Kosmo Online - Negara |
Posted: Masih elok selepas 40 tahunOleh MOHAMED SAARI
SEGAMAT – Allahyarham Mohd. Said Ahmad yang jenazahnya masih sempurna selepas kuburnya digali kelmarin bukan sahaja seorang yang warak semasa hayatnya malah tidak pernah lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang. Anak Allahyarham, Jaafar Mohd Said, 78, berkata, sepanjang hayatnya, dia mendapati ayahnya yang sangat penyabar itu tidak pernah marah walaupun dia merupakan penghulu Mukim Gemereh. Malah kata beliau, ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 1970-an ketika berusia 78 tahun, suka menolong orang yang dalam kesusahan. Menurutnya, sifat tersebut diwarisi oleh abangnya, Yusuf yang kemudiannya mengambil alih jawatan Penghulu Mukim Gemereh daripada bapa mereka. Yusuf kemudian meninggal dunia ketika berusia 63 tahun, tujuh tahun lalu. "Apa yang boleh saya perkatakan ialah kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah warak dan taat kepada ajaran agama. "Mereka selalu membaca al-Quran setiap kali ada masa terluang," katanya ketika ditemui di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Khairy menang anugerah Shout! Awards Posted: Khairy menang anugerah Shout! Awards
KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencuri tumpuan apabila buat pertama kalinya berjaya memenangi anugerah pada majlis Shout! Awards bagi kategori Wired Celebrity yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam tadi. Kategori Wired Celebrity diberikan kepada pesonaliti yang aktif dan mampu memberi pengaruh kepada pengikutnya melalui pelbagai media sosial seperti Facebook dan Twitter. Khairy yang tidak menyangka kemenangan itu meluahkan rasa syukur buat peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards tahun ini. "Sejujurnya saya tidak menyangka memenangi kategori ini memandangkan ini merupakan pencalonan pertama saya. Terima kasih atas sokongan dan undian penyokong," ujarnya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Insiden culik bayi 19 jam berakhir Posted: Insiden culik bayi 19 jam berakhirOleh KHAIRIYAH HANAFI SARAH mendukung Freddie selepas bayi itu ditemui semula di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Episod sedih seorang guru wanita warga Britain kehilangan anak tunggalnya berusia 20 bulan yang dilarikan dua individu di Bangsar di sini kelmarin berakhir apabila bayi lelaki itu ditemui semalam. Freddie Joseph, anak hasil perkongsian Sarah Joseph, 38, dan bekas suaminya, seorang warga Filipina dijumpai di Taman Tasik Titiwangsa di sini pada pukul 1.20 petang, kira-kira 19 jam selepas dia diculik. Jarak antara lokasi mangsa dilarikan dan tasik itu kira-kira 11 kilometer. Ketika ditemui, seorang pesara kerajaan, Hamid Md. Isa melihat bayi tersebut yang memakai baju hijau dan seluar putih berjalan seorang diri dalam keadaan lemah dan kelaparan. Lelaki berusia 57 tahun itu kemudian menghubungi polis sebelum mangsa dibawa ke Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh mangsa dan dia dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut. "Ekoran itu, polis mengesan satu pasangan berusia lingkungan 30-an yang terlibat dalam kes penculikan tersebut. "Berdasarkan soal siasat, ibu bayi itu mendakwa dia tidak mengenali lelaki yang melarikan anaknya," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan