Rabu, 25 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Douglas mahu kembali kepada Zeta Jones

Posted:

Douglas mahu kembali kepada Zeta Jones

Douglas mahu kembali kepada Zeta Jones

Douglas


BEVERLY HILLS - Aktor legenda, Michael Douglas mahu rujuk semula dengan isterinya, Catherine Zeta Jones, lapor akhbar Mirror.co.uk semalam.

Pelakon berusia 68 tahun itu yakin mereka akan bersatu semula.

"Saya sangat berharap kami akan berbaik semula," kata Douglas.


Zeta Jones


Walaupun tidak muncul bersama isterinya pada majlis Anugerah Emmy yang diadakan pada Ahad lalu, pelakon veteran itu masih bernada positif dan memberitahu, mereka hanya berehat seketika.

Ketika Douglas memenangi anugerah pelakon terbaik untuk filem Behind the Candelabra yang ditayangkan di rangkaian televisyen HBO, Jones berada di China.

Jones, 43, juga didakwa masih menyarung cincin perkahwinannya dengan Douglas pada festival filem yang diadakan di republik itu. - AGENSI

Penampilan pertama Uma Wang di Milan

Posted:

Penampilan pertama Uma Wang di Milan

Penampilan pertama Uma Wang di Milan


BEBERAPA orang model membuat persediaan untuk pertunjukan fesyen rekaan Uma Wang di Milan, Itali kelmarin.


MILAN - Pereka fesyen yang berasal dari China, Uma Wang membuat penampilan pertama menerusi pertunjukan fesyen berunsurkan alam semula jadi dan kerohanian di sini semalam.

Wang dilihat sebagai pereka generasi muda China yang semakin meningkat naik.

"Pembeli dan kilang berada di Milan. Jadi tiada alasan untuk berada di tempat lain," katanya pada AFP.

Beliau menunjukkan hasil koleksinya di Dewan Caryatids Royal Palace di Milan yang sebahagiannya musnah akibat dibom ketika Perang Dunia Kedua.

Koleksinya dimonopoli oleh warna putih, hitam, beige dan hijau.

Wang menuntut di Universiti Tekstil, China dan Central St. Martin, London. Beliau juga telah bekerja selama 10 tahun sebelum menubuhkan jenama sendiri pada tahun 2005.

Biarpun sesetengah jenama Itali mengalihkan produksi dan perhatian kepada pasaran negara membangun, pereka dan jenama dari China mula menghasilkan koleksi mereka di Itali.

- AFP

Anggota Pussy Riot lancar mogok lapar

Posted:

Anggota Pussy Riot lancar mogok lapar

Anggota Pussy Riot lancar mogok lapar


GAMBAR fail menunjukkan Nadezhda Tolokonnikova dibawa ke bilik perbicaraan di mahkamah daerah Saransk, Moscow pada 26 Julai lalu.


MOSCOW - Seorang anggota wanita kumpulan muzik punk Rusia, Pussy Riot melancarkan mogok lapar sebagai protes kerana dia dipaksa melakukan kerja lebih masa di dalam penjara.

Nadezhda Tolokonnikova menjalani hukuman penjara selama dua tahun.

Dia dan dua lagi anggota Pussy Riot ditahan pada Mac tahun lalu kerana mencemuh Presiden Rusia, Vladimir Putin semasa mengadakan persembahan di sebuah gereja utama di sini.

Dalam satu surat yang disiarkan pada Isnin lepas di blog kumpulan itu, Tolokonnikova berkata, para banduan di penjara itu dipaksa bekerja hingga 17 jam sehari di sebuah premis membuat pakaian seragam polis.

Dia juga mendakwa timbalan warden penjara mengancamnya pada Ogos lalu. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved