Ahad, 14 Julai 2013

Kosmo Online - Kesihatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Saluran telinga bocor

Posted:

Saluran telinga bocor

Saluran telinga bocor

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


BAHAN-BAHAN asing boleh membusuk di dalam telinga jika tidak dikeluarkan segera. - Gambar hiasan


KEHADIRAN benda asing di dalam telinga pastinya mengundang rasa tidak selesa, apatah lagi selepas keadaan begitu dibiarkan berlarutan selama beberapa hari.

Susu rendah lemak tidak semestinya sihat

Posted:

Susu rendah lemak tidak semestinya sihat

Susu rendah lemak tidak semestinya sihat

SUSU rendah lemak semakin menjadi pilihan para penguna yang mementingkan pengambilan minuman berkalori rendah.

Namun, tahukah anda, satu kajian yang dijalankan dua penyelidik, David Ludwig dari Hopital Kanak-kanak Boston dan Dr. Walter Willett dari Sekolah Kesihatan Awam, Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati susu rendah lemak boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

"Belum ada data jelas yang mengaitkan pengambilan susu rendah lemak boleh mengurangkan berat badan.

"Sebaliknya, penggemar susu rendah lemak cenderung untuk gemuk kerana meminum susu rendah lemak tidak mengenyangkan, sebaliknya mendorong mereka untuk mengambil makanan dan minuman lain dalam kuantiti yang banyak," ujar Ludwig baru-baru ini.

Sementara itu, menurut pakar endokrin kanak-kanak, Dr.Mark Daniel DeBoer dalam kajiannya mendapati kanak-kanak yang meminum susu rendah lemak lebih gemuk berbanding kanak-kanak yang meminum susu skim.

"Satu fakta yang perlu diingat, secara umumnya susu rendah lemak mempunyai kadar gula lebih tinggi supaya rasanya lebih sedap. Selain itu, kandungan zatnya juga lebih sedikit berbanding susu skim," ujarnya.

Air suam diet paling murah

Posted:

Air suam diet paling murah

Air suam diet paling murah


RUTIN minum air masak boleh membantu menjayakan program diet.


RUTIN meminum air suam adalah pilihan paling mudah dan murah untuk menurunkan berat badan.

Satu penyelidikan yang diketuai Prof. Brenda Davy dari Virginia Tech, Amerika Syarikat baru-baru ini mendapati, minum air suam sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan.

"Individu dewasa yang mengamalkan rutin meminum dua gelas air suam sebelum makan akan kehilangan berat badan sekitar 1.81 kilogram lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum air.

"Wanita yang meningkatkan pengambilan air berupaya menurunkan lebih banyak berat badan berbanding wanita yang hanya meminum kurang daripada satu liter air sehari.

"Keadaan itu berlaku kerana air suam dapat membantu mengurangkan rasa lapar dan pengambilan kalori, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet," kata Davy

Selain memberi rasa kenyang, air suam juga dikatakan boleh menurunkan risiko diabetes dan batu karang.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved