Ahad, 21 Julai 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dekatkan remaja dengan masjid

Posted:

Dekatkan remaja dengan masjid

Dekatkan remaja dengan masjid

NOR FIRDAUS mengalu-alukan individu atau syarikat korporat yang ingin menaja anak-anak yatim ke Kem Remaja Kembara Ramadan.


KEBERKATAN bulan Ramadan harus direbut oleh setiap umat Islam. Kelebihan yang terdapat sepanjang bulan itu merupakan kurniaan Allah bagi memantapkan jati diri dan ketaqwaan seorang Muslim.

Sebagai ibu bapa, anak-anak perlu dilatih menjalani ibadah puasa sejak kecil supaya mereka terbiasa dengan amalan tersebut.

Salah satu budaya yang harus diterapkan pada anak-anak sempena Ramadan ialah berkunjung ke rumah Allah sebagai tempat beribadah dan menuntut ilmu.

Sehubungan itu, Masjid Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya menganjurkan Kem Remaja Kembara Ramadan yang dikhususkan kepada golongan muda berumur antara 12 hingga 17 tahun.

Menurut sekretariat program, Nor Firdaus Norzaini, aktiviti tersebut membawa remaja dan ibu bapa mendekatkan diri dengan aktiviti masjid.

"Melalui program ini, peserta dapat mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan dengan pengisian yang berlandaskan pengajian Islam.

"Kami berharap aktiviti riadah sebegini dapat menjadikan masjid sebagai pusat ilmu kepada masyarakat setempat, terutamanya kepada golongan remaja," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.


REMAJA perlu didedahkan bahawa masjid bukan sekadar lokasi untuk beribadah bahkan boleh diisi dengan majlis-majlis ilmu.


Program selama dua hari satu malam itu akan diadakan pada 27 hingga 28 Julai 2013. Peserta akan ditempatkan di TH Hotel, Kelana Jaya dengan bayaran sebanyak RM100 seorang.

"Kami menyasarkan seramai 200 orang peserta dengan sebahagiannya dikhususkan kepada anak-anak yatim dari rumah kebajikan terpilih," tambah Nor Firdaus.

Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan penglibatan individu atau syarikat korporat untuk menaja anak-anak yatim yang berhajat mengikuti program tersebut.

"Sumbangan boleh disalurkan kepada pihak penganjur dan akan digunakan bagi menampung perbelanjaan anak yatim yang mengikuti program kami," jelas Nor Firdaus.

Program ini merupakan anjuran Masjid Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sempena sambutan Nuzul Quran.

Antara pengisiannya ialah eksplorasi al-Quran, sinaran dhuha, qiamulail, solat tarawih dan tadabur al- Quran yang diadakan pada sebelah pagi.

Acara kemuncak pula ialah Forum Ramadan bersama Ustazah Noor Laila dan Prof. Madya Mohd. Nor Mamat serta moderator oleh Ahmad Fedtri Yahya. Ia terbuka kepada orang ramai untuk bersama-sama mendengar perbincangan mengenai keistimewaan Nuzul Quran. - MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

Menu Johor-Jawa sajian Dapur Jendela

Posted:

Menu Johor-Jawa sajian Dapur Jendela

Menu Johor-Jawa sajian Dapur Jendela

MENU kerang sos tiram yang harus dicuba pelanggan Dapur Jendela.


BUAT pertama kalinya, mengambil berkat Ramadan al-Mubarak, Restoran Dapur Jendela yang terletak di Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru, Johor menawarkan hidangan bufet untuk khalayak yang mahu berbuka puasa.

Berbuka dalam suasana seperti di rumah sendiri, Dapur Jendela menyediakan pelbagai masakan kampung dengan identiti kulinari Johor-Jawa untuk memikat selera pengunjung. Hidangan yang berciri tradisional itu sememangnya menjadi pilihan popular setiap kali sesi berbuka puasa.

Ayam masak hijau, sotong masak hitam, kerang sos tiram, kari nangka, ikan bakar dan lemak labu serta ulam-ulaman adalah antara menu utama yang dihidangkan restoran tersebut. Tidak ketinggalan aneka manisan dan kuih-muih tradisional.

Namun, tarikan utama Dapur Jendela adalah hidangan ala carte mereka yang menjadi tanda aras restoran tersebut sejak ia dibuka lebih tujuh bulan lalu.

Lempeng dengan sambal tumis bilis, ubi rebus, roti jala, soto dan nasi lemak kukus ayam berempah merupakan hidangan wajib rasa yang menjadi keunikan dan membuatkan Dapur Jendela terkenal dalam kalangan pengunjung mereka.

Menurut pemilik Dapur Jendela, Nurshila Surip, 23, hidangan yang disediakan untuk menu berbuka puasa di restoran itu pasti mengingatkan pengunjung kepada masakan air tangan ibu di rumah.

"Bagi mereka yang mencari kelazatan masakan mengikut selera masyarakat Johor dan Jawa, Dapur Jendela adalah tempatnya," ujar Nurshila.

Menariknya, Dapur Jendela bukan sahaja menyediakan hidangan untuk berbuka puasa, bahkan hidangan untuk bersahur.

Ayam percik Kelantan di The Chicken Rice Shop

Posted:

Ayam percik Kelantan di The Chicken Rice Shop

Ayam percik Kelantan di The Chicken Rice Shop

AYAM percik Kelantan yang menjadi sajian tarikan di TCRS Ramadan ini.


NEGERI Kelantan sememangnya kaya dengan variasi juadah tradisi yang lazat dan menyelerakan.

Tidak hairanlah, populariti makanan dari Negeri Pantai Timur itu mudah didapati di mana sahaja pada hari ini.

Sempena kehadiran bulan Ramadan dan Syawal tahun ini, The Chicken Rice Shop (TCRS) tampil dengan hidangan istimewa, ayam percik Kelantan.

Diilhamkan berdasarkan resipi chef selebriti terkenal, Datuk Chef Ismail Ahmad, ayam percik Kelantan yang disaluti pelbagai rempah-ratus dan kuah percik berwarna putih itu pastinya membangkitkan selera pengunjung ketika menikmati iftar.

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Sdn. Bhd., Wong Kah Lin berkata, ayam percik merupakan antara hidangan popular yang sudah sebati dalam kehidupan masyarakat di negara ini, lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

"Sejak sekian lama TCRS dikenali sebagai lokasi utama yang menyediakan pelbagai hidangan tempatan yang lazat dan menyelerakan.

"Disebabkan itu, kami telah bekerjasama dengan duta TCRS, Chef Ismail untuk memperkenalkan hidangan ayam percik Kelantan yang sesuai dinikmati semua rakyat di negara ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved