Jumaat, 19 Julai 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

Posted:

Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

Lemas ditinggal dalam Myvi ibu

NAWAL IRIS menemui ajal selepas lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya kelmarin.


SUBANG JAYA - Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.

"Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik," ceritanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Posted:

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Cadang harga rokok RM16 sekotak

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


KERAJAAN disaran meningkatkan lagi cukai rokok bagi mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyarankan kerajaan menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus bagi mencapai sasaran pengurangan sebanyak 20 peratus jumlah penggunaan rokok di negara ini.

Kenaikan sebanyak 50 peratus itu akan meningkatkan harga sekotak rokok premium berjumlah 20 batang rokok kepada RM16 berbanding harga pasaran kini iaitu RM10.50.

Ahli Majlis MCTC, Dr. Norashidah Mohamed Nor berkata, berdasarkan kajian dijalankan olehnya tahun lalu, kenaikan sebanyak 10 peratus hanya mampu mengurangkan sebanyak empat peratus penggunaan rokok.

"Saya percaya sekiranya harga bagi sekotak rokok berjumlah 20 batang dinaikkan kepada RM16, sasaran kerajaan itu dapat dicapai selain menaikkan hasil cukai negara kepada 45 peratus," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

Posted:

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

Harga ayam ditetapkan RM7.70 sekilogram

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram di bawah skim kawalan harga musim perayaan tahun ini.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari bermula 26 Julai ini.

"Skim itu akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata, pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan memberi jaminan bekalan ayam mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved