Kosmo Online - Negara |
- Jadi agresif selepas bahu ditepuk
- Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup
- Salon rambut jadi salon seks
Jadi agresif selepas bahu ditepuk Posted: Jadi agresif selepas bahu ditepuk
MARAN - Seorang anggota polis peronda tidak menyangka tindakannya meminta seorang lelaki supaya berhenti berzikir di tengah Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Plaza Tol Chenor di sini berakhir dengan tragedi apabila lelaki itu merampas pistol dan melarikan kereta peronda yang dipandu peronda berkenaan. Lebih mengejutkan, drama rampas pistol dan bawa lari kereta peronda itu yang berlarutan selama empat jam, turut mengakibatkan lelaki tersebut, Muhd. Nasrulfahmi Abdul Nasir, 22, mati ketika dirawat di Hospital Temerloh di sini semalam. Dia menerima rawatan tersebut selepas cedera di kepala apabila kereta peronda yang dilarikannya itu berlanggar dengan kenderaan polis yang mengejar dan kemudian mengepungnya. Kereta peronda polis jenis Proton Inspira dan pistol jenis P99 tersebut dilarikan oleh lelaki tersebut dari Plaza Tol Chenor memasuki Pekan Awah sebelum ia berjaya disekat di Kilometer 107, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Bukit Lada. Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, sebelum itu pada pukul 12.45 tengah malam, polis menerima aduan terdapat seorang lelaki duduk di atas sebuah motosikal di lorong tengah lebuh raya dekat Plaza Tol Chenor. Katanya, tindakan lelaki itu didapati mengganggu lalu lintas selain membahayakan dirinya. Berikutan itu katanya, dua buah kereta peronda polis ditugaskan ke plaza tol berkenaan bagi menyuraikan keadaan. "Anggota polis yang tiba di plaza tol itu mendapati seorang lelaki sedang berzikir di atas sebuah motosikal. "Seorang anggota polis kemudian menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahunya sambil memujuk supaya dia beredar," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutup Posted: Restoran 'nasi ganja' Ipoh diarah tutupOleh AHMAD SYAKIR SAZILI INILAH restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom, Ipoh yang diarah tutup kerana kotor semalam. IPOH – Sebuah restoran terkenal di Jalan Yang Kalsom di sini yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana hidangan nasi kandar diarah tutup selama dua minggu. Restoran Nasi Kandar Ayam Merah yang mendapat jolokan 'nasi ganja' itu diarahkan tutup selepas kira-kira 20 pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Perak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis berkenaan petang semalam. Menurut jurucakap Pejabat Kesihatan Kinta, notis tersebut dibuat di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 selepas mendapati premis tersebut tidak bersih. "Premis terbabit diarahkan ditutup bermula pukul 5 petang ini (semalam) sehingga 28 November depan. "Penutupan selama 14 hari dibuat atas alasan ia tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Salon rambut jadi salon seksOleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM dan KHAIRIYAH HANAFI Sebahagian pelacur yang ditangkap dalam serbuan di Jalan Bandar 19, Puchong malam kelmarin. KUALA LUMPUR - Rahsia sebuah salon dandanan rambut yang mendapat sambutan pelanggan lelaki terbongkar apabila premis tersebut rupa-rupanya menawarkan pakej khidmat seks wanita warga China dan Vietnam. Kegiatan tidak bermoral di salon yang berpusat di tingkat dua dan tiga sebuah rumah kedai di Jalan Bandar 19, Puchong dekat sini terdedah dalam serbuan polis pada pukul 11 malam kelmarin. Semasa serbuan, tiga pasangan bukan suami isteri sedang berasmara manakala sembilan lagi pelanggan lelaki sedang menunggu untuk mendapat habuan masing-masing. Pegawai Risikan dan Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Inspektor Roslin Mohamad Isa berkata, pusat kecantikan yang menawarkan pakej dandanan rambut berserta khidmat seks itu dihidu pihak berkuasa selepas menerima aduan awam yang curiga dengan perniagaan di salon itu yang hanya menerima pelanggan lelaki. Khidmat di salon itu juga bermula pada pukul 12 tengah hari hingga pukul 1 pagi pada setiap hari. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan