Khamis, 11 Julai 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pegawai, anggota tentera sertai bengkel kewartawanan

Posted:

Pegawai, anggota tentera sertai bengkel kewartawanan

Pegawai, anggota tentera sertai bengkel kewartawanan

PEGAWAI dan anggota tentera bergambar selepas Bengkel Asas Kewartawanan dan Fotografi di Pulau Pinang baru-baru ini.


TIMBA ILMU. Seramai 27 pegawai dan anggota tentera Markas 2 Divisyen Infantri, Kem Tun Razak, Pulau Pinang menyertai Bengkel Asas Kewartawanan dan Fotografi di Markas Staf Stesen, Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bengkel selama empat hari kelolaan Sel Perhubungan Raya Markas 2 Divisyen itu bertujuan mendedahkan peserta dengan aspek penulisan berita, rencana, etika kewartawanan dan teknik fotografi.

Pegawai penyelarasnya, Kapten Masrina Jamaludin berkata, bengkel tersebut yang dijalankan secara teori dan amali turut mendapat bimbingan dua wartawan dan jurufoto akhbar negeri ini sebagai mentor.

"Kebanyakan peserta bertugas di sel perhubungan awam pasukan masing-masing dan bengkel ini memudahkan mereka untuk melakukan tugasan seharian," ujarnya.

Majlis perasmian penutup bengkel dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pegawai Staf Am 1 Gerak, Leftenan Kolonel Roslan Musa yang mewakili Ketua Staf Markas 2 Divisyen.

KMC prihatin nasib anak yatim

Posted:

KMC prihatin nasib anak yatim

KMC prihatin nasib anak yatim


ZABIDI (duduk, empat dari kanan) dan kakitangan KMC bergambar kenangan bersama anak-anak yatim Rumah Gemilang di Sik, Kedah baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 80 anak yatim Rumah Gemilang, Sik, Kedah menerima sumbangan daripada Kedah Medical Centre (KMC) dan ahli jawatankuasa Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak-anak Yatim Islam daerah Sik baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KMC, Zabidi Abdul Razak berkata, majlis itu merupakan sebahagian usaha pihaknya membantu golongan memerlukan bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat hospital berkenaan.

Katanya, pihaknya menyerahkan sumbangan wang tunai RM8,000 kepada rumah anak yatim itu.

"Selain itu, kita turut menyampaikan barangan keperluan seperti beras, tepung, pakaian terpakai dan ubat-ubatan.

"Kita juga mengadakan beberapa aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah motivasi dan khidmat menggunting rambut secara percuma oleh jururawat KMC terlibat," katanya.

Kelab ERCxtreme anjur konvoi sejauh 800 kilometer

Posted:

Kelab ERCxtreme anjur konvoi sejauh 800 kilometer

Kelab ERCxtreme anjur konvoi sejauh 800 kilometer


AHLI-AHLI kelab skuter ERCxtreme yang menyertai konvoi bermotosikal di Johor Bahru baru-baru ini.


KONVOI. Seramai 25 ahli kelab skuter ERCxtreme mengadakan konvoi bermotosikal sejauh kira-kira 800 kilometer dari bandar Kuantan ke Johor Bahru baru-baru ini.

Tidak ketinggalan menyertai konvoi berkenaan ialah Presiden ERCxtreme, Saharuddin Jusoh dan Naib Presiden merangkap Bendaharinya, Mohd Roslan Abdullah.

Program konvoi dengan tema No Highway Ride 2013 itu antara lain diadakan sempena menyambut kedatangan Ramadan dan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli serta memberi pengalaman pengembaraan di laluan kampung peserta.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved