Kosmo Online - Komuniti Kita |
- PBTM bantu suri rumah hidap penyakit kronik
- PNB berbuka bersama anak yatim
- Nasib 24 warga OKU dibela
PBTM bantu suri rumah hidap penyakit kronik Posted: PBTM bantu suri rumah hidap penyakit kronik
PRIHATIN. Penderitaan yang ditanggung seorang suri rumah yang menghidap penyakit angin pasang (hernia), Noor Jami'yah Ismail, 23, dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah lebih setahun lalu akhirnya mendapat perhatian. Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani baru-baru ini berkunjung ke rumahnya dan menghulur sumbangan Ramadan yang disampaikan wakil persatuan itu, Siti Mariam Abd. Rahman. Selain menghidap penyakit itu, Noor Jami'yah turut dikesan menghidap kanser otak serta ketumbuhan besar dalam perut. Ketika ditemui, Noor Jami'yah berkata, dia dan suami, Mohd. Amri Ismail, 30, bersyukur kerana ada pihak sudi membantu meringankan beban mereka pada bulan Ramadan. | |
PNB berbuka bersama anak yatim Posted: PNB berbuka bersama anak yatimAHMAD SARJI (dua dari kiri) menyampaikan duit raya dan beg sekolah kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur semalam. RAI. Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraikan seramai 320 anak yatim sekitar ibu kota pada majlis berbuka puasa di Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur semalam. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, majlis ini dianjurkan untuk menyemarakkan sambutan bulan Ramadan dan memberi keceriaan kepada anak yatim. "Anak yatim yang diraikan itu turut menerima sumbangan duit raya RM100 seorang dan beg sekolah," katanya. Turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Seri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Darul Kifayah, Datuk Mohamad S. Ahmad dan Ketua Eksekutif MAIWP, Zainal Jaffar. Majlis amal itu juga diadakan sempena menyambut ulang tahun PNB yang ke-35 tahun ini. | |
Posted: Nasib 24 warga OKU dibelaMAULIZAN menyampaikan sumbangan kepada penerima program Ziarah Ramadan di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. BANTU. Sebanyak 24 orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor menerima sumbangan wang tunai antara RM700 hingga RM2,000 seorang menerusi program Ziarah Ramadan anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan UMNO Parlimen Tebrau baru-baru ini. Yang Dipertua MPPG, Onn Jabar berkata, program yang mendapat kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu merupakan program tahun ketiga bertujuan meringankan beban warga OKU pada bulan Ramadan serta membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Katanya, pada tahun ini, sebanyak RM30,000 dana berjaya dikumpul untuk diagih-agih kepada para penerima. Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tiram, Datuk Maulizan Bujang. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan