Sabtu, 20 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Meninggal dunia sebelum mencuri

Posted:

Meninggal dunia sebelum mencuri

Meninggal dunia sebelum mencuri

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

MOHD. DAMANHURI (kanan) tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat bahawa anaknya maut akibat sesak nafas di HRPB, Ipoh semalam.


IPOH - Seorang pemuda ditemui mati selepas badannya tersepit pada celah besi tingkap dipercayai ketika cuba memasuki rumah jirannya di Taman Saz, Silibin dekat sini semalam.

Mayat Sherul Aizam Mohd. Damanhuri, 27, dijumpai oleh pemilik rumah tersebut yang baru tiba di rumahnya pada pukul 12.15 tengah malam. Semasa kejadian, rumah teres satu tingkat itu tiada penghuni.

Ketika ditemui, separuh badan si mati daripada kepala ke dada berada di dalam rumah mangsa manakala pinggang ke kaki masih berada di luar dengan hanya berseluar dalam.

Rumah yang cuba dimasuki si mati adalah selang tiga rumah daripada rumah keluarganya, namun pemuda itu tidak menetap di situ kerana menyewa bersama rakan-rakannya di Buntong, lima kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu selepas pemilik rumah berkenaan yang berusia 58 tahun menghubungi polis.

"Semasa polis tiba di lokasi kejadian, pemuda itu sudah tidak sedarkan diri.

"Anggota bomba perlu memotong besi tingkap belakang rumah berkenaan untuk mengeluarkan badan suspek yang tersepit sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat HRPB di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki maut ditetak kerana dendam

Posted:

Lelaki maut ditetak kerana dendam

Lelaki maut ditetak kerana dendam

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
berita@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Angkara dendam, seorang pemuda maut akibat ditetak selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong belakang taman perumahan Lebuh Rambai 14, Air Itam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.55 petang itu, G. Durintheran, 24, mati ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang tinggal di Halaman Mayang, Bayan Baru di sini didatangi oleh suspek yang menunggang beberapa buah motosikal dan membawa pelbagai senjata tajam termasuk parang panjang.

Sumber berkata, mangsa telah dibelasah semasa dia rebah ketika cuba menyelamatkan diri.

"Ketika polis sampai, mangsa sudah berlumuran darah dengan beberapa kesan kecederaan di badan," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Wanita Kelantan rugi RM31,000

Posted:

Wanita Kelantan rugi RM31,000

Wanita Kelantan rugi RM31,000

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


MEK NAB menunjukkan laporan polis mengenai kehilangan dompet duit miliknya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Berek 12, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Ramadan kali ini meninggalkan pengalaman pahit buat seorang wanita apabila kerugian lebih RM31,000 selepas dompet duit yang mengandungi pelbagai barangan berharga disyaki dicuri dua wanita berpurdah di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati di sini kelmarin.

Mek Nab Saad, 51, berkata, kejadian pada pukul 8 pagi itu berlaku ketika dia sedang berjalan-jalan sebelum menyedari dompet duit yang diletakkan di dalam beg tangan hilang ketika hendak membayar baju yang dibeli di situ.

"Sebelum kejadian, saya nampak dua wanita memakai jubah yang lengkap berpurdah berjalan di kawasan sama namun kelibat mereka hilang sebaik sahaja saya menyedari dompet duit saya lesap," kata wanita itu ketika ditemui di rumahnya di Jalan Berek 12 di sini semalam.

Dakwa Mek Nab, dia percaya dompet duitnya itu dicuri oleh dua wanita terbabit yang disedarinya sudah mengekorinya dari stesen bas sehingga ke kawasan Medan Ilmu.

"Ketika saya singgah di kedai pakaian dan leka membelek baju, dua wanita berpurdah itu masih berada di belakang saya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved