Isnin, 21 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Posted:

Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Denda RM20,000 hina Sultan Johor

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

AHMAD dikenakan denda RM20,000 kerana menghina Sultan Johor.


JOHOR BAHRU – Seorang juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada Oktober tahun lepas.

Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 menggunakan nama profil 'Zul Yahya'.

Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di RD Resources Sdn. Bhd., 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur, pukul 6 petang pada 10 Oktober 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Posted:

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Polis tahan tiga lelaki hantar SMS ugut Timbalan Menteri Pendidikan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

P. Kamalanathan


SHAH ALAM – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah terhadap Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan di sekitar kawasan Hulu Selangor dekat sini dan Tanjung Malim, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, tangkapan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor ekoran laporan yang dibuat oleh Kamalanathan pada 16 Oktober lalu dan Ahad lalu.

Menurut beliau, Kamalanathan yang merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sebelum ini dikatakan menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan jenayah daripada nombor telefon berbeza.

"Salah satu SMS mendakwa mereka daripada Geng 3 Line dan Geng 08. Merasakan diri terancam, Kamalanathan membuat dua laporan polis dan siasatan rapi berjaya mengesan dan menahan individu yang disyaki terlibat semalam dan kelmarin," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ambil dadah sebelum menyamun

Posted:

Ambil dadah sebelum menyamun

Ambil dadah sebelum menyamun

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my


MOHD. SHUKRI menunjukkan pistol dan pisau yang dirampas dengan tertangkapnya enam lelaki pada sidang akhbar di IPK Selangor di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Polis menahan enam lelaki termasuk dua remaja bagi membantu siasatan berhubung kes samun sepucuk pistol jenis Walther berserta peluru milik seorang pegawai polis berpangkat inspektor di Jalan Templer di sini pada 12 Oktober lalu.

Kesemua suspek yang berusia antara 16 hingga 24 tahun itu diberkas di sebuah apartmen di Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya pada pukul 7 pagi, Jumaat lalu.

Hasil soal siasat, polis menemui semula senjata api itu yang disorokkan di sebuah rumah di Taman Medan Jaya di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian samun itu berlaku ketika pegawai daripada Cawangan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dihampiri dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Ketika kejadian, suspek bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang berusia 40-an sebelum pegawai itu keluar dari kenderaannya.

"Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menoreh tangan mangsa sebelum melarikan beg sandang yang mengandungi pistol, telefon bimbit, kad kuasa polis, dokumen serta wang tunai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved