Kosmo Online - Negara |
- Remaja hilang mati dibunuh
- Sewa pistol: Lelaki, remaja 15 tahun diberkas
- Empat sekawan lemas ketika mencari kepah
Posted: Remaja hilang mati dibunuhOleh MOHD. AZLI ADLAN
TAIPING – Penantian sebuah keluarga untuk melihat anak lelaki mereka yang hilang sejak Jumaat lalu pulang ke rumah bertukar tragedi apabila mangsa ditemui mati dibunuh sebelum mayatnya dicampak di kawasan belukar di Taman Mewah, Kamunting dekat sini semalam. Mayat M. Nathaniel, 14, ditemui di dalam belukar berhampiran deretan bangunan komersial yang masih belum berpenghuni iaitu kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Taman Palma 2B. Ketika ditemui pada pukul 7.50 pagi oleh orang awam, mayat mangsa yang dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ dijumpai dalam keadaan tertiarap dengan kesan kelar di seluruh badan termasuk di leher. Orang awam yang menemui mayat itu kemudian terus menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd. Diah berkata, mangsa tinggal di Taman Palma 2B, Kamunting kira-kira lima kilometer dari lokasi mayatnya ditemui. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sewa pistol: Lelaki, remaja 15 tahun diberkas Posted: Sewa pistol: Lelaki, remaja 15 tahun diberkasJALALUDDIN (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pistol dan peluru yang dirampas daripada dua lelaki pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Polis yakin dapat menyelesaikan beberapa kes tembak yang berlaku di sekitar negeri ini apabila berjaya menahan dua tauke pistol yang didapati mengedar dan menyewakan senjata api kepada penjenayah untuk melakukan onar termasuk membunuh. Remaja berusia 15 tahun dan lelaki berumur 29 tahun ditahan pada pukul 3 pagi semalam di sebuah rumah di Bunut Susu, Pasir Mas selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan kedua-dua suspek berbahaya berkenaan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Empat sekawan lemas ketika mencari kepah Posted: Empat sekawan lemas ketika mencari kepahOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN jenazah empat mangsa yang lemas ketika mencari kepah. MELAKA – Keriangan lapan kanak-kanak termasuk dua beradik mencari kepah di sungai berdekatan rumah di Taman Seri Krubong di sini bertukar tragedi apabila empat daripadanya mati lemas semalam. Kejadian pukul 4.30 petang itu mengorbankan Mohamad Nazimi Fadzli, 9, dan adiknya, Hanis Balkis, 7. Turut maut ialah Athafiz Amin, 10, dan Radziatul Nadia Rosnan, 12. Mayat Mohamad Nazimi ditemui pada pukul 5.50 petang diikuti Hanis Balkis lima minit kemudian. Mayat Athafiz dan Radziatul Nadia masing-masing ditemui sekitar pukul 6 petang. Kesemua mangsa tinggal di Taman Seri Krubong Fasa 2. Mereka pergi ke sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari taman itu pada pukul 4 petang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan