Rabu, 24 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

Posted:

Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

Raja Nazrin rasmi Masjid Kubu Gajah

RAJA NAZRIN dan Zambry (tujuh dari kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis perasmian Masjid Kampung Kubu Gajah dan berbuka puasa di Bagan Serai, Perak baru-baru ini.


MENGIMARAH MASJID. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkenan merasmikan Masjid Kampung Kubu Gajah, Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak baru-baru ini.

Pengerusi Masjid Kampung Kubu Gajah, Samsudin Man berkata, masjid yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu mampu memuatkan 800 jemaah pada satu-satu masa.

Beliau berkata, selepas berbuka puasa, Raja Nazrin menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah di masjid tersebut.

"Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak berjumlah RM336,000 kepada asnaf fakir dan miskin sekitar Bagan Serai dan Parit Buntar," katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

150 penduduk sertai tadarus al-Quran

Posted:

150 penduduk sertai tadarus al-Quran

150 penduduk sertai tadarus al-Quran


NOR SABRINA (empat dari kanan) berbual-bual dengan peserta tadarus al-Quran di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim baru-baru ini.


BERKAT. Seramai 150 penduduk termasuk pelajar sekolah menengah menyertai Majlis Tadarus al-Quran bagi mengimarahkan bulan Ramadan di Masjid Al-Irsyad Serdang, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Program itu dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd. Noor.

Urus setia majlis itu, Syahrul Fiza Abdul Hamid berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk dan pelajar Maktab Mahmud Bandar Baharu.

"Setiap peserta turut menerima senaskhah al-Quran dan buah tamar untuk berbuka puasa," katanya.

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera

Posted:

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera

PBTM sampaikan zakat kepada 65 bekas tentera


MUHAMMAD berbual dengan beberapa bekas anggota tentera pada majlis sumbangan zakat perniagaan PBTM di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


SUMBANG. Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan zakat perniagaan kepada 65 bekas anggota tentera yang berusia lebih 70 tahun di Kota Bharu baru-baru ini.

Yang dipertuanya, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban bekas anggota tentera tersebut membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

"Kebanyakan bekas anggota tentera itu telah uzur dan sumbangan tersebut diharapkan dapat menceriakan mereka pada bulan Ramadan.

"Selain menerima bantuan, bekas anggota tentera tersebut dapat bertemu semula dengan rakan-rakan seperjuangan mereka semasa sama-sama bertugas sebelum ini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved