Selasa, 24 September 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pusat beli-belah diserang militan

Posted:

Pusat beli-belah diserang militan

Pusat beli-belah diserang militan

ASAP hitam kelihatan dari bangunan Pusat Beli-Belah Westgate yang dikepung oleh tentera semalam.- AP


NAIROBI - Seramai 69 orang disahkan terbunuh manakala 63 lagi hilang dalam serangan di Pusat Beli-Belah Westgate di ibu kota Kenya di sini, kata Palang Merah Kenya semalam.

Mereka yang hilang termasuk sejumlah tebusan dan mangsa yang mati dalam serangan kumpulan militan Al-Shebab di premis itu sejak tiga hari lalu.

Beberapa mangsa lain dipercayai masih bersembunyi di pusat beli belah tersebut.

Ketika konfrontasi tentera dengan kumpulan militan Somalia itu masuk hari ketiga semalam, bunyi bedilan mesingan berterusan selama 15 minit pada waktu subuh dengan askar-askar yang mengepung bangunan tersebut tunduk untuk menyelamatkan diri.

Kumpulan Al-Shebab semalam mengancam membunuh para tebusan ketika mereka dikepung tentera Kenya.

Kumpulan Al-Shebab tidak menyatakan bilangan tebusan yang ditawan.

Serangan di pusat beli-belah berkenaan berlaku pada Sabtu lepas apabila sekitar 12 penyerang menyerbu bangunan empat tingkat itu dan melepaskan tembakan serta membaling bom tangan ke arah orang ramai.

"Para mujahidin di dalam bangunan itu dibenar untuk mengambil apa sahaja tindakan terhadap tawanan bergantung kepada tekanan yang diberikan ke atas mereka ," kata jurucakap Al-Shebab, Ali Mohamud Rage dalam satu kenyataan di laman web kumpulan itu. - AFP

Jasad Chin Peng dibakar di Bangkok semalam

Posted:

Jasad Chin Peng dibakar di Bangkok semalam

Jasad Chin Peng dibakar di Bangkok semalam


SEORANG sami Buddha membacakan doa sewaktu majlis membakar mayat Chin Peng di sebuah tokong di Bangkok, Thailand semalam.


BANGKOK - Jasad bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibakar petang semalam di Wat That Thong, Jalan Sukhumvit di sini, lapor akhbar Bangkok Post.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September lalu pada usia 89 tahun akibat sakit tua.

Memetik laporan akhbar dalam talian The Star, mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibakar sekitar pukul 6 petang.

Bangkok Post juga melaporkan bahawa abu mayatnya mungkin disemadikan di selatan Thailand.

Kematian pemimpin yang berasal dari Sitiawan, Perak itu telah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Malaysia menghalang jasad atau abu mayatnya dibawa pulang.

Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand selama lebih lima dekad dan dilarang kembali ke Malaysia.

Menurut sumber-sumber keluarganya, sebahagian abu mayat Chin Peng mungkin disimpan oleh anak dan cucunya.

Sebahagian lagi abu mayatnya dikatakan bakal disemadikan di empat kampung yang didiami rakan seperjuangannya dalam PKM.

Empat kampung tersebut terletak di Betong, Kabang dan Tarnto, Yala serta Sukhirin di daerah Narathiwat. - Agensi

Miley Cyrus bercinta dengan Mike WiLL Made It

Posted:

Miley Cyrus bercinta dengan Mike WiLL Made It

Miley Cyrus bercinta dengan Mike WiLL Made It


MILEY Cyrus dikatakan mempunyai hubungan dengan Mike selepas gambar-gambar intim mereka tersiar dalam media sosial.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Miley Cyrus dikatakan sedang hangat bercinta dengan penerbit muzik, Michael Len Williams atau lebih dikenali sebagai Mike WiLL Made It, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Spekulasi timbul selepas orang ramai melihat penyanyi kontroversi itu berada dalam dakapan lelaki berusia 24 tahun tersebut pada Festival iHeartRadio yang diadakan di Las Vegas pada Sabtu lalu.

Gosip bahawa pasangan itu dikatakan mempunyai hubungan bermula pada minggu lalu apabila gambar-gambar peribadi mereka tersiar dalam media sosial.

Malah, khabar angin itu semakin hangat diperkatakan apabila jurugambar terkenal, Terry Richardson menyiarkan gambar-gambar Cyrus dan Mike yang diambil pada satu sesi penggambaran.

Sebelum ini, Cyrus pernah bertunang dengan pelakon, Liam Hemsworth yang berusia 23 tahun pada bulan Mei tahun lalu.

Namun, tali pertunangan mereka berakhir baru-baru ini kerana tidak lagi sehaluan. Justeru, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved