Rabu, 26 Jun 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sandra Bullock kembali beraksi

Posted:

Sandra Bullock kembali beraksi

Sandra Bullock kembali beraksi

NAFISAH MAZLAN
Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my

SANDRA dan Melissa tanpa masalah menyempurnakan lakonan aksi dan humor dalam The Heat.


LAYAR PERAK minggu ini membawakan sebuah filem aksi komedi lakonan pelakon berbakat besar, Sandra Bullock dan Melissa McCarthy.

Dalam filem berjudul The Heat itu, Sandra Bullock yang membawakan watak sebagai agen FBI, Sarah Ashburn yang perlu bergandingan bersama seorang pegawai polis, Shannon Mullins (lakonan Melissa McCarthy) untuk menumpaskan seorang pengedar dadah yang berkuasa.

Namun, di sebalik gandingan itu mereka berhadapan dengan sikap masing-masing yang amat mementingkan diri sendiri.

Saksikan bagaimana mereka menyelesaikan misi tersebut dengan cara yang mencuit hati menerusi filem arahan Paul Feig itu.

Dalam pada itu, bagi peminat yang merindui lakonan Jamie Foxx, kini beliau tampil bersama Channing Tatum menerusi filem aksi, White House Down.

Filem yang diklasifikasikan sebagai P13 itu memaparkan pelbagai aksi hebat tentang bagaimana watak John Cale (lakonan Channing Tatum) menyelamatkan Presiden James Sawyer (lakonan Jamie Foxx) dan anak perempuannya.

Sementara itu, filem aksi sulung arahan Pierre Andre, 1 Lawan Satu memaparkan pelbagai jenis seni mempertahankan diri yang akan membuatkan anda berasa teruja.

Filem itu berkisar tentang dua orang individu yang berasal daripada latar belakang berbeza, namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena.

Terdapat beberapa misi yang perlu diselesaikan. Siapakah yang akan menang dalam pertempuran ini? Saksikan ia di pawagam.

The Heat

Tarikh tayangan: 27 Jun 2013

Genre: Aksi komedi

Durasi: 1 jam 57 minit

Pengarah: Paul Feig

Pelakon: Sandra Bullock, Melissa McCarthy dan Kaitlin Olson

Sinopsis: Filem The Heat arahan pengarah, Paul Feig yang pernah popular menerusi buah tangan, Bridesmaids tampil dengan filem terbaru bergenre aksi komedi lakonan Sandra Bullock dan Melissa McCarthy.

Filem tersebut berkisar mengenai seorang agen FBI dan seorang pegawai polis Boston berganding bahu untuk menewaskan pengedar dadah paling berkuasa.

Namun beberapa konflik berlaku apabila mereka berdua tidak bersefahaman pendapat kerana masing-masing ingin menunjukkan siapa paling hebat.

Di situ timbul pelbagai tragedi yang pasti mencuit hati para penonton.

White House Down

Tarikh tayangan: 27 Jun 2013

Genre: Aksi/Drama

Durasi: 2 jam 11 minit

Pengarah: Roland Emmerich

Pelakon: Channing Tatum, Maggie Gyllenhaael, James Woods, Joey King, Jamie Foxx dan Richard Jenkins

Sinopsis: Filem terbaru Columbia Pictures membawakan karya berjudul White House Down dengan dibintangi oleh pelakon Jimie Foxx dan Channing Tatum.

Filem bergenre aksi ini mengisahkan sekawan penganas ingin menyerbu Rumah Putih untuk menculik Presiden James Sawyer (lakonan Jamie Foxx). Dalam pada itu, John Cale (lakonan Channing Tatum) bersama anaknya sedang berada di dalam Rumah Putih tersebut. Adakah John Cale mampu mematahkan misi penjenayah itu? Sama-sama kita saksikan White House Down.

1 Lawan Satu

Tarikh tayangan: 27 Jun 2013

Genre: Aksi

Durasi: 1 jam 23 minit

Pengarah: Pierre Andre

Pelakon: Mikail Andre, Azlan Komeng, Fyza Kader dan Along Eyzendy

Sinopsis: Filem 1 Lawan Satu berkisar mengenai dua orang pahlawan hebat ingin menyelamatkan adik masing-masing.

Kedua-dua mereka mempunyai skil berlawan daripada warisan terunggul keluarga.

Takdir telah menentukan yang dua orang pahlawan hebat itu bertemu dalam satu arena. Siapakah yang akan menang dalam pertempuran ini?

Karya merentas masa

Posted:

Karya merentas masa

Karya merentas masa

Oleh SUHANA VERU

TERDAPAT pelbagai hasil karya milik Husin yang dipamerkan di Galeri Core Design.


LAZIMNYA, pelukis-pelukis tempatan lebih gemar mempamerkan hasil seni mereka yang baharu, namun lain pula bagi pelukis ternama, Husin Hourmain, 50.

Dalam pameran yang mengangkat tema Trail to the Past, kreativiti Husin sepanjang kariernya diketengahkan semula untuk tafsiran khalayak pencinta seni semasa.

Melalui karyanya, Husin menghidangkan permainan olahan warna bersifat sejuk yang digarap dengan pelbagai teknik.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan karya beliau yang membawa signatur dan naratif yang berbeza seiring peredaran zaman.

Hakikatnya, karya-karya di situ menunjukkan kematangan beliau sejak berkecimpung dalam bidang itu.

Kesemua koleksi karya indah beliau itu dipamerkan di Galeri Core Design yang terletak di Subang Jaya sepanjang bulan Jun ini.

Kebanyakan karya yang dipaparkan di galeri itu pernah dipamerkan menerusi pameran solo yang kedua bertajuk Zero to Something, Zero to Nothing.

Karya tersebut merupakan ilham daripada hasil karya-karya pelukis terkenal Amerika Syarikat, Jackson Pollock yang melakukan teknik 'lukisan titisan'. Lukisan berkenaan pernah popular selepas tahun 1940.

"Ia mengisahkan tentang interaksi rohani seseorang dengan kehidupan itu sendiri," jelas Husin.

Dalam pameran itu, turut dipamerkan karya terbaharu beliau iaitu Awal Hurouf Asal Hurouf yang memaparkan tulisan jawi sebagai subjek utama.

Menurut Husin, beliau memilih tulisan jawi kerana mahu menghidupkan kembali tulisan tersebut yang semakin dilupakan.

"Penggunaan tulisan jawi mempunyai kaitan dengan sejarah Islam. Maka karya-karya ini secara terang-terangan mengajak umat Islam untuk menuntut ilmu pengetahuan," ujarnya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pameran hasil karya lama dan baharu, beliau berkata, ia bertujuan untuk berkongsi dan memberi input kepada orang ramai terutamanya dalam kalangan penggemar seni, pelajar dan pengumpul yang baru berjinak-jinak dalam bidang seni itu.

"Pengunjung dapat menilai perbezaan elemen-elemen asas seperti warna, bentuk, garisan, tekstur dan ruang. Terdapat banyak perbezaan antara karya dahulu dan sekarang," jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menyaksikan 11 karya Husin yang dipamerkan di Galeri Core Design sehingga 29 Jun ini.

Teknologi HTD merawat kayu

Posted:

Teknologi HTD merawat kayu

Teknologi HTD merawat kayu


FRIM bekerjasama dengan Advance Low Pressure System untuk mengkomersialkan teknologi HTD.


INSTITUT Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya mempatenkan teknologi baharu merawat kayu tanpa menggunakan bahan kimia melalui sistem pengeringan suhu tinggi (HTD).

Teknologi itu mampu menyelesaikan masalah industri kayu terutamanya pengeluar perabot berasaskan kayu getah. Ini kerana pihak tersebut sering berdepan syarat perdagangan ketat termasuk produk mesra alam.

Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, sistem itu bukan sahaja dapat menghapuskan penggunaan bahan pengawet, malah menjimatkan masa kitaran pemprosesan sehingga lebih 75 peratus.

Tambahnya, kualiti kayu getah yang dirawat melalui sistem itu mempunyai kestabilan dimensi lebih tinggi berbanding kayu yang dirawat secara konvensional.

Jelasnya ketika ini, lebih 90 peratus kilang-kilang pengeringan di rantau Asia Tenggara menggunakan sistem konvensional pemanas stim pada suhu di bawah 80 darjah Celcius.

Pada kebiasaannya, kayu perlu dirawat dengan bahan pengawet seperti borates untuk mencegah kulat dan serangan perosak kayu yang dirawat dengan kaedah konvensional.

"Saya percaya teknologi ini mempunyai potensi untuk meletakkan Malaysia antara negara pertama di dunia yang menawarkan kayu terawat selamat dan mesra alam," katanya sambil memberitahu, sistem HTD boleh digunakan untuk merawat spesies kayu lain.

Mengulas lanjut mengenai sistem itu, beliau berkata, FRIM memperoleh paten untuk teknologi HTD daripada Pejabat Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat (USPTO) pada Mac lalu.

Seterusnya, FRIM memfailkan paten di Malaysia dan enam negara lain iaitu Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, China dan India.

Sehubungan itu, pihak FRIM bekerjasama dengan Advanced Low Pressure System Sdn. Bhd. (ALPS) untuk mengkomersialkan teknologi HTD yang telah menubuhkan dua unit sistem HTD di Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Justeru, FRIM akan bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia serta Majlis Kayu Kayan Malaysia untuk menganjurkan sebuah forum yang menyasarkan pembabitan pengeluar perabot dan mereka yang terlibat dalam industri perkayuan untuk mempromosikan sistem HTD.

Menurut beliau lagi, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan terutamanya daripada pengeluar kayu getah seperti China, Thailand dan India.

Melihat kepada senario itu, FRIM akan menjalankan penyelidikan lanjut untuk menguji penggunaan sistem HTD terhadap spesies kayu lain seperti akasia dan kelapa sawit.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved