Khamis, 16 Mei 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

Posted:

Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

Pilih yang terbaik ke Sukan SEA

KOK CHI mengingatkan persatuan sukan kebangsaan agar menyenaraikan atlet terbaik sahaja menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2013 di Myanmar penghujung tahun ini.


MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) akan memperketatkan pemilihan atlet ke Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dipilih bagi membawa cabaran negara pada temasya sukan dwitahunan itu.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, semua persatuan sukan terbabit perlu mematuhi dua syarat yang ditetapkan sebelum mengemukakan nama atlet masing-masing untuk dipilih menyertai kontinjen negara.

Dua syarat itu, katanya, setiap persatuan sukan perlu menganjurkan sekurang-kurangnya satu kejohanan peringkat kebangsaan, selain perlu mempunyai program latihan tersusun serta dipantau sama ada mereka sendiri, MOM atau Majlis Sukan Negara (MSN).

"Kalau mereka tidak ada (menganjurkan) kejohanan kebangsaan, bagaimana nak bertanding di peringkat lebih tinggi (di Sukan SEA)? Kita tidak mahu atlet pergi seperti pelancong atau semata-semata menyokong badan sukan (serantau) masing-masing," katanya semalam.

Kok Chi turut menjelaskan bahawa jumlah penyertaan atlet Malaysia ke temasya sukan itu dijangka ditentukan pada Julai ini, selepas persatuan sukan menyerahkan senarai nama atlet masing-masing.

Katanya, kontinjen negara dijangka menghantar kira-kira 900 atlet dan pegawai ke temasya tersebut yang akan berlangsung di Nay Pyi Taw, Yangon dan sekitar Mandalay serta Pantai Ngwe Saung pada 11 hingga 22 Disember.

Sejumlah 33 acara dipertandingkan termasuk olahraga, akuatik, memanah, bola keranjang, badminton, tinju, bina badan, kenu, ekuestrian, bola sepak dan Muay Thai.

Selain itu, penganjur Sukan SEA Myanmar turut mempertandingkan beberapa sukan tradisional seperti kempo, vovinam dan perlumbaan bot tradisional.

Mengulas lanjut, Kok Chi berkata, MOM kekal dengan keputusan sebelum ini bahawa atlet yang dipilih dalam kategori A akan dibiayai sepenuhnya oleh MOM dan MSN manakala atlet kategori B, persatuan perlu menanggung perbelanjaan sendiri.

Mengikut rekod, MOM akan bayar semula semua perbelanjaan jika mereka berjaya membawa pulang pingat emas atau sebahagian daripada kos perbelanjaan sekiranya mendapat pingat perak.

Justeru, beliau menasihatkan persatuan sukan supaya membuat perancangan awal dengan menyediakan peruntukan bagi membiayai atlet masing-masing, jika atlet terbabit diletakkan dalam kategori B.

Kok Chi sekali lagi menegaskan bahawa MOM tidak akan berlembut kali ini dengan mendahulukan wang kerana MOM sudah serik apabila persatuan sukan terbabit tidak membayarnya semula selepas atlet mereka gagal menyumbangkan pingat. – Bernama

TNB mahu lebur hajat KLHC

Posted:

TNB mahu lebur hajat KLHC

TNB mahu lebur hajat KLHC

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my


NOR AZLAN (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar menjelang perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala TNB di Bukit Jalil semalam.


PASUKAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah bersedia menjadi penghalang terhadap impian musuh ketatnya, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) menjulang gelaran hatrik Kejohanan Hoki Piala TNB apabila mereka berentap pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Ahad ini.

KLHC yang telah mendominasi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) sejak 2006 ketika dikenali sebagai Ernst & Young (E&Y), berpeluang menjuarai gelaran berganda musim ini sekiranya berjaya menewaskan TNB.

Malah, ia juga bakal menjadi gelaran hatrik pertama buat skuad kendalian Muhd. Dhaarma Raj Abdullah itu dalam trofi keseluruhan MHL sejak memenanginya pada edisi 2011 dan 2012.

Begitupun, jurulatih TNB, Nor Azlan Bakar menjelaskan impian KLHC itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana anak-anak buahnya juga mempunyai misi yang sama iaitu memenangi gelaran keseluruhan bagi menebus kegagalan mereka yang menduduki tangga ketiga dalam saingan liga.

"Setiap kali turun beraksi dalam mana-mana perlawanan, TNB sudah pasti mahukan kemenangan. Jadi aksi final ini juga tidak terkecuali," jelas Nor Azlan pada sidang akhbar final Piala TNB di Bukit Jalil semalam.

"Saya yakin TNB akan bermain dengan cemerlang pada final ini dan saya juga pasti kalau kami bermain dengan bersungguh-sungguh, Insya Allah sesuatu yang manis akan berpihak kepada kami.

"Buat masa ini semua pemain dalam keadaan baik dan kami juga tidak berdepan krisis kecederaan. Jadi, saya jamin pertemuan final ini akan menjadi satu pertarungan sengit di antara dua pasukan terhebat," jelas bekas pemain pertahanan TNB dan Malaysia era 90-an itu lagi.

Sementara itu, jurulatih KLHC, Muhd. Dhaarma Raj tetap menghormati TNB sebagai antara pasukan terbaik dalam arena hoki negara.

"Walaupun ramai yang melihat kami sebagai pasukan pilihan, namun bagi saya ia tidak memberi sebarang makna kepada kami.

"TNB memiliki pemain yang bagus dan menunjukkan peningkatan dalam saingan kalah mati ini. Jadi peluang kedua-dua pasukan masih lagi sama rata.

"Namun, kami akan turun tanpa sebarang tanggapan mudah terhadap TNB dan saya juga kerap kali menasihati pemain supaya memandang serius pertemuan ini," jelas Dhaarma.

TNB dan KLHC memiliki rekod kejayaan yang seimbang dalam saingan Piala TNB iaitu masing-masing pernah menjuarainya sebanyak 12 kali ketika bergelar Kelab Kilat (TNB) dan Anderson serta E&Y (KLHC).

Kedua-dua musuh tradisi ini kerap kali bertemu dalam final di mana KLHC muncul juara pada dua edisi lalu manakala TNB pula kali terakhir menjuarai trofi yang diperkenalkan sejak 1987 ini ialah pada edisi 2010.

Kepenatan punca Selangor tewas

Posted:

Kepenatan punca Selangor tewas

Kepenatan punca Selangor tewas

MALE, Maldives - Kepenatan menjadi punca kekalahan Selangor kepada New Radiant Sports Club (SC) pada aksi pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2013 di Stadium Nasional, Male kelmarin.

Ia diakui jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim.

Menurutnya, beliau akur dengan kekalahan tersebut kerana pasukan tuan rumah lebih banyak menguasai permainan berbanding skuad bimbingannya.

Pada perlawanan tersebut, New Radiant menewaskan Selangor 2-0 menerusi jaringan Niyaz Ahmad dan Fasir Ali pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sebaik tamat masa perlawanan sebenar.

"Tidak banyak ynag boleh saya katakan, kami hanya mampu beraksi selama 90 minit sahaja. Itulah alasan saya.

"Selepas tempoh 90 minit itu, kami mula nampak kepenatan dan pemian sudah mula kehilangan fokus.

"Kami memiliki peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak menyebelahi Selangor.

"Walaupun kami biasa beraksi 120 minit tetapi kami gagal untuk memberikan aksi lebih bertenaga. Malah, saya terpaksa mengeluarkan Mohd. Amri Yahyah dan Mahalli Jasuli ekoran faktor kepenatan," katanya.

Tambah Irfan, beliau juga tidak berpuas hati dengan persembahan dua pemain import, Peter Chrappan dan Michal Kubala yang gagal memberikan impak kepada pasukannya.

Katanya, kedua-dua pemain tersebut beraksi buat kali terakhir bersama Selangor pada perlawanan tersebut memandangkan kontrak mereka akan tamat sebaik kempen pada Piala AFC berakhir.

Jelasnya, beliau kini memberikan perhatian kepada aksi Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Sabtu ini.

"Aksi Chrappan dan Kubala tidak begitu menyakinkan dan saya akui kecewa dengan persembahan mereka.

"Kini, kami hanya mahu memberikan fokus untuk aksi liga domestik dengan harapan dapat mengubah kedudukan Selangor dalam carta Liga Super," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved