Kosmo Online - Negara |
- Si Empat Mata jadi buruan
- Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahu
- Filem The New Village perlu ditentang
Posted: Si Empat Mata jadi buruan
KUALA LUMPUR - Siasatan lanjut kes pembunuhan tokoh perbankan, Hussain Ahmad Najadi yang mati ditembak di kawasan letak kereta sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon dekat Bukit Bintang di sini pada Isnin lalu menemui dua perkembangan penting yang diharap dapat merungkai dalang di sebalik kejadian itu. Pertama, polis telah menangkap pemandu teksi yang membawa lelaki disyaki pembunuh upahan dan kedua, gambar lelaki dipercayai terlibat dalam pembunuhan yang diambil daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) diedarkan kepada orang ramai. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan agresif pihaknya dapat menahan seorang pemandu teksi berketurunan Cina di sebuah restoran di Sri Petaling di sini pada pukul 9 malam kelmarin. Dia kini direman selama tujuh hari bermula semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahu Posted: Ahli Parlimen, polis diminta berganding bahuKUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua Ahli Parlimen berganding bahu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani isu jenayah berat di negara ini. Beliau berkata, siri pembunuhan menggunakan senjata api akhir-akhir ini dilihat seperti mencabar PDRM. "Oleh itu, satu kempen perlu dijalankan dalam menangani jenayah berat agar penjenayah sedar semua pihak bencikan mereka. "Jenayah perlu diperangi bersama-sama seberapa segera. Jangan tunggu sampai jenayah itu sampai depan pintu rumah kita," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini semalam. Menurutnya, semua pihak tanpa mengira latar belakang politik perlu memainkan peranan masing-masing kerana penjenayah dilihat tidak gentar dengan undang-undang sedia ada. "Esok (hari ini), saya akan adakan kempen perangi jenayah bermula dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara supaya mereka turut memainkan peranan. Mereka perlu jalankan kempen di kawasan mereka agar kempen itu tidak terhenti," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Filem The New Village perlu ditentang Posted: Filem The New Village perlu ditentangSUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sependapat dengan pelbagai pihak bahawa filem The New Village tidak wajar ditayangkan jika ia mengagung-agungkan Parti Komunis Malaya (PKM). Menurutnya, filem itu perlu disekat dan ditentang, sebaliknya filem seperti Tanda Putera yang merupakan sejarah sebenar patut dipertontonkan. "Filem itu (Tanda Putera) perlu dihayati khususnya dalam kalangan golongan muda sebagai menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan tanah air," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri di Kem Lapangan Terbang dekat sini malam kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan