Selasa, 31 Disember 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


14 maut serangan bom di Rusia

Posted:

14 maut serangan bom di Rusia

14 maut serangan bom di Rusia

SEBUAH bas musnah dalam letupan bom di bandar Volgograd semalam.


MOSCOW - Satu letupan memusnahkan sebuah bas elektrik di bandar Volgograd, Rusia menyebabkan 14 orang terbunuh semalam.

Letupan kedua dalam tempoh kurang 24 jam itu mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan Sukan Olimpik musim sejuk di bandar Sochi.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh seorang pengebom berani mati.

Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu berlaku selepas satu kejadian serangan berani mati di Stesen Kereta Api Volgograd-1 di bandar yang sama sehingga mengakibatkan 17 orang terbunuh di sebuah stesen kereta api.

"Ia merupakan sesuatu yang mengerikan," kata seorang wanita yang berada di lokasi kejadian.

Serangan itu berlaku di bandar Volgograd beberapa bulan selepas pemimpin Chechen, Doku Umarov mendesak beberapa serangan baharu dilancarkan ke atas sasaran awam di Rusia.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan agensi-agensi penguatkuasaan untuk mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan kawalam keselamatan selepas kejadian serangan pengebom berani mati itu berlaku.

Dalam pada itu, Rusia mengaitkan kedua-dua kejadian itu dengan serangan yang dilakukan militan di Amerika Syarikat, Syria dan beberapa buah negara lain.

"Kami akan terus menentang musuh yang berbahaya," kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan. - Agensi

20,000 objek berbentuk sfera di Teluk Marina

Posted:

20,000 objek berbentuk sfera di Teluk Marina

20,000 objek berbentuk sfera di Teluk Marina


SEBAHAGIAN daripada 20,000 objek berbentuk sfera terapung di sebatang sungai di Teluk Marina, Singapura semalam.- REUTERS


SINGAPURA - Kira-kira 20,000 objek berbentuk sfera terapung di sepanjang Teluk Marina di sini semalam menjelang sambutan tahun baharu.

Sfera itu ditulis oleh penduduk di negara ini tentang hasrat mereka untuk tahun 2014.

Golongan tua dan muda dari beberapa badan kebajikan diberi peluang untuk menulis hasrat mereka pada objek tersebut.

Cahaya akan muncul di objek tersebut pada malam sambutan tahun baharu.

Pada sambutan itu, persembahan konsert turut diadakan bagi meraikan kedatangan tahun baharu. - Agensi

Polis Thai lancar tunjuk perasaan

Posted:

Polis Thai lancar tunjuk perasaan

Polis Thai lancar tunjuk perasaan


BEBERAPA anggota polis melancarkan tunjuk perasaan di Royal Plaza, Bangkok semalam.


BANGKOK - Polis Thailand semalam melancarkan tunjuk perasaan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana terpaksa menangani tunjuk perasaan antikerajaan sejak bulan lalu.

Kira-kira 500 anggota polis datang bersama keluarga mereka untuk berhimpun di sebuah dataran awam dekat kem para penunjuk perasaan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka.

Seorang anggota polis mati akibat ditembak lima hari lalu ketika bertempur dengan para penunjuk perasaan yang cuba menghalang calon-calon pilihan raya mendaftar diri untuk bertanding pada pilihan raya umum pada Februari depan.

Anggota-anggota polis itu yang berhimpun itu diketuai oleh seorang pegawai kanan polis, Niwat Puenguthaisri.

Sejak bulan lalu, para penunjuk perasaan berhimpun di Bangkok bagi menuntut Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan selepas beliau dituduh menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.

Thaksin kini hidup dalam buangan selepas digulingkan tentera kerana kerajaannya dicemari penyalahgunaan kuasa pada tahun 2006. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved