Isnin, 11 November 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Barcelona kehilangan khidmat Messi

Posted:

Barcelona kehilangan khidmat Messi

Barcelona kehilangan khidmat Messi

11/11/2013 10:27pm

BARCELONA - Bintang bolasepak terkemuka, Lionel Messi bakal diketepikan daripada beraksi sehingga penghujung tahun ini setelah mengalami kecederaan kaki pada perlawanan menentang Real Betis baru-baru ini.

Penyerang kebangsaan Argentina itu mengalami kecederaan pada kaki kiri ketika bermain dalam perlawanan yang memihak kepada pasukan Catalan dengan jaringan 4-1 pada Ahad lalu.

Kelab Sepanyol itu dijangka kehilangan khidmat pemain terbaik dunia sebanyak empat kali itu sehingga lapan perlawanan termasuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Ajax Armsterdam dan Celtic.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 14 gol dalam 16 perlawanan, sering mengalami kecederaan sejak penghujung musim lalu. - AP

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

Posted:

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

Kembar Siam berusia dua tahun meninggal dunia

11/11/2013 10:23pm

KEMAMAN - Selepas lebih dua tahun berkongsi jantung dan hati, kembar Siam pertama Terengganu yang mendapat liputan meluas media sebelum ini, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kemaman hari ini.

Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie yang bercantum pada bahagian dada, berusia dua tahun dua bulan meninggal dunia di pangkuan ibu mereka pada pukul 10.10 pagi selepas mengalami komplikasi jantung.

Noraini Mohamad, 33, berkata, kedua-dua anaknya itu dimasukkan ke wad empat hari lepas selepas diserang demam dan batuk serta sejak dimasukkan ke dalam wad mereka kelihatan lesu.

"Pagi ini mereka dilihat kembali cergas, sihat dan aktif dan sempat meminta susu, tapi kira-kira pukul 9 pagi degupan jantung mereka makin perlahan dengan muka dan tangan bertukar kebiru-biruan.

"Melihat keadaan kembar itu semakin kritikal saya dan suami berserah kepada Allah sebelum kedua-dua dengupan jantung anak tidak lagi berdengup selain mata mereka terpejam rapat seperti tidur," katanya ketika ditemui pemberita di sini. - Bernama

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

Posted:

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

Nur Suryani bidik emas kelima pada SEASA

11/11/2013 8:17pm

PETALING JAYA - Penembak wanita negara, Nur Suryani Mohd Taibi terus mempamerkan bidikan bertenaga apabila meraih pingat emas dalam acara 50m Rifle tiga posisi pada Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-37 di Lapang Sasar Kebangsaan, Subang di sini.

Pencapaian tersebut adalah pingat emas kelima buat penembak elit negara itu pada kejohanan berkenaan, sekali gus menjadi 'tonik' terbaik kepada Nur Suryani bagi menghadapi Sukan SEA di Myanmar pada bulan depan.

Dalam saingan hari ini, penembak berusia 31 tahun itu mencatat 447.4 mata untuk mengenepikan cabaran penembak Vietnam, Nguyen Thi Xuan yang mengutip 441.1 mata, manakala pingat gangsa milik Teresa Acuna Amparo dari Filipina dengan 420.1 mata.

Sebelum ini, penembak berasal dari Perak itu meraih empat pingat emas pada kejohanan itu dalam acara 10m Air Rifle individu dan berpasukan wanita serta 50m Rifle Prone individu dan berpasukan wanita.

Nur Suryani berkata, dia amat berpuas hati dengan pencapaiannya pada kejohanan itu, kejohanan bertaraf antarabangsa pertama disertainya selepas berehat hampir setahun setelah melahirkan cahaya mata pertama pada September tahun lepas.

Tambah Nur Suryani bahawa dia akan menjadikan Sukan SEA di Myanmar sebagai pentas bagi memantapkan prestasinya untuk berdepan temasya lebih besar tahun depan iaitu Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Kejohanan terakhir yang disertai Nur Suryani adalah Sukan Olimpik London 2012, namun beliau yang ketika itu sarat mengandung, gagal meraih pingat dan hanya sekadar menduduki tangga ke-34 daripada 56 pesaing pada pusingan awal.

- Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved