Sabtu, 28 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tentera selamat tebusan, bunuh 15 pemberontak

Posted:

Tentera selamat tebusan, bunuh 15 pemberontak

Tentera selamat tebusan, bunuh 15 pemberontak

BEBERAPA anggota tentera melihat mayat yang dipercayai gerila MNLF di hadapan sebuah kediaman yang musnah di Zamboanga kelmarin.


ZAMBOANGA - Sejumlah tebusan terakhir yang ditawan pemberontak Islam di selatan Filipina berjaya diselamatkan selepas hampir tiga minggu pertempuran berlaku, kata pihak tentera semalam.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Ramon Zagala berkata, 15 gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang membentuk beberapa kumpulan kecil terbunuh dalam pertempuran malam kelmarin.

"Kami telah menyelamatkan enam tebusan terakhir.

"Kami diberitahu ini merupakan kumpulan tebusan terakhir yang ditawan MNLF. Kami telah menyelamatkan 195 tebusan semuanya," kata Zalaga pada sidang akhbar di sini.

Sebelum ini, beberapa ratus gerila MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari menceroboh dan melakukan serangan di bandar raya ini pada 9 September lalu.

Mereka menjadikan beratus-ratus orang awam sebagai tebusan serta bertempur dengan pasukan keselamatan.

MNLF bertindak demikian kerana menentang rundingan damai Manila dengan kumpulan penentang terbesar di Mindanao, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Sekitar 200 orang termasuk 166 gerila terbunuh dan lebih 100,000 penduduk di bandar pelabuhan di Pulau Mindanao ini terpaksa melarikan diri.

Zalaga berkata, sekitar 300 gerila sudah menyerah diri atau ditangkap.

Menurutnya, beberapa kawasan di bandar ini belum selamat sepenuhnya kerana masih terdapat insiden tembakan dan dua letupan kuat semalam.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Zamboanga, Isabelle Climaco-Salazar berkata, sebahagian besar aktiviti di bandar itu pulih seperti biasa dengan kebanyakan pejabat, bank, premis perniagaan dan sekolah dibuka semula.

Perkhidmatan di lapangan terbang dan pelabuhan juga kembali beroperasi. - Reuters

Peti suara Jon Hamm bermasalah

Posted:

Peti suara Jon Hamm bermasalah

Peti suara Jon Hamm bermasalah


HAMM bersama aktres, Jennifer Westfeldt tiba di Anugerah Emmy Ke-65 di Teater Nokia di Los Angeles pada 22 September lalu.- AFP


CALIFORNIA - Pelakon drama bersiri Mad Men, Jon Hamm memberitahu dia sihat walaupun akan menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan ketumbuhan polip pada peti suaranya.

Menerusi satu temu bual kelmarin, Hamm yang bersuara serak berkata, 'kecederaan ringan' itu akibat dia terlalu banyak menggunakan organ tersebut.

"Saya memang banyak bercakap," katanya.

Selain masalah polip yang dialaminya, aktor berusia 42 tahun itu memberitahu, dia berasa amat sihat.

Mengulas perkembangan tersebut, jurucakap Hamm, Erica Gray berkata, pelakon itu akan menjalani pembedahan kecil sebagai pesakit luar.

Terbaharu, Hamm akan berganding dengan pelakon popular Daniel Radcliffe dalam siri mini, A Young Doctor's Notebook yang bakal memulakan tayangan pada 2 Oktober depan.- Agensi

Pil uri wanita bersalin semakin popular di AS

Posted:

Pil uri wanita bersalin semakin popular di AS

Pil uri wanita bersalin semakin popular di AS

LAURA CURTIS mencuci uri wanita bersalin di kediamannya di Lindon, Utah pada 13 September lalu.


LINDON, Utah - Seorang wanita, Laura Curtis menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual kapsul uri wanita bersalin sebagai makanan tambahan.

Amalan memakan uri sendiri semakin mendapat tempat di negeri Utah, Amerika Syarikat(AS). Ia ekoran organ itu dipercayai memiliki pelbagai khasiat sekali gus baik untuk ibu yang menyusu bayi mereka.

Jurucakap sebuah hospital di Utah memberitahu, dianggarkan antara 5 hingga 10 peratus ibu yang bersalin di fasiliti berkenaan akan meminta agar uri mereka disimpan.

"Amalan ini semakin popular, permintaan untuk uri kini bertambah," kata pengurus jururawat Hospital Universiti, Bernice Tenort.

Dalam pada itu, di kediamannya di sini, Curtis akan terlebih dahulu membuang gumpalan darah dan keganjilan lain pada uri sebelum mengukus organ itu selama 12 minit.

Uri tersebut kemudian dikisar menjadi serbuk sebelum diisi ke dalam kapsul ubat.

"Selain memakai sarung tangan, saya akan memastikan setiap peralatan dicuci dengan cecair pembunuh kuman sebelum melakukan kerja ini," kata Curtis.

Menurutnya, uri yang hendak digunakan perlu disimpan di dalam peti sejuk dan dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam selepas bersalin.

"Doktor juga perlu mengesahkan organ tersebut tidak dicemari kuman hepatitis atau HIV.

"Ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan saya sehingga mendorong saya memasak 18 hingga 20 uri sebulan untuk dijadikan kapsul," tambah wanita itu.

Menurutnya, permintaan untuk kapsul uri itu meningkat 200 peratus sejak perniagaan tersebut diasaskan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, seorang ibu berusia 28 tahun, Amy Coffield memberitahu, pil uri tersebut telah membantu menyelamatkan nyawanya.

"Selepas melahirkan bayi pertama, saya meroyan dan tidak ingin hidup.

"Namun, selepas mengambil pil uri sendiri ini. saya kembali ceria dan dapat melaksanakan tugas sebagai seorang ibu dan isteri," tambahnya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved