Khamis, 24 Oktober 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


2,000 berjalan kaki demi jantung di Petra Jaya

Posted:

2,000 berjalan kaki demi jantung di Petra Jaya

2,000 berjalan kaki demi jantung di Petra Jaya

ABDUL TAIB (dua dari kanan) dan Ragad (tiga dari kanan) memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki sempena Hari Jantung Sedunia di Taman Pustaka Negeri, Petra Jaya, Sarawak baru-baru ini.


SENAMAN. Kira-kira 2,000 orang menyertai program Walk-A-Mile sempena Hari Jantung Sedunia yang membabitkan acara berjalan kaki mengelilingi Taman Pustaka Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Bertemakan Take The Road To A Healthy Heart, program tersebut dianjurkan oleh Yayasan Jantung Sarawak dengan kerjasama kerajaan negeri.

Ahli Lembaga Yayasan Jantung Sarawak Profesor Dr. Sim Kui Hian berkata, masyarakat negara ini wajar melakukan senaman dengan lebih kerap bagi mencegah penyakit jantung.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi yang memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki.

Lima jururawat terima anugerah perkhidmatan cemerlang

Posted:

Lima jururawat terima anugerah perkhidmatan cemerlang

Lima jururawat terima anugerah perkhidmatan cemerlang


DHARAN (tiga dari kanan) melihat sijil Anugerah Penghargaan Vokasional Negeri Selangor yang diterima oleh (dari kanan) Siti Fatimah, Sumathi, Hazlina, Siti Zamidah dan Rosmah di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.


ANUGERAH. Lima orang jururawat dari tiga buah pusat perubatan iaitu Yayasan Buah Pinggang Negara (NKF), St. John Ambulance Malaysia dan MAA Medicare menerima anugerah Perkhidmatan Vokasional Negeri Selangor daripada Kelab Rotary Petaling Jaya (RCPJ) di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kesemua penerima terdiri daripada Siti Fatimah Basir, Rosmah Hamid, Sumathi Subramaniam, Hazlina Helmi dan Siti Zamidah Muhammaad.

Presiden RCPJ, H.S Dharan berkata, anugerah tersebut merupakan sebahagian daripada sambutan bulan vokasional yang diraikan oleh komuniti Rotary seluruh dunia.

"Kelima-lima mereka dipilih berasaskan komitmen dalam membantu pesakit buah pinggang kronik dalam menjalani dialisis," katanya.

Maybank tanam 500 anak bakau di Merbok

Posted:

Maybank tanam 500 anak bakau di Merbok

Maybank tanam 500 anak bakau di Merbok


YEAP SIANG (tiga dari kanan) bersama kakitangan Maybank Wilayah Utara menanam anak pokok bakau di persisiran sungai Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah baru-baru ini.


HIJAU. Menyahut seruan memelihara dan memulihara alam sekitar, sekumpulan kakitangan Maybank wilayah utara bergabung melakukan kerja-kerja amal menanam 500 anak pokok bakau di persisiran sungai Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah.

Program sehari kerja amal komuniti pemuliharaan alam sekitar itu turut melibatkan masyarakat setempat yang membantu menyiapkan perpustakaan dan pusat tuisyen untuk kegunaan anak-anak penduduk miskin di kawasan itu.

Acara tahunan kali keempat tersebut turut menyediakan acara sukaneka kanak-kanak dan gerai jualan makanan.

Pengarah Maybank Wilayah Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, Goay Yeap Siang turut turun padang bersama-sama kakitangan bank itu untuk menanam anak pokok bakau.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved