Khamis, 16 Mei 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Star Trek pertahankan galaksi

Posted:

Star Trek pertahankan galaksi

Star Trek pertahankan galaksi

Oleh NURUL NAFISAH MAZLAN
hiburan@kosmo.com.my

LAYAR PERAK pada minggu ini menampilkan sebuah filem francais Star Trek Into Darkness lakonan mantap Chris Pine, Zachary Quinto dan Benedict Cumberbatch.

Misi kali ini menyaksikan seorang anak kapal muda, James T. Kirk perlu menghalang kejahatan yang dilakukan oleh John Harrison.

Demi menyempurnakan misi tersebut, Kirk harus bergabung dengan Spock untuk menumpaskan kejahatan yang bermaharajalela.

Dalam pada itu, karisma pelakon kacak Leonardo DiCaprio teruji sekali lagi menerusi sebuah filem berlatarbelakangkan tahun 1920-an berjudul The Great Gatsby.

Filem arahan Baz Luhrmann itu menceritakan perjalanan Nick Carraway (Tobey Maguire) yang mencari kekayaan di kota New York. Bagaimanapun, takdir telah mengubah landskap hidupnya.

Penonton yang dahagakan filem aksi hasil lakonan lincah Jason Statham boleh memilih filem Hummingbird yang turut menjenguk pawagam pada minggu ini.

Selain itu, sebuah filem komedi tempatan berjudul Oh Mak Kau! barangkali menjadi santapan terbaik sempena sambutan Hari Ibu.

SALAH satu babak dalam filem Star Trek Into Darkness.


Star Trek Into Darkness

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Sains fiksyen

Durasi: 2 jam 12 minit

Pengarah: J. J Abrams

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Benedict Cumberbatch, Karl Urban, Zoe Saldana, Simon Pegg, John Cho dan Anton Yelchin

Sinopsis: Star Trek Into Darkness mengisahkan satu perjalanan hebat Kapten Krik (Chris Pine) yang berhempas pulas cuba menyelamatkan penduduk orang asli di sebuah planet daripada ancaman kejahatan. Dalam misi itu, Krik telah bertengkar dengan pegawai kanannya, Spock (Zachary Quinto) kerana tiada sefahaman, namun mereka tetap bekerjasama menentang John Harrison (Benedict Cumberbatch). Kirk hampir dilucutkan jawatan, namun tragedi berdarah menyatukannya kembali bersama Spock.

Hummingbird

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Seram

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Steven Knight

Pelakon: Jason Statham, Lee Asquith-Coe dan Benedict Wong

Sinopsis: Filem Hummingbird, Jason Statham yang melakonkan watak bekas tentera telah terperangkap dalam dunia penjenayah di London. Pada peringkat awal, dia yakin dapat menyelamatkan dirinya tetapi perkara sebaliknya berlaku hingga memaksanya menukar identiti. Ekoran itu, dia bertindak untuk membalas dendam terhadap pihak yang mengakibatkannya terbabit dalam dunia penjenayah.


KISAH percintaan dan penipuan orang kaya dipaparkan dalam filem The Great Gatsby.


The Great Gatsby

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Romantik

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Baz Luhrmann

Pelakon: Leonardo DiCaprio, Tobey Maguire, Carey Mulligan, Joel Edgerton, Isla Fisher, Jason Clarke dan Amitabh Bachchan

Sinopsis: The Great Gatsby menceritakan kisah seorang penulis, Nick Carraway (Tobey Maguire) yang telah meninggalkan kawasan Midwest Amerika Syarikat untuk ke New York bagi mencapai kekayaan sepertimana yang dimiliki seorang jutawan misteri yang suka menganjurkan parti, Jay Gatsby (Leonardo Dicaprio). Namun, segalanya berubah apabila dia terlibat dalam kisah cinta yang mustahil dan penipuan orang kaya.

O.M.K (Oh Mak Kau!)

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Aksi, komedi

Durasi: 1 jam 40 minit

Pengarah: Nurul Ain Nordin

Pelakon: Nurul Ain Nordin, Jepp Sepahtu, Shuib Sepahtu dan Syamsul Yusof

Sinopsis: Filem mencuit hati ini mengisahkan Sam (Jep Sepahtu) dan Mun (Shuib Sepahtu) bekerja dengan ibu mereka, Mama San (Wan Maimunah) sebagai peniaga ayam di pasar. Bagaimanapun, pertolongan kedua-dua mereka bukanlah meringankan beban Mama San malah mendatangkan banyak masalah. Ini kerana, Sam dan Mun mempunyai tabiat suka mencuri. Setiap kali mencuri, adik-beradik itu akan menyamar dengan pelbagai gaya. Segala-galanya berubah apabila Que (Nurul Ain) pulang ke kampung tersebut. Mereka berdua bersaing untuk memikat hati Que.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved