Abu Bakar Saad, bapa kepada Mohd. Nizam yang lumpuh di Kampung Padang Lalang, Simpang Ampat, Pulau Pinang baru-baru ini. BANTU. Penderitaan dialami seorang pemuda, Mohd. Nizam Abu Bakar, 21, yang lumpuh anggota badan selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian tempurung kepalanya pada Oktober lalu mendapat perhatian banyak pihak selepas kisahnya disiarkan Kosmo! baru-baru ini. Pasar raya besar Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd. (Econsave) cawangan Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang antara yang bermurah hati menyerahkan sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan harian kepada keluarga Mohd. Nizam. Pengurus Operasi pasar raya itu, Zamzuri Mansor berkata, pihaknya menyerahkan sumbangan tersebut bagi meringankan beban keluarga Mohd. Nizam selain memberi semangat kepada pemuda itu untuk kembali pulih. "Sumbangan bernilai RM1,000 itu merupakan salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat di bawah program Econsave Prihatin," katanya ketika ditemui semasa menyerahkan sumbangan tersebut kepada keluarga pemuda itu di Kampung Padang Lalang di Simpang Ampat, Pulau Pinang. |
Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramai Posted: Kanak-kanak Orang Asli Temiar berkhatan beramai-ramaiMOHD. NIZAR (belakang, tengah) bersama Abdul Razak (belakang lima dari kiri) bergambar bersama anak-anak Orang Asli pada majlis berkhatan beramai-ramai pada program Jiwa Murni di Sungai Siput, Perak baru-baru ini. IBADAH. Seramai 20 kanak-kanak Orang Asli dari suku Temiar berkhatan beramai-ramai pada program Jiwa Murni anjuran Kor Kesihatan Diraja (KKD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Legap, Sungai Siput, Perak baru-baru ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Razak Md. Yusoff berkata, program yang merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi merapatkan hubungan ATM bersama rakyat itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Usahawan dan Koperasi Perak, Mohd. Nizar Zakaria. Beliau berkata, kesemua kanak-kanak Orang Asli berkenaan dikhatankan secara percuma oleh doktor dan paramedik KKD ATM. "Pada program sama, kita turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada hampir 1,300 masyarakat tersebut yang menetap di sekitar Sungai Siput," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan